TUK 10 ❤️

Romance Series 38946

SUDAH seminggu Shah melancarkan perang dingin terhadap Kamelia. Jika bertembung, Shah akan buat-buat sibuk dan beredar dari situ dengan pantas. Kamelia hanya mampu memendam rasa walaupun sebenarnya dia merindukan wajah lelaki itu.

     Kamelia akur, dia sudah jatuh cinta dengan suaminya. Namun Shah sebaliknya. Memori di pusat beli belah tempoh hari bermain di akal fikirannya. Dia yakin yang dia pernah melihat wajah wanita itu, namun dia tidak pasti dimana dia pernah melihat wajah wanita misteri itu.

     “Mel, mak dengan Mak Tok nak melawat ibu Shah, Mel nak ikut sekali?” tanya Cik Som.

     “Melawat ibu? Mel nak ikut boleh?” tanya Kamelia gembira.

     Cik Som mengangguk.

     “Mel bersiap kejap. Mak tunggu dekat sini tau?” ujar Kamelia seraya bergegas ke bilik tidurnya.

     Dia bersiap ala kadar sebelum turun ke bawah semula.

     Mereka semua pergi dengan satu kereta. Kata Mak Tok, mereka akan berjumpa dengan Shah di hospital.

     “Macammana dengan keadaan ibu?” tanya Kamelia.

     “Alhamdulillah, doktor cakap yang ibu Shah dah sedar. Cuma dia masih lagi lemah dan tak mampu bercakap. Mungkin nanti dengan kehadiran Kamelia, dia akan happy sikit?” balas Mak Tok sambil tersenyum gembira.

     Kamelia tersenyum lebar membayangkan dia bakal berjumpa dengan ibu mertuanya yang sudah lama dia rindui.

     Sampai sahaja di perkarangan hospital, mereka semua terus bergegas ke wad ibu Shah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummusalam.” salam di balas.

Shah sudah berada di sana sejak semalam bersama ayahnya.

“Maaf lambat sikit, jalan jem tadi. Macammana dengan menantu mak? Sihat ke dia?” tanya Mak Tok sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi.

“Macamtulah mak, tadi dia bangun. Shah sempat suapkan makanan lepastu dia tidur balik,” Balas Dato' Syarif.

Kamelia masih lagi diam memandang lantai. Dia sedar yang Shah sedang memerhatinya dari tadi namun dia tidak menghiraukan pandangan tersebut.

“Mel nak jumpa dengan ibu mentua Mel kan?” tanya Mak Tok.

Kamelia mengangguk laju. Dia terus mendekati katil Puan Siti.

“Mak Tok akan tinggalkan kamu dengan Shah dekat sini. Tolong tengok-tengokkan ibu ye?” pesan Mak Tok sambil berbalas pandangan dengan Shah.

Shah mengangguk kecil.

Kamelia mengambil tempat duduk Mak Tok sebentar tadi. Kini dia hanya dengan Shah di dalam bilik wad tersebut. Situasi janggal itu membuatkan mereka diam seribu bahasa.

“Assalamualaikum ibu. Kamelia ni, menantu ibu,” ujar Kamelia setelah sekian lama mendiamkan diri.

Kamelia mencuri pandang ke arah Shah sebelum mengalihkan semula pandangan ke arah ibu mentuanya.

“Ibu nak tahu tak? Sebenarnya Mel tak sabar-sabar nak jumpa dengan ibu. Mel rindu nak tatap wajah ibu. Bila agaknya Mel boleh bercakap dengan ibu?” ujar Kamelia perlahan.

Dia menggenggam erat jemari ibu mentuanya.

“Ibu, Shah pun rindukan ibu. Hari ini Shah bawa isteri Shah melawat ibu,” ujar Shah sambil menggenggam erat jemari ibunya.

Ini kali pertama Kamelia melihat Shah seperti itu. Dia sebak bila melihat Shah meratap ibunya. Tanpa sedar, dia turut mengalirkan air mata.

“Awak mesti rapat dengan ibu kan?” tanya Kamelia.

Shah menunduk seketika sebelum mengangkat wajahnya memandang seraup wajah di hadapannya.

“Ibu adalah segala-galanya bagi aku. Dari aku kecil sampai besar, ibu yang akan selalu ada dengan aku. Waktu ibu dapat tahu yang ayah kahwin lain, aku marah aku benci diri aku sendiri sebab aku tak boleh lindungi keluarga aku. Bila ibu jatuh sakit, ayah terus ceraikan isteri kedua dia sebab dia nak tolong kami jaga ibu. Sekarang, ayah nak tebus kesilapannya. Sebab itulah, aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan ibu kembali sihat macam dulu. Bila ibu suruh aku kahwin dengan kau, aku sanggup ikut permintaan dia asalkan ibu tak sedih,” terang Shah sambil mengusap lembut rambut ibunya.

“Walaupun awak dah ada orang lain?” tanya Kamelia sambil menitiskan air mata.

Shah tersentak. Dia terus memandang ke arah Kamelia. Dia cuba mencari maksud dari pandangan mata isterinya.

“Apa maksud kau?” Tanya Shah.

Kamelia hanya senyap. Dia mengalihkan pandangan kearah ibu mentuanya.

“Ibu, Kamelia minta maaf sangat-sangat. Nanti Kamelia datang melawat ibu lagi, Mel janji,” ujar Kamelia seraya bangun dari kerusinya.

“Saya balik dulu, assalamualaikum.” Kamelia terus meninggalkan bilik tersebut tanpa menoleh ke belakang.

Shah diam.

Kamelia menuju ke arah Mak Tok dan lain-lain di kafeteria hospital.

“Mak Tok, mak.” ujar Kamelia sebelum mengambil tempat duduk di sebelah emaknya.

“Cepatnya Mel melawat ibu Shah? Shah mana?” tanya Cik Som.

Kamelia hanya senyap.

“Mak sedih tengok Shah macamtu. Mesti dia rindu nak tengok wajah ibu dia setiap hari. Mak berdoa supaya ibu mentua Mel cepat sembut macam biasa. Mak tak boleh tengok Shah dengan Yana bersedih selalu,” ujar Cik Som sambil menunduk ke bawah.

“Hurm, Mel pun tak pernah putus berdoa setiap hari supaya ibu cepat sembuh. Mel tak boleh nak tengok Yana tiap hari menangis sambil bercerita tentang ibu dia. Sama juga dengan Shah, Mel tak sanggup nak tengok dia bersedih lagi,” ujar Kamelia sambil memerhati ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan hospital tersebut.

Dia terfikir adakah dia akan dapat merasai pengalaman menjadi seorang ibu seperti para isteri yang lain? Namun, dia harus sedar yang Shah tak mungkin menginginkan yang sama. Apatah lagi dengan dia yang bukan pilihan utama Shah.

“Mel, mak dengan yang lain selalu doakan supaya Mel dengan Shah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” ujar Cik Som tiba-tiba.

Kamelia menoleh ke arah emaknya sebelum menitiskan air mata.

“Mak tahu Mel mesti teringin sangat nak ada anak, kan?” tanya Cik Som.

Kamelia mengangguk perlahan. Dia menggenggam erat jemari emaknya. “Terima kasih mak sebab sentiasa mendoakan Mel dengan Shah,” balas Kamelia sambil memeluk erat maknya.

Shah memerhatikan mereka bertiga dari jauh. Dia berfikir sejenak sebelum berlalu pergi.

Usai solat, Kamelia melipat kain telekung dan sejadah dan meletakannya di atas rak kayu. Kemudian, dia melabuhkan punggung di atas katil sebelum membuang pandangan ke luar rumah.

“Dah lebih dua minggu Shah tak tegur aku. Kenapa dia buat aku macamni? Kalau dia tak cintakan aku kenapa dia tak lepaskan aku?” keluh Kamelia.

Dia menyeka air mata dengan hujung lengan bajunya. Sewaktu dia hendak berpusing, Kamelia terkejut apabila Shah betul-betul berada di belakangnya.

“Astaghfirullahalazim! Bila masa awak ada dekat sini? Saya tak dengar pun bunyi pintu?” tegur Kamelia sambil mengurut lembut dadanya.

Shah memandangnya dingin.

Kamelia tidak selesa apabila diperhatikan begitu.

Shah tiba-tiba menarik jemarinya ke dalam genggaman lelaki itu.

Kamelia terpaku. Tiba-tiba lelaki itu berubah. Dia lebih suka melihat Shah yang lama. Yang dingin dan banyak cakap dengannya daripada Shah yang tiba-tiba senyap dan hanya tahu memerhatikan dia saja.

“Aku minta maaf,” ujar Shah perlahan.

Kamelia senyap. Air matanya menitis kembali. Shah minta maaf dengan aku, tapi kenapa tiba-tiba, gusarnya.

“Aku tahu aku dah abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang suami. Aku hiraukan kau, aku tak pernah nak layan kau baik-baik. Aku tahu aku jahat sebab biarkan kau menangis selalu,” jelas Shah.

Kamelia masih lagi senyap. Dia tidak tahu mahu menjawab apa apabila lelaki itu meluahkan perasaannya.

“Kita pindah dari sini, nak?” cadang Shah tiba-tiba.

“Huh? Pindah?” soal Kamelia semula.

Shah mengiakan soalan Kamelia.

“Kita pindah dari sini. Kita mulakan hidup baru sebagai suami isteri. Hanya aku dan kau, berdua.” balas Shah sambil tersenyum.

Kamelia masih ragu-ragu namun dia tetap bersetuju sambil tersenyum semula. Mungkin ini permulaan yang dia benar-benar perlukan.

“APA? Nak pindah keluar? Kenapa kamu berdua tak stay aje dekat sini sampai ibu kamu sembuh? Kenapa nak pindah juga?” soal Mak Tok.

Cik Som berdiam diri saja. Dia tidak ada hak untuk berkata apa kerana dia pun hanya menumpang di sini.

“Kami berdua tahu ianya bukan keputusan yang mudah. tapi lepas berbincang panjang tentang perkara ni, kami ambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri,” terang Shah tenang.

“Tapi kenapa sampai nak kena berpindah keluar? Tak cukup besar lagi ke rumah ni untuk kamu berdua sampai nak kena pindah rumah lain!” tegas Mak Tok.

“Mak Tok, biarkan mereka berdua buat keputusan sendiri. Lagipun mereka dah besar panjang, dah boleh berfikir sendiri. Kita siapa nak menghalang. Mak Tok kena ingat, mereka dah pun berkahwin, dah jadi pasangan suami isteri yang sah. Biarlah mereka cuba untuk duduk sendiri, belajar tentang kehidupan selepas kahwin.” akhirnya Cik Som bersuara, menyokong keputusan menantunya itu.

Dia tahu maksud sebenar Mak Tok. Dia tahu Mak Tok akan sunyi selepas ketiadaan cucu dan cucu menantunya nanti. Tapi dia harus faham yang cucunya sudahpun berumah-tangga, pasti mereka inginkan privasi sendiri.

“Tapi Som!”

Belum sempat Mak Tok menjawab, Shah memintas.

“Shah dan Kamelia dah buat keputusan dan kami harap sangat Mak Tok bersetuju dengan keputusan kami. Kami berdua kan dah berkahwin, jadi Shah nak ada masa untuk kami berdua sahaja tanpa ada gangguan daripada orang lain. Biar kami selesakan diri berdua dahulu,” tegas Shah.

“Jadi kamu nak cakap kami semua ni mengganggu privasi kamu berdualah?” duga Mak Tok.

Cik Som hanya mampu menggeleng kepala.

“Bukan itu maksud Shah, Mak Tok. Shah pernah cakap dekat Mel dah menjadi tanggungjawab dia sebagai seorang suami untuk sediakan tempat tinggal untuk Mel. Takkan selama-lamanya kami nak duduk dekat sini. Kami pun nak hidup berdikari juga. Tapi, tak bermaksud kami nak jauhkan diri daripada Mak Tok dan orang lain. Mak Tok boleh aje datang melawat kami bila-bila masa yang Mak Tok nak?” terang Kamelia pula.

Dia tahu Shah pasti tertekan mahu menjawab pertanyaan neneknya, sebab itu dia pula bersuara.

“Tak apalah Mel, Mak Tok tak boleh nak bantah dah keputusan kamu berdua.” balas Mak Tok perlahan.

Dia bingkas bangun lalu beredar dari situ.

“Tak apa, nanti mak pujuk Mak Tok. Kamu berdua tak perlu risau, walau apapun keputusan kamu berdua, mak akan sokong,” ujar Cik Som pula.

“Terima kasih mak sebab faham keadaan kami berdua,” jawab Shah.

Shah menggenggam erat jemari isterinya.

Kamelia hanya diam dan tersenyum nipis. Dia dapat merasakan yang Shah sudah mula menerimanya.

Mereka berdua masuk ke dalam bilik bersama.

“Kenapa awak tiba-tiba buat keputusan ni?” tanya Kamelia.

Dia melihat Shah sedang sibuk menyusun baju dan seluar ke dalam almari.

“Aku nak cuba kenal kau dengan lebih mendalam. Dan aku tahu kau tak selesa bila lama sangat duduk dekat rumah ni. Tudung pun kau pakai sepanjang masa sebab risau kalau terserempak dengan orang lelaki dalam rumah ni. Dengan aku pun kau masih bertudung walaupun aku dah jadi suami kau yang sah.” terang Shah.

Kamelia terus menyentuh kepalanya. Baru dia perasan sepanjang dia berada di sini, tak pernah sekalipun dia membiarkan rambutnya dilihat oleh semua orang dalam rumah ini termasuk Shah. Jadi dia faham kalau Shah perasan akan ketidakselesaan dirinya.

“Jadi aku ingat bila kita dah pindah masuk rumah sendiri nanti, kau boleh jadi diri kau sendiri. Yang pasti depan aku, kau dah tak perlu nak pakai tudung selalu. Aurat kau hanya aku saja yang boleh tengok sebab aku suami engkau,” balas Shah sambil mengerling sekilas ke arah Kamelia.

Kamelia terkesima. Shah benar-benar sudah berubah. Walaupun dia masih gelarkan diri dia aku kau dengan isterinya itu.

Tiba-tiba Shah mendekatinya selepas siap mengemas almari.

“Awak nak buat apa ni?” tanya Kamelia sambil mengesot ke belakang.

“Kau taknak tidur ke? Aku dah ngantuk ni,” balas Shah sambil membaringkan dirinya di atas katil.

Kamelia terkejut.

“Bukan ke awak tidur dekat bilik tetamu sebelum ni?” soal Kamelia lagi.

Shah yang sebelum ini sudah melelapkan diri kembali sedar semula.

“Kenapa? Ini bilik aku, kan? Suka hati akulah nak tidur mana.” balas Shah dingin. Tak suka orang mengganggu tidurnya.

”Tutup lampu tu, silau!” arah Shah sebelum memusingkan badannya ke arah dinding.

Kelam-kabut Kamelia bangun untuk menutup lampu sampai kakinya terlanggar kaki katil. Sudahlah kayu jatuh, mesti terhentak kuat tulang kakinya.

“Aduh, sakitnya!” terduduk Kamelia dibuatnya.

Shah segera bangun dari baringnya dan menghalakan cahaya dari skin telefonnya ke arah Kamelia.

“Kenapa pula tu?” soal Shah seraya menuju ke arah isterinya yang sedang mengerang kesakitan itu.

“Kaki saya terlanggar bucu katil,” balas Kamelia sambil mengetap bibir menahan sakit.

Shah menggelengkan kepala. Dia bangun dan terus berjalan ke meja solek biliknya untuk mengambil minyak panas sebelum menuju ke arah Kamelia yang sedang terbongkok-bongkok itu. “Tengok mana yang sakit tu?!” tegas Shah sambil duduk bersila di hadapan isterinya. Dia menarik kasar kaki isterinya itu.

“Ah sakitlah! Janganlah tarik kasar sangat,” marah Kamelia apabila Shah sesuka hati merentap kakinya. Tahulah dia bersalah sebab sudah mengganggu tidur lelaki itu tapi bukannya dia sengaja.

“Senyap sikit boleh? Kau nak bagi satu rumah dengar jeritan kau ke? Nanti dia orang ingat kita buat projek dalam bilik ni!” bebel Shah.

Kamelia mengepat bibirnya selepas mendengar bebelan lelaki itu. Dia faham sangat dengan maksud projek itu. Nantilah, dia tak bersedia lagi.

“Biar aku letak minyak angin dekat kaki kau ni dulu, terseliuh sikit aje ni, tapi tak boleh nak urut lagi nanti takut makin membengkak,” jelas Shah lagi. Dia masih bersikap dingin seperti tadi.

Panjang sedepa muncung Kamelia apabila dimarahi oleh suaminya sendiri. Namun dia tahu lelaki itu cuma prihatin terhadapnya. Kalau tak kenapa lelaki itu sanggup bangun tidur semula untuk membantu dia.

“Auch, slow lah sikit. Sakit tau,” rengek Kamelia apabila lelaki itu sengaja menekan kesan lebam di buku lalinya.

Kamelia sudah menguap beberapa kali sambil melihat Shah menyapu minyak panas di kakinya.

“Boleh bangun tak ni?” soal Shah.

“Boleh kot,” balas Kamelia.

Dia cuba bangun sendiri namun akibat langkahnya yang tidak berapa stabil itu, Shah cepar-cepat memapahnya. Disebabkan tindakan refleks Shah itu, jantung Kamelia berdegup kencang apabila tangan lelaki itu dengan senang merangkul kemas pinggangnya.

Shah membantunya duduk di atas katil sebelum menyimpan semula minyak panas di tempat asalnya.

Perlahan-lahan Kamelia merebahkan tubuhnya di atas katil. Shah tolong selimutkan tubuhnya.

“Terima kasih” ujar Kamelia sambil tersenyum.

“Sama-sama kasih,” balas Shah turut membalas senyuman isterinya.

Kamelia tergelak kecil mendengar jawapan dari Shah.

Shah mencuci tangannya di dalam bilik air sebelum kembali ke katil semula. Tanpa sedar dia tersenyum melihat Kamelia yang sudah lena itu.

KAMELIA memusingkan tubuhnya ke belah kanan lalu memeluk bantal peluk di sisinya. Sedang enak dibuai mimpi, Kamelia dapat merasakan deruan nafas panas di wajahnya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

Bertambah terkejut apabila diri dia kini berada di dalam dakapan lelaki itu. Patutlah selesa sangat, rupanya suami sendiri yang dijadikan bantal peluk malam itu.

Kamelia cuba menjarakkan dirinya namun semakin erat pelukan itu terasa. Wajah Kamelia kini hampir melekap di dada bidang lelaki itu. Sudahlah suaminya tidak berbaju, bila masa entah dia cabut baju, semalam elok lagi berbaju. Pagi ni, hilang terus.

“Awak, bangunlah dah subuh ni,” pujuk Kamelia sambil mencuit lembut pipi Shah.

“Kejap, lima minit lagi.” balas Shah dengan suara seraknya.

Kamelia terus cair mendengar suara lelaki itu. Dia sudah tersenyum lebar di dalam pelukan suaminya itu. Setelah tiga kali percubaan untuk melepaskan diri gagal. Akhirnya dia rela dan membiarkan dirinya di dalam pelukan lelaki itu. Mujur sahaja dia sedang cuti khas sekarang, kalau tidak tak mungkin dia nak berlengah-lengah seperti ini sebelum solat subuh. Solat itu tiang agama!

Sewaktu Shah ingin bangun untuk solat subuh. Dia melihat isterinya sedang bahagia memeluknya. Tanpa sebarang suara, Shah sudah tersenyum lebar melihat isterinya. Perlahan-lahan dia bangun dan menggantikan tempat baringnya dengan bantal peluk. Dia membiarkan Kamelia memeluk bantal peluk itu dulu, risau jika gadis itu tersedar. Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.

“Good morning sleepyhead,” bahu Kamelia digoncang seseorang.

Terkebil-kebil dia ingin membuka mata sambil mengelak terik cahaya pagi dari memasuki ruang matanya.

Kelihatan Shah sedang memerhatinya dengan hanya bertuala.

“Awak dah bangun? Pukul berapa ni?” tanya Kamelia sambil mencapai telefon bimbitnya di atas katil.

“8.30 pagi” balas Shah tenang.

“Apa! Dah 8.30 pagi? Kenapa awak tak kejut saya! Dah lewat ni nak buat sarapan pagi!” kelam-kabut Kamelia bangun tanpa sedar yang kakinya masih lagi sakit.

“Aduh!” rengeknya. Terhincut-hincut dia mendekati almari untuk mengambil baju.

“Apalah saya nak jawab dekat Mak Tok nanti kalau dia tengok saya tak bangun lagi? Mesti dia ingat saya ni pemalas! Isy awaklah ni tak kejutkan saya!” bebel Kamelia sambil memilih baju di dalam almari.

“Macammana saya nak kejut kalau awak dah selesa sangat peluk saya tadi,” usik Shah sambil tergelak kecil.

“Malaslah saya nak layan awak!” balas Kamelia seraya menghilangkan diri ke dalam bilik air.

“Tak suruh layan pun,” balas Shah bersahaja. Dia keluar dari bilik setelah selesai memakai seluar dan baju.

Malas mahu duduk lama di dalam bilik, nanti telinganya panas mendengar bebelan isterinya itu.

“Morning Mel, come breakfast first,” ajak Mak Tok apabila melihat Kamelia sedang menuju ke arah dapur.

Kamelia terasa malu kerana dia yang terakhir sekali turun sarapan pagi.

“Kenapa ni?” tanya Mak Tok apabila Kamelia senyap memandang lantai.

“Mel minta maaf sebab terlajak tidur. Mel dah terlepas nak sediakan breakfast harini.” Kamelia meminta maaf.

Mak Tok terglak kecil.

“Ala, Mak Tok faham. Lagipun rumah ni kan ada pembantu rumah, tak payah susah-susah Mel nak bangun pagi untuk sediakan breakfast,” balas Mak Tok sambil mengusap lembut pipi cucu menantunya.

Kamelia sudah tersipu malu. Mak Tok sangat memahami. Bersyukur dia mempunyai nenek mentua seperti Mak Tok.

“Macammana tak lewat bangun, dia selesa sangat peluk bantal peluk gergasi sebelah dia harini,” usik Shah yang sejak tadi mendiamkan diri.

Kamelia merenung tajam suaminya. Lalu pinggang lelaki itu menjadi mangsa cubitannya. Kalau dulu mungkin dia takut untuk mengacau lelaki itu namun sekarang dia sudah tidak gentar lagi bila Shah mengusiknya.

“Aduh sakitlah. Tengok ni Mak Tok, dia dah berani nak cubit Shah. Sebelum ni nak pegang Shah pun dia tak berani tau!” bebel Shah sambil berpura-pura merajuk dengan isterinya.

“Baguslah, Mak Tok pun geram nak cubit-cubit Shah tau sebab suka sangat sakat isteri tu. Nanti merajuk orang tu lagi susah tau nak pujuk!” ujar Mak Tok sambil mencubit bahu cucunya.

Kamelia tersenyum riang apabila Mak Tok memihak kepada dia. Sempat dia tajam ke arah Shah.

“Berani dia nak merajuk dengan Shah. Baru tinggal sekejap dah menangis,” lawan Shah semula.

Kamelia terdiam. Dua minggu tau bukan sejam dua, omel Kamelia.

“Bila masa saya nangis?” soal Kamelia.

“Haritu, saya nampak awak nangis dalam bilik,” balas Shah sambil menyuap roti bakar ke dalam mulutnya.

Kamelia terdiam, apakah Shah terdengar omelan dia hari itu.

“Sayang, boleh tolong ikatkan tali leher saya tak? Haritu Yana tersalah beli, saya tak reti nak ikat tali leher sendiri,” ujar Shah sambil mengambil tali leher dari dalam beg bimbitnya.

Kamelia yang sejak tadi mengelamun terus tersedar ke alam nyata apabila Shah memanggilnya sayang.

“Awak panggil saya apa tadi?” soal Kamelia semula.

“Saya panggil apa tadi? Oh saya panggil sayanglah. Sayangku, boleh tolong ikatkan tali leher abang?” usik Shah sambil menahan tawa.

Mak Tok sudah menjeling kegelian melihat pasangan suami isteri muda di hadapannya itu.

Kamelia sudah menarik muncung sedepa, suka sangat Shah mengusiknya. Namun, dia masih membantu lelaki itu mengikat tali lehernya.

Akibat perbezaan ketinggian mereka yang sangat ketara, Kamelia terpaksa berjengket untuk mencapai leher bahu Shah. Disebabkan itu, Shah terus merendahkan bahunya sehingga dia betul-betul berhadapan dengan isterinya.

Kamelia terkaku apabila Shah memandang tepat matanya. Dia dapat merasakan Shah seperti ingin mengatakan sesuatu sebelum Ariana menegur mereka dari tangga.

“Ala, kalau tiap pagi nak kena hadap scene romantik macamni penatlah Yana! Mak Tok, Yana nak kahwin jugalah!” ujar Ariana yang baru turun dari biliknya.

Dia terus mendekati abang dan kakak iparnya.

Terus Kamelia beralih ke tempat lain. Shah membetulkan kolar bajunya sendiri. Adiknya itu ada sahaja bahan nak mengusiknya.

“Jangan gatal sangat nak kahwin!habiskan study dulu, banggakan ibu dengan ayah macam abang Kamu tu. Baru boleh fikir kahwin,” tegur Mak Tok.

“Ala, dua tahun setengah aje lagi Mak Tok. Nanti tunggu ye Yana bawa balik calon menantu untuk korang,” usik Ariana sebelum beredar ke ruang tamu.

Sempat dia menjeling sekilas ke arah abangnya.

“Shah gerak dululah, dah lambat ni. Assalamualaikum,” ujar Shah lalu bergegas mengambil beg bimbitnya sebelum menyalam tangan neneknya.

Sewaktu dia ingin beredar ke pintu keluar, Kamelia menahannya.

Kamelia menghulur tangannya. “Salam?” tanya Kamelia sambil menjungkit kening.

Shah membalas huluran tangan Kamelia sambil mengusap lembut kepala isterinya yang berlapik itu.

“Saya pergi dulu,” ujar Shah sebelum mengenyit mata ke arah isterinya.

Kamelia mengangguk sambil menemani suaminya ke tempat letak kereta lelaki itu. Selepas kereta suaminya meluncur keluar dari perkarangan rumah, dia masuk ke dalam semula.

“Akak tak lemah jantung ke tiap hari tengok abang layan akak macamtu?” Tanya Ariana yang tiba-tiba menyibuk di sebelahnya.

“Kenapa Yana tanya akak macamtu?” soal Kamelia sambil tersipu malu.

“Yana perasan pandangan abang terhadap akak berbeza dari sebelum ni. Abang memang betul-betul jatuh cinta dekat akak,” balas Ariana dengan yakin sambil menyuap kerepek kentang ke dalam mulutnya.

Kamelia memerhati wajah adik iparnya itu untuk memastikan yang gadis itu bercakap jujur. Dia tertanya-tanya sama ada Shah benar-benar menyayanginya.

BARU sahaja Shah keluar dari bilik pejabat sahabatnya itu, dia terserempak dengan Maya.

“Maya, I nak cakap sikit dengan you.” panggil Shah.

“Yes, apa dia?” soal Maya sambil memeluk fail dokumen di tangannya.

Shah menarik tangan teman wanitanya itu ke pantri. Dia memandang sekeliling sebelum memulakan bicara.

“Apa rancangan you sekarang ni? You suruh I pujuk Kamelia, I dah buat. you suruh I rapat dengan dia pun I dah buat. You suruh I ajak dia pindah masuk ke dalam kondo kita berdua pun I dah tunaikan. So, apa lagi plan you selepas ni?” tanya Shah serius.

Tempoh hari sewaktu Shah berada di rumah teman wanitanya itu, Maya ada menyuruhnya untuk berbaik dengan isterinya. Namun, apabila dia sudah mulakan misinya, Maya pula menyenyapkan diri. Jadi dia tidak faham apa yang teman wanitanya itu mahu.

“You tenang aje buat masa sekarang. I tahu apa yang I buat. For now, I nak you layan perempuan tu macam isteri you yang sebenar. Buat dia rasa yang you dah terima dia sepenuhnya dalam hidup you.” balas Maya tenang.

Shah memeluk tubuh. Apa yang sedang bermain di akal fikirannya ketika itu.

“Can you do it for me sayang?” tanya Maya lagi sekali sambil jemarinya menyentuh lembut dada bidang lelaki itu.

Shah mengangguk perlahan. Apa saja demi Maya, dia sanggup tunaikan. Kerana dia juga tidak mahu kehilangan wanita itu.

“Now do your job, I taknak ada yang suspicious dengan kita, because as you know right now your status dah berubah. You bukan lagi boyfriend I tapi you dah jadi suami orang. Memandangkan you CEO company ni and I pekerja di bawah you, I taknaklah ada suara sumbang yang mengatakan you tak loyal with your marriage and ada hubungan dengan pekerja sendiri. You mesti nak jaga nama baik company you, kan?”

Shah mengangguk perlahan. Jemarinya digenggam erat oleh Maya.

Maya mendekatkan wajahnya ke telinga Shah. Telinga lelaki itu dibelai manja. “So, it's better for us to stay away from each other. At least sampai semuanya selesai? I taknak nanti ada staff yang nampak kita berduaan dekat office.” jelas Maya sebelum mengecup lembut pipi lelaki itu dan beredar dari situ.

Shah memandang sepi teman wanitanya itu beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience