“Jom kita balik?” pujuk Shah.
Kamelia mengangguk perlahan. Dia tiada tenaga untuk membantah.
Dia berpusing untuk mengambil basikalnya. “Eh, mana Adam? Tadi dia ada dekat sini?” soal Kamelia perlahan sambil memerhatikan sekeliling kawasan pantai itu.
Shah yang mendengar persoalan isterinya itu turut melihat sekeliling mencari kelibat lelaki itu, namun tiada. Mungkin sudah beredar barangkali. Bagus juga, buat apa dia lama-lama dekat sini, lagipun Shah kan ada untuk menyelamatkan isterinya?
Shah tersenyum sinis. “Adam? Dah balik kot tadi,” balasnya perlahan.
Kamelia mengangguk perlahan. Baru saja dia nak berterima kasih dekat Adam sebab sudah membantunya tapi lelaki itu sudah hilang sebelum dia sempat berbual dengan lelaki itu.
Lalu Kamelia pun menoleh ke arah Shah untuk memanggilnya dan dia ternampak kesan luka di pipi suaminya itu.
Dia mendekati suaminya itu lalu pipi Shah diusap perlahan dibahagian luka. “Habis luka-luka pipi awak, saya minta maaf. Sebab saya, awak kena tanggung sakit,” omel Kamelia sambil meniup luka di pipi Shah.
Muka Shah berkeriut menahan pedih. “Tak apa, sikit @je ni. Letak ubat nanti eloklah,” balas Shah sebelum menangkap jemari isterinya dan ditarik ke dalam pegangannya.
“Jom kita balik. Nanti saya sapu ubat dekat luka awak.” ujar Kamelia.
Dia terus mengangkat basikalnya lalu jalan beriringan bersama Shah menuju ke rumah mereka. Seusai tiba di hadapan rumah, Shah menolong Kamelia meletakkan semula kedua-dua basikal di bawah kawasan rumah.
“Assalamualaikum, kami dah balik,” Kamelia memberi salam.
“Waalaikummusalam, balik dah? Cepatnya. Puas ke berjalan-jalan satu kampung?” tanya Cik Som.
“Puas, banyak sangat tempat menarik kita orang pergi tadi. Ini first time Shah merasai suasana kampung,” balas Shah tenang di sisi Kamelia.
Kamelia mengangguk laju sambil tersenyum nipis. Sebenarnya jantungnya berdebar-debar apabila Shah merangkul pingangganya dengan kemas. Sejak di pantai lagi dia sudah berdebar-debar apabila lelaki itu memeluknya dengan erat. Bertambah malu apabila dia menangis di dalam dakapan lelaki itu. Tapi, dia terasa tenang apabila berada di dalam dakapan lelaki itu. Seolah-olah segala ketakutannya hilang dibawa ombak pantai. Lagi-lagi apabila Shah setia menenangkannya dan mengecup lembut dahinya.
“Alhamdulillah.”
Tiba-tiba Cik Som terperasan akan lebam dan luka di pipi menantunya itu. “Ya ALLAH Shah, apa dah jadi dengan muka kamu? Mel! Bagitahu mak apa dah jadi sebenarnya ni? Kamu pusing-pusing satu kampung ke bergusti dengan orang kampung?” soal Cik Som tegas.
Keadaan yang pada awalnya tegas menjadi kelakar apabila Cik Som berkata begitu. Shah menahan tawanya manakala Kamelia kekal serius di sisinya. Tiada masa untuk ketawa. Kamelia harus mencari alasan supaya emaknya tidak meragui sesuatu.
“Hm Shah tadi... dia kena... Hmm... Shah...” tergagap-gagap Kamelia menyusun ayatnya satu persatu.
Kamelia keliru sama ada dia harus jujur ataupun tidak. Dia tahu jika dia membuka mulut tentang Roslan, emaknya pasti akan risau dan terus menyerang rumah Pak Mat bersama adik lelakinya, Arif.
“Tadi Shah jatuh basikal. Sebab dah lama sangat tak bawa so hilang imbangan dan Shah terjatuh, tapi tak teruk sangat setakat luka dengan lebam aje ni,” pintas Shah.
Jemari isterinya digenggam erat. Kamelia menghela nafas lega.
“Ya ALLAH, kamulah ni Mel paksa sangat Shah bawa basikal. Dah tahu orang tu tak biasa bawa tapi dipaksa juga sampai merajuk!” bebel Cik Som.
Kamelia menunduk malu. Tidak berani untuk berhadapan dengan emaknya.
“Tak apalah mak, sikit aje ni. Letak ubat sembuhlah,” ujar Shah lagi.
Cik Som menggelengkan kepala. Apa-apa sahajalah anak menantunya itu. Pasti ada sesuatu yang dirahsiakan anak menantunya itu namun dia malas untuk bertanya lebih lanjut. Nanti bila situasi dah tenang semula, baru dia bertanya lagi.
Dia menghela nafas perlahan. “Kamu berdua berehatlah dulu, Mel jangan lupa letak ubat dekat pipi Shah tu. Jangan biar lama sangat, takut melarat.” ujar Cik Som seraya menuju ke belakang rumah.
“Awak rehatlah duly, saya pergi ambil kotak ubat dekat bilik Arif,” ujar Kamelia tidak langsung memandang wajah suaminya. Lalu, dia terus berlalu pergi.
Shah tahu Kamelia malu dengannya sekarang.
USAI mandi, Shah pulang ke bilik dan mendapati Kamelia sudah menunggunya bersama kotak ubat.
“Lama awak tunggu?” soal Shah.
Kamelia menggelengkan kepala perlahan.
“Tak lama pun. Kan saya suruh awak berehat tadi?” soal Kamelia.
“Saya nak mandi terus. Rasa berlengas badan lepas keluar tadi.” balas Shah perlahan.
Kamelia mengangguk perlahan. Dia menepuk-nepuk cadar di sebelahnya lalu memanggil Shah untuk duduk di hadapannya. “Duduklah, biar saya tengok luka awak tu.” ujarnya.
Shah terus mengambil tempat duduk di hadapannya. Tapi apa yang buatkan Kamelia merasa tidak senang duduk sekarang ini adalah disebabkan lelaki itu tidak berbaju. Suaminya hanya mengenakan seluar track panjang dan bertuala di bahu.
“Awak tengok apa tu?” soal Shah sambil melihat badannya. Mungkin ada apa-apa yang tidak kena dengan badannya.
Dia baru sedar yang dia tidak berbaju di hadapan Kamelia. Terus Shah tersenyum nakal.
“Terliur tengok badan saya? Sentuhlah, kan dah halal.” usik Shah.
Cepat-cepat Kamelia menampar bahu suaminya yang terdedah itu. Dia menjeling tajam ke arah Shah. Apalah kau ni Kamelia! Kenapa kau pandang badan dia tu lama sangat? Kan dah kantoi, omel Kamelia dalam hati.
“Saya tak tengok badan awak pun lah! Saya tengok luka awak tu. Tak teruk mana pun, letak ubat nanti sembuhlah.” balas Kamelia tak beriak.
Dia mula mengambil ubat yang diperlukan sambil menuang sedikit cecair di permukaan kapas sebelum menekap kapas yang basah tadi di kawasan luka pipi Shah.
Sesekali Shah merintih sakit apabila Kamelia sengaja menekan kuat kawasan yang luka itu.
“Sakitlah awak! Perlahanlah sikit. Mahu terkoyak kulit pipi saya kalau awak tekan kuat sangat!” adu Shah sambil menepis jemari Kamelia di wajahnya.
“Isy, tahanlah sikit! Nak sembuhkan?” tegas Kamelia.
Shah hanya mengangguk sambil membuat muka. Kalau iye pun marah, janganlah ditonyohnya muka aku ni, marah Shah dalam hati.
Kamelia senyap semula sambil menyapu ubat di kawasan luka tadi.
“Saya nak minta maaf. Kalau saya tak buat hal tadi, semua ni tak akan berlaku. Awak tak akan bergaduh dengan Roslan dan awak tak akan cedera macamni,” ujar Kamelia perlahan.
Tiba-tiba Shah mencapai jemari Kamelia yang berada di wajahnya dan membawanya ke pangkuannya.
“Saya pun nak minta maaf. Kalau saya cepat sikit tadi, awak mesti tak akan kena kacau dengan Roslan?” ujar Shah.
Kamelia hanya diam. Dia menunduk ke bawah, wajahnya sugul memikirkan Roslan itu.
“Dia yang cuba nak rogol awak dulu, kan? Sebab itu awak benci sangat dengan dia,” soal Shah berhati-hati.
Shah menatap lama wajah Kamelia.
Kamelia diam sesaat dua. Akhirnya dia mengangguk.
“Betul, tapi waktu tu saya bernasib baik sebab Adam selamatkan saya,” balas Kamelia perlahan.
Shah sedikit tersentak. Tapi dia kekal tenang.
“Tapi kenapa awak tak report polis? Ini bukan hal kecil, dia cuba nak rogol awak. Sepatutnya sekarang ni dia dah kena masuk penjara, bukan bebas macam sekarang ni!”
Nampak sekarang ni yang Shah sangat marah dengan apa yang terjadi.
“Saya dah cuba. Tapi keluarga Roslan sendiri datang dan merayu supaya kami tak teruskan report. Ayah Roslan sangat baik dengan keluarga kami. Saya tak sampai hati bila tengok ayah dia sendiri datang melutut depan saya supaya tak dakwa anak. Saya tak sampai hati, sebab itu saya tarik balik report dengan syarat, anak dia tak boleh dekat dengan saya kalau tidak saya tak akan berdiam diri lagi lepas ini!” jelas Kamelia tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Dia teringat kembali beberapa bulan yang lepas, Pak Mat sekeluarga datang ke rumahnya selepas mengetahui nasib yang menimpa Kamelia. Dia tidak sampai hati melihat kedua orang tua Roslan menangis dan melutut di hadapannya dan emaknya. Memohon belas kasihan supaya tidak membiarkan anaknya ditangkap polis. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan yang sangat berat buatnya dengan menarik semula segala dakwaan terhadap Roslan dengan syarat, Roslan tidak akan menganggunya lagi.
Tapi, dia tidak sangka yang Roslan masih tak serik dengan perbuatannya. Walaupun hampir ditangkap polis, namun dia masih sanggup melakukan perbuatan terkutuknya itu.
“So? Sekarang ni dia ganggu awak semula. Awak kena buat report polis Mel! Tak apa, esok saya bawa awak balai polis. Kita buat report. Kita dah tak boleh tunggu lama nanti lagi teruk dia kacau awak?” tegas Shah lagi.
“Tapi Shah, saya...” Kamelia menunduk ke bawah seketika.
“Tapi apa lagi? Saya mengaku saya banyak buat salah dengan awak tapi biar kali ini saya bertanggungjawab atas apa yang dah terjadi terhadap awak. At least as a husband?” ujar Shah yakinkan isterinya.
Dia mengusap lembut jemari isterinya.
Kamelia serba-salah, keluhan dilepaskan. Dia tidak mampu untuk menolak cadangan suaminya.
“Baiklah, saya akan ikut cadangan awak,” Kamelia mengangguk setuju.
Shah tersenyum gembira, dia mahu berkata sesuatu tapi bunyi nada dering telefon bimbitnya menganggu suasana.
Incoming call from Maya.
Kamelia ternampak nama pemanggil, dia hanya tersenyum nipis.
Shah serba salah untuk mengangkat panggilan telefon tersebut.
“Angkatlah, mungkin urgent?” suruh Kamelia tenang.
“Saya nak pergi mandi dulu, luka awak tu jangan sentuh. Biar dia kering dulu,” pesan Kamelia.
Dia terus mengambil tualanya yang tergantung di belakang pintu dan beredar keluar dari bilik tersebut.
Shah terus mengangkat panggilan.
“Hello,” jawab Shah mala.
Tiba-tiba dia terasa malas ingin melayan perangai Maya.
“Hello sayang? Oh my god susahnya you nak angkat call I! Tak ada line ke dekat sana?” marah Maya.
“I busy...”
“Busy apa? Busy melayan wife kampung you tu?” soal Maya sinis.
“Eh you ni kenapa Maya? tiba-tiba nak cari pasal dengan I? Penat I pun tak hilang lagi you nak tambah serabut I lagi?” balas Shah dingin.
Kedengaran sinis sekali tawa Maya di hujung panggilan.
“You dah berani marah I Shah? Penat? You buat apa dengan wife kampung you tu sampai penat sangat? You guys bersukan atas katil ke?” soal Maya menambah minyak dalam bara.
“Look, I malas nak cari pasal dengan you. You nak apa sekarang ni Maya? Tak boleh tunggu I balik KL ke?”
Maya diam seketika.
“I sebenarnya rindukan you sayang. Bila you nak balik? I rasa you dah lama dekat kampung tu. You tak rindukan I ke?” suara Maya bertukar menjadi manja dan perlahan.
Shah meraup wajahnya.
“I baru sampai semalam kot? Apa yang you merepek lama sangat ni? You kan banyak kawan dekat KL tu? Pergilah jumpa kawan you!” suruh Shah tidak puas hati dengan perangai kekasihnya itu.
Kedengaran suara Maya merengek.
“Tapi kawan-kawan I tak sama macam you. You tu special sebab you kan boyfriend I. Dengan you I boleh buat macam-macam,” pujuk Maya lagi.
Shah hanya diam, dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa lagi supaya gadis itu boleh faham dengan keadaannya.
“Sayang, baliklah... I rindukan you! Kalau you tak balik, I akan buat something!” ujar Maya berbaur ugutan.
Shah terdiam.
“You nak buat apa, Maya? Jangan macam-macam!” tegas Shah.
“I tak akan bagitahu you. Tapi I akan pastikan esok you balik. Remember sayang, I miss you so much.” balas Maya seraya menamatkan panggilan.
Maya tersenyum sinis. Pil ubat tidur di dalam genggamannya dipandang tajam.
“Kalau kau risaukan aku, kau kena balik esok juga! Aku tak kisah, kau milik aku, Shah. Kalau aku tak dapat kau, takkan ada sesiapa yang boleh rampas kau daripada aku!” Maya lepas tawa kecil sebelum menelan beberapa biji ubat tidur di dalam genggamannya.
“Maya? Hello Maya? Maya!” panggil Shah lagi namun sia-sia kerana Maya telah menamatkan panggilan telefonnya tadi.
“Maya nak buat apa sebenarnya ni?” Shah sudah tidak senang duduk. Dia kian runsing memikirkan ugutan yang diberi oleh Maya tadi. Tak mungkin dia nak balik lewat malam sebegini.
Dia sudah berjanji dengan Kamelia yang mereka akan duduk di kampung selama empat hari.
Kamelia yang baru sahaja pulang dari bilik air pelik melihat suaminya gusar semacam.
“Awak kenapa? Ada apa-apa berlaku dekat KL ke?” tanya Kamelia pelik.
Dia jelas melihat kegusaran di wajah suaminya itu. Kamelia mendekati suaminya lalu bahu suaminya dicuit sedikit. Dia menjungkitkan kening separuh tanda bertanya.
Shah terkejut seketika sebelum menoleh ke arah Kamelia. Wajah Kamelia dipandang resah. Dia dilanda rasa serba salah.
“Mel, saya minta maaf sangat-sangat. Tapi saya rasa kita kena balik awal lah. Sebab ada emergency dekat office.” jelas Shah dengan riak wajah risau.
Dia harap isterinya dapat memahami.
Kamelia mengangguk perlahan lalu menghela nafas perlahan.
“Kalau awak dah cakap macamtu, tak apalah. Cuma kita balik esok pagilah, sekarang dah lewat takut awak penat nak drive.” ada rajuk dalam nada gadis itu.
Walaupun dia tidak faham kenapa mereka harus berangkat awal tapi dituruti sahaja kehendak suaminya itu. Syurga kan terletak di bawah telapak kaki suami.
“Memanglah kita balik awal pagi esok. Saya tidur dululah, selamat malam.” balas Shah tak beriak.
“Selamat malam.” balas Kamelia seraya menuju ke dinding untuk menutup lampu bilik.
Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya di sisi suaminya yang sudah membelakanginya. Dia tidak faham kenapa Shah tiba-tiba berubah selepas mendapat panggilan daripada perempuan tadi. Apakah yang sebenarnya berlaku di antara mereka berdua?
KAMELIA melulu keluar dari bilik tidur sambil menarik beg roda miliknya. Shah terus mencapai beg roda tersebut untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.
“Kamu berdua nak kemana dengan beg roda bagai? Takkan nak balik dah? Bukan ke haritu cakap cuti empat hari?” soal Cik Som yang ketika itu muncul dari arah dapur.
Kamelia menarik jemari emaknya ke dalam genggaman. “Mak, Mel nak minta maaf. Abang Shah tiba-tiba ada emergency dekat office, itu yang kami kena balik awal ni. Mel minta maaf sangat sebab tak sempat nak bagitahu mak semalam sebab dah lewat sangat,” jelas Kamelia.
Cik Som menarik senyum kelat.
“Tak apalah kalau Mel dah cakap macamtu. Mak tak boleh nak halang. Kamu berdua balik sekejap ni pun mak dah bersyukur sangat,” balas Cik Som walaupun sedikit sebanyak dia terasa hati dengan anak menantunya itu.
Kamelia mengangguk perlahan. Senyum pahit diukir.
“Mak, Shah minta maaf sangat-sangat sebab Shah, Mel tak dapat nak luangkan banyak masa dengan mak dekat sini. Tapi Shah janji nanti selesai aje kerja dekat KL, Shah bawa Mel balik ke kampung,” giliran Shah pula meminta maaf.
“Tak apa Shah, mak faham kamu orang bekerja. Mak faham kerja kamu banyak dekat KL tu. Tak apa, lain kali kamu boleh datang lagi, pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu berdua,” balas Cik Som sambil mengukir senyum lebar.
Kamelia tunduk menyalam tangan maknya diikuti Shah.
“Mel mintak maaf sangat-sangat. Mel janji nanti Mel balik melawat mak lagi ye,” ujar Kamelia cuba menahan sebak.
“Kami gerak dulu mak. Assalamualaikum,” Shah memimpin tangan Kamelia menuruni tangga batu satu-persatu.
“Waalaikummusalam. Hati-hati memandu,” balas Cik Som mengiringi pemergian anak dan menantunya.
Setelah kereta milik menantunya berlalu pergi, Cik Som mengeluh panjang. Sejujurnya dia tidak puas lagi meluangkan masa bersama anak menantunya. Namun apakan daya dia tidak ada hak untuk menghalang anak dan menantunya pulang.
Sesudahnya dia kembali ke dalam rumah semula.
SEPANJANG perjalanan Kamelia banyak mendiamkan diri. Dia membuang pandangan ke luar tingkap. Diperhatikan setiap kereta yang dilintasinya.
Shah yang menyedari akan sikap isterinya terus menegur.
“Awak marah dekat saya ke?” soal Shah.
Kamelia memalingkan tubuh memandang Shah. Kemudian wajahnya ditunduk memandang kasut sarungnya.
“Tak adalah, buat apa saya nak marah dekat awak,” balas Kamelia.
Ada nada sayu dalam jawapan isterinya itu.
“Awak lapar? Kita boleh berhenti makan dulu. Tadi tak sempat breakfast kan sebab kita rushing nak balik." Tanya Shah lagi.
“Ikut awaklah.” balas Kamelia pendek. Dia cuba berlagak tenang. Namun hatinya kecewa apabila Shah tidak jujur dengannya.
Kamelia kembali membuang pandangan ke luar tingkap.
Shah menatap wahah Kamelia sayu. Dia mengeluh perlahan. Sah isterinya sedang merajuk.
Sesudahnya mereka berhenti seketika di sebuah tempat perhentian untuk sarapan pagi dan berehat seketika.
“Awak nak makan apa? Saya tolong orderkan?” soal Shah setelah mereka berjaya menemukan sebuah meja kosong.
“Hmm, apa-apa aje,” balas Kamelia perlahan. Dia fokus menatap skrin telefon bimbitnya.
Shah menghela nafas perlahan.
“Nasi lemak boleh?” tanya Shah sekali lagi.
“Boleh aje...”
Sebenarnya Kamelia hilang selera makan sejak pagi tadi. Dia tak ada mood untuk makan tapi bila Shah sudah mengajak dia ikutkan saja.
Shah angguk perlahan.
“Air?”
“Air suam aje lah, saya tak minum manis,” balas Kamelia bersama senyuman nipis.
“Ok, I'll be right back. Awak tunggu sini” balas Shah.
Dia kemudiannya beredar ke kedai untuk membeli makanan dan minuman buat dia dan juga isterinya.
Kamelia memerhatikan sekeliling, disebabkan masih awal pagi jadi tempat perhentian yang dikunjungi mereka agak lengang. Tak banyak kedai yang dibuka, pengunjung juga kurang.
Kamelia memerhatikan Shah dari belakang. Dia menghayati tubuh badan lelaki itu dari belakang sehingga tidak sedar lelaki itu turut memandangnya.
Shah menghadiahkannya senyuman berserta kenyitan mata sehingga membuatkan Kamelia tersedar dari lamunan semula. Dia mengalihkan pandangan ke tepi, malu mahu menatap wajah lelaki itu walaupun orang tidak ramai di situ.
Setelah sekian lama menunggu, Shah kini muncul semula bersama sedulang makanan dan air.
“Nasi lemak ayam berempah untuk awak dan bihun sup untuk saya. And this is your lukewarm water,” Shah menghidangkan semua hidangan di atas meja.
“Thanks,” ujar Kamelia.
Shah hanya senyum dan mengangguk kecil. Sempat dia mencuit dagu isterinya. Shah terus melarikan wajah ke tepi.
Shah melepaskan tawa kecil. Comel melihat isterinya.
Selesai membaca doa, Kamelia menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Dia mengangguk beberapa kali tanda hidangan itu sedap.
“Awak tak makan?” soal Kamelia melihat hidangan suaminya tidak bersentuh.
Dia melihat Shah sibuk menatap skrin telefon bimbitnya.
“Sekejap, saya tengah balas mesej dari office.” balas Shah masih lagi fokus dengan telefonnya.
Kamelia mengangguk faham. Dia kembali menikmati sarapan paginya.
Tiba-tiba telefon bimbit suaminya berdering kuat.
“Sekejap saya nak angkat call ni. Urgent!” ujar Shah segera membawa diri ke tempat lain.
Kamelia berdiam diri. Tidak perlu dia soal untuk tahu jawapannya.
Sudah 15 minit Shah meninggalkan dia berseorangan. Kamelia mendengus kasar. Sudahlah cuti balik kampungnya dipendekkan, suaminya itu pula asyik sibuk dengan panggilan telefon. Dia tidak tahu mengapa dia boleh bersetuju untuk mengikut lelaki itu balik? Padahal dia boleh balik seorang diri ke kampung.
Kalau dia ada kereta, dah lama dia pandu kereta sendiri ke kampung. Biar Shah tu sibuk dengan urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Setelah 30 minit berlalu, Shah muncul dengan muka masam.
“Lamanya? Kesian makanan awak, sejuk dah.” ujar Kamelia. Tidak guna untuk dia bertekak.
“Sorry, tapi kita kena gerak sekarang. Saya ada meeting pukul 11pagi nanti.” balas Shah tak beriak.
Dia mencapai apa yang patut di atas meja sebelum beredar meninggalkan Kamelia yang terpinga-pinga seorang diri.
“Awak?” Kamelia mendengus kasar seraya bangun mengejar suaminya yang sudah jauh meninggalkannya di hadapan.
Sumpah dia tidak faham dengan perangai suaminya itu.
Sepanjang perjalanan mereka hanya diam membisu. Shah fokus terhadap pemanduannya. Ada sesuatu yang dia sedang kejarkan.
SETELAH satu jam setengah menempuh perjalanan pulang, mereka akhirnya tiba di kondominium Shah. Kamelia menolong Shah mengeluarkan beg dari dalam bonet kereta.
Shah kelihatan tergesa-gesa ingin pulang ke rumah. Rindu sangat ke dia dengan rumah sendiri?
Kamelia terkial-kial seorang diri menarik kedua-dua beg roda di tangannya. Shah langsung tidak mengendahkannya.
Sesampainya mereka di hadapan pintu rumah, Kamelia berhenti seketika untuk menarik nafas panjang. Dia kepenatan seorang diri menarik beban di kedua belah tangannya.
“Awak masuk dulu, saya kena terus keluar sebab ada urusan penting. Kunci pintu, tak payah tunggu saya,” ujar Shah tergesa-gesa membuka kunci tombol pintu.
“Awak tak tukar baju dulu ke? Takkan nak pakai macamni aje?” tanya Kamelia sambil memerhatikan suaminya yang hanya memakai t-shirt putih berkolar bersama seluar jean hitam.
“Tak sempat, I gotta go.” Shah terus berlalu pergi tanpa sempat Kamelia menyalam tangannya.
Kamelia merengus.
“Apa yang busy sangat sampai tak sempat nak masuk rumah?” rungut Kamelia sebelum menutup pintu rumah.
SHAH tiba di hospital. Dia bergegas ke kaunter pertanyaan.
“Hai, saya nak tanya. Kat sini ada tak patient nama Maya Sarifah Binti Ahmad Fauzi?” soal Shah kepada jururawat yang bertugas.
“Sekejap saya check.” jawab jururawat tersebut.
Shah mengangguk. Kadang-kadang dia cuba mencuri padang ke arah skrin komputer.
Jururawat tersebut mencari sesuatu di dalam komputer sebelum mengalihkan pandangan semula ke arah Shah.
“Ada. Dekat bilik B-103 di sebelah sana,” jururawat tersebut menunjukkan arah ke bilik pesakit yang disebut.
“Okay, terima kasih.” balas Shah.
Jururawat tersebut tunduk separuh tanda sama-sama.
Dia terus berlari ke arah bilik wad yang disebut.
Maya yang sedang menatap telefon bimbitnya terkejut apabila seseorang menerjah masuk ke dalam biliknya.
“MAYA! WHAT HAPPENED?” turun naik nafas Shah.
Maya menyembunyikan telefon bimbitnya di bawah bantal. Dia membetulkan kedudukannya sambil memicit dahi.
“Sayang, I tak boleh tidur semalam so I telanlah ubat tidur. Tak tahu pulak kesan dia sampai macamni sekali. Itupun kawan I yang jumpa I pengsan dekat dalam bilik tidur, and dia yang bawa I pergi hospital,” balas Maya pura-pura lemah.
Shah terus mendakap tubuh Maya erat.
Maya tersenyum gembira. Dia melingkar tangannya di pinggan Shah.
“You cuba untuk bunuh diri ke Maya?” soal Shah sambil mengusap lembut rambut kekasihnya.
Maya menjeling sekilas. Bodoh!
“I rindukan you, Shah. I tak boleh tidur, so I fikir dengan makan ubat tidur I boleh tidur lena and lupakan you but tak sangka jadi teruk macamni,” ujar Maya seraya meleraikan pelukan.
Jemari Shah digenggam kemas.
“Berapa biji you telan?” soal Shah serius.
“Adalah, dalam 10 biji macamtu?” balas Maya takut-takut.
Membulat mata Shah. Nak mati sangat ke apa perempuan ni?
“You gila ke Maya! Are you trying to kill yourself? You tak takut dosa ke?” ujar Shah serius.
Dia terus bangun dari katil sambil memeluk tubuh. Geram dengan perangai kebudak-budakan kekasihnya itu.
Dia tidak sangka Maya sanggup berbuat sedemikian hanya kerana merindukannya.
Maya tundukkan wajah. Jari dikuis dengan rasa serba salah.
“I minta maaf, I tak berniat nak buat you risau. I cuma tak boleh tidur, I penat. I tak makan I tak tidur I tak boleh buat kerja sebab I rindukan you, Shah. You tahu kan I tak boleh hidup tanpa you?” jelas Maya dengan nada sayu.
Wajahnya kelihatan sedih. Nampak asli sekali lakonannya.
Mata Maya sudah berkaca-kaca. Bila-bila sahaja empangan air itu boleh pecah.
“Maya you kena faham, I dah kahwin. You tak boleh selalu buat macamni. I ada wife yang I kena jaga hati juga! And I tak boleh nak melekat dengan you 24 hours.” Shah menggenggam bahu Maya untuk menyedarkan gadis itu dari realitinya.
“Tapi you dah janji dengan I! You janji yang you takkan tinggalkan I. You cakap you akan lepaskan perempuan tu bila ibu you dah sihat nanti!” bentak Maya tiba-tiba.
Shah menekan pelipis matanya. Susah nak bagi gadis itu faham dengan keadaannya.
“Tapi you nampakkan ibu I tak sihat sepenuhnya lagi? You boleh sabar tak? Bagi I masa, bagi I convince ibu sendiri supaya I dapat kepercayaan dia,” nada Shah naik seoktaf.
“Tapi I need you Shah! I cintakan you! I cintakan you lebih daripada perempuan itu!” pujuk Maya.
Wajah Shah ditatap sayu.
Dia memeluk lengan bahu Shah.
“I know, cuma I kena jaga perasaan isteri I juga. I cuma taknak dia syak yang kita ada hubungan!” balas Shah cuba meyakinkan kekasihnya itu.
Maya terus melepaskan pelukan bahu. Dia melepaskan tawa sinis.
“Sejak bila you care pasal perempuan tu? Ke you sebenarnya dah jatuh cinta dengan perempuan kampung tu? Apa ubat guna-guna yang perempuan tu guna sampai you tak boleh stop thinking about her?” tengking Maya dengan mata terjegil.
“I TAK CINTAKAN DIA!” jerkah Shah.
Bahu Maya terenjut sedikit akibat jerkahan Shah. Dia terkejut apabila Shah berani meninggikan suara terhadapnya. Shah meninggikan suara!
Shah menarik nafas dalam untuk menenangkan diri.
“I cuma nak jaga hati dia! I taknak satu hari nanti dia kantoikan hubungan kita! You tahukan Mak Tok dengan Ariana tak sukakan you? Kalau Kamelia beritahu dia orang tentang status hubungan kita, both of us akan mati! You tahukan betapa besarnya kuasanya Mak Tok, dia boleh buat apa saja untuk jatuhkan you.” pesan Shah sambil memandang Maya tajam.
Maya rasa sedikit tercabar dengan kata-kata Shah.
“No, I taknak! I takkan biarkan perempuan tu berkuasa dalam family you. No, no dia tak layak!” amarah Maya semakin membuak-buak.
Bantal di sisinya dicampak ke arah dinding. Selimut ditolak hingga jatuh katil. Dia mengusutkan rambutnya sendiri serupa orang hilang akal.
“Lantak you lah! I nak keluar sekejap, I nak belikan makanan untuk you.” ujar Shah tak beriak.
Dia sudah lali dengan perangai Maya yang kebudak-budakan itu.
Shah berlalu pergi.
Maya menahan amarahnya, dia bencikan perempuan itu sepenuhnya. Dia menekup wajahnya ke bantal lalu menjerit sekuat hati.
“Aku takkan berdiam diri lagi! Aku takkan biarkan dia rampas Shah daripada aku. Kalau aku tak dapat Shah, tak ada siapa yang berhak dapat dia. Kau tunggu Kamelia, aku akan bunuh kau! Dasar perampas!” tubuh badan Maya menggeletar tanda amarahnya sudah meletus.
Maya mencengkam kuat cadar katilnya bersama juraian air mata yang merembes keluar dari kantung matanya.
KAMELIA mengerling jam di dinding. Sekali lagi Shah pulang lewat malam ini. Dia sudah sediakan makanan malam, risau jika suami dia pulang dalam keadaan lapar. Namun kelibat suaminya masih tidak kelihatan.
“Mana dia ni? Call tak angkat, mesej tak reply! Dah lah pergi macamtu aje siang tadi.” Kamelia sudah mulai risau.
Dia mundar-mandir di hadapan televisyen ruang tamu rumah. Sekejap dia periksa luar balkoni, mana tahu perasan kelibat kereta Merc milik suaminya namun tiada.
Kamelia sudah berkali-kali menghubungi suaminya, namun semua panggilan yang dibuat terus ke peti suara.
Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Kamelia tertidur di atas sofa akibat kepenatan.
“SHAH, you tak payahlah balik. Jangan tinggalkan I. I takut nak tinggal seorang diri.” Maya cuba memujuk lelaki itu.
Berulang-kali kali menjelaskan dia harus pulang kerana risau Kamelia menunggunya di rumah.
“Apa yang nak ditakutkan? hospital ni kan banyak nurse, kalau you nak apa-apa you tekan aje lah button call tu nanti nurse terus datang,” balas Shah bersahaja.
Maya tarik muka.
“Tapi I taknak nurse yang jaga, I nak you yang jaga I. Nurse dekat hospital ni semua jahat, dia orang suka marah I, paksa-paksa I.” pujuk Maya lagi.
“Nurse yang jahat ke you you yang mengada-ngada taknak makan ubat? You tahu tak ada nurse mengadu dekat I yang you ni susah sangat nak makan ubat, keras kepala sangat!” marah Shah sambil dijegilkan matanya memandang Maya.
Maya tertawa kecil.
”Ala you tahu kan I tak suka makan ubat, tak sedap. Tapi I janji kalau you stay dengan I malamni, I akan makan ubat on time,” Maya mengangkat tangan kanan tanda berjanji.
Shah jeling sekilas.
“Please Shah, stay. I taknak hilang you lagi, please sayang? I love you so much,” Maya cuba untuk mengecup bibir Shah namun ditepis lelaki itu.
“You buat apa ni? Kita kat hospital lah! Hormat sikit.” tegur Shah.
“Okay fine, I akan behave dengan syarat you stay sini,” pujuk Maya lagi.
Shah merengus kasar dan akhirnya dia mengangguk setuju.
Maya bersorak teruja.
“Yeay, ini barulah Shah yang I kenal. I tahu you tak akan sesekali kecewakan I, kan?” soal Maya sambil menjungkit kening.
Shah serba salah untuk mengangguk.
Maya lepas tawa kecil lalu memeluk erat lengan bahu Shah, tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi.
Shah lupa yang bateri telefonnya sudah habis jadi dia tidak dapat menghubungi Kamelia untuk memberitahu bahawa dia tidak akan pulang ke rumah malamni.
Tapi dia sedar yang dia tak boleh memberitahu Kamelia perkara sebenar jadi akhirnya dia rahsiakan sahaja perkara ini daripada pengetahuan isterinya.
Kamelia tersedar tatkala azan subuh berlaung, dia tertidur di atas sofa. Keadaan rumah masih lagi sunyi menandakan yang Shah masih belum pulang.
Dia mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja. Tiada sebarang panggilan semula atau balasan mesej dari suaminya. Sah yang suaminya tidak pulang ke rumah semalam.
“Mana dia ni pergi? Kenapa dah subuh pun tak balik lagi.” Kamelia mengerling jam di dinding. Shah tidak pulang semalaman, dia risau kemana sajalah suaminya itu pergi.
“Nak pergi mana-mana tu bagitahulah dulu, janganlah diam macamni. Ya ALLAH, Shah!” Kamelia meraup wajahnya.
Dia bangun untuk menunaikan solat subuh dan mandi.
Shah tersedar dari tidurnya.
“Dah pukul berapa ni?” tanya Shah sambil melihat sekeliling. Terpisat-pisat matanya cuba untuk mengelak dari cahaya terang yang menembusi anak matanya.
“Aku dekat mana ni?” soal Shah.
Dia terpusing-pusing mencari sesuatu. Telefon bimbit dicapai. Punat on/off skrin ditekan, tidak menyala. Baru teringat bateri telefonnya habis. Dia mengerling jam di dinding.
7.15 pagi.
“Alamak aku dah terlepas subuh!” bergegas Shah bangun. Dia terlepas solat subuh.
Sejak dia berkahwin, Shah sudah merajinkan diri untuk menunaikan solat berjemaah bersama isterinya. Cuma pagi ini dia terlajak tidur kerana isterinya tiada di sisi.
Dia lihat Maya masih lagi tidur nyenyak. Terus Shah mengambil peluang untuk pulang ke rumah. Shah terus meluru keluar dan pulang ke rumah.
TEPAT 7.30 pagi Kamelia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi. Sambil itu dia mengerling ke arah pintu rumah. Jejak suaminya masih tiada. Dia terus menyediakan sarapan dengan hati yang resah.
Sedang Kamelia sibuk membersihkan ruangan dapur, dia terdengar pintu pagar rumah dibuka. Dia buat-buat sibuk di dapur walaupun semua kerjanya hampir selesai.
Kelihatan Shah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah.
“Awak dah bangun?” tanpa rasa bersalah Shah menanya soalan kepada Kamelia.
Terhenti seketika kerja Kamelia. Dia tunduk ke bawah lalu menghela nafas perlahan. Kemudian, dia menyambung kerjanya tanpa menjawab soalan suaminya itu tadi.
Shah meraup wajahnya. Dia tahu dia salah, tapi dia tidak boleh berterus-terang sekarang.
Shah terus mendekati isterinya lalu ditarik tubuh Kamelia ke dalam dakapannya.
Kamelia kaku di dalam pelukan suaminya. Tangannya menyentuh lengan suaminya yang sedang melingkar di tubuhnya itu.
“I'm so sorry sayang. Saya tak berniat nak ignore awak, phone saya mati semalam jadi saya tak dapat nak call awak,” pujuk Shah lalu mencium ubun-ubun isterinya, lama.
Kamelia hampir menitiskan air matanya. Shah memanggilnya sayang.
“Awak pergi mana? Kenapa tak balik malam tadi?” soal Kamelia.
Shah meleraikan pelukan. Tubuh Kamelia dipusing menghadapnya.
“Ada problem dekat pejabat, staff buat hal jadi saya terpaksa selesaikan. Sebabtu saya tak dapat nak balik semalam. Awak tunggu saya ke semalam? Kan saya dah cakap tak perlu tunggu saya semalam,” jelas Shah.
Jelas kerutan di dahi Kamelia. Dia menarik nafas seketika.
“Apa? Semalaman saya tunggu awak macam orang bodoh! Awak tak inform apa-apa langsung dekat saya. Call tak angkat, mesej langsung tak berjawab? Awak pergi mana sebenarnya Shah? Awal tak rasa ke apa yang awak buat sekarang ni, kejam? Bukan sekali tapi dah banyak kali awak buat saya macamni! Apa yang susah sangat awak nak bagitahu saya ni?” nada Kamelia naik seoktaf.
Suasana sepi seketika.
“Saya ni punyalah risau fikir awak tak makan apa-apa, saya sanggup masakkan untuk awak sebab fikir nak makan bersama tapi awak tak balik langsung semalam. Tiba-tiba pagi ni awak muncul macam orang tak bersalah lepastu awak nak expect saya maafkan awak macamtu aje ke?”
“Macammana saya nak terima awak kalau awak layan saya macamni? Awak sanggup tinggalkan saya berseorangan dalam rumah yang asing bagi saya tapi awak boleh jumpa orang lain dekat belakang saya? Fair ke awak buat saya macamni?” soal Kamelia sinis.
Air matanya sudah bergelinangan.
Shah hanya terdiam kaku. Dia tunduk ke bawah memandang lantai. Jari kakinya terasa kebas akibat lantai yang beku itu. Dia tidak boleh menapak sedikitpun.
“Jawab soalan saya, Shah. Awak ada orang lain kan? Selama ni awak tinggalkan saya seorang diri sebab awak pergi dekat perempuan tu?” soal Kamelia sambil jungkit kening.
Shah mengangkat wajah memandang wajah sayu isterinya. Dia mati kata. Wajah isteri dipandang dengan rasa bersalah.
“Awak sebenarnya kahwin dengan saya semata-mata ibu awak. Padahal sebelum ni, awak tak pernah kenal saya pun, kan? Macammana semudah itu awak boleh terima saya sebagai isteri awak?”
“M-mmel, saya min-,” tergagap-gagap Shah bersuara.
“Maya? Perempuan yang kita pernah terserempak dekat hospital sewaktu melawat ibu dulu. Dialah Maya, kan?” tanya Kamelia.
Tidak menjawab, Shah mengangguk sahaja.
Kamelia berpaling seketika. Nafas dihela perlahan.
“Semalam, bila awak tergesa-gesa ajak saya balik. Semuanya sebab Maya, kan? Dia telefon awak, suruh awak balik sebab itu awak resah semacam kalau boleh malam tu juga awak nak gerak balik KL? Semuanya sebab perempuan tu, kan?”
Shah tersentak. Kamelia tahu segalanya. Dia terus mendekati gadis itu.
Kamelia menapak selangkah ke belakang. Tidak mahu lelaki itu mendekatinya.
“Kamelia, saya tahu saya salah. Jujur saya berkahwin dengan awak bukan atas dasar cinta. Ya betul, dia Maya. Kami ada hubungan dah lama tapi ibu, Mak Tok dan lain-lain tak pernah sukakan dia. Saya tak tahu kenapa mereka tak boleh terima dia. Dan sekarang saya buntu. Saya tak tahu nak buat apa, saya ingat awak langsung tak ambil tahu tentang perkara ini,” ujarnya cuba memujuk Kamelia.
Keluhan dilepaskan lagi.
“Saya dah tahu lama Shah, tapi saya pendam perasaan ini sebab saya taknak ibu kecewa. Walaupun sakit, tapi saya tahan sebab saya taknak perkahwinan ini jadi sia-sia. Walaupun awak berkahwin dengan saya tanpa rasa cinta, tapi biarlah awak buat semua ini ikhlas untuk ibu,” balas Kamelia menahan sebak.
“Kamelia, tolong saya. Jangan bagitahu dekat Mak Tok atau sesiapapun. Saya taknak mereka risau dan marah saya lagi. Tolong kalini aje janji dengan saya?” pujuk Shah.
Dia mendekati Kamelia cuba untuk meraih lengan isterinya.
Kamelia menepis tangan Shah lalu menoleh ke tepi.
“Saya tak boleh nak janji tapi saya harap awak jangan sesekali sebut nama perempuan tu depan saya. Saya tak kisah awak nak jumpa dia setiap hari ke setiap waktu ke tapi tolong balik, jangan biarkan saya berseorangan. At least jangan bagi Mak Tok atau Ariana syak sesuatu.” balas Kamelia datar.
Shah senyum gembira.
“Terima kasih Kamelia. Saya janji saya tak akan abaikan awak sebab awak tetap isteri saya. Terima kasih,” Shah menggenggam jemari isterinya dan menciumnya berkali-kali.
Kamelia menarik tangannya semula dari genggaman lelaki itu.
“Saya pun nak minta sesuatu daripada awak dan saya harap awak benarkan.” serius Kamelia bersuara.
Shah terdiam, dia menelan air liur yang terasa kesat di tekaknya. Apa pula yang diinginkan Kamelia? Jangan disuruh ceraikan dia sudah, masih terlalu awal untuk berbuat demikian.
“Apa dia?”
“Saya nak sambung belajar. Biar saya capai sesuatu atas usaha saya sendiri. Dan saya harap awak tak halang saya dari berjumpa sesiapa. Kalau awak benarkan, saya akan rahsiakan segalanya dari Mak Tok dan lain-lain.” ujar Kamelia lagi.
Shah menarik nafas lega.
“Boleh, saya benarkan awak sambung belajar. Nanti saya akan tengokkan universiti mana yang terima kemasukan pelajar baharu. Asalkan awak rahsiakan perkara ini daripada khalayak ramai,” Shah setuju serta-merta.
Kamelia senyum sinis. Senang sekali lelaki itu berjanji.
“Saya nak masuk bilik dulu,” ujar Kamelia lalu beredar dari situ.
Shah menyisir rambutnya ke belakang lalu melabuhkan punggung di atas sofa. Dia meraup wajahnya lalu melepaskan keluhan berat.
Maaf lambat update, AM terlampau busy sampai tak ada masa nak update bab baru. Untuk bab ni kalau terlampau panjang, maafkan AM ???? enjoy your read. Thank you sebab support karya AM. Jangan lupa donate coins kalau anda suka dengan karya AM ????
Share this novel