TUK 17 ❤️

Romance Series 38946

SEMENJAK peristiwa dua bulan lepas, hubungan Kamelia dan Shah agak hambar. Kamelia sudah mulai sibuk dengan kelasnya memandangkan dia baru sahaja menyambung pelajaran di sebuah universiti yang terkemuka di tanah air manakala Shah pula sibuk dengan projek barunya. Disebabkan itu, hubungan mereka kembali renggang kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri.

Walaupun hubungan mereka tidak serapat dulu, masing-masing masih menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri. Kamelia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri, setiap pagi sebelum ke kelas jika sempat dia akan menyediakan sarapan pagi untuk suaminya. Manakala pada tengahari pula Shah kadang-kadang akan mengajak Kamelia makan tengahari di luar memandangkan mereka berdua kini sudah sibuk dengan urusan masing-masing. Waktu untuk mereka berdua hanyalah pada waktu malam setelah kedua-duanya selesai membuat kerja masing-masing. Mereka akan cuba menghabiskan masa bersama walaupun sekejap.

Shah juga telah berubah setelah apa yang telah berlaku di pusat membeli-belah itu. Dia sudah menjauhkan diri daripada Maya kerana risau jika wanita itu akan mengganggu dia dan isterinya. Dia cuba untuk menawan hati isterinya semula walaupun kadang-kadang Kamelia cuba untuk menjauhkan diri. Semenjak Kamelia sibuk dengan kelasnya, Shah sering kali menjenguk isterinya di kampus. Kadang-kala dia rajin menghantar makanan kepada isterinya melalui adiknya, Yana ataupun melalui isterinya sendiri.

Maya juga menyedari akan cara layanan Shah yang berbeza terhadapnya. Beberapa kali dia cuba untuk menegur lelaki itu tapi tidak kesampaian kerana setiap kali dia ingin mendekati Shah, lelaki itu akan pergi jauh darinya. Dia harus menyusun strategi bagaimana cara untuk mendekati Shah semula.

“FOKUSNYA isteri abang buat kerja?” tegur Shah melihat Kamelia fokus menaip sesuatu di skrin komputer ribanya.

Dia mendekati isterinya yang sedang sibuk itu lalu dipeluk tubuh isterinya dari belakang.

Kamelia menoleh ke belakang seketika sebelum fokus menyiapkan kerja kursusnya. Berselerak mejanya dengan helaian kertas kerja bersama piring buah-buahan yang disediakan oleh suaminya dan secawan kopi bagi menghilangkan ngantuk.

“Mel nak siapkan assignment ni sebab esok dah nak kena submit,” ujar Kamelia sambil matanya tidak lekang dari skrin komputer.

Shah mengecup lembut ubun-ubun isterinya lalu dibelai rambut isterinya dengan lembut.

“Busynya isteri abang. Lagi busy dari abang sekarang,” balas Shah dengan nada manja.

Jari-jemari Kamelia berhenti menari di atas papan kekunci. Dia menoleh ke belakang. Jemari Shah ditarik ke dalam genggamannya.

“I'm sorry. Mel tak ada niat nak abaikan abang. Mel janji, lepas habis aje assignment ni Mel masak sedap-sedap untuk abang?” ujar Kamelia lalu mencium tangan suaminya.

“Tak apa, abang faham. Abang cuma risau sayang tak rehat langsung, buat kerja sampai lewat malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi baru tidur, pukul 5 dah bangun get ready untuk solat subuh, buat sarapan nak bersiap ke kelas lagi. Badan tu nak guna lama, mata tu pun perlukan rehat,” bebel Shah tapi masih prihatin dengan keadaan isterinya.

Kamelia mengecilkan kelopak matanya.

“Caring juga abang dengan Mel?”

“Mestilah! Mel kan isteri abang. Kalau Mel sakit nanti abang yang risau tahu tak. Abang taknak tengok isteri abang sakit nanti abang sedih,” ujar Shah perlahan lalu pipi isterinya dikecup lama.

Hati Kamelia tiba-tiba berdegup laju. Lemah jantungnya apabila lelaki itu memperlakukannya begini.

“Abang janganlah buat macamni, nanti Mel tak fokus kerja!” ujar Kamelia sambil memuncungkan bibirnya.

Shah tertawa kecil.

“Okay, abang taknak ganggu sayang buat kerja. Abang tunggu dekat bilik.” balas Shah sambil mengenyitkan mata.

“Nakal.” gumam Kamelia perlahan lalu tertawa kecil.

Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala dek sibuk melayan kerenah suaminya tadi.

Kamelia memasuki bilik tidurnya bersama komputer riba di tangan.

“Abang, sorry Mel lambat sikit. Tadi ada discussion dengan kawan.” ujar Kamelia tanpa melihat ke arah katil.

Usai menyimpan komputer ribanya ke dalam beg galas, dia berjalan ke arah katil.

“Aik, tidur dah dia? Tadi beria sangat nak tunggu aku siap kerja.” Kamelia tersenyum kecil.

Dia menarik komforter menutupi tubuh Shah yang kedinginan itu. Lalu senyap-senyap dia menatap wajah lelaki yang paling dicintainya itu. Walaupun Shah bukan pilihan pertamanya, tapi dia berharap Shah akan menjadi pilihan terakhirnya. Tipu untuk dia tidak mengaku bahawa dia semakin jatuh cinta dengan lelaki itu. Lelaki yang bertakhta di dalam hatinya, yang satu-satunya membuatkan dia rasa tenang dan selamat di dalam pelukannya. Lelaki yang memberi erti kehidupan kepadanya.

“Thanks for everything,” ujar Kamelia sambil mengecup lembut dahi suaminya.

Dia beralih arah ke bilik air untuk menyegarkan badan semula selepas seharian sibuk dengan kerja.

Usai mandi, dia keluar dari bilik air dan perasan akan ketidakhadiran suaminya di atas katil. Dia mula mencari kelibat suaminya dan mendapati Shah sedang duduk berehat di balkoni luar rumah.

Kamelia terus mendekati suaminya.

“Abang tak tidur lagi?” soal Kamelia sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala.

“Abang?” panggil Kamelia lagi lalu menyentuh bahu suaminya.

Shah tersentak lalu sedar dari lamunannya. Dia menarik tangan Kamelia lalu disuruh duduk di tepinya.

“Abang rindukan isteri abang yang dulu,” Shah menggenggam erat jemari isterinya.

Matanya redup memandang seraut wajah di hadapannya.

“Kenapa abang cakap macamtu? Kan Mel ada depan abang sekarang ni?” soal Kamelia semula.

“Abang minta maaf,” ujar Shah tiba-tiba.

Kamelia senyap seketika. Dia menundukkan wajahnya ke lantai. Nafas dihela perlahan lalu dia dongak semula memandang wajah suaminya.

“Abang tak sakitkan hati Mel langsung. Kalau abang fikir Mel terasa hati disebabkan kejadian sebelum ni, sejujurnya Mel dah lupakan pasal hal itu. Mel nak fokus dekat hubungan kita berdua. Mel nak perbaiki hubungan kita lagipun Mel tak sukalah nak bermasam muka selalu. Mel tahu abang dah cuba sedaya upaya untuk jadi suami yang terbaik. Mel nampak kegigihan abang selama ni. Sebab itu Mel cintakan abang sangat-sangat,” ujar Kamelia ikhlas.

Setitis air jernih jatuh dari kelopak matanya lalu cepat-cepat diseka oleh jemari suaminya.

“Terima kasih sayang sebab percayakan abang. Terima kasih juga sebab bagi abang peluang untuk buktikan cinta abang kepada Mel,” balas Shah perlahan.

Kamelia menggeleng kepalanya, “Sepatutnya Mel yang kena banyak berterima kasih dekat abang. Since abang masuk dalam hidup Mel, macam-macam abang buat untuk bagi Mel hidup selesa. Abang bawa Mel tinggal dekat rumah yang selesa ni, abang tolong family Mel dekat kampung. Abang bagi Mel peluang untuk sambung belajar padahal benda ni Mel tak mampu nak capai sendiri tanpa bantuan abang. Mel tidak mahu abang ingat Mel terlampau bergantung nasib pada abang. Apa yang Mel boleh janji dekat abang adalah Mel akan belajar bersungguh-sungguh sampai Mel berjaya genggam segulung ijazah dan banggakan family kita suatu hari nanti—”

“Family kita?” tanya Shah sedikit teruja sambil menyentuh perut isterinya.

Kamelia diam seketika.

“Abang, Mel minta maaf sebab tak mampu lagi nak bagi zuriat dekat abang?” ujar Kamelia perlahan.

Dia menundukkan wajahnya. Faham akan maksud lelaki itu.

“Abang faham. Allah tak pernah tidur, dia dengar akan setiap doa hambaNya. Kita jangan pernah berhenti berdoa kepadaNya. Insya-Allah nanti kita juga akan diberi rezeki yang sama macam pasangan berkahwin yang lain,” ujar Shah tenang.

Dia tidak mahu isterinya tertekan memikirkan soal zuriat. Dia percaya akan rezeki malah setiap hari dia berdoa kepada Allah semoga Allah sentiasa menjaga hubungan mereka suami isteri.

Kamelia mengangguk perlahan lalu menguntum senyum nipis.

Shah mengusap lembut jemari isterinya. Tubuh Kamelia ditarik ke dalam dakapannya.

“Abang janji yang abang tak akan sia-siakan sayang. I love you so much,” jujur Shah katakan dari hati.

“I love you too.”

Mereka meleraikan pelukan.

“Comel isteri abang malamni,” puji Shah tiba-tiba.

Kamelia tertawa kecil.

“Abang jangan nak mengada-ngada!” Ujar Kamelia sambil jari telunjuknya dituding ke arah Shah.

Shah menjongketkan bahunya. Mereka tertawa bersama.

SHAH turun sedikit lewat pagi itu akibat tidur lambat kelmarin. Pasti teruk dia dimarahi isterinya.

Sewaktu Shah menuju ke arah ruang tamu, kelihatan isterinya sedang sibuk memasak sesuatu di dapur.

“Sayang? Abang ingat sayang dah ke kelas sebab abang ingat abang dah lewat nak hantar sayang?” soal Shah.

“Kelas pagi cancel sebab itu Mel ada masa naj masakkan untuk abang.” ujar Kamelia sambil tangannya lincah menggaul nasi putih yang baru dicampurnya tadi ke dalam perencah nasi goreng yang ditumisnya terlebih dahulu dengan menggunakan sudip besi.

Shah mendekati si isteri lalu dirangkul kemas pinggang isterinya. Dia mendekatkan batang hidungnya ke leher mulus itu sambil menghidu haruman wangian yang dipakai oleh isterinya. Dia merasa sangat obses dengan isterinya sendiri.

“Harini abang tak payah makan luar, Mel dah siapkan bekal untuk abang,” ujar Kamelia masih lagi mengacau nasi goreng di dalam kuali.

“Hmm...,”

Hidungnya masih lagi melekap di leher jinjang itu..

“Gelilah abang!” jerit Kamelia kegelian apabila Shah tiba-tiba mengecup lehernya. Dia berjaya meloloskan diri dari pelukan suaminya.

Kamelia beralih ke kabinet dapur untuk mengambil bekas makanan. Selepas basuh dan mengelapnya dengan tisu, dia menyenduk nasi goreng yang masih panas tadi ke dalam bekas makanan yang dipegangnya.

“Nasi goreng dah siap, jangan tutup lagi. Biar dia sejuk sikit, nanti berwap. Mel nak pakai tudung sekejap.” ujar Kamelia lalu meletakkan bekas makanan tadi ke atas meja.

Langkah Kamelia terhenti apabila Shah menarik lengannya.

“Sayang...,” panggil Shah.

Kamelia berpaling ke arah suaminya. “Ye kenapa?” soal Kamelia sambil berkerut dahi.

Shah mendekatkan dirinya ke arah si isteri lalu perut yang kempis itu diusap perlahan.

Kamelia tertawa kecil apabila Shah berbuat demikian. Dia terasa geli apabila lelaki itu mengusap perutnya tiba-tiba.

“Nanti bila dalam perut ni dah ada isi, abang nak sayang rest aje dekat rumah. Abang taknak sayang jadi apa-apa. Belajar tu boleh tangguh, tapi kesihatan sayang kena jaga. Lagi-lagi bila sayang dah pregnant,” pesan Shah kepada isterinya.

Kamelia tersenyum kecil. Jemarinya mendarat di atas tangan suaminya yang masih melekap di perutnya itu, “Insya-Allah, Mel janji.” dia turut mengusap perutnya juga.

“KAMELIA nanti lepas kelas tolong jumpa saya sebentar,” ujar Puan Naili, pensyarah yang mengajar salah satu subjek diambil oleh Kamelia.

Sejurus selepas kelas, Kamelia terus menuju ke bilik pensyarah untuk berjumpa dengan Puan Naili. Dia masuk ke dalam bilik tersebut setelah meminta kebenaran dari salah seorang pensyarah di dalam bilik tersebut.

“Assalammualaikum puan, ada apa nak jumpa saya?” tanya Kamelia sejurus selepas dia sampai di hadapan meja Puan Naili.

“Waalaikummusalam, tujuan saya nak jumpa awak sebab saya nak bagi komen berkenaan kertas kerja yang awak hantar kepada saya.” ujar Puan Naili tenang.

“Ini berkenaan kertas kerja yang puan beri dua minggu lepas ke? Ada apa-apa masalah dengan kertas kerja saya?” soal Kamelia risau.

Dia sanggup tak tidur malam semata-mata ingin menyiapkan kertas kerja tersebut kerana ini adalah satu subjek kegemarannya jadi dia tidak mahu ada sebarang masalah dengan kertas kerjanya.

“Jangan risau, saya sebenarnya nak puji kertas kerja awak sebab nampaknya awak faham dengan topik yang saya beri dan kerja awak sangat kemas. Walaupun saya baru kenal awal tapi saya rasa awak ada potensi untuk menjadi pelajar terbaik dalam kelas saya. Jika awak tak kisah, saya nak jadikan kertas kerja awak sebagai contoh kepada pelajar lain supaya mereka dapat jadikan kertas kerja awak sebagai penanda aras untuk buat dengan lebih baik selepas ini.” jelas Puan Naili sambil menguntum senyum bangga kepada pelajarnya itu.

Kamelia tersenyum bangga mendengar pujian dari pensyarahnya itu.

“Alhamdulillah terima kasih puan. Saya sangat terharu puan suka dengan hasil kerja saya dan saya tak kisah kalau puan nak jadikan kertas kerja saya sebagai contoh kalau itu yang terbaik untuk puan.” balas Kamelia sambil menundukkan kepalanya tanda terima kasih

“Dan jika awak ada kelapangan, saya nak ambil awak sebagai salah seorang mentee untuk sebuah program di bawah anjuran universiti kita pada minggu hadapan. Boleh?” tanya Puan Naili lagi.

Kamelia mengangguk laju. Itu adalah salah satu impiannya sejak sekolah lagi untuk turut serta dalam mana-mana program sekolah mahupun universiti.

“Boleh puan,” balas Kamelia.

“Kalau macamtu nanti saya bagi detail dekat awak berkenaan program yang bakal berlangsung minggu hadapan.” ujar Puan Naili.

“Kalau tak ada apa-apa lagi saya gerak dulu. Terima kasih puan,” ujar Kamelia lalu beransur pergi dari bilik pensyarah tersebut.

Dia sangat gembira sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Tidak sabar untuk berkongsi dengan Shah apa yang dia alami hari ini. Mesti Shah bangga kalau dapat tahu aku kena puji dengan pensyarah tadi, ujar Kamelia dalam hati.

Chapter sweet sweet untuk korang yang rindukan Shah & Kamelia. Disebabkan setiap bab tak boleh lebih dari 2000 pp jadi saya terpaksa tulis baru untuk setiap bab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience