Bab 24:Bubur Ayam

Drama Series 3382

Bab 24:Bubur Ayam.

SUSULAN dari aduan yang di buat oleh Hasni di balai,kereta polis pun tiba di kawasan padang terbiar dekat kawasan berbukit-bukau itu. Hasni sendiri yang memandu keretanya di hadapan dan menunjukkan jalan kepada mereka.

Sekumpulan anggota polis bergegas memasuki padang terbiar itu untuk menyerbu pondok yang terdapat di pinggiran belakang padang.

"Aaaaaaaaa! Tolooong! Tolooong!!"

Suara jeritan Asnita agak kuat di dengari ketika para anggota polis semakin menghampiri pondok terbabit.

Sementara itu Shanda sudah memegang lengan Asnita. Julie baru sahaja mengisi picagari itu dengan dadah.

"Sekarang kau boleh pergi mampus Asnita!"kata Julie.

Baru sahaja mata jarum suntikkan itu hendak di cucuk ke lengan Asnita,tiba-tiba pintu pondok telah di rempuh dengan kuat hingga terkopak.

PANGG!

Terkejut betul Julie dan Shanda ketika melihat sekumpulan anggota polis sudah menyerbu masuk. Langsung picagari itu terlepas dari tangan.

"Jangan bergerak! angkat kedua tangan ke udara. Tolong beri kerjasama"arah pegawai polis yang mengetuai serbuan tersebut.

Julie dan Shanda tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa selain akur dengan arahan tersebut. Anggota tubuh dua orang ahli kumpulan PRINCESS itu di periksa oleh anggota polis wanita bertugas.

Paket dadah telah di temui dalam poket jaket Julie.

Asnita pula pada ketika itu menangis sebak berlinangan air mata dalam keadaan tertiarap dengan kedua tangan diikat di belakang.

"Cik Asnita..awak tak apa-apa ke? Jangan risau..awak dah selamat ya.."kata pegawai polis yang membuka ikatan tangannya.

Asnita sekadar mampu mengangguk. Dua orang anggota polis wanita terpaksa menenangkan Asnita yang yang tampak begitu,sebak,pucat dan tertekan. Tadi dia benar-benar berada di saat yang amat genting. Sekiranya pihak polis terlewat sedikit untuk datang,kemungkinan besar masa hadapan Asnita akan punah.

"Tuan..Asnita pengsan"

"Tak apa..hantar dia ke hospital untuk pemeriksaan"

Julie dan Shanda akhirnya kecundang ke tangan pihak polis. Mereka bukan sahaja akan di dakwa atas pertuduhan ugutan berikutan repot yang di buat oleh Asnita sebelum ini,bahkan kedua gitaris kumpulan PRINCESS itu bakal berdepan dengan beberapa lagi pertuduhan termasuk menculik,menyamun,memiliki bahan terlarang jenis morphin termasuk menagih dadah.


_______________

ASNITA terbaring lesu di atas katil hospital. Walaubagaimanapun dia berada dalam keadaan stabil. Sambil terbaring itu fikirannya melayang pada saat dan detik terjadinya penculikkan ke atas dirinya.

Seorang doktor wanita bersama pembantunya pun menghampiri katil yang di baringi oleh Asnita untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

"Hm..tekanan darah awak stabil. Jangan risaulah..awak tak apa-apa Asnita. Cuma alami sedikit tekanan perasaan je. Berehatlah Asnita"kata doktor sambil mencatat sedikit laporan.

"Doktor..boleh saya balik sekarang..?"kata Asnita.

"Eh awak belum boleh balik lagi ya Asnita..tubuh awak pun masih lemah lagi ni. Berehatlah dulu"nasihat Doktor.

"Oh ya cik Asnita..tadi waktu awak masih belum jaga, ada kawan awak datang.."kata nurse bertugas.

"Siapa?"

"Saya tak tahu nama dia. Tapi dia ada bawa bubur ayam kegemaran awak. Dia pesan suruh awak makan dan berehatlah dulu secukupnya..nanti sebelah petang dia datang lawat awak lagi"

Asnita pun mencapai bekas mengandungi bubur ayam itu lalu membuka penutupnya. Bau harum bubur ayam itu serta-merta membuat perutnya menjadi lapar.

Bukan main sedap rasa bubur ayam itu.  Berselera betul Asnita menikmatinya. Cuma dia tertanya-tanya..siapakah kawan yang datang itu?

Persoalan ini muncul kerana bubur ayam yang sedap itu telah mengingatkannya pada seorang sahabat lamanya yang sudah lama benar tidak di temuinya.

Dulu..beberapa tahun yang lalu..sahabat itu sering masak bubur ayam ini setiap kali Asnita datang bertandang ke rumahnya.

Selepas makan Asnita pun kembali berbaring di katil. Sambil merenung kipas siling yang ligat berputar di atas kepalanya,fikiran Asnita pun melayang memikirkan tentang bubur ayam dan sahabat lamanya itu.

Tak lama kemudian matanya pun kembali terasa layu dan mengantuk.

                           *****

Suatu petang di tahun 1988..langit agak mendung dan gelap. Hujan pula turun lebat mencurah-curah menyebabkan suasana di perkarangan rumah setinggan itu menjadi amat sejuk.

Asnita datang bertandang di rumah setinggan Hasni sejak lepas makan tengahari tadi lagi. Dia datang dengan membawa gitar kapok dan menghabiskan waktu bersama Hasni menulis lirik dan lagu untuk di rakam ke dalam demo tape.

Ketika tiba waktu petang,Hasni pun ke dapur lalu memasak bubur ayam.

"Sedapnyalah bubur ayam yang awak masak ni Has..kena pulak waktu hujan-hujan petang begini..memang terangkat habis rasanya"kata Asnita sambil terus menyuap sudu ke mulut.

"Tambahlah lagi kak Nita..memang masak banyak ni untuk jamu kak Nitalah.."kata Hasni.

"Terima kasih Hasni.."

"Sama-sama..bagus jugaklah hujan turun..lama sikit kak Nita kena terkandas kat rumah ni.."

"Haa?macam tu pulak Has?"

"Hahahaha"

Ketika hujan sudah berhenti,Asnita pun minta diri hendak pulang. Hasni pun mengiringinya dengan payung hingga ke pondok bas berhampiran kawasan rumah setinggan itu.

"Nanti makanlah bubur ayam ni sama anak-anak kat rumah ya?"kata Hasni ketika menemani Asnita menunggu bas. Siap di tapaunya lebihan bubur ayam tadi untuk Asnita bawa pulang ke rumah pula.

"Baiklah..terima kasih"

Sehinggalah tiba ke suatu petang yang lain,di mana telah terjadi sedikit pebalahan kecil di antara Asnita dan Hasni. Biasalah..sedangkan lidah lagi tergigit.

Asnita terlalu ikutkan emosi dan gemar pula cakap lepas. Hasni lah yang selalunya beralah kalau setiap kali berbalah dengan Asnita. Malah kata-kata Asnita banyak pula mengguris perasaannya.

"Sudahlah Hasni..kalau awak tak puas hati dengan lagu tadi,awak buat lagu lainlah. Akak sanggup datang jauh naik bas tiap hari jinjing beg gitar pergi rumah awak tau! cubalah hargai sikit susah penat orang..janganlah asyik nak membangkang aja. Dah kira baiklah akak boleh nak main gitar dan susun chords apa semua..daripada awak tu satu chords pun tak reti..kalau dah bodoh muzik tu ikut je lah cakap orang yang tau..erggh!"kata Asnita sambil berpeluk tubuh dan merengus.

Hasni yang sedang memasak bubur ayam di dapur rasa tersinggung dengan kata-kata Asnita. Seperti biasa dia akan mengalah dan memendam saja rasa pedihnya di dalam hati.

"Iyalah kak Nita..Has mengaku tak berapa reti main alat muzik..jadi Has ikut ajalah macam mana pun yang kak Nita nak..maaflah kalau sikap Has tadi dah buat kak Nita tak senang''

Asnita dengan wajah yang masam mencuka terus berlalu pergi ke ruang tamu lalu menyimpan gitar kapoknya ke dalam beg. Hasni sekadar mengekori dari belakang.

"Eh kak Nita takkan dah nak balik? Bubur ayam dah masak tu. Kita makan dululah ya"

"Tak payahlah. Nak balik"balas Asnita.

Cepat-cepat Hasni tapaukan bubur ayam itu ke dalam bekas untuk Asnita bawa pulang.

"Tak apalah kalau kak Nita tak mahu makan kat sini. Nanti makanlah kat rumah"katanya sambil hulurkan bungkusan plastik.

Acuh tak acuh saja Asnita meyambut plastik bungkusan itu sebelum minta diri dan beredar.

Hasni terkedu sambil berdiri di muka pintu melihat Asnita berjalan pergi. Apabila menyedari Asnita ada tertinggalkan barang lain,cepat-cepat Hasni berlari keluar lalu pergi mengejar Asnita.

Namun langkahnya terhenti sejurus terlihat Asnita membuang bungkusan bubur ayam itu di tepi jalan. Sedih dan hiba benar perasaan Hasni. Sungguh dia amat tersinggung sebelum berpatah pulang ke rumah dan menangis teresak-esak.
Hatinya mulai tawar untuk mengejar impian sebagai anak seni.

Keesokkan harinya Asnita datang lagi ke rumah setinggan itu sebelum terkejut apabila mendapati Hasni sudah bersiap dengan beg pakaiannya. Malah kunci rumah sewa itu pun sedang di pulangkannya kembali kepada Mak Embun.

Rasa bersalah baru hadir di dalam diri Asnita apabila menyedari Hasni sudah bulat tekad mahu pulang dan tinggal di kampung. Dia kecewa dan terasa hati benar dengan sikap Asnita. Semua itu di luahkannya pada Asnita bersama deraian air mata.

"Sampai hati kak Nita buang bubur ayam tu kat tepi jalan..tak cukup lagi ke dengan menghina dan menyinggung perasaan orang lain?"

Giliran Asnita terkedu dan tergamam. Dia pun meminta maaf dan menyesal di atas sikapnya yang tidak prihatin terhadap perasaan orang lain itu. Walhal setiap kali dia bertandang ke rumah setinggan itu pasti akan di jamu dengan bubur ayam masakkan Hasni yang enak dan lazat.

Namun apakandaya,Hasni tetap dengan pendiriannya mahu pulang ke kampung. Sejak itu tiada lagi Asnita bertemu dengan Hasni.

Sehinggalah beberapa bulan kemudian..

Hasni muncul dan melawat Asnita di rumah flatnya. Alangkah gembira hati Asnita ketika itu. Mereka berbual ketawa seperti dulu-dulu. Malah ada Hasni bawakan sekali bungkusan semangkuk bubur ayam buat Asnita.

"Nanti makan ya bubur ayam tu kak Nita"kata Hasni ketika sudah meminta diri hendak beransur pulang.

"Mestilah kak Nita akan makan. Dah lama sangat tak rasa bubur ayam Hasni yang lazat ni"

Asnita melambai sambil berdiri tercegat melihat kelibat Hasni berjalan pergi.

Ketika Hasni hendak menyeberangi jalanraya di hadapan perumahan flat itu,tiba-tiba muncul sebuah kereta yang di pandu dengan amat laju.

"Hasni!!"Asnita berasa cemas lalu berteriak kuat sebelum terdengar bunyi yang amat kuat.

BUMM!

Tubuh Hasni melayang terhumban lalu jatuh berguling-guling di atas jalanraya.

"Aaaaaaaaaaaa!!!"

Asnita terjerit dengan kuat lalu berlari ke jalanraya itu bersama beberapa orang penghuni di kawasan flat terbabit.

Orang ramai berkerumun di jalanraya.

Alangkah lemah kaki Asnita bila melihat sekujur tubuh Hasni sudah pun tergeletak berlumuran darah.

"Aaaaaaaaaaaa!

Asnita terpekik terlolong sambil menangis.

"Hasni....kenapa Hasni mesti tinggalkan kak Nita lagi..."


*****

"Kenapa Hasni..kenapa tinggalkan kak Nita?..."Asnita berteriak kuat.

"Eh eh bangun kak Nita..bangun! Kak Nita mengigau ni.."Hasni menggoncang tubuh Asnita yang terbaring di atas katil hospital.

Beberapa orang jururawat bergegas datang ke katil itu.

"Asnita..bangun..bangun.."

Sejurus terjaga,Asnita seperti orang mamai dan kebingungan melihat ke setiap wajah yang sedang mengerumuninya.

Hasni tersenyum.

"Kak Nita..apa khabar? Lama kita tak jumpa.."

"Hasni?! Awak tak apa-apa ke?Tadi..tadi awak kena langgar Has.."bulat mata Asnita.

"Kak Nita mengigau jelah tadi. Itu lah..tidur petang-petang lagi.."

Asnita memegang lengan Hasni. Memang sah dia bukan bermimpi. Memang Hasni sedang berdiri di sebelahnya.

"Hahahaha ini memang awak Hasni! Awak dah kembali"

Dua sahabat itu pun berpelukkan erat.

"Bubur ayam yang Has bawak tadi kak Nita dah makan ke belum?"

"Sudah..sedapnya bubur ayam awak tu sampai terbawak-bawak ke dalam mimpi..cuma ending mimpi tu je ngeri bukan main"cerita Asnita.

"Hahahahaha"

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience