BAB AKHIR 2:Kesalan Terbesar
HARI demi hari terus berlalu. Berganti minggu,bulan dan tahun. Setiap hari Hasni pasti berdiri di bendul pintu rumah setinggan buruk itu sambil termenung panjang mengenang kisah lalu sambil terus berharap yang anak-anaknya akan muncul di situ. Namun hal itu tidak berlaku.
Yang ada hanyalah tangisan kesal. Sedang usianya kian lanjut bersama rambut yang kian memutih.
____________
WAKTU kini,tahun 2024..
Tukk!.. tukk..tukk!
Puntu rumah setinggan itu di ketuk berkali-kali dari luar. Kemudian di susuli dengan teriak panggilan suara seorang wanita.
"Assalamualaikum..Nek Hasni...oh nek Hasni..nenek ada kat rumah ke tu?"
Dalam lambat-lambat pintu usang itu pun terbuka.
KREKK.....
Hasni yang kini sudah berusia 60 tahun pun muncul. Rambutnya sudah memutih. Wajahnya yang dahulu cantik itu pun sudah berkedut sedikit. Dia tinggal sendirian sahaja di situ. Sudah lapan belas tahun berlalu semenjak kali terakhir dia bertemu dengan dua orang anaknya dahulu.
"Waalaikumsalam..oh kamu rupanya Norin..ada hal apa datang nak jumpa nenek?"
"Nenek sihat ke..ni Mak Norin suruh hantarkan nasi sama lauk-pauk sikit untuk nenek"kata Norin sambil hulurkan bekas makanan bertingkat itu pada Hasni. Dia adalah cucu kepada arwah Mak Embun.
"Mestilah sihat..banyak ke lauk-pauk ni?"
"Cukup-cukup untuk nek Hasni makan sorang lah"
"Habis tu anak-anak nek pun nak makan jugak..lain kali hantarlah lebih sikit"
Berkerut dahi Norin. Setahunya nek Hasni itu sudah bertahun-tahun tinggal sendirian tiada di jenguk oleh sesiapa.
"Mana anak-anak Nek Hasni tu? Tak nampak pun.."
"Tu..ada kat meja makan.."
Norin pun masuk dan melihat. Memang ada dilihatnya pinggan dan cawan di hidang atas meja seperti untuk tiga orang makan,tapi anak-anak nek Hasni itu tiada pula kelihatan.
"Aimi...Rizal...ni makanan dah sampai. Nanti ibu hidang ya.."teriak nek Hasni ke arah meja makan membuat Norin tergaru-garu kepala.
Walhal memang tiada sesiapa pun di lihatnya di rumah setinggan itu melainkan Nek Hasni seorang.
Di ruang tamu pula bersepah-sepah dengan pelbagai permainan kanak-kanak. Ia adalah permainan milik Aimi dan Herrizal sewaktu mereka masih kanak-kanak dahulu. Arwah Mak Embun menyimpannya dengan baik dalam sebuah kotak setelah Hasni berpindah. Dekat dinding pula masih tergantung kalendar yang sudah agak lama tahunnya.
"Eh kenapa Nek Hasni masih gantung kalendar lama ni ya? Kita kan dah tahun 2024 ni nek..bukan tahun 1988 lagi..."
"Jangan kamu turunkan kalendar tu..biarkan aja kat situ"tegah Nek Hasni.
"Laa..kenapa pulak?"
"Nek tak ingat sangat dah tahun-tahun lain..yang nek ingat tahun 1988...kamu jangan lupa datang ke kelab malam Zenith pada 12 haribulan ya Norin..nek sama Datin Asnita akan buat show live terbesar kat sana"kata Nek Hasni.
"Haa?!"terbeliak besar biji mata Norin sambil mulut terlopong.
"Tahun 1988 ke?"tanyanya.
"Iya le Norin...tahun 1988..tu kan nek dah tanda kat kalendar tu..kamu tengok sendiri lah"
Norin hanya mampu tersenyum je lah. Cerita tentang Nek Hasni yang saban hari semakin menunjukkan simptom kurang kewarasan itu memang sudah menjadi buah mulut di sekitar kawasan perumahan setinggan terbabit sejak beberapa tahun yang lalu lagi.
Dalam pada masa yang sama,Norin dan jiran-jiran sekitar turut berasa simpati dengan nasib Nek Hasni yang hidup sebatang kara itu. Mereka pun tidak tahu apa puncanya anak-anak wanita terbabit sanggup mengabaikan ibu mereka hingga sedemikian rupa.
Selalu juga mereka terlihat Nek Hasni berdiri di bendul pintu rumah setinggan yang di huninya itu sambil termenung jauh bersama linangan air mata. Seolah-olah ada kesalan terbesar tergambar di wajahnya.
(TAMAT)
Habis dah..terima kasih Sy ucapkan kepada pembaca yang sudi baca siri 1988. Sebenarnya ada banyak jg babak adegan yg terpaksa sy potong dan x dpt di siarkan kerana tidak terlalu penting. Akan tetapi Sy mungkin akan publish jg kesemua itu dlm satu Bab khas nanti. So klu anda berminat nk baca jgk unreleased part ni sila simpan siri 1988 ni dlm galeri anda baik-baik. Sometimes Sy akan publish bahagian tersebut. TQVM- Nofolo O' Folobek.
Share this novel