TUK 14 ❤️

Romance Series 38939

SHAH mengambil keputusan untuk naik ke bilik setelah sejam setengah menenangkan diri di ruang tamu.

Sesampainya di hadapan pintu biliknya. Dia memusingkan tombol pintu perlahan-lahan, tidak mahu mengganggu tidur isterinya. Namun sejurus dia masuk ke dalam bilik tidurnya, sunyi.

Dia mencari sekeliling bilik, tiada juga.

“Mana pula dia tidur ni?” Shah membuka pintu tandas, mana tahu Kamelia berada di dalam.

Kosong.

Shah membuka pintu almari.

Kosong.

Dia terus keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke bilik tidur yang sepatutnya menjadi bilik tidur tetamu.
Perlahan-lahan dia membuka pintu. Kelihatan sosok tubuh seseorang di atas katil.

“Dia tidur sini?” Kamelia betul merajuk dengannya sehingga berpindah bilik.

Shah buntu.

Dia menutup pintu bilik tersebut semula. Dia balik ke biliknya semula. Dia melabuhkan punggung di atas sofa yang berada di dalam bilik tidurnya.

“Dia dah tak percayakan aku ke? Habistu kenapa dia sanggup tidur dekat bilik tidur tetamu? Sebab dia bencikan aku kan?” Shah bermonolog seorang diri.

Badan ditundukkan seketika. Dia meraup wajahnya berkali-kali sambil melepaskan keluhan berat.

Pagi itu seperti biasa Kamelia bangun awal. Selepas menunaikan solat subuh, dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.

Sewaktu dia sedang menyediakan sarapan, Shah memanggilnya.

“Sayang, awak tahu tak dekat mana saya letak handkerchief saya?” tanya Shah sambil menyinsing lengan baju kemejanya.

Kamelia terkaku ibarat patung cendana. Dia tidak menjawab soalan lelaki itu tapi hanya berdiam diri di sebalik dinding dapur.

Shah menepuk dahinya.

“Maksud saya Kamelia, awak ada nampak tak handkerchief yang saya selalu guna tu?” Shah mengulang semula soalan tadi.

“Ada, saya letak dalam drawer paling bawah dekat almari baju awak. Kalau awak tak jumpa saya boleh tolong carikan?” soal Kamelia sudah bersedia untuk mencabut apronnya.

“Tak perlu, saya boleh pergi ambil sendiri. Taknak susahkan awak.” balas Shah tak beriak.

Dia menuju ke bilik tidurnya sebelum turun ke bawah semula.

Kamelia selesai menghidangkan sarapan pagi di atas meja. Dia mencabut apron di tubuhnya lalu menggantungnya semula di penyangkut dapur.

“Awak taknak makan sekali?” tanya Shah apabila dia melihat Kamelia seperti ingin mengelak daripadanya.

“Saya still kenyang. Makanlah, jangan kisah kan saya.” balas Kamelia sambil pandangannya dibuang ke luar.

Dia berlalu pergi dari situ.

Shah menghela nafas perlahan. Makanan di atas meja dipandang sepi. Dia hilang selera makan bila Kamelia tiada di sisinya.

SEWAKTU Shah ingin berangkat ke tempat kerja, Kamelia masih lagi berada di tingkat atas. Mungkin gadis itu masih terasa hati dengannya. Dia membiarkan saja Kamelia melayani perasaan. Mungkin bila keadaan mulai reda, gadis itu sendiri akan mencarinya.

Dia memasuki ruangan pejabat seperti biasa pagi itu.

“Tuan Shah? Tuan tak cakap yang Tuan nak masuk harini? Saya ingatkan Tuan still on leave?” soal pembantu peribadinya, Lily sedikit kaget.

Setahu dia, awal-awal lagi majikannya itu sudah berpesan supaya jangan menggangunya selama seminggu ini kerana ingin bercuti. Alang-alang muncul pula hari ini di pejabat.

“Saya tak selesa cuti lama-lama. Tolong bawa segala dokumen yang saya kena tandatangan secepat mungkin,” arah Shah tegas.

Dia terus memasuki bilik pejabatnya. Beg bimbit diletakkan ke atas meja, kot hitamnya disangkutkan ke rak baju. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi sebelum dia membetulkan kedudukannya. Setelah berasa selesa, baru dia memulakan kerjanya.

Butang interkom ditekan.

“Mana Maya? Panggil dia masuk ke pejabat saya.” arahnya.

Dia masih bersikap dingin seperti biasa.

Selang beberapa saat, seseorang menjawab.

“Maaf boss. Harini cik Maya tak masuk kerja, dia MC,” balas pembantu peribadinya.

Huh cuti? Dia tak keluar dari hospital lagi ke sampai harini masih ambil cuti, omel Shah dalam hati.

“Okay, terima kasih. Jangan lupa dokumen yang saya minta tadi,” balas Shah serius.

Pembantunya itu bergegas keluar dari bilik pejabatnya.

Tiba-tiba biliknya diterjah seseorang. Baru hendak merasa tenang seketika ada sahaja yang mengacaunya.

“Bro, macammana cuti? Best balik kampung bini kau?” tanya Idham.

“Aku busylah. Kau nak apa?” soal Shah semula kepada kawannya.

Idham berdehem. Serius kawan baik dia harini, tiada tanda-tanda boleh bergurau. Dia membetulkan tali lehernya yang terasa senget sedikit. Sebuah fail diletakkan di atas meja Shah.

“Aku nak bagi kau quotation untuk projek kita yang paling latest. Aku nak kau semak sebelum aku proceed hantar ke datuk Yusof,” ujar Idham sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan meja Shah.

“Kau letak kat tepi dulu, nanti aku check. Kalau dah tak apa-apa, tolong keluar dari bilik ni. Aku sibuk!” tegas Shah sedikitpun tidak memandang wajah kawan baiknya itu.

Idham membulatkan mata tanda terkejut. Apa kena dengan kawan aku harini, salah makan ubat ke?

Shah fokus meneliti dokumen di tangannya sambil tangannya sibuk menaip sesuatu di skrin desktopnya. Sesekali Shah berdecit apabila Idham mengganggu konstentrasi kerjanya.

“Okay chill, aku nak geraklah ni,” Idham mengangkat tangan tanda mengalah.

Dia terus keluar dari bilik pejabat Shah sebelum teruk dia dihamun lelaki itu.

Shah meraup wajahnya berkali-kali lalu melepaskan keluhan berat. Otaknya serabut memikirkan Kamelia dan Maya.

TENGAHARI ITU, Kamelia mengambil keputusan untuk melawat ibu mentuanya di hospital. Tombol pintu dipulas perlahan. Dia menjengukkan kepala ke dalam bilik.

“Assalamualaikum ibu, Kamelia datang ni.” Kamelia memberi salam seraya menuju ke katil mentuanya.

Dia mengambil tempat di kerusi yang telah disediakan.

“Ibu apa khabar?”

“Kamelia nak sangat berborak dengan ibu. Bila ibu nak sedar semula? Ibu taknak ke tengok wajah menantu ibu ni?” ujar Kamelia perlahan.

Tangan Puan Siti dibawa ke dalam pangkuannya.

“Ibu rasa Mel memang ditakdirkan untuk Shah ke? boleh ke Mel jadi isteri yang baik untuk suami Mel?”

Kamelia tunduk seketika. “Sebenarnya Mel takut kalau satu hari nanti Shah akan tinggalkan Mel sebab Mel tak sempurna?” Kamelia menyeka air mata yang membasahi pipinya.

“Mel dah mula sayangkan Shah. Mel cintakan Shah seikhlas hati Mel. Tapi Mel tahu Mel tak boleh paksa Shah untuk terima Mel. Mel taknak Shah bencikan Mel,” Kamelia menggenggam kuat jemari ibu mentuanya.

Kamelia menyisir rambut beruban ibu mentuanya itu ke belakang telinga. Pipi diusap lembut. Tiada tanda-tanda ibu mentuanya akan sedar buat masa sekarang.

“Kenapa ibu pilih Mel sebagai menantu ibu walaupun ibu tak kenal Mel sebelum ni? Apa yang ada pada Mel sehingga membuatkan ibu boleh terima Mel?” tanya Kamelia lagi.

Kamelia keluar sebentar untuk mengisi air di dalam thermos. Sewaktu dia ingin berpatah balik ke wad ibu mentuanya, dia terserempak dengan seseorang yang sangat dikenalinya.

“Kamelia?” panggil seseorang.

Kamelia terus menoleh ke arah suara pemanggil. Dia terkejut melihat sosok tubuh itu. Apa perempuan ini buat dekat sini?

“Kamelia, oops. I mean Puan Kamelia. Tak sangka kita boleh berjumpa dekat sini?” ujar wanita itu sambil mendekati Kamelia yang masih lagi berdiri di tempat tadi.

Kamelia masih lagi beriak tenang. Dia hanya menghadiahkan senyuman kepada si pemanggil.

“You still ingat I? I'm your hubby's friend. Maya Sarifah,” Maya memperkenalkan diri sambil menekankan perkataan 'hubby' tadi.

Dia menghulurkan tangan untuk bersalam namun dipandang kosong oleh Kamelia.

Hubby? Dia ingat husband aku tu boyfriend dia lagi ke? Gedik betul perempuan ni, bebel Kamelia dalam hati.

Huluran tadi dipandang lama sebelum Kamelia membalas huluran itu semula.

“Cik Maya, mestilah saya ingat. Kita pernah terserempak sebelum ni dekat hospital juga, kan?” balas Kamelia ramah.

Maya mengangguk laju.

“Pandai pun, ingatkan dah lupa.”

Kamelia melepaskan tawa kecil. Dia menarik nafas perlahan. Senyuman masih mekar di bibir.

“You buat apa dekat sini? Oh, melawat ibu mentua you ye? Dia masih tak sedarkan diri ke?” soal Maya bersama senyuman sinis.

Kamelia mengiakan soalan Maya tadi. Dia tunduk seketika sebelum membalas pandangan Maya.

“Kesian you kan, kahwin tapi tak dapat restu ibu mentua. Entah bilalah ibu mentua you tu nak sedar, kan?” ujar Maya lagi ibarat dia sangat mengenali ibu Shah itu.

“Apa maksud Cik Maya? Saya tak fahamlah,” ujar Kamelia sambil menjungkit kening.

“Maksud I, ibu Shah kan masih koma. Macammana Puan Siti nak restu perkahwinan anak dia memandangkan Puan Siti tak kenal you langsung? Ke you sebenarnya yang paksa Shah untuk kahwin dengan you?” soal Maya angkuh.

Kamelia sedikit tersentak dengan tuduhan Maya. Namun segera dia menenangkan diri semula.

“Saya rasa Cik Maya dah salah faham ni. Shah sendiri datang berjumpa saya dan jelaskan segalanya. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan permintaan dia, lagi-lagi bila dia menyatakan ini permintaan terakhir ibu dia-”

“Saya ambil masa untuk buat keputusan. Dan alhamdulillah setelah saya mendapat petunjuk daripada Allah, saya tahu apa jawapannya.”

“Saya terima Shah seikhlas hati saya. Apa yang dibincangkan oleh Shah dengan ibu dia, hanya mereka berdua saja yang tahu. Saya cuma menunaikan hasrat Puan Siti untuk berkahwin dengan anak dia,” terang Kamelia dengan tenang.

Maya mengetap bibir lalu menjeling sekilas ke arah Kamelia. Rancangan dia untuk buat perempuan itu mengamuk gagal. Kini, dia pula yang terasa bahangnya.

“Cik Maya buat apa dekat sini?” soal Kamelia setelah Maya mendiamkan diri tanpa soalan.

“I tak sihat, kena admit dua hari. You tak tahu ke yang Shah melawat I semalam?” soal Maya memulangkan paku keras.

Membulat mata Kamelia. Hilang senyuman di wajahnya. Apa motif perempuan itu untuk memberitahu dia segalanya?

“Don't worry, Shah melawat I sebagai majikan. Baguskan Shah, selalu ambil berat tentang kesihatan pekerja dia sampai sanggup tidur semalaman untuk jaga I. You should be proud to have him as your husband,” ujar Maya lagi sambil tersenyum lebar.

Sejenak Kamelia terkelu.

Maya menggingit bibir menahan senyum apabila melihat wajah pucat tak bermaya itu. Dia berjaya membuat perempuan itu cemburu.

Ini baru permulaan Kamelia, kau tunggu, banyak lagi yang aku akan buat sampai kau jatuh terduduk!

Kamelia berdehem. Dia memalingkan wajah ke tempat lain. Hatinya terasa dirobek berjuta kali.

“Sorry, saya tak boleh lama. Kesian ibu mentua saya tinggal seorang diri,” ujar Kamelia kemudian beredar dari situ.

Maya melepas tawa sinis sambil mengiringi pemergian Kamelia.

“Padan muka kau, berlagak lagi dengan aku. Kau ingat kau boleh dapat segalanya lepas kau kahwin dengan Shah? Dalam mimpi aje lah. Kalau asal kampung tu, memang kampunglah! Jijik betul. Aku akan pastikan hidup kau merana Kamelia!” ujar Maya menahan amarah.

KAMELIA memegang tombol pintu bilik wad ibu mentuanya. Dia menutup mata seketika untuk mencari kekuatan. Selepas beberapa minit berdiri di hadapan bilik itu, dia terus masuk ke dalam.

“Maaf lambat sikit, tadi ramai orang beratur nak ambil air.” Kamelia meletakkan semula botol air di atas meja. Dia mendapatkan ibu mentuanya.

Tangan Puan Siti digenggam kemas. Dia mengelap sikit wajah ibu mentuanya dengan kain di tangannya.

Tiba-tiba dia dapat merasakan genggaman tangannya dibalas kembali. Kamelia melihat ibu mentuanya seakan berusaha untuk membuka mata.

Jemari ibu mentuanya semakin menggenggam tangannya.

“Ibu?”

“I—ibu dah sedar?” panggil Kamelia.

Perlahan-lahan mata ibu mentuanya terbuka.

Berkelip-kelip mata Puan Siti apabila dia melihat cahaya terang di hadapannya. Dia cuba membuka mulut tapi mulutnya terasa kering sekali. Dia memalingkan wajah ke tepi, kelihatan seorang gadis seperti sedang mengatakan sesuatu kepadanya.

“YA ALLAH, ibu dah sedar.” Kamelia terus berlari keluar untuk mendapatkan doktor yang merawat ibunya.

“Nurse! Tolong! Ibu mentua saya dah sedar,” panggil Kamelia sejurus sampai di kaunter pertanyaan.

Dia terus berlari semula ke dalam bilik.

Sekumpulan jururawat bersama dua orang doktor bergegas masuk ke dalam bilik wad Puan Siti.

“Maaf puan tapi puan kena keluar dulu. Kami kena periksa keadaan pesakit.” ujar seorang jururawat menyuruh Kamelia keluar sebentar.

Kamelia mengangguk kosong.

Dia cuba untuk melepaskan genggamannya namun Puan Siti mengemaskan lagi pegangan tangannya.

“Ibu, Mel keluar sekejap aje. Nanti Mel datang balik.” Kamelia menarik tangannya dari genggaman itu.

Dia terus mengambil telefon bimbit dari dalam beg tangannya seraya keluar dari bilik.

Shah yang sedang sibuk menjelaskan sesuatu kepada pekerjanya terganggu apabila telefon bimbitnya tak henti-henti berbunyi.

Dia merengus sebelum mengangkat panggilan itu.

“Hello, awak nak apa? Saya tengah sibuk ni!” marah Shah.

Dia paling pantang jika orang mengganggu waktu kerjanya.

“Shah, saya minta maaf sangat-sangat kalau saya kacau waktu kerja awak tapi awak kena datang hospital sekarang juga! Ibu dah sedar,” jelas Kamelia tanpa menunggu panjang.

Membulat mata Shah selepas mendengar apa yang telah diperkatakan Kamelia.

“Saya datang sekarang!” Shah menamatkan panggilan.

“Kita sambung discussion esok, saya kena pergi hospital sekarang juga!” Shah terus mengemas meja kerjanya sebelum bersiap-siap untuk keluar.

Para pekerjanya patuh akan arahan sebelum beredar keluar dari pejabat majikan mereka.

KAMELIA menunggu dengan perasaan berdebar-debar. Sesekali dia melihat sekeliling, mana tahu Shah muncul tiba-tiba.

YA ALLAH Ya tuhanku, tolonglah sembuhkan penyakit ibu mertuaku. Aku mohon padamu YA ALLAH; Kamelia berdoa di dalam hati.

“Kamelia!” panggil seseorang.

Kamelia terus beralih ke suara pemanggil. Shah sedang berlari anak ke arahnya.

“Shah, syukur awak dah sampai,” ujar Kamelia sejurus memeluk erat tubuh tegap suaminya.

Shah terkedu sebentar lalu membalas pelukan isterinya. Belakang tubuh isterinya diusap lembut.

“Keadaan ibu macammana? Dia betul-betul dah sedar?” tanya Shah.

Kamelia merungkaikan pelukan lalu memandang tepat anak mata Shah.

“Ibu dah sedar tapi tak tahu kenapa doktor lama sangat dalam bilik tu. Dah 15 minit Mel tunggu dekat luar ni. Abang rasa ibu tak apa-apakan?” soal Kamelia berbalik soalan.

Shah terkejut apabila Kamelia tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan abang.

“Abang yakin ibu tak apa-apa. Kita tunggu keputusan doktor. Awak dah call ahli keluarga yang lain?” tanya Shah sambil mengusap lembut kepala Kamelia yang ditutupi tudung itu.

Kamelia mengangguk perlahan.

“Kejap lagi mereka sampai. Abang duduklah dulu,” Kamelia mengajak Shah duduk disebelahnya.

Mereka masih lagi menunggu doktor yang bertugas merawat ibu Shah. 30 minit berlalu, akhirnya kelibat doktor dan jururawat bertugas muncul di sebalik pintu.

Kebetulan, seluruh ahli keluarga Puan Siti turut berada disitu.

“Doktor, macammana dengan keadaan ibu saya?” soal Shah tidak sabar.

Kamelia hanya mampu memberi kata-kata semangat buat suaminya. Jemari digenggam erat.

“Alhamdulillah, ibu encik dalam keadaan stabil. Kami akan pantau keadaan ibu encik dari semasa ke semasa. Cuma sekarang ni saya sarankan supaya tak terlalu banyak pelawat masuk ke dalam bilik, risau pesakit tak selesa. Yang tertentu sahaja dibenarkan masuk,” ujar doktor yang bertugas merawat ibu Shah.

Masing-masing masing bersyukur ke hadrat ilahi. Setelah sekian lama menunggu Puan Siti untuk sedar semula, akhirnya jawapan mereka dimakbulkan hari ini.

“Baik, terima kasih banyak-banyak doktor.” ucap Shah sambil bersalaman bersama doktor yang bertugas itu.

Doktor tersebut beredar dari situ bersama jururawat yang bertugas.

“Syukur alhamdulillah ibu dah sedar,” Shah meraup wajahnya sambil bibir tidak henti memuji ke hadrat ilahi.

Kamelia mengangguk setuju sambil tersenyum gembira.

“Apa kata Shah dengan Kamelia dulu pergi melawat ibu? Tak apa, kami yang lain bila-bila masa saja boleh melawat ibu kamu,” cadang Mak Tok.

Kamelia dengan Shah memandang satu sama lain.

“Baiklah, terima kasih Mak Tok. Nanti kami sampaikan salam Mak Tok dan semua dekat ibu,” balas Shah.

“Kamelia, ini peluang kamu untuk berjumpa dengan ibu mentua, sayang.” ujar Mak Tok kepada Kamelia.

“Ye lah Mak Tok. Kamelia pun rasa macamtu,” balas Kamelia.

Tangan orang tua itu digenggam kemas untuk mendapatkan kekuatan.

Mereka berdua kemudian memasuki bilik wad tersebut.

“Assalamualaikum ibu, Shah datang ni ibu.” ujar Shah menahan sebak.

Kamelia menggenggam kuat jemari suaminya lalu menggosok belakang suaminya untuk memberi ketenangan.

“Saya tahu abang kuat,” Kamelia memberi kata-kata semangat.

Shah mengangguk perlahan lalu mengusap lembut pipi isterinya. Dia mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan.

“Shah rindu ibu sangat-sangat!” ujar Shah perlahan.

Wajah ibunya ditatap sayu.

Kamelia menundukkan wajahnya. Tidak mahu Shah melihat dia menangis. Sepatutnya pada waktu begini, dia harus kuat demi suaminya.

“S—sh—shah—h” sedaya upaya Puan Siti cuba menyebut nama anaknya. Terasa janggal untuk dia bersuara setelah sekian lama tidak menyedarkan diri dari koma.

Shah mengukir senyum nipis sambil mengangguk apabila namanya dipanggil.

“Ye, ini Shah anak ibu,”

Puan Siti terkebil-kebil memandang ke arah seorang gadis di sebelah anaknya.

Shah menoleh ke tepi lalu bangun dari kerusinya. Tubuh Kamelia ditarik suruh duduk di atas kerusi.

“Duduklah, abang tahu awak nak cakap dengan ibu kan?” suruh Shah sambil memegang lembut bahu isterinya..

“Boleh ke?” tanya Kamelia.

Shah mengangguk.

Kamelia terus duduk lalu mencapai jemari ibu mentuanya.

“Ibu...”

Shah tersenyum.

“Shah nak kenalkan Kamelia, isteri Shah. Menantu ibu,” Shah memperkenalkan Kamelia kepada ibunya.

Puan Siti mengangguk perlahan.

“Assalamualaikum ibu, kita bertemu lagi sekali. Kamelia dah janji dekat ibu yang Kamelia akan datang balik?” ujar Kamelia lembut.

Puan Siti tiba-tiba menitiskan air mata. Dia masih lemah untuk mengeluarkan suara. Jadi dia hanya mampu menangis sambil memegang erat jemari anak menantunya.

“Abang, ibu menangis?” Kamelia berpaling ke arah Shah.

Shah turut mengalirkan air matanya.

“Itu maknanya ibu kenal awak dan dia terima awak, sayang.” jelas Shah.

Shah memeluk bahu isterinya.

“Ibu terima saya? Syukur alhamdulillah. Terima kasih YA ALLAH sebab dah tunaikan permintaan hambamu ini. Terima kasih juga ibu sebab dapat terima Kamelia sebagai menantu ibu?” ujar Kamelia sambil mendekatkan wajah ke arah ibu mentuanya.

Dahi ibu mentuanya dikucup lembut.

Dua jam mereka menghabiskan masa di hospital. Ada masa mereka bergelak ketawa, ada masa mereka menangis. Kenangan ketika itu adalah kenangan yang paling terindah sekali dalam hidup mereka bertiga.

SHAH dan Kamelia pulang bersama-sama selepas melawat ibu. Sepanjang perjalanan Shah tidak berhenti tersenyum. Akhirnya ibu sudah sedar kembali dari koma.

“Saya rasa bersyukur sangat bila ibu abang dah sedar,” ujar Kamelia yang sedang asyik melihat titisan air hujan yang jatuh di permukaan cermin kereta suaminya. Cuaca sejuk membuatkan dia memeluk diri.

Shah tersenyum lebar.

“Awak panggil saya apa dari tadi?” soal Shah tiba-tiba.

Terus Kamelia mengalihkan pandangan ke arah suaminya.

“Saya panggil awak apa? Mana ada!” balas Kamelia pura-pura tidak tahu.

Shah tergelak kecil.

“Awak panggil saya abang, kan?” usik Shah.

Kamelia menjeling.

“Mana ada saya panggil awak abang? Merepek aje!” pintas Kamelia.

Dia terus membuang pandangan ke luar tingkap. Tidak mahu Shah perasan akan pipinya yang sudah merona merah.

“Sebenarnya saya tak kisah pun awak panggil saya abang, lagi afdal.” ujar Shah apabila melihat Kamelia diam tidak berkutik.

Kamelia tersenyum lebar tanpa sedar.

“Tapi Yana pun panggil awak abang juga, macammana pulak tu?” soal Kamelia pula.

“Yana lain, dia adik saya sebabtu dia panggil saya abang. Tapi awak pula isteri saya, jadi feel tu berbeza,” balas Shah bangga.

Kamelia mencebik.

“Tapi kita bukan macam pasangan suami isteri yang lain. Kita kahwin bukan atas dasar cinta, tak perlu rasanya nama panggilan ini semua. Rasa janggal,” balas Kamelia selamba.

Mati senyuman di bibir Shah. Dia mengerling ke arah isterinya.

“Kenapa pula awak cakap macamtu? Walau macammana sekalipun awak masih isteri saya yang sah. Kita sudah berkahwin, saya suami awak. Jadi saya tetap kisah kalau awak panggil saya dengan panggilan apapun,” balas Shah serius.

Kamelia mengalihkan semula pandangan ke arah Shah. Dia dapat merasakan kejujuran dari kata-kata lelaki itu.

“Tapi kita tak pernah bercinta. Saya tak selesa nak ber-abang sayang dengan awak! Lagipun awak dah ada Maya. Dia cintakan awak bukannya saya!” tegas Kamelia sambil memeluk tubuh.

Pandangan dialih ke hadapan. Dada berombak menahan marah. Teringat pertemuannya pagi tadi bersama Maya di hospital. Terus dia merasa cemburu yang amat sangat. Kalau bukan sebab Maya, mungkin dia tak layan Shah macamni.

Shah mengeluh. Kamelia sangat degil seperti apa yang diperkatakan oleh Cik Som sendiri.

“Saya tahu saya banyak buat salah, saya tipu awak selama ni. Tapi saya terpaksa sebab Maya!” jelas Shah.

Kamelia menoleh ke arah Shah semula. Dia menjungkitkan kening. “Apa maksud awak?” soalnya.

Shah diam seketika.

“Maya... Dia masuk hospital,” ujar Shah perlahan.

Kamelia pura-pura terkejut. Padahal dia sudah tahu semua itu.

“Kenapa? Apa yang dah jadi?” soal Kamelia lagi.

Walaupun dia tidak suka dengan perangai Maya itu namun dia masih berasa kasihan jika ada apa-apa yang terjadi dekat Maya.

“Maya overdose.”

Kamelia tersentak.

“Dia cuba untuk bunuh diri, saya tak tahulah berapa biji ubat tidur yang dia dah telan. Apa yang saya tahu kawan dia jumpa dia dalam bilik dengan keadaan mulut dah berbuih. Terus Maya dibawa ke hospital. Nasib baik doktor sempat selamatkan dia. Kalau tak, mungkin sekarang dia dah tak ada.” jelas Shah dengan nada sedih.

“Saya minta maaf, saya tak tahu. Jadi, hari yang awak ajak saya balik ke KL tu sebab Maya lah?” tanya Kamelia.

Shah mengangguk perlahan.

“Sumpah saya minta maaf sebab saya dah tipu awak. Saya tak ada niat cuma saya tak tahu macammana nak jelaskan dekat awak semalam. Saya bergegas nak balik bukan sebab saya rindukan dia tapi saya risau jika dia cuba bunuh diri disebabkan saya. Saya takut nanti saya akan rasa bersalah sebab tak ada disisi dia,”

“Jadi, saya harap sangat awak faham kenapa saya kena ada dengan dia buat masa sekarang ni, Kamelia?” jelas Shah cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada Kamelia.

Kamelia kembali senyap.

“Walau macammana sekalipun Maya tetap istimewa dalam hati awak, kan? Saya tahu yang saya tak mampu nak menggantikan tempat Maya. Cuma saya berharap awak dapat terima saya seadanya. Saya isteri awak, Shah. Saya nak ada tempat dalam hati awak?” ujar Kamelia sambil memandang tepat ke arah Shah.

Dalam kegelapan malam, wajah tampan itu direnung sedalam-dalamnya. Kamelia sudah jatuh cinta dengan Shah, tak mungkin dia dapat melupakan wajah itu dalam sekelip mata.

“Saya tak tahu macammana saya nak jelaskan perasaan sebenar saya. Dulu memang saya cintakan Maya, saya tak boleh kehilangan dia tapi sekarang perasaan itu makin lama makin hilang—”

“Sekarang, saya dapat merasakan yang sama terhadap awak, Kamelia. Saya selesa dengan awak, saya suka bersembang dengan awak sebab awak rajin melayan perangai bodoh saya tak macam Maya. Saya suka tengok muka awak time awak marah, nampak comel sangat.”

Kamelia tergelak kecil mendengarnya.

“Lagi-lagi bila awak tidur. Bertambah comel!” ujar Shah.

“Hey, awak stalk saya time tidur ke?” marah Kamelia lalu menampar bahu Shah.

“Gurau gurau!” balas Shah sambil mengusap bahagian bahu yang ditampar oleh Kamelia tadi.

“Tapi serious, saya suka tengok wajah awak yang comel itu. Saya selesa bila dekat dengan awak. Saya nak minta maaf kalau sebelum perkenalan kita, saya ada buat awak sakit hati ke apa, saya tak berniat. Waktu tu saya stress, buntu macammana nak ikut cakap ibu saya. Tapi lepas dah kahwin dengan awak, saya mula faham kenapa ibu berkeras suruh saya kahwin dengan awak,” terang Shah sambil memerhatikan wajah isterinya yang kebingungan itu.

Kamelia mengangkat kening.

“Sebab apa?” soal Kamelia.

“Sebab saya tahu awak memang dikurniakan untuk menjadi isteri saya, Kamelia Fahara.” ujar Shah tenang.

Wajah isterinya diusap lembut sambil tangannya bermain dengan pipi Kamelia yang gebu itu.

Kamelia kaku. Dia membiarkan saja jemari Shah menyentuh segenap wajahnya.

“Awak buat saya faham apa itu perasaan cinta dan sayang. Awak mengajar saya macam-macam Kamelia, saya taknak kehilangan awak juga. Waktu awak kena kacau dengan Roslan dulu saya takut saya tak boleh nak lindungi awak. Saya marah apabila Roslan panggil awak dengan panggilan yang tak sepatutnya. Saya marah apabila Roslan sentuh awak tanpa rela, saya benci. Waktu itu mungkin saya tak faham tapi lepas apa yang awak luahkan semalam dekat saya, saya dah mula faham maksud awak,”

“Saya akan cuba belajar menerima dan menyayangi awak seadanya. Saya janji,” ujar Shah lalu sebelah tangannya menggenggam erat jemari Kamelia sambil dia fokus terhadap pemanduannya.

Kamelia tersenyum nipis.

“I'll trust you,” balas Kamelia sambil mengangguk kecil.

Mereka berdua memandang satu sama lain dengan perasaan yang berbeza. Perasaan kali ini dipenuhi dengan rasa bahagia.

“AWAK nak pergi mana?” soal Shah melihat Kamelia menuju ke suatu arah selepas keluar dari bilik air.

“Saya nak pergi tidurlah,” balas Kamelia dengan tuala mandi melilit rambutnya yang masih basah.

Shah mengangkat kening.

”Sebab itulah awak mandi dekat bilik air luar ni?”

Kamelia mengangguk lagi.

“Sayang, master bedroom kan dekat belah sana?” ujar sambil menunjuk menunjuk ke arah bilik tidur mereka.

Kamelia menggaru kening yang tidak gatal.

“Tahu, tapi saya nak tidur dekat bilik sana.” balas Kamelia sambil tersengih.

“Siapa benarkan awak tidur dekat bilik sana?” soal Shah.

“Saya.” Kamelia tersenyum.

“No, saya tak benarkan. Mulai dari hari ini tempat awak disisi saya because you're my wife!” Shah menarik tangan Kamelia lalu membawa isterinya ke bilik mereka.

“Tapi barang saya macammana?” tanya Kamelia tidak puas hati.

“Tak apa, esok saya alihkan balik semua barang awak ke dalam bilik ni. Siapa suruh pindah bagai, kan dah menyusahkan diri?” marah Shah manja.

“Awaklah punya pasal!” Kamelia menjuihkan bibir.

Merajuk.

“Kan saya dah cakap yang saya minta maaf. Manjanya isteri saya ini!” Shah mencubit kedua-dua belah pipi isterinya.

Kamelia menepis. Sakit pipinya dicubit oleh Shah.

“Sakitlah!” Kamelia menggosok pipinya.

Shah tergelak kecil. Dia menarik tangan isterinya menuju ke katil.

“Awak suka apa?” tanya Shah tiba-tiba.

Kamelia mengangkat kening.

Shah membalas pandangan isterinya semula dengan senyuman.

“Saya suka makan, saya suka baca buku dan saya suka tengok pemandangan indah macam depan saya sekarang ni,” balas Kamelia sambil tergelak kecil.

Shah turut ketawa.

“Ish! Bukan suka sebagai hobi tapi suka kepada sesuatu atau benda.”

“Kan saya pernah jelaskan dulu yang saya suka samgat dengan bunga tulip. Kalau saya ada anak nanti saya nak namakan dia tulip. Saya Kamelia, anak saya tulip maka terhasil-nya ‘Tulip untuk Kamelia’. Sebab anak adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya,” terang Kamelia bersama senyuman lebarnya.

Shah tersenyum lebar. Rambut isterinya yang terjuntai disisip ke belakang telinga.

“Awak ni peliklah,” ujar Shah.

“Kenapa pula?” soal Kamelia semula.

“Awak pelik yang comel. Sebabtu saya suka tengok awak macamni. Kekalkan perangai awak yang sekarang ni. Tak adalah saya kena bebel aje tiap hari,” balas Shah selamba.

“Oh, awak nak cakap yang awak taknak kena bebel dengan sayalah? Macamtu,” ujar Kamelia lalu mencubit perut Shah.

Shah menepis tangan isterinya lalu ditarik ke dalam pegangannya.

“Betul jugalah. Tapi saya tak kisah, kalau saya buat salah awak marahlah saya, marahlah sepuas hati awak. Saya tak kisah langsung. Sebab saya tahu kalau marah tandanya sayang,” balas Shah sambil mengenyit mata ke arah isterinya.

Kamelia menjelir lidah lalu menjeling tajam ke arah suaminya.

“Dahlah, saya boleh jadi gila kalau layan perangai tiga suku awak ni! Saya nak tidur.” Kamelia mengambil tempat tidur di sebelah kanan katil.

Shah tersenyum riang. Gembira dapat menyakat isterinya.

HARI ITU Shah terpaksa turun padang untuk melihat perkembangan projek di bawah penyeliaannya. Dia terlampau sibuk sehingga lupa akan makan tengaharinya. Nasib baik pagi tadi dia sempat sarapan pagi bersama isterinya sebelum mulai bekerja. Jadi, tak adalah terasa lapar sangat bila bekerja di bawah cahaya matahari.

“Hi sayang,” sapa seseorang lalu memeluknya dari belakang.

Shah terus menolak tangan yang sedang melingkar ke seluruh pinggangnya.

“You buat apa dekat sini, Maya?” soal Shah terkejut melihat Maya berada di hadapannya.

“I cari you dekat pejabat but staff cakap you pergi tengok site harini. So, I datang sini cari you. Tak sangka tekaan I betul, you memang ada dekat sini,” balas Maya lalu menggedik di sebelah Shah.

Shah mempamerkan wajah tidak senang bila melihat semua pekerja di situ yang memerhatinya semacam.

“Sayang, haritu you tak cakap pun you dah balik. I bangun-bangun tengok you tak ada kat sebelah. Sampai hati you kan balik tak bagitahu I langsung!” ujar Maya sambil memeluk tubuh.

Shah menjeling sambil bercekak pinggang.

“I kena balik sebab I taknak Kamelia risau I tak balik rumah semalaman,” balas Shah senada.

Maya mencebik.

“Isy tak habis-habis Kamelia. Kamelia, Kamelia, Kamelia. I rimaslah!” Maya hentak kaki tak puas hati.

Apabila tak ada tanda lelaki itu ingin memujuknya, cepat-cepat diraih lengan kekasihnya itu.

“Sayang, jom lunch. Kita dah lama tak keluar together? I rindu nak you suap I,” pujuk Maya ajak Shah keluar makan bersamanya.

“I busylah sekarang. Tak boleh tinggalkan site!” jelas Shah dengan nada suara yang sudah naik seoktaf.

Maya menjeling sekilas.

“Ala, sekarang kan dah masuk waktu lunch, takkan you tak lapar? Tengok semua pekerja you dah keluar makan. Jom lah, teman I makan. I lapar ni! Shah, please?” pujuk Maya lagi.

Shah betul-betul serabut namun dia terpaksa bersetuju. Kalau tidak Maya tak akan berhenti mengacaunya.

“Boleh tapi tak lama.” balas Shah.

Dia segera meninggalkan Maya.

“Yes—”

“Tapi naik kereta I lah. Nanti I hantar you ke sini balik. Shah, wait for me!” balas Maya sambil berlari anak mengejar Shah yang sudah jauh di hadapan.

“SAYANG, you want to know something? I dah plan macam-macam lepas you decide nak ceraikan isteri kampung you tu nanti,” ujar Maya sambil mengunyah spaghetti dalam mulutnya.

“I dah plan nanti kita berdua pergi holiday dekat luar negara. Lepastu I plan nak suruh you propose I depan Eiffel Tower. Oh my gosh, mesti romantik gila—”

“I boleh bayangkan you melutut depan I lepastu you sarungkan cincin berlian dekat jari I. Time tu I rasa I will be the most happiest person in the world sebab I dapat kahwin dengan prince charming I,” Maya mula berangan-angan.

Maya mengalihkan pandangan ke arah Shah. Ingin melihat reaksi lelaki itu dengan rancangannya. Hilang senyuman di bibirnya apabila melihat lelaki itu termenung jauh.

Shah menguis-nguis mi di dalam pinggannya.

“Shah, you dengar tak apa I cakap ni?” Maya melambai-lambai tangan di hadapan kekasihnya.

“Apa dia?” berkelip-kelil mata Shah apabila Maya tiba-tiba memanggil namanya.

“You mengelamun ke you terfikirkan someone? Or you teringatkan perempuan kampung tu?” perli Maya sinis.

Shah meletak semula sudu garfu di atas meja. Maya direnung tajam.

“Maya, I malas nak bertekak dengan you sekarang.” tegas Shah.

“I tak tahu kenapa you nampak lain sekarang! Dulu you tak macamni, tapi lepas you kahwin dengan perempuan kampung tu, you nampak macam orang bodoh!” tegur Maya sinis.

“Apa yang you merepek, Maya? Mana ada I berubah. This is me, nothing's change,” balas Shah tidak puas hati dengan kenyataan dari Maya.

“Memang you berubah. Cara layanan you terhadap I sekarang dah berubah. Dulu you sendiri yang tergila-gilakan I tapi sekarang I ajak you keluar pun you dah taknak. Sibuk sangat nak jaga hati perempuan kampung tu!” bentak Maya.

Shah menumbuk permukaan meja dengan kuat. Pijar seketika jarinya tapi tidak boleh meredakan perasaan amarah dalam hati

“Watch your mouth Maya! Perempuan kampung yang you kutuk tu is my wife and you're just my... My—”

“I APA? PEREMPUAN SIMPANAN YOU?” tengking Maya menarik perhatian pelanggan di dalam restoran mewah itu.

“Listen Shah! Dia yang rampas you dari I. Sepatutnya dia yang kena berambus dari hidup you sekarang. Kamelia tu dasar perempuan perampas. I tak tahulah apa yang ibu you tu nampak dekat perempuan kampung tu sampai ibu you boleh paksa you kahwin dengan dia. Padahal ibu you tahukan you dah ada hubungan dengan I selama ni?” duga Maya.

Sakit tekaknya selepas menengking Shah.

Shah merengus kasar.

“You dah janji nak kahwin dengan I. Tapi mana janji you sekarang? Kenapa you susah sangat nak ceraikan dia? Kenapa you berdolak-dalih Shah? Kenapa!” soal Maya lagi.

Teresak-esak dia di hadapan seluruh pelanggan restoran mewah itu. Nasib baik mereka berada di dalam ruangan tertutup. Kalau tidak malu, mukanya terpampang di dalam media sosial akibat berebut kekasih.

“Tolonglah faham, Maya. Ibu I sakit! I tak sanggup nak tengok keadaan dia macamtu sebabtu I tunaikan permintaan dia! I tak nak jadi anak derhaka, I taknak tipu Ibu I sendiri!” balas Shah terdesak.

Dia tidak mahu bergaduh dengan Maya disebabkan hal remeh ini. Hal remeh ke?

“Habistu sekarang ni you tak tipu semua orang ke? You tak tipu isteri you? You sedar tak apa yang you dah buat sekarang? You sendiri yang berjanji dengan I macam-macam dulu tapi sekarang you tak boleh tunaikan? I tak kisahlah ibu you dah sedar ke belum tapi I nak you ceraikan perempuan tu and kembali kepada I semula! Kita boleh mulakan hidup baru, just the two of us. Tak ada siapa yang boleh pisahkan kita lagi. Not your mom, not everyone!” pujuk Maya.

Suaranya mula kendur. Mungkin penat mahu meninggikan suara lagi.

“You're so ridiculous Maya. I tak akan buat macamtu, I taknak! I dah mula sayangkan isteri I!” jujur Shah.

Maya melepas tawa besar. Dia menepuk tangan sekuat hati sambil mengajak orang sekelilingnya bertepuk tangan sekali.

“What a joke, Shah. You dengar tak apa yang you cakap tadi? Jangan buat lawaklah!” tegur Maya sinis.

“Tolonglah Maya, jangan serabutkan lagi keadaan,” pujuk Shah.

Maya menarik kasar beg di atas meja lalu mendekati Shah sebelum membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu. “You kena ingat. Kalau I tak dapat you, jangan harap ada orang lain yang boleh rampas you daripada I! Remember that?” bisiknya.

“Bye sayang,” Maya menghadiahkan sekucup ciuman ke pipi Shah lalu beredar dari situ dengan senyuman sinisnya.

Terbuntang mata Shah mendengar amaran dari Maya. Terus dia terduduk. Kini dia sedar yang dia sudah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya dan sudah melibatkan orang ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience