SHAH memulas tombol pintu wad ibunya perlahan-lahan. Dia menjenguk ke dalam sebelum memasuki bilik wad tersebut. “Assalamualaikum ibu. Maaf Shah baru sampai, tadi jem pula time on the way ke sini,” ujar Shah sebelum menyalam tangan ibunya.
Dia meletakkan bakul yang berisi buah-buahan tadi do atas meja bersebelahan dengan katil ibunya.
Puan Siti membalas perlahan ucapan salam anak lelakinya itu. Dia hanya tersenyum nipis. Wajahnya masih pucat seperti sebelum ini.
“Ibu sihat? dengar cakap doktor tak harini?” tanyanya lagi sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan ibunya.
“Ibu sihat... Kamu ingat ibu ni budak-budak lagi ke nak kena ikut cakap orang dewasa 24 jam?” bebel Puan Siti sambil menampar lembut bahu anaknya.
Shah tergelak kecil sambil menggosok-gosok bahunya itu. “Sakitlah ibu. Tengah sakit pun energy ibu still kuat ya nak pukul Shah,” bebel Shah manja.
“Main-main ya? Bukan setakat pukul, cubit pun still boleh tau! Kamu jangan main-main dengan ibu,” bebel Puan Siti pula sambil tangannya cuba untuk mencubit perut anaknya.
Shah mengelak daripada dicubit ibunya. “Okay, Shah percayakan ibu.” balas Shah sambil tertawa kecil.
Puan Siti menggelengkan kepalanya. Ada sahaja gelagat anak terunanya itu.
“Shah, ibu nak tanya soalan sikit dekat kamu, boleh?” tanya Puan Siti setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Apa dia ibu?” tanya Shah sambil menggenggam erat jemari ibunya.
Puan Siti menatap lama wajah anaknya. Tampan sungguh anak lelakinya itu, saling tak tumpah seperti suaminya ketika muda dahulu.
Puan Siti tunduk sebentar. Dia mendongak semula memandang wajah anaknya tidak beriak. “Kamu dah cari orang yang ibu suruh cari haritu?” soal Puan Siti dengan kening berkerut.
Shah hanya diam. Sebenarnya, dia tidak mula apa-apa lagi. Isunya dengan Maya tempoh hari juga masih begitu. Tiada kata putus yang diberikan. Dia pun sudah mulai sibuk dengan urusan kerjanya yang baru bermula beberapa hari lepas. Jadi, dia tidak punya waktu untuk memikirkan tentang permintaan ibunya itu.
Shah berdeham. Pandangannya dibuangkan ke sekeliling kemudian nafasnya dihela. Dia menoleh memandang ibunya semula.
“Ibu nak buah? Kalau nak Shah boleh potongkan untuk ibu?” ujar Shah sambil mengambil beberapa biji epal dari dalam bakul buah.
Puan Siti meraih jemari anak lelakinya.
“Shah jangan mengelak dari ibu! Susah sangat ke permintaan ibu ni?” soalnya sinis.
Shah tunduk mendiamkan diri.
“Kenapa Shah kena kahwin dengan dia?” tanya Shah setelah sekian lama mendiamkan diri.
Puan Siti mengusap lembut rambut anaknya sambil menguntum senyum nipis.
“Shah, ibu lakukan semua ni demi kebahagiaan Shah. Ibu percaya yang pilihan ibu kali ini dapat membahagiakan anak ibu. Shah percayalah cakap ibu, Shah jumpa dulu orang tu, baru Shah boleh nilai sendiri dengan hati budi Shah,” jelas Puan Siti lembut.
Shah menggelengkan kepalanya berkali-kali.
“Tapi... Shah masih muda lagi. Masih banyak lagi perkara yang Shah perlu belajar. Ibu tak rasa ke macam terlalu awal untuk Shah mendirikan rumah tangga?” Shah menyoal kembali dengan nada yang sama.
“Semua benda tak mustahil kalau kita tak belajar. Mana tahu lepas berkahwin, rezeki Shah akan bertambah? Mana tahu apa yang Shah impikan selama ni terus tercapai selepas Shah mendirikan rumah tangga? Lagipun siapa yang nak jaga Shah lepas ni kalau ibu dah tak ada nanti? Jadi lagi bagus kalau ibu kenalkan Shah dengan pilihan ibu sendiri. Ibu yakin Shah pasti sukakan dia.” jelas Puan Siti panjang lebar.
Shah menghela nafas perlahan. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi.
“Tapi Shah dah ada pilihan sendiri. Cuma, kami berdua tak pernah terfikir lagi soal kahwin setakat ini,” balas Shah perlahan. Dia terfikirkan perasaan Maya kalau gadis itu mengetahui tentang perkara ini. Pasti Maya akan terasa dengan aku, soal hatinya.
“Sebab itulah ibu suruh Shah berkenalan dengan calon pilihan ibu, kalau Shah tak berkenan, baru ibu benarkan Shah berkahwin dengan pilihan hati Shah,” pujuk Puan Siti lagi, berharap anaknya akan setuju dengan cadangannya.
Keluhan dilepaskan lagi. Shah hanya terdiam. Pandangannya dibuang jauh ke arah tingkap bilik itu.
“Shah, tolonglah. Kali ini saja Shah dengar cakap ibu. Shah pergi jumpa dulu orang tu baru Shah faham kenapa ibu suruh Shah berkahwin dengan dia!” pujuk Puan Siti lagi. Dia menggenggam erat jemari anaknya.
Tidak menjawab. Shah mengiakan permintaan ibunya.
“Tengoklah macammana dulu. Shah still busy dengan kerja dekat pejabat, kalau free, baru Shah pergi cari alamat rumah tu.” balasnya malas-malas.
Puan Siti tersenyum lebar sambil memeluk bahu anaknya.
“Ibu tahu Shah akan dengar cakap ibu. Ibu berharap sangat-sangat supaya Shah dapat tunaikan permintaan ibu yang tak seberapa ini,” ujar Puan Siti.
Shah yang sebentar tadi kononnya merajuk dengan ibunya terus berlembut hati apabila ibunya berkata begitu. Dia terus memeluk erat ibunya.
KAMELIA mengemas segala barang untuk persiapan membuka gerai emaknya. Setelah sekian lama bercuti, akhirnya emaknya beria-ria mahu membuka gerai seperti biasa.
Kamelia masuk ke dalam setelah sekian lama berada di luar rumah. “Mak, Mel dah siapkan barang untuk gerai. Tapi Mel nak pergi mandi kejap, dah melekit badan ni. Apa-apa panggil Mel tau,” pesan Kamelia sebelum dia berjalan menuju ke bilik tidurnya.
Sewaktu dia hendak ke dapur, dia bertembung dengan adik lelakinya.
“Dah nak gerak ke kebun ke?” soalnya dengan dahi berkerut.
Arif mengangguk. “Ha'a. Harini mungkin Arif balik lewak sikit, kot. Sebab nak tolong Pak Abu hantar buah-buahan dari kebun dia ke kedai runcit,” ujar Arif sambil menyikat rambutnya di depan cermin.
Kamelia mengangguk faham. Dia berdeham. “Hm... Arif, akak nak minta tolong sikit boleh?” tanya Kamelia sambil tersenyum malu. Hujung tuala mandinya dipintal-pintal dengan jari.
“Tolong apa, kak?” tanya Arif seraya menoleh ke arah kakaknya.
Kamelia tunduk ke bawah, malu untuk menyampaikan hasratnya.
“Akak? Nak minta tolong apa?” soal Arif lagi sekali.
Kamelia mendongak semula. Wajah adiknya dipandang malu.
“Akak nak minta tolong Arif sampaikan salam dekat abang Adam?” ujar Kamelia sambil tersengih malu.
Arif terus tersenyum lebar.
“Oh itu aje ke? Bukan setakat salam aje. Salam sayang pun Arif sanggup, demi akak yang tercinta.” jawab Arif disusuli ketawa kecilnya.
Kamelia tercengang. Arif dipandang tajam.
“Apa dia Arif? Tak dengar tadi. Salam apa Arif cakap.” soal Kamelia dengan kening terjungkit.
Arif tergelak besar dan terus mengatur langkah menuju ke tangga batu rumah mereka.
“Arif pergi dulu, assalamualaikum,” ucap Arif bersama sisa tawanya.
Kamelik mencemik. Salam adiknya dibalas. Selepas motorsikal adiknya hilang dari pandangan, dia masuk ke dalam rumah semula.
SHAH bermundar-mandir di dalam bilik pejabatnya. Masih terngiang-ngiang permintaan ibunya pagi tadi.
“Kenapa ibu beria-ria sangat nak suruh aku cari perempuan tu?” soal Shah tidak puas hati.
Dia mencapai sehelai kertas di atas meja kerjanya.
Dia meneliti nama dan alamat di dalam kertas itu. “Kamelia Fahara binti Ahmad Borhan. Kenapa aku macam pernah dengar nama perempuan ni? Tapi kat mana?” puas difikirnya tapi tiada jawapan yang keluar.
“Ah... lantaklah!” ujarnya lalu mencampak semula kertas itu di atas meja.
Sedang dia leka melayan perasaan yang terbuku dalam hati, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
“Masuk!” jeritnya lantang.
Dia kembali ke kerusinya. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya ke kerusi. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Tangannya dipelukkan ke tubuh.
Perlahan-lahan pintu biliknya dibuka. Terlihat wajah Maya disebalik pintu. Di tangannya terdapat dua buah dokumen, kemungkinan dokumen itu untuk Shah.
“Maaf mengganggu. I ada bawa dokumen untuk you tandatangan,” ujar Maya bersama dokumen di tangannya.
“Letak saja atas meja and you may leave.” dingin Shah bersuara tanpa sedikit pun memandang wajah kekasihnya itu.
Di luar mungkin dia masih boleh bermesra dengan Maya tetapi bila di pejabat, dia masih majikan Maya. Jadi dia harus melayan sama rata semua pekerjanya.
Maya masih tidak berganjak dari tempat berdirinya. Dia ternampak sehelai kertas di atas meja Shah. Kamelia Fahara, siapa punya nama pula tu? Soalnya dalam hati.
Shah mengalihkan pandangannya semula ke hadapan. Maya masih berdiri di hadapannya sambil memandang ke arah kertas yang berada di atas mejanya itu. Shah terus mencapai kertas itu dan menyimpannya ke dalam poket kotnya.
“You buat apa lagi dekat sini? Tak nampak ke I banyak kerja lagi ni, keluarlah!” bentak Shah tiba-tiba.
Maya sedikit tersentak apabila tiba-tiba dimarah oleh Shah. Dia tertunduk ke lantai. Tiba-tiba dia mati kata.
“Shah, you still marahkan I lagi?” tanya Maya perlahan. Wajah Shah dipandang sayu.
Shah senyap.
“Shah, dah tiga hari you tak tegur I. Apa salah I dekat you?” soal Maya dengan dahi berkerut.
Shah tertawa sinis. Dia menjeling Maya sekilas.
“You tanya I apa salah you terhadap I? You tak ingat ke apa yang dah jadi tempoh hari or bagi you benda ni hanya perkara biasa?” soal Shah sinis.
Maya menghela nafas perlahan. Dia terus mendekati Shah dan memeluk leher lelaki itu dari belakang.
“Sayang, I'm so sorry. I tak boleh kawal diri I time tu. I takut kehilangan you. I tahu apa yang I buat memang terang-terangan salah, tapi I sanggup tanggung segalanya asalkan you tak akan tinggalkan I langsung,” bisik Maya manja dan menggoda.
Sambil itu, dia mengucup lembut leher lelaki itu.
Shah memejamkan matanya dan mulai merasai kehangatan dari ciuman hangat gadis itu. Dia sudah terbuai-buai enak. Maya pandai sekali memujuknya.
Tapi, dia baru tersedar yang mereka kini sedang berada di dalam pejabat. Shah menolak kasar tubuh Maya jauh darinya. Lengan gadis itu direntap kasar.
Maya merintih kesakitan. Lengannya ditarik semula. “Sakitlah, Shah!” jeritnya.
“Maya, stop it! You dah lupa ke kita dekat pejabat sekarang ni. You kena ingat staff dekat sini ramai, kalau diorang nampak apa yang kita buat sekarang ni, habis kita nanti!” tegur Shah dengan suara yang sudah naik senada.
Maya tarik muka. Dia memulakan langkah. “I tak akan berganjak dari sini selagi you tak maafkan I!” ujar Maya sambil berdiri di hadapan lelaki itu.
Shah mengurut dahinya sambil menghela nafas perlahan.
“Okay, I maafkan you. Tapi, sekarang tolong jangan buat macamni. Kita dekat office, tak manis kalau ada staff nampak kita berdua-duaan. Ingat, you're still one of my workers,” tegas Shah lagi.
Maya sudah menguntum senyum lebar.
“Thank you sayang, I love you so so much! I keluar dulu. See you tonight?” balas Maya tanpa menghiraukan nasihat lelaki tadi.
Dia terus beredar keluar dari bilik itu.
Shah kembali menyandarkan dirinya semula ke kerusi. Dia memejamkan matanya. Otaknya masih memikirkan tentang permintaan ibunya itu. Dia merasa sedikit bersalah kerana tidak dapat memenuhi sepenuhnya permintaan ibunya itu.
Shah juga tidak pasti apa yang harus dia jelaskan kepada Maya jika Maya tahu akan perkara ini. Dia berjanji yang dia akan menyayangi kekasihnya itu sampai bila-bila namun dia sudah terikat dengan janji ibunya.
Dia harus memikirkan strategi.
PETANG ITU, Shah pulang awal dari biasa. Dia sudah mengambil keputusan untuk pergi mencari siapakah gerangan disebalik nama Kamelia Fahara itu. Esok pagi, dia akan bergerak awal kerana dia tidak mahu menempuh kesesakan lalu lintas dan mahu pulang awal ke ibu kota.
“Awal abang balik harini?“ tanya Ariana yang sedang fokus menonton televisyen di ruang tamu rumah mereka.
Shah meletakkan beg kerjanya di atas meja lalu tali lehernya dilonggarkan.
”Abang sengaja balik awal harini. Esok abang outstation sehari.“ jawab Shah sambil berjalan ke arah dapur untuk mengambil air sejuk.
”Oh, abang nak pergi mana esok?“ tanya Ariana lagi.
Shah terdiam seketika. Perlu ke dia bagitahu adiknya? Tapi gadis itu bukan tahu pun tujuan sebenar dia ke luar kota.
”Perak. Tapi abang tak ingat apa nama tempat tu, abang pergi sehari aje. Malas nak pergi lama-lama,“ balas Shah bersahaja.
Ariana hanya mengangguk. Dia menyambung tontonannya yang terganggu tadi.
”By the way, harini Mak Tok yang temankan ibu dekat hospital. Dia cakap tak payah tunggu dia balik sebab dia mungkin bermalam dekat sana,“ ujar Ariana sambil mencucuk sepotong buah epal di dalam pinggan lalu disuap ke dalam mulut.
Shah mengangguk perlahan. ”Abang nak naik atas dulu, nak rehat," ujar Shah sambil menuju ke arah tangga.
“Abang tak nak dinner dulu?” tanya Ariana sambil mengerling sekilas abangnya.
Shah menggelengkan kepalanya.
“Abang dah makan dekat luar tadi.” ujar Shah tanpa memandang ke arah adiknya. Lalu, dia terus menaiki anak tangga ke biliknya.
Shah tidur awal malam itu. Dia berharap semuanya akan selesai esok.
PAGI ITU, Kamelia bangun lebih awal daripada biasa kerana dia ingin menyediakan sarapan pagi sebelum keluar membeli barangan rumah.
“Hm... Sedapnya bau. Anak mak masak apa pagi ni?” tanya Cik Som.
Kamelia menguntum senyum nipis.
“Mak, jemput duduk dulu. Mel masak nasi goreng aje pagi ni dengan teh o panas,” balas Kamelia sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan ibunya.
Terlihat kelibat adik lelakinya, Arif sedang menuju ke ruang dapur.
“Wah, nasi goreng. Nampak sedap, bolehlah Arif bawa bekal ke kebun harini,” ujar Arif teruja. Dia mencapai pinggan nasi yang diberikan oleh Kamelia.
“Macammana kerja kamu dekat kebun tu? Kamu tak menyusahkan Pak Abu kan?” tanya Cik Som sambil menghirup sedikit teh o panas dari dalam cawannya.
Arif menoleh ke arah emaknya. “Mak, anak lelaki mak ni hebatlah. Tiap hari, pasti pak Abu puji Arif tau. Dia cakap Arif ni rajin, bagus, kuat bekerja. Lagi satu, dia cakap dia nak naikkan gaji Arif bulan ni! Lagilah Arif bersemangat nak bekerja,” ujar Arif sambil tersenyum bangga.
Kamelia tertawa kecil.
“Rajin-rajin juga. Tapi jangan sampai satu tahap nanti kamu terus malas nak buat kerja sebab pak Abu tu asyik manjakan kamu sangat!” tegas Kamelia.
“Akak jangan risaulah! Arif tahu macammana nak berterima kasih dekat Pak Abu tu. Nanti kalau Arif dah dapat gaji, Arif nak bawa mak dengan kakak jalan-jalan dekat bandar,” jelas Arif sambil mengusap lembut jemari emaknya.
“Alhamdulillah, mak bangga sangat dengan anak-anak mak ni. Mak yakin mak dah bagi didikan yang sebaiknya dekat kamu berdua. Mak sayang kamu berdua, mak tak pernah terfikir nak banding-bandingkan kamu berdua. Dua-dua anak mak ada keistimewaan sendiri,” jujur Cik Som sambil mengusap lembut kedua-dua rambut anak-anaknya.
Lantas Kamelia dan Arif terus memeluk erat emak mereka.
“Kami pun sayang mak sangat-sangat! Mak lah syurga, dunia dan akhirat kami berdua,” jujur Kamelia ikhlas sambil mengucup lembut pipi emaknya.
Cik Som hampir menitiskan air matanya namun cepat-cepat diseka oleh anak lelakinya.
“MAK, Mel gerak dulu ya. Kunci pintu rumah ni, tunggu sampai Mel balik!” jerit Kamelia sambil menuruni anak tangga rumahnya.
Puan Kalsom bergegas ke ruang tamu. Dia melihat anaknya sedang menyarung selipar. “Jaga diri. Jangan balik lambat sangat! Jangan nak merayau kemana-mana pula nanti,” pesan Cik Som dengan tegas.
Insya-Allah, Mel sentiasa ingat pesanan mak,“ balas Kamelia sambil menyalam tangan emaknya.
”Akak taknak Arif hantarkan ke?“ tanya Arif yang ketika itu baru sahaja keluar dari rumah.
”Tak apa, dekat aje. Akak boleh pergi sendiri, lagipun kebun Pak Abu tu kan berlainan arah. Akak tak nak lah menyusahkan awak,“ jelas Kamelia sambil tersenyum nipis.
”Tak apalah kalau macamtu, Arif pergi dulu mak, akak.“ ujar Arif sambil menghulur tangan untuk bersalam.
Cik Som menyambut huluran tangan anaknya itu. Diikuti oleh Kamelia pula. Mereka menghantar Arif ke motornya sambil melihat Arif beredar dari situ.
”Mak, Mel pun nak gerak dululah. Risau pulak barang habis kat kedai runcit tu,“ ujar Kamelia pula.
”Yelah, hati-hati pergi,“ ujar Cik Som risau.
Dia melihat pemergian anaknya dengan perasaan yang tidak tenang. Tidak tahu mengapa, tetapi hatinya sedikit runsing namun dia hanya mengendahkannya dan terus masuk ke dalam rumah semula.
Sewaktu Kamelia sedang melalui jalan yang selalu menjadi tempat lepak Roslan dan juga budak-budaknya, dia pelik melihat tempat itu lengang tidak seperti selalu. Namun dia sangat bersyukur kerana dia tidak terserempak dengan Roslan hari ini.
Dia mempercepatkan langkahnya ke kedai runcit.
KAMELIA berpuas hati melihat segala beg plastik di tangannya. Hari ini dia dapat berbelanja lebih setelah sekian lama dia tidak cukup duit untuk membeli barangan dapur rumahnya.
”Terima kasih,“ Ucap Kamelia kepada tuan kedai.
Dia terus berlalu pergi dari kedai runcit tersebut. Tanpa dia sedar, seseorang sedang mengekorinya dari belakang.
Sewaktu Kamelia sedang melalui jalan yang selalu dilaluinya itu, hatinya tiba-tiba berasa tidak tenang. Dia merasakan seperti seseorang sedang mengekorinya.
Dengan pantas, Kamelia berpusing ke belakang. Kosong, tiada sesiapa. Kamelia menghembus nafas lega. Mungkin dirinya sahaja yang berfikiran begitu. Akan tetapi, sewaktu dia hendak memusingkan tubuhnya, lengannya direntap kasar oleh seseorang dan mulutnya ditekup dengan kain.
Kamelia bergelut untuk melepaskan dirinya. Namun tenaga tubuhnya tidak mampu untuk melawan tenaga besar yang sedang memeluk kemas tubuhnya. Dia ditarik masuk ke dalam kawasan semak. Habis beg plastik barangan yang dibelinya tadi bertaburan di atas tanah.
Tubuh Kamelia di tolak kasar ke atas rumput yang berduri. Habis tangannya bercalar-balar sewaktu dia ingin mengimbang badannya ketika jatuh tadi. Dia terkejut melihat sosok tubuh di hadapannya itu.
”Roslan, apa yang kau cuba lakukan terhadap aku!“ jerit Kamelia bersama esakannya. Dia cuba untuk bangun namun tubuhnya terasa sengal dan pedih.
”Ini balasannya sebab kau kurang ajar dengan aku haritu!“ jawab Roslan disusuli gelak jahatnya.
Kamelia terdiam. Dia merenung tajam Roslan. Air mata ketakutan mengalir lagi. Tangannya mencapai sebiji batu di atas tanah lalu dilemparkan ke arah Roslan. Batu itu tepat mengena kepalanya.
”Aduh, kurang ajar punya perempuan! Kau ingat aku takut ke dengan kau?“ tengking Roslan. Dia terus menindih tubuh Kamelia lalu melempang wajah gadis itu berulang-kali.
”Kau memang nak kenakan dengan aku! Rasakan, aku bagi kau pengajaran cukup-cukup harini!“ jerit Roslan menggila.
Kenapa ketika itu, tidak ada seorang pun yang menyedari kehadiran mereka di situ.
Tangan Roslan mula meraba-raba seluruh tubuh Kamelia tanpa rasa belas kasihan.
”Roslan, tolong jangan buat aku macamni! Tolonglah aku merayu Roslan. Aku takut Roslan!“ rayu Kamelia berkali-kali.
Namun rayuannya langsung tidak diendah oleh Roslan. Lelaki itu terus meraba-raba seluruh bahagian tubuh badannya. Tiba-tiba Roslan merentap kuat baju di bahagian bahu Kamelia sehingga mendedahkan kulit putih mulus gadis itu.
Roslan menjilat bibirnya sendiri. ”Mantap ni, kalau ada budak-budak lain memang sedap ratah sorang-sorang ni!“ ujar Roslan dengan rakusnya mengucup bahu gadis itu.
Perangainya tidak ubah seperti binatang ketika itu. Setiap kali kamelia meronta-ronta untuk melepaskan diri dan melawan, Roslan terus menamparnya sekuat hati sehingga bengkak bibir gadis itu.
Roslan mengalihkan kucupannya ke arah dada Kamelia, dia terus merentap kuat bahagian tengah baju Kamelia. Terdedah kosong dada Kamelia ketika itu.
Kamelia menepis kasar tangan Roslan yang cuba menyentuh dadanya. ”Roslan, aku merayu dekat kau tolong jangan buat aku macamni! Aku minta maaf, aku janji tak akan buat lagi! Roslan tolong lepaskan aku,“ pujuk Kamelia untuk kesekian kalinya.
”Kau diam! Aku tak puas lagi! Aku takkan maafkan kau selagi kau tak puaskan nafsu aku!“ Tengking Roslan sambil merentap kasar lengan gadis itu yang cuba menghalang tangannya daripada menyentuh dada mulus itu.
Roslan mendekatkan wajahnya ke dada Kamelia sambil meramas buah dada gadis itu. Kamelia terasa hina diperlakukan sebegitu rupa. Lengannya ditahan dengan kedua-dua belah tangan Roslan. Dia tidak mampu bergerak. Lelaki itu telah menindih tubuhnya.
Roslan bangun semula, dia menarik turun zip seluarnya. Lalu dia duduk melutut di hadapan Kamelia. Tangannya mencengkam kasar kedua-dua belah kaki gadis itu. Kamelia meronta- ronta minta dilepaskan. Sesekali dia cuba menendang tubuh lelaki itu namun dengan cepat Roslan mengunci kakinya dengan peha besar lelaki itu.
Kamelia menjerit kuat. Kain baju kurungnya diselak ke atas, mendedahkan peha putih mulusnya. Dia memejamkan mata, dia dapat merasakan dunianya kian kelam. Dia terlalu lemah untuk melawan. Tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.
”Argh! sedapnya, beruntung sungguh siapa yang dapat kau ni! Tapi dah terlambat sebab aku yang dapat kau dulu! HAHAHAHHAHA!“ Roslan gelak terbahak-bahak.
Tenaga Kamelia semakin berkurang, dia sudah tidak mampu melawan. Tubuhnya sakit akibat ditindih oleh lelaki itu. Mak, Kamelia minta maaf. Kamelia tak boleh lindungi diri Kamelia sendiri, rintihnya dalam hati. Dia memejamkan matanya, bila-bila masa sahaja tubuhnya akan diratah oleh lelaki itu.
Tiba-tiba Roslan ditendang kuat dari tepi. Tergolek-golek dia di atas tanah. ”Aduh, kurang ajar betul!“ tengking Roslan sambil menggosok-gosok bahunya yang ditendang kuat tadi.
Kamelia terus tersedar, lalu dia cuba untuk bangun dan meminta tolong. “Tolong! Tolong saya,” ujar Kamelia lemah. Dia jatuh terduduk semula.
“Kamelia, awak tak apa-apa?” tanya lelaki itu sambil menutup seluruh tubuh badan Kamelia menggunakan kain yang dibawanya bersama.
Kamelia cuba untuk membuka matanya dan melihat siapa yang sudi menolongnya itu. “Adam? Adam, tolong saya! Saya takut! Roslan nak rogol saya!” rintihnya bersama air mata yang mengalir laju.
“Tak apa, saya ada. Saya akan tolong awak! Awak duduk sini dulu, biar saya ajar sikit budak tak guna tu!” ujar Adam dengan nada suara yang sudah meninggi.
Adam terus bangun dan mendapatkan Roslan yang masih terbaring di atas tanah tadi.
“Kau ni memang jantan tak guna betul, apa yang kau dah buat dekat Kamelia, ha? Kau cuba nak rosakkan masa depan dia! Kau ni memang binatang betul!” tengking Adam lalu menumbuk kuat pipi Roslan.
Lebam teruk pipi lelaki itu dibelasahnya.
Roslan sempat tertawa besar. Dia meludah ke tepi. Merah pekat air liurnya bercampur dengan darah. “Hero sudah datang nak selamatkan tuan puterinya. Aku nak cakap sikit, Kamelia tu milik aku! Dia dah tak suci sebab aku dah ratah dia tadi! Kau ingat ada lagi ke lelaki yang nak dekat dia selepas apa yang aku dah buat dekat dia tadi? Dia dah kotor dah tak suci!” tengking Roslan sambil cuba menumbuk wajah Adam namun cepat Adam mengelak.
“BIADAP KAU!” jerkah Adam sebelum menumbuk wajah Roslan berkali-kali. Lalu, dia meludah ke wajah lelaki itu.
“Kau ni memang patut aku humban ke dalam penjara lah! Dasar jantan tak guna! Berani kau sentuh Kamelia!” tengking Adam sebelum menyepak perut Roslan berulang-kali.
Roslan cuba menghalang sepakan padu lelaki itu dengan melindungi perutnya dengan kedua-dua belah tangannya.
“Adam, Adam cukup! Saya dah tak sanggup nak duduk dekat sini, saya nak balik! Saya takut!” rintih Kamelia sambil menarik lengan Adam dengan tujuan untuk menghalang lelaki itu daripada berterusan mencederakan si Roslan itu.
“Tapi dia ni cuba nak rogol awak. Kita kena angkut dia ke balai polis.” bidas Adam sambil memegang kedua-dua belah bahu Kamelia.
Kamelia tertunduk memandang tanah.
“Saya nak balik! Tolonglah bawak saya balik!” rintih Kamelia lemah.
Tiba-tiba dia rebah sewaktu ingin mengundur ke belakang. Namun, cepat-cepat Adam menyambutnya.
“Kamelia, awak tak apa-apa?” panggil Adam sambil menampar lembut pipi Kamelia yang sudah dipenuhi dengan lebam itu. Pasti kuat jantan itu menamparnya.
Roslan pantas bangun dan melarikan diri. Adam tidak mengendahkannya dan fokus kepada Kamelia.
Habis cedera teruk tubuh badan Kamelia. Sakit sungguh hati Adam melihat gadis yang dicintainya itu disentuh oleh jantan durjana tadi. Dia tidak akan senang-senang lepaskan Roslan begitu sahaja.
Adam terus mengendong tubuh kecil Kamelia ke keretanya dan memandu keluar dari kawasan semak tersebut.
SEWAKTU Adam ingin memarkirkan keretanya di perkarangan rumah Kamelia. Terlihat sebuah kereta mewah terletak elok di hadapan rumah milik keluarga Kamelia.
“Siapa pula yang datang ni?” tanya Adam.
Dia memandang ke arah Kamelia di sisinya. Gadis itu sedang nyenyak tidur. Muka gadis itu sekali-sekala berkerut mungkin menahan sakit.
Dengan perlahan-lahan, Adam mengejutkan Kamelia yang sedang tidur itu. “Awak, kita dah sampai dekat rumah awak. Jom, saya tolong bawa awak keluar.” panggil Adam.
Kamelia terus tersedar sambil menggosok perlahan matanya. Dia melihat sekeliling sebelum keluar dari kereta.
Adam terus mendapatkan Kamelia. Dia memapah tubuh gadis itu ke tangga rumah.
“Kereta siapa ni?” tanya Kamelia sambil menunjuk ke arah kereta yang diparkir di hadapan rumahnya.
Adam menggeleng kepalanya tidak tahu.
Dia terus memapah Kamelia menaiki anak tangga satu persatu. Sekali sekala gadis itu merintih kesakitan akibat kakinya yang cedera ketika jatuh tadi.
“Assalamualaikum, makcik Som!“ jerit Adam sambil mengetuk pintu rumah Kamelia.
”Waalaikummusalam,“ jawab seseorang.
Kelihatan seorang wanita pertengahan umur sedang membuka pintu rumah kayu tersebut.
Cik Som terkaku melihat keadaan anaknya yang tidak terurus itu.
”Ya Allah, anak aku. Apa dah jadi dengan kamu ni, nak? Astaghfirullahalazim Kamelia!“ jerit Cik Som sambil memeluk erat tubuh anak gadisnya itu. Adam dan Kamelia dipandang silih berganti.
Adam hanya tertunduk. Membiarkan anak-beranak itu meluahkan perasaan.
Kamelia tidak mampu menahan air matanya, dia terus menangis teresak-esak di dalam pelukan emaknya itu.
”Mak! Tolong Mel mak! Mel hampir dirogol mak!” rintih Kamelia sambil tersedu-sedu menahan tangisnya.
Terbeliak mata Shah ketika itu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika itu. Haruskah dia meminta diri untuk balik? Tiba-tiba dia terasa sesak. Lain yang dicarinya, lain yang dia dapat.
Dia yang ketika itu sudah berada di rumah keluarga gadis itu sejak tadi telah dijemput oleh Cik Som untuk berehat seketika sementara menunggu Kamelia pulang. Namun tidak sangka, kejadian yang tidak diingini pula berlaku.
”Ya Allah... Siapa yang sanggup buat kamu macamni? Kenapa kejam sangat orang tu!“ soal Cik Som dengan suara yang sudah naik senada.
Kamelia menangis teresak-esak di dalam pelukan emaknya.
”Ini semua kerja Roslan, makcik. Dia yang cuba rogol Kamelia! Nasib baik saya sempat datang tadi, kalau tidak... saya tak tahu apa akan jadi pada Kamelia,“ ujar Adam setelah sekian lama mendiamkan diri.
”Roslan anak Pak Mat? Astaghfirullahalazim sampai hati kau Roslan buat anak aku macamni!“ jeritnya lantang. Air mata laju membasahi pipi.
”Tolong telefon Arif! suruh dia balik. Makcik nak suruh dia bawa makcik ke rumah Pak Mat, makcik nak jumpa si budak Roslan tu!" Ujar Cik Som sambil memeluk erat tubuh anaknya itu.
“Baik makcik, saya akan telefon Arif sekarang juga,” ujar Adam sambil menarik keluar telefon dari dalam poketnya.
“Mak, Kamelia taknak jumpa lelaki tu! Kamelia takut mak! Kamelia taknak!” pujuk Kamelia sambil memeluk erat tubuh emaknya.
“Ya Allah nak, kamu tak nampak ke apa yang dah jadi dengan diri kamu ni sekarang? Mak nak tuntut bela! Mak tak boleh biarkan Roslan terlepas macamtu aje!” tegas Cik Som.
Sewaktu Adam ingin menelefon Arif, dengan pantas Kamelia merampas telefon di dalam genggaman lelaki itu.
“Adam, tak payah telefon Arif. Saya taknak dia risau. Saya penat, penat sangat! Saya nak rehat,” pujuk Kamelia lemah.
Adam merasa serba salah, dia tidak tahu harus buat apa.
Apabila Adam tidak memberi respon, Kamelia beralih kepada emaknya semula. “Mak, Kamelia nak berehat. Tolong pimpin Kamelia ke bilik?” pujuk Kamelia.
“Tapi...”
“Mak, tolonglah! Kalau mak sayang Kamelia. Mak tolong jangan jumpa Roslan tanpa pengetahuan Kamelia!” pesan Kamelia agak keras.
“Kenapalah kamu ni degil sangat!” marah Cik Som.
Kamelia mengeluh. Perlahan-lahan dia bangun semula.
“Adam, tolong saya,” panggil Kamelia sambil berpaut dengan dinding.
Adam terus meluru ke arah Kamelia dan memegang bahu gadis itu.
“Makcik, izinkan saya tolong Kamelia?“ Adam meminta izin terlebuh dahulu sebelum menolong Kamelia.
Cik Som mengangguk sambil tersenyum pahit.
Sewaktu mereka menuju ke bilik, Kamelia terserempak dengan Shah. Dia memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Tanpa melengahkan masa, Kamelia meneruskan langkahnya ke bilik.
Adam hanya senyum dan tunduk hormat ke arah Shah dan berlalu pergi bersama Kamelia.
”Terima kasih sebab tolong saya harini,“ ucap Kamelia lemah. Dia menundukkan kepalanya memandang lantai.
Adam hanya berdiri di luar bilik, dia tidak mahu masuk ke dalam. Risau jika Kamelia tidak selesa dengan kehadirannya.
”Tak apa, kebetulan tengah lalu situ saya terdengar bunyi orang minta tolong. Rupa-rupanya orang itu awak,“ jelas Adam dengan tenang.
Kamelia masih tunduk memandang lantai. Dia hanya diam.
”Kalaulah tak ada sesiapa tolong saya tadi. Saya tak tahulah apa akan jadi dengan nasib saya tadi?“ Ujar Kamelia perlahan.
Adam hanya diam. Dia tidak mahu menambah apa-apa.
“Nak, kita mandi dulu ya. Ini mak ada bawa bekas air dan tuala untuk kamu,“ tegur Cik Som tiba-tiba muncul dari luar.
Kamelia mendongak. Dia memandang ke arah Shah dan emaknya. Lalu, dia mengangguk perlahan.
“Makcik, saya balik dulu ya. Nanti kalau ada apa-apa, makcik telefon aje saya terus,“ ujar Adam seraya menyalam tangan wanita separuh abad itu.
“Yalah, terima kasih Adam sebab dah tolong anak makcik. Makcik terhutang budi sangat-sangat dengan kamu, Adam.“ ucap Cik Som ikhlas.
Adam tersenyum nipis. “Sama-sama. Adam pergi dulu ya, assalamualaikum,“ ucap Adam sebelum berlalu pergi.
”Waalaikummusalam.“ balas Cik Som dan Kamelia perlahan.
“Kamelia, mak tolong lapkan ya?“ pinta Cik Som sambil mendekati anaknya.
Kamelia hanya mengangguk dan membiarkan emaknya mengelap muka dan badannya yang penuh dengan kesam lebam dan kotor itu.
CIK Som menutup pintu bilik anaknya perlahan-lahan. Setelah dia menghantar baldi air tadi ke dapur, dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan Shah sedang berehat di ruang tamunya sambil bermain dengan telefon bimbitnya.
”Maafkan makcik, Shah. Makcik tak tahu macammana boleh jadi macamni. Maaf ya kalau makcik tak dapat nak layan kamu harini?“ ujar Cik Som lembut.
Shah tersenyum kecil.
”Tak apa, saya faham. Kamelia macammana? Dia okay?“ tanya Shah sambil memandang ke arah bilik gadis itu.
”Macamtulah dia dari balik tadi sampai sekarang. Asyik menangis aje, itupun dia baru aje terlelap tadi,“ jelas Cik Som sambil melepaskan keluhan kecil.
Dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Shah. Air yang dihidang dari tadi dipandang sepi.
”Makcik sebenarnya kalau boleh nak terus jumpa Roslan tu tapi disebabkan Kamelia yang halang makcik daripada berbuat demikian, makcik mengalah aje lah,“ jelas Cik Som perlahan.
”Makcik rasa apa sebabnya Kamelia halang makcik daripada berdepan dengan si Roslan tu?“ tanya Shah ingin tahu.
Cik Som menjungkitkan bahu.
”Makcik sebenarnya malu nak bercerita dengan kamu setelah apa yang terjadi tadi. Roslan tu anak kepada pemilik kedai runcit yang terbesar di kampung kami ni. Bapak dia pula rajin tolong keluarga kami. Si Roslan ni pula dah lama berkenan dengan anak makcik tapi Kamelia jenis yang tak melayan mana-mana lelaki. Mungkin sebab itu dia tak puas hati dan terus bertindak melulu,“ jelas Cik Som panjang lebar.
“Tak apalah, makcik bersabar ya. Shah yakin suatu hari nanti, Roslan akan terima balasan dia! Kalau ada apa-apa, makcik boleh bagitahu Shah. Mungkin Shah akan cuba bantu,” ujar Shah dengan tegas.
Cik Som mengiakan kata-kata anak muda itu.
“Kamu sekarang macammana, balik terus ke apa ni?” tanya Cik Som setelah lama berdiam diri.
Shah berfikir seketika. Kalau boleh dia mahu terus bertolak namun memikirkan hari yang kian lewat itu, ke mana pula dia mahu berteduh seketika.
“Kalau macamtu, kamu bermalam dekat rumah makcik aje lah. Kamu boleh duduk sebilik dengan anak lelaki makcik?” cadang Cik Som.
“Eh, tak payahlah makcik. Saya sebenarnya tak nak menyusahkan makcik,” balas Shah tidak selesa.
“Tak apa. Kamu kan tetamu makcik, bagilah makcik layan kamu dengan baik. Dalam rumah ni cuma tinggal kami bertiga aje. Jangan risaulah, kamu buat macam rumah sendiri ya?” pujuk Cik Som lagi.
Shah hanya tersengih.
“Terima kasih makcik. Saya rasa macam saya dah banyak menyusahkan makcik,” balas Shah perlahan.
“Tak menyusahkan pun. Kamu duduk dulu buat apa yang kamu nak. Makcik nak ke dapur kejap, nak sediakan makan malam,” ujar Cik Som sebelum beredar ke dapur.
Shah hanya mengangguk perlahan. Nampak gayanya dia tak boleh balik lagilah hari ini. Nasib kau lah Shah, keluhnya. Dia terus beredar ke keretanya untuk mengambil beg baju yang sudah dibawanya tadi.
Malam itu, Arif bergegas pulang selepas mendengar berita tentang kakaknya. Berbakul-bakul makian yang diberinya kepada Roslan. Namun dia berjaya ditenangkan oleh Shah.
Share this novel