TUK 2 ❤️

Romance Series 38946

PAGI-pagi lagi Shah sudah bersiap-siap untuk ke hospital, hari ini merupakan hari terakhirnya bercuti sebelum dia mula bekerja esok. Jadi, dia mahu menjaga ibunya lebih masa hari ini.

     Shah segera turun ke tingkat bawah kerana dia tidak mahu lewat ke hospital. Sewaktu dia hendak turun ke bawah, neneknya menegur dari ruang tamu tingkat atas.

     “Shah nak kemana pagi-pagi ni?” tanya Mak Tok sambil membaca majalah.

     Shah terus menoleh ke arah neneknya sambil tersengih.

     “Macam biasalah tok, Shah nak gerak ke hospital. Ayah dah balik subuh tadi, jadi giliran Shah pula nak jaga ibu,” ujar Shah sambil tersengih.

     “Tak payah pergi.” balas Mak Tok sambil menutup semula majalahnya lalu dia mendekati Shah yang sedang terpinga-pinga di anak tangga itu.

     Shah memandang neneknya bersama dahi yang berkerut.

     “Yana dah gerak ke hospital pagi tadi. Dia saja taknak bagitahu kamu. Jadi, harini kamu tak perlu ke hospital. Duduk rumah aje,” ujar Mak Tok sambil menuruni anak tangga.

     Shah menghela nafas perlahan. Kemudian, dia mengejar neneknya yang sudah turun ke bawah.

     “Tapi Shah tak bolehlah kalau duduk rumah aje Mak Tok. Shah tak tahu nak buat apa?” jujur Shah sambil perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan neneknya.

     Mak Tok mengangkat keningnya.

     “Mak Tok kan ada? Kamu temankanlah Mak Tok dekat rumah. Apa susah!” cadang Mak Tok.

     Shah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

     “Tapi Shah...” Shah tidak jadi untuk meneruskan ayatnya.

     “Tapi apa?” soal Mak Tok sambil merenung tajam ke arah Shah.

     Shah berpura-pura tidak perasan akan renungan tajam neneknya itu.

     “Tak apalah, Shah naik atas dululah.” ujar Shah lalu bingkas bangun dari kerusinya.

     Dia terus menaiki anak tangga ke biliknya.

USAI solat subuh, Kamelia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi dan kemudiannya dia terus mengemas rumah.

     Semasa dia sedang sibuk menyapu lantai ruang tamu, dia terserempak dengan adiknya yang baru sahaja selesai mandi.

     “Arif, kalau dah siap nanti pergilah ke dapur dulu. Akak nak kejutkan mak lepastu kita sarapan sama-sama,” tegur Kamelia.

     Arif mengangguk laju.

     “Baik kak. Arif pun nak keluar lepasni, nak tolong Pak Abu dekat kebun dia.” ujar Arif.

     Kamelia berhenti menyapu seketika. Lalu, dia menoleh ke arah adiknya. “Kebun? Kenapa tiba-tiba Arif nak tolong jaga kebun dia?” tanya Kamelia sambil menjungkit kening.

     “Akak ingat tak kawan lama Arif jumpa semalam?” tanya Arif.

     Kamelia hanya mengangguk kecil.

     “Dia lah anak pak Abu. Dia tengah sambung belajar dekat KL. Kebetulan tengah cuti sem, so dia pun baliklah ke kampung sebab nak tolong ayah dia kat kebun. Kesian Pak Abu, buat kerja sorang-sorang. Kebetulan Arif pun tak buat apa-apa sekarang, biarlah Arif tolong sekali. Alang-alang tu dapatlah juga gaji walaupun sikit,” terang Arif panjang lebar.

     Kamelia hanya diam sambil merenung tajam ke arah adiknya. “Kawan lama awak tu sama umur ke lagi tua daripada awak?” tanya Kamelia sambil mencekak pinggang.

     “Dia lagi tua daripada Arif. Tak silapnya dia tua tiga tahun dari akak. Seingat Arif, dia pernah satu sekolah dengan akak juga dulu. Takkanlah akak tak kenal dengan anak Pak Abu tu?” tanya Arif semula.

     Berkerut dahi Kamelia mengingatkan siapakah kawan yang dimaksudkan Arif itu. Lagipun dia tidak terlalu rapat dengan kawan-kawan di sekolahnya, kerana dia sering diejek dan dibuli kerana dia tidak punya ayah. Waktunya banyak dihabiskan untuk belajar dan duduk di rumah selepas tamat waktu persekolahan.

     “Akak tak ingatlah, dah lama sangat. Tapi betul ke Arif nak tolong kawan Arif tu jaga kebun ayah dia?” tanya Kamelia lagi sekali.

     Arif menjeling Kamelia sekilas.

     “Kalau akak tak percaya, jom ikut Arif pergi kebun Pak Abu tu sekali. Arif akan kenalkan akak dengan kawan Arif tu,” ujar Arif.

     Kamelia tersengih panjang lalu dia pun mengangguk laju. Lagipun dia tidak ada sebarang aktiviti pada pagi itu, boleh juga dia menghirup udara segar di kebun itu.

KAMELIA memeluk erat bekal makanan yang dibawanya dari rumah. Risau jika bekal tersebut terlepas dari tangannya berikutan dengan keadaan jalan yang tak berapa rata dan adiknya yang membawa motor dengan laju. Jadi, dia harus lebih berhati-hati. “Jauh lagi ke Rif nak sampai ke kebun tu?” tanya Kamelia yang sudah mulai bosan duduk di atas motorsikal adiknya itu.

     “Sekejap lagi sampailah kak. Arif suruh duduk rumah taknak, akak sibuk juga nak ikut!” balas Arif sedikit geram.

     “Biarlah! Akak nak juga kenal dengan kawan Arif tu. Kalau Arif berkenalan dengan orang yang tak patut, macammana? Akak mestilah kena halang, kan?” Ujar Kamelia sambil membetulkan helmetnya yang sudah senget ke tepi. Besar betul helmet dia, ke kepala aku yang mengecil sebenarnya ni, ujarnya dalam hati.

     Arif tertawa kecil.

     “Merepeklah akak ni. Lagi dua minit, kita sampailah,” balas Arif tenang.

     Setelah 30 minit perjalanan, mereka sampai ke destinasinya. Terlihat besar sekali kebun Pak Abu, patutlah dia dikenali sebagai orang paling kaya di kampung itu. Semua hasil tanamannya akan dijual ke kedai-kedai runcit yang berdekatan.

     “Besarnya kebun Pak Abu ni, Rif. Ini mahu seminggu baru habis ronda. Tengok tu, siap ada kolam ikan lagi,” Ujar Kamelia sambil matanya memerhati sekeliling kawasan kebun tersebut.

     “Kan Arif dah cakap. Akak aje yang tak percaya.” ujar Arif sambil berjalan menuju ke pintu pagar. Dia melihat sekeliling.

     Kamelia hanya mencebik.

     “Assalamualaikum Arif, selamat datang ke kebun pakcik. Macammana perjalanan tadi, jauh tak?” tegur seseorang.

     Pantas Kamelia dan Arif berpusing ke hadapan. Kelihatan seorang lelaki pertengahan umur sedang memegang cangkul sambil tersenyum ke arah mereka.

     “Waalaikummusalam pakcik, maaflah kalau Arif lambat sikit, kakak Arif nak ikut sekali tadi,” ujar Arif sambil menyalam tangan lelaki separuh abad itu.

     Kamelia di belakangnya hanya tersenyum simpul.

     “Assalammualaikum pakcik, saya kakak kepada Arif. Nama saya Kamelia. Saya saja nak ikut dia sekali ke sini, tak apakan pakcik kalau saya menyibuk dekat sini?” tanya Kamelia sambil tersipu-sipu malu.

     “Eh, tak apa. Lagi ramai lagi meriah, kan? Pakcik faham kenapa kamu nak ikut dia ke sini. Kamu mesti risaukan bila Arif cakap dia nak kerja dekat sini,” tanya Pak Abu sambil tersenyum nipis.

     Perlahan-lahan Kamelia mengangguk.

     “Pakcik, abang Adam mana? Saya tak nampak pun dia dari tadi,” tanya Arif sambil melihat sekeliling kebun.

     “Adam ke kedai kejap sebab nak beli barang untuk kebun ni. Ada yang tak cukup katanya.” balas Pak Abu.

     Arif mengangguk faham.

     “Eh, buat apa berdiri lama-lama dekat sini? Jom ikut pakcik, kita duduk dekat pangkin sana,” ajak Pak Abu sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

     Kamelia dan Arif hanya mengekori langkah Pak Abu itu.

SEWAKTU mereka bertiga sedang berbual rancak, sebuah kereta datang menghampiri kawasan kebun Pak Abu.

     “Ha, itupun abang Adam kamu dah balik,” ujar Pak Abu sambil menunjuk ke arah kereta honda milik anaknya.

     “Adam?” tanya Kamelia kepada Arif.

     “Ha'a Adam. Dia tu lah anak Pak Abu.” balas Arif sambil menggigit separuh sandwich sardinnya.

     “Oh, itu ke nama dia.” balas Kamelia pendek sambil mengambil sekeping roti sandwich sardin di dalam bekas makanan yang di bawanya.

     Kemudian, dia menoleh ke arah tuan pemilik kereta yang masih tidak keluar dari dalam kereta sejak tadi.

     Adam? Kenapa aku tak pernah dengar nama dia pun selama ini, soal Kamelia dalam hati.

     Beberapa minit kemudian, seorang lelaki keluar dari dalam perut kereta. Kamelia terpegun, lelaki itu kelihatan sangat segak walaupun hanya memakai t-shirt kelabu dan seluar track hitam. Dia merasakan seperti lelaki itu sedang memandang ke arahnya. Cepat-cepat dia mengalihkan pemandangannya.

     Adam mendekati mereka bertiga. “Assalamualaikum, maaf Adam lambat sampai. Tadi Adam cari apa yang ayah nak tapi tak ada pula dekat pekan tu, terpaksalah Adam turun ke bandar kejap,” jelas Adam sambil menyalam tangan ayahnya.

     Adam mencabut cermin mata hitam dari birai matanya dan berpaling ke arah Kamelia dan Arif.

     “Siapa ni?” tanya Adam sambil memandang tepat ke arah Kamelia.

     Kamelia hanya diam dan tunduk ke bawah sejak tadi.

     “Dia ni kakak Arif. Dia saja ikut Arif datang sini. Nak tengok kebun abah katanya. Betul tak Kamelia?” Tanya Pak Abu.

     Kamelia hanya mengangguk sambil tersenyum malu.

     “Oh, saya Adam Mustaqim. Nama awak apa?” Tanya Adam mesra.

     “Kamelia Fahara,” Balas Kamelia perlahan. Dia malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

     “Cantik...," Ujar Adam perlahan sambil matanya tak lengkang memandang wajah gadis di hadapannya itu.

     ”Huh?“ tanya Kamelia terpinga-pinga.

     Semua yang berada di situ turut terpinga-pinga. Masing-masing cuba memahami makna tersirat ayat Adam tadi.

     Adam tertangkap malu. Senang-senang sahaja perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya. ”Maksud saya, nama awak cantik. Jarang dengar nama macamtu,“ balasnya cuba menahan malum

     ”Oh, terima kasih.“ Balas Kamelia sambil menjatuhkan pandangannya ke bawah. Dia serasa malu walaupun lelaki itu hanya memuji namanya sahaja.

     Arif dan Pak Abu memandang satu sama lain sambil tertawa kecil. Lucu melihat dua manusia di hadapan mereka itu.

     ”Adam, apa yang kamu tengok sampai nak terkeluar biji mata tu? Orang suruh makan roti ni bukan suruh perhatikan anak dara orang.“ tegur Pak Abu sambil memandang tajam ke arah anak lelaki bujangnya itu.

     Adam terus tersedar dari lamunannya. Dia tidak perasan yang dia sedang memerhatikan Kamelia dalam diam.

     ”Makan banyak-banyak, nanti pakcik bawa kamu berdua berjalan- jalan di sekitar kebun ni,“ ujar Pak Abu sambil tersenyum nipis.

     Kamelia dan Arif mengangguk perlahan. Sambil itu, sempat Kamelia mencuri pandang ke arah Adam, dia dapat merasakan jantungnya berdegup laju tatkala mereka bertentang mata tadi.

     ”SEBELAH kanan kamu ni pula kolam ikan keli. Kebanyakan ikan keli yang ada dekat kedai-kedai basah tu semua hasil dari kolam ikan pak cik ni lah,“ panjang lebar Pak Abu memperkenalkan satu-satu hasil kebun dan kolam ikannya.

     ”Wah, besar juga ya kolam ikan pakcik ni. Kalau macamnilah gayanya, kaya lagi pak Abu dari orang kaya baru kat kampung kita tu,“ balas Arif sambil melihat sekitar kawasan kolam ikan tersebut.

     Pak Abu tertawa besar mendengar jawapan jujur dari anak muda itu.

     ”Merepek saja lah kamu ni Arif. Apa yang ada dekat sini, sudah pakcik usahakan sejak berpuluh tahun yang lalu. Alhamdulillah, dengan hasil kebun ni lah pakcik dapat menghantar anak pakcik sambung belajar dekat Kuala Lumpur.“ balas Pak Abu sambil tersenyum nipis. Dia masih teringat akan kenangan sewaktu awal penglibatan dia dalam mengusahakan kebun ini sehinggalah dia berjaya sampai sekarang.

     Mereka bertiga turut tersenyum nipis. Bangga dengan lelaki itu.

     ”Ini kali pertama awak datang ke sini?“ tanya Adam setelah sekian lama mereka mendiamkan diri.

     Kamelia mendongak melihat Adam di sisinya sambil mengangguk perlahan.

     "Ha'a. Seronok juga ada kebun besar macamni, kan. Lagi-lagi bila kita tengok hasil tanaman semua subur-subur belaka. Mesti banyakkan hasil tanaman yang ayah awak dah jual dekat seluruh kedai dalam kampung ini?“ balas Kamelia sambil menguntum senyum manis ke arah lelaki itu.

     Adam terkesima melihat senyuman manis gadis itu. Terus dia berpaling ke depan semula untuk menutup rasa gugupnya.

     Dia berdehem. ”Alhamdulillah, penduduk kampung berpuas hati dengan hasil tanaman dari kebun ayah saya ni,“ balas Adam tanpa memandang ke arah Kamelia.

     Kamelia mengangguk faham. Dia senyap seketika

     ”Arif cakap yang awak pernah satu sekolah dengan saya dulu. Tapi saya tak berapa nak ingat siapa awak?“ tanya Kamelia tanpa memandang wajah Adam.

     Dia malu untuk bertanya soalan begitu kerana takut jika Adam terasa hati dengan pertanyaannya.

     Tiba-tiba Adam tertawa kecil. ”Awak mungkin tak kenal saya, tapi saya kenal awak sejak zaman sekolah dulu,“ balas Adam sambil mengerling ke arah Kamelia.

     Langkah Kamelia terhenti. Dia menoleh ke arah lelaki itu.

     ”Awak kenal saya?“ tanya Kamelia dengan dahi berkerut.

     Adam memandang wajah bingung Kamelia lalu tersenyum.

     "Saya faham kalau awak tak ingat saya. Mungkin saya saja yang teringat akan kejadian itu.” ujar Adam perlahan.

     Kamelia mula rasa bersalah. Dia teragak-agak untuk memujuk lelaki itu.

     “Saya minta maaf. Saya memang tak berapa nak ingat kenangan zaman sekolah dulu. Kalau boleh saya tak nak ingat langsung kenangan lepas,” jujur Kamelia mengaku.

     Adam mendongak. Dia melihat wajah Kamelia yang sedikit keruh itu. Tiba-tiba dia rasa bersalah, terus dia menukar topik baru.

     “Awak nak saya tunjukkan tempat saya lepak time zaman saya kecil dulu?” tanya Adam dengan kening terjungkit.

     Tidak menjawab. Kamelia mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

     “Jom, ikut saya.” sambung Adam sambil berlalu pergi meninggalkan Kamelia.

     Kamelia hanya Adam dari belakang. Dia teruja lelaki itu melayannya dengan baik. Sepanjang hari, dia tersenyum apabila berada berdekata dengan lelaki itu.

SHAH tersedar dari tidurnya yang lama. Dia masih keletihan selepas menghabiskan masa menjaga ibunya di hospital.

     SHAH mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja bersebelahan katilnya. Dia memandang skrin telefonnya yang menyala.

15 missed calls from Maya.

     “Apa lagi yang dia ni nak? Tak bosan ke call aku banyak kali,” keluh Shah. Sewaktu dia hendak meletak semula telefonnya di atas meja, telefonnya berdering kuat.

     Dengan malasnya Shah mengangkat panggilan itu.

     “Sayang, are you there?” panggil Maya dengan nada manja dan menggoda.

     Sepi.

     Terdengar suara Maya mengeluh di hujung talian. “Sampai bila you nak tarik muka dengan I? Okay, fine. I minta maaf, I janji yang I tak akan ulang lagi kesilapan yang sama. You pun janganlah terlampau menghukum I. I miss you so much sayang, dah lama kita tak jumpa,” pujuk Maya sambil merengek manja.

     Dia bersungguh-sungguh mahu Shah memaafkan dia.

     Shah mendengus kasar. “What? Maya... Ini bukan kali pertama tau I nampak you keluar dengan lelaki lain, ini dah masuk kali kelima. Senang you aje nak suruh I maafkan you?” soal lelaki itu dengan suara yang makin meninggi.

     Sememangnya dia benar-benar mencintai gadis yang bernama Maya itu. Mereka sudah menjalinkan hubungan selama lima tahun. Mana mungkin rasa cintanya terhadap gadis itu berkurangan. Cuma, semenjak Shah mengutamakan ibunya yang sedang sakit itu, Maya sanggup curang dan berjumpa dengan lelaki lain di belakangnya. Alasannya adalah kerana Shah tidak dapat meluangkan masa secukupnya dengan dia. Jadi, Maya terus memberontak dan membuat onar di belakangnya.

     “Sebab I tahu you akan maafkan I, Shah. You cintakan I, kan? Sebab itu sampai sekarang you masih bertahan dengan I walaupun I dah buat macam-macam dekat belakang you selama ini.”

    Shah berdehem. pandangannya dibuangkan ke sekeliling kemudian nafasnya dihela. Dia mendekatkan skrin telefon bimbit ke telinganya semula.

     “Bukan semudah itu I boleh maafkan you, Maya. You tahukan, macam-macam kesalahan yang you dah buat sepanjang relationship kita,”

     “That's why I ajak you jumpa. I nak tebus balik kesalahan I. Kita jumpa ya? Dekat tempat biasa?”

     Tempat biasa yang dimaksudkan Maya itu adalah pub yang selalu dikunjunginya bersama Shah.

     "Tapi you tahukan sekarang ni I tengah busy jaga ibu?“ ujar Shah walaupun jauh di sudut hatinya, dia sangat merindui kekasih hatinya itu.

     ”Yeah, I know. But kali ini aje. Pleaseee... I'm begging you, sayang. I perlukan you sekarang,“ pujuk Maya lagi sekali. Kali ini suaranya berubah kendur.

     Shah berfikir seketika sebelum membalas. ”Fine, kali ni aje. Kita jumpa dekat tempat biasa. Okay, bye.“ jelas Shah sebelum menamatkan panggilan.

     Dia bersiap ala kadar dan terus berlalu keluar.

     Sewaktu Shah hendak menuruni anak tangga, dia terserempak dengan neneknya.

     ”Shah nak ke mana malam-malam ni?“ soal Mak Tok dengan kening berkerut.

     Shah terus menoleh ke arah neneknya.

     ”Shah nak keluar sekejap, jumpa kawan.“ balas Shah dengan tenang.

     ”Jumpa kawan malam-malam buta ni?“ soal Mak Tok lagi.

     Shah mengangguk perlahan. ”Shah dah lambat ni tok, kalau ada apa-apa, just call me.“ ujarnya seraya bergegas keluar dari rumah.

     Mak Tok hanya menggeleng kepala melihat kerenah cucu lelaki bujangnya itu.

     Shah sampai di tempat pertemuan mereka. Dia memerhati ke sekitar arah kedai. Setelah beberapa kali berpusing di dalam kedai, dia ternampak sesosok tubuh yang sangat dikenalinya. Terus dia bergerak laju menuju ke arah tuan badan itu.

     Shah terus memeluk tubuh kecil itu dari belakang. ”I miss you so much, baby.“ ujarnya sambil membenamkan wajahnya di belakang tubuh gadis itu.

     ”I miss you too,“ balas Maya sebelum berpusing untuk memeluk lelaki itu.

     ”Sit here.“ ajak Maya sambil menarik tangan Shah untuk duduk di sebelahnya.

     Shah hanya menurut sahaja.

     ”Anything? Drink or food?“ tanya Maya dengan kening berkerut.

     ”Anything,“ balas Shah pendek. Dia hanya menatap wajah gadis itu tanpa henti.

     Maya tersenyum lebar lalu memanggil pelayan bar tersebut.

     ”Macam biasa, bagi dua.“ ujar Maya sambil menyerahkan sekeping not 100 ringgit.

     Shah hanya menghela nafas perlahan. Dia menarik tangan gadis itu ke dalam pangkuannya.

     ”Hey, what's wrong? Cuba cerita dekat I?“ tanya Maya perlahan.

     Shah hanya menggelengkan kepala. “I'm so exhausted. I need a rest, a long rest.“ balas Shah sambil mengeluh perlahan.

     Maya tersenyum nipis. Pegangan tangan mereka dikemaskan lagi.

     ”It's okay. Lepas minum, I bawa you ke suatu tempat. Lepastu, you boleh berehat sepuas hati you.“ Ujar Maya sambil mengusap lembut rambut Shah.

     Shah hanya mengangguk faham.

     Sepanjang berada di pub, Shah dan Maya hanya diam sambil menikmati minuman masing-masing. Tapi kali ini, Shah minum lebih banyak dari biasa. Maya pun terkejut akan perubahan lelaki itu namun dia membiarkan ia saja.

     ”Shah, are you still here?“ tanya Maya risau apabila melihat Shah sudah melentokkan kepalanya ke atas meja.

    Shah mengangkat kepalanya sedikit. ”What do you mean? Ofcourse, I'm still here Maya. I nak minum lagi, I tak puas.“ balas Shah yang sudah mula mabuk itu.

     Dia mengangkat tangannya untuk memanggil pelayan kedai namun tangannya ditepis oleh Maya.

     ”What!“

     ”No, you cannot. You dah minum banyak sangat ni. Dah, jom kita pergi dari sini. Biar I drive kereta you.“ tegas Maya.

     Maya bangun dari kerusinya lalu dia memimpin tangan Shah perlahan-lahan sampai ke kereta lelaki itu.

     ”Kunci you mana?“ tanya Maya sambil cuba menampung berat tubuh badan lelaki itu.

     ”In my pocket,“ Jawab Shah yang sudah terhuyung-hayang. Kadang-kadang dia ketawa seorang diri. Entah apa yang lawak sangat?

     "Stay still, Shah. Susah I nak ambil kunci dalam pocket you nanti!” tegur Maya yang mula rimas dengan kelakuan Shah yang tidak reti duduk diam itu.

     Maya terus memasukkan tangannya ke dalam poket kiri seluar lelaki itu. Dia menarik keluar kunci yang berada di dalam poket teman lelakinya itu.

     “Let me help you,” ujar Maya sambil membukakan pintu kereta untuk Shah.

     Setelah dia berjaya membantu lelaki itu masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang, dia turut masuk ke dalam kereta juga lalu memandu keluar dari kawasan premis tersebut.

MAYA memarkirkan kereta teman lelakinya di kawasan parkir khas hotel mewah itu. Dia menoleh ke tepi melihat Shah yang sedang nyenyak tidur.

     Maya tersenyum sinis.

     “Kalini you tak boleh nak lari daripada I. You milik I, Shah. Forever and ever” ujar Maya sambil membelai lembut pipi Shah.

     Tiba-tiba Shah mengerutkan dahinya. Dia menggosok perlahan kelopak matanya sebelum membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang di sekelilingnya. Badan yang terasa penat itu dipusingkan ke kiri dan ke kanan.

     “I dekat mana ni?” tanya Shah yang masih mamai dan mabuk.

     “Don't worry sayang. You selamat dengan I,” ujar Maya sambil membelai pipi lelaki itu.

     Dia keluar dari perut kereta dan menuju ke bahagian penumpang. Pintu dibuka, lalu dia memapah Shah keluar dari dalam kereta. Mereka pun berjalan masuk ke dalam lobi utama hotel itu. Maya sudah mengambil kunci awal-awal sebelum datang ke sini.

     Maya memapah bahu Shah perlahan-lahan sambil menuju ke bilik mereka berdua.

     “Kita dah sampai. Hold on,” ujar Maya sambil membuka pintu bilik hotel tersebut.

     “Let's go,” ujar Maya sambil memimpin tangan Shah dan menolak lelaki itu jatuh ke atas katil sebelum dia pergi untuk menutup pintu bilik.

     Maya tersenyum lebar sambil mendekati lelaki itu semula.

     “Shah, today is our day. Just you and me, here. Tak akan ada siapa yang boleh mengganggu kita berdua hari ini.” ujar Maya sambil memanjat ke atas katil.

     Butang baju Shah dibuka satu persatu sambil dadanya dibelai lembut oleh Maya. Tangannya merayap ke seluruh pelosok tubuh badan Shah yang terdedah itu. Dia mula menarik perlahan seluar yang dipakai Shah, membiarkan diri Shah separuh bogel.

     Maya tertawa kecil. Dia bangun semula dan mula mencabut baju dan seluarnya sebelum dia melompat semula ke atas tubuh badan Shah.

     “Sayang, you tahu kan I dah lama sangat nak dekat you. So, malamni kita have fun, okay?” ujar Maya perlahan sambil menganggukkan kepalanya.

     Shah masih lagi tidak sedar. Dia tidak mampu mampu bergerak walaupun seinci.

     Maya mengecup lembut dada bidang Shah sambil tangannya merayap ke seluruh pelosok tubuh lelaki tersebut. Kemudian, dia mendekatkan wajahnya ke wajah lelaki itu, alis bibir lelaki itu disentuh perlahan sebelum dia bertindak dengan mengecup bibir lelaki itu dengan rakus.

     Shah yang masih mabuk hanya mengikut rentak gadis itu. Separa sedar, dia melakukan perkara yang sama kepada Maya sebelum mereka berdua mulai hanyut di dunia mereka sendiri.

SHAH tersedar dari tidurnya. Dia ternampak kelibat seorang gadis di hadapannya namun dia tidak mampu mencapai gadis tersebut. Malah dia merasakan yang dia semakin jauh dari gadis tersebut.

     “Tidak... Jangan... Jangan tinggalkan aku!” jerit Shah dengan lantang sebelum dia sedar dari mimpinya.

     Dia terus bangun dan memandang sekeliling. Dia perasan yang bilik itu sedikit berlainan dari biliknya.

     “Aku dekat mana ni?” tanya Shah sambil memicit dahinya yang terasa pening itu.

     Dia terkejut melihat dirinya yang sudah tidak berbaju itu. Pantas dia menyelak comforter yang menutupi seluruh badannya. Bawahnya juga tidak beralas. Dia melihat ke tepi, Maya sedang nyenyak tidur.

     Shah meraup wajahnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia berdua-duaan dengan Maya di dalam bilik hotel.

     Maya tersedar selepas beberapa minit. Terus dia bangun dan memandang wajah Shah yang masih lagi terpinga-pinga itu.

     “Kenapa ni sayang? Apa yang you bising-bising ni?” soal Maya sambil menggosok matanya lalu dia terus memeluk tubuh lelaki itu.

     Shah terus menolak kasar tubuh Maya ke tepi. Gadis itu tercampak ke hujung katil. Lantas, dia terus bangun mencapai baju dan seluarnya yang berada di atas lantai lalu memakainya semula.

     “Apa semua ni Maya? You buat apa dekat I semalam!” soal Shah tidak puas hati.

     Dia menepis tangan Maya yang cuba menyentuhnya.

     "What? We're having fun, right? It was a fun night.“ Balas Maya dengan manja. Tangan diangkatkan ke dadanya.

     “Maya! Kita tak boleh buat macamni, ini dikira berzina. Kita tak ada hubungan yang sah lagi!“ bentak Shah. Rambutnya diraup kasar.

     Maya terkedu. Air matanya mula mengalir di tubir mata. Comforter ditarik untuk menutup bahagian tubuhnya yang terdedah.

     “Tergamak you buat I macamni, Shah. Selepas apa yang kita lalui malam tadi, you sanggup tengking I Shah!“ bisiknya bersama esakan.

     “I tak tengking you langsung, Maya. Tapi cara you ni salah,“ ujar Shah perlahan sambil tertunduk ke bawah.

     Maya mendengus kasar. Esakannya semakin menjadi-jadi

     “You cakap yang you cintakan I. But why sekarang ni you nak salahkan I pula!” jeritnya lantang sambil melempar bantal ke arah Shah.

     Maya menutup separuh badannya dengan comforter yang ada.

     “Yes, I memang cintakan you. Tapi I tak gila lagilah sampai nak rosakkan anak orang. I still nak menjaga maruah diri you and bukan nak merosakkan diri you!” jerkah Shah tiba-tiba.

     Maya terdiam. Shah direnung tajam. Setelah sekian lama membatukan diri di atas katil, dia bangun dan menuju ke arah Shah. Lengan Shah dicapai. “Tapi sayang, I nak buktikan dekat you yang I pun betul-betul cintakan you. That's why I buat macamni. Dengan cara ni sahaja yang boleh membuktikan cinta I terhadap you,” pujuk Maya sebelum memeluk erat tubuh lelaki itu.

     Shah cuba menolak tubuh Maya jauh darinya namun gadis itu dengan pantas mengemaskan lagi pelukannya.

     Maya mendongak. Wajah Shah ditatap lama. “You janjikan yang you tak akan tinggalkan I lepas apa yang terjadi malam tadi?” soal Maya sambil membenamkan wajahnya ke dada bidang Shah.

     Shah menghela nafas perlahan.

     “Macammana I nak berjanji kalau I sendiri tak pernah paksa you buat macamni, Maya. I tak pernah paksa you untuk buat benda yang bukan-bukan. Ini bukan Maya yang I kenal! Maya yang I kenal tak akan sesekali mencemarkan maruah dirinya sendiri,” Ujar Shah sambil cuba melepaskan pelukan.

     Maya mendengus kasar. Dia meleraikan pelukan.

     “I buat macamni sebab I taknak kehilangan you. I cintakan you! I sanggup gadaikan maruah I semata-mata untuk dapatkan you! Sampai hati you buat I macamni, Shah!” jerit Maya sambil menumbuk kasar dada Shah.

     “I don't know what to say anymore. I need to go!” ujar Shah perlahan sebelum bergegas keluar dari bilik tersebut.

     Di fikirannya sekarang hanya ada ibunya. Sesungguhnya dia merasa bersalah dan jijik dengan apa yang terjadi namun dia tidak mampu berfikir dengan waras. Dia hanya mahu bergegas berjumpa dengan ibunya.

     Maya jatuh terduduk. Sedikit pun Shah tidak memikirkan perasaannya. Dia sangat mencintai lelaki itu, sanggup dia lakukan apa sahaja demi lelaki itu. Air matanya dibiar mengalir deras bersama perasaan yang terbuku. Sungguh, dia kecewa akan layanan lelaki itu.

New update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience