BAB AKHIR 1: Kesalan Terbesar
HASNI masih tercegat sambil memaut kedua tangan di luar pagar rumah banglo mewah yang di diami oleh Datin Asnita dan suami. Kedatangannya di situ hanya dengan satu tujuan,iaitu menemui kedua-dua orang anak yang sudah lama di tinggalkannya.
"Tolonglah Datin..izinkan lah saya bertemu dengan dua orang anak saya tu. Cukuplah sekadar dapat saya melihat mereka pun jadilah..saya tak akan tuntut hak penjagaan ke atas mereka pun dari Datin..kalau terpaksa bayar pun saya akan cuba usahakan cari wangnya"rayu Hasni lagi.
Air mata sudah mengalir di pipinya.
"Bayar? hahahaha..awak nak bayar saya dengan apa Hasni? tengoklah diri awak sekarang..merempat dengan beg sandang buruk awak tu. Itulah balasannya bila awak seleweng duit saya berjuta dulu Hasni.."
Hasni hanya sekadar mampu tertunduk kesal sambil menangisi nasib diri. Apa lagi yang terdaya di lakukan selain menerima saja kata cacian itu.
Tiba-tiba muncul sebuah kereta Audi yang agak mewah lalu berhenti di luar pagar sebelum melompat keluar dua orang remaja lelaki yang agak kacak bergaya.
"Mama..kawan mama datang ke? Kenapa tak buka pagar dan jemput masuk rumah?"kata remaja yang memandu kereta Audi tersebut kepada Asnita.
Hasni menoleh sebelum terkejut melihat remaja lelaki kacak itu saling tak tumpah wajahnya seperti arwah suaminya Joey Adli yang meninggal dunia bertahun-tahun lama dahulu.
Pintu pagar pun terbuka.
Remaja lelaki tadi memeluk dan mencium ke pipi mamanya.
"Bukan kawan mama lah..orang datang mengemis mintak sedekah je"balas Datin Asnita siap di usap belai anak lelaki remajanya yang kacak dan tinggi lampai tu.
Hasni berasa cukup terhina pada ketika itu.
Tidak setakat itu saja,malah Datin Asnita sengaja mempamerkan keintiman dan kemesraannya terhadap remaja lelaki kacak itu dengan berkucupan bibir bersama Aimi di hadapan Hasni.
Mmmh..cupp..cupp...mmmh
Hasni pun terpaksa menoleh ke arah lain buat seketika. Dalam pada asyik berkucupan bibir itu Datin Asnita sempat menjeling dan tersenyum sinis pada Hasni
"So macam mana? Ok tak kereta Audi yang papa belikan untuk Aimi tu?"kata Asnita.
Hasni tersentak.
Tahulah dia remaja lelaki kacak tinggi lampai itu adalah Aimi,anak nya sendiri.
"Mestilah okey! Best gila kereta ni ma..thanks to papa"balas Aimi sambil merangkul ke pinggang mamanya.
"Ahaha mestilah..Aimi dengan Herrizal kan anak kesayangan papa dan mama"
"Papa tak aci lah ma..abang dapat Audi..Rizal dapat tumpang naik je ke?..hmm"kata remaja lelaki yang seorang lagi sambil buat muka monyok.
"Eh Rizal kan sekolah lagi..tunggu habis sekolah nanti amek lesen dulu okey..lepas tu Rizal mintak je lah kereta apa pun..papa dan mama mesti akan belikan..okey Herrizal sayang mama?"
"Okey ma"senyuman terukir di bibir remaja itu.
Hasni di luar pagar hanya mampu melihat sahaja kemesraan dua orang anaknya yang sudah besar panjang itu bersama Asnita. Mulutnya tiba-tiba menjadi kelu untuk menyapa mereka.
"Mama..tak baik lah biarkan auntie tu tercegat je kat luar pagar macam tu"kata Aimi.
"Mmh..Aimi pergilah bagi dia sedekah sikit.."kata Datin Asnita sambil tersenyum sinis pada Hasni.
Aimi pun menghulurkan sekeping wang bernilai RM 50 kepada Hasni dekat pagar.
"Sori ya auntie..sebab dah buat auntie tercegat..nah,auntie ambil lah ni.."kata Aimi. Dia langsung tidak cam wajah ibunya lagi. Ini adalah di sebabkan pembedahan kosmetik wajah yang pernah di lakukan oleh Hasni,di tambah pula perpisahan yang berlaku di antara mereka agak lama.
Hasni terpaku sambil menatap ke wajah Aimi yang kini sudah berusia 18 tahun. Matanya mulai berkaca-kaca. Remaja itu bukan main lagi kacaknya. Wajah Aimi saling tak tumpah langsung seperti bapanya Joey Adli.
"Tak apa..terima kasih je.."Hasni menolak.
"Eh jangan macam tu auntie..ambil lah wang ni.."
Hasni menggeleng. Apa yang di harapkannya pada ketika itu ialah Aimi menyapanya sebagai ibu. Tapi malangnya itu tidak berlaku. Aimi sudah tidak mengenalinya langsung.
"Abang bagi sikit sangat kot..manalah nak cukup"kata Herrizal pula.
Adik lelaki Aimi yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pula pergi menghampiri Hasni di pintu pagar.
"Nah..auntie ambik ni..sori ya auntie..abang saya ni memang kedekut sikit..heheh"kata Herrizal tersengih sambil hulur wang sebanyak rm 100.
"Mana ada kedekutlah..erghh kau ni kan Rizal.."Aimi menyiku adiknya itu.
Terhibur Hasni melihatkan gelagat dua orang anaknya itu. Dia terpaku menatap pula ke wajah Herrizal, anak lelaki bongsunya itu. Sama saja kacaknya seperti abangnya juga.
"Terima kasih je..simpanlah duit ni. Auntie datang nak tengok awak dua beradik je"
"Haa? Nak tengokkan kami?"
Datin Asnita pun mencelah.
"Ehem! Aimi..Rizal..dah,pergilah masuk ke rumah. Mama nak cakap sikit dengan auntie tu"
Aimi dan Herrizal akur.
Setelah dua beradik itu sudah melangkah masuk ke dalam rumah,tinggallah Hasni berdua dengan datin Asnita di pintu pagar.
"Hm..saya harap awak dah puas hati lah dapat jumpa Aimi dengan Herrizal ya Hasni. Tapi janganlah awak berharap lebih-lebih pulak..awak kena ingat,awak dah kehilangan hak penjagaan ke atas mereka.."kata Datin Asnita sambil berpeluk tubuh.
"Saya faham datin..terima kasih"
"Hm..eloklah awak beredar sekarang"
Hasni pun minta diri dan berjalan kaki pergi dengan beg sandangnya. Dia pergi membawa sekeping hati yang penuh dengan kesalan di atas keterlanjuran hidupnya sebelum ini.
Kini dia merana dan terpaksa membayar 'harganya' dari semua itu. Hajatnya ingin bertemu kembali dengan Aimi dan Herrizal sudah pun terpenuhi. Namun apa lah gunanya semua itu bila dia tidak lagi 'memiliki' kedua-dua mereka?
-
HASNI kembali menjejakkan kaki di kawasan rumah setinggan itu setelah sebelas tahun lamanya dia meninggalkan tempat yang pernah menjadi kediamannya suatu ketika dahulu.
Rumah-rumah setinggan milik Mak Embun itu pun masih ada hingga ke hari ini. Bezanya pada waktu kini,pemilikkan rumah-rumah itu telah di ambil alih pula oleh anak-anak Mak Embun.
Hasni berasa teramat kesal kerana tidak dapat pulang menziarah sewaktu Mak Embun meninggal dunia sekitar tahun 1999 dahulu.
Rumah sewanya dahulu pun sudah di telan semak-samun sepenuhnya. Selepas Hasni keluar dari rumah itu dulu,tiada lagi orang lain yang menyewa.
                         ****
"Boleh ke kalau saya nak menyewa rumah tu semula?"tanya Hasni kepada Che Kuntum iaitu anak perempuan arwah Mak Embun yang menguruskan rumah-rumah setinggan sewa itu kini.
Che Kuntum itu pun sudah Hasni kenali sejak dia masih tinggal di situ dulu-dulu lagi. Kadang-kadang dia lah yang datang kutip wang sewa sebagai wakil ibunya.
"Bukan tak boleh Hasni..tapi rumah tu pun dah di telan semak-samun"
Walaubagaimanapun Hasni sudah bertekad hendak menghabiskan sisa hidupnya di rumah setinggan penuh dengan kenangan dan nilai-nilai sentimental dalam hidupnya itu.
Tak kisahlah betapa ia telah di selubungi hutan belukar sekalipun.
"Tak apalah..saya boleh upah orang tebas semak-samun tu nanti..berapa harga sewanya?"
______________________
BEBERAPA hari kemudian Hasni datang lagi ke rumah banglo mewah yang menjadi kediaman buat Datin Asnita. Kerinduannya pada dua orang anaknya itulah yang telah membawanya ke situ.
Akan tetapi kedatangannya itu tidak di senangi oleh bekas sahabat baiknya yang pernah sama-sama berkecimpung dalam dunia seni hiburan bawah tanah pada suatu ketika dahulu.
Datin Asnita mengugut untuk menghubungi pihak polis sekiranya Hasni masih berani memunculkan dirinya di rumah kediaman itu lagi.
Hasni terpaksa pulang dengan kecewa.
Namun dia tidak pernah putus-asa. Hasni tahu Datin Asnita terlalu sibuk dengan urusan luar di waktu pagi. Ada pemandu peribadi yang akan menghantarnya pergi. Jadi pada waktu itulah Hasni akan memunculkan dirinya di rumah banglo mewah itu.
Nasibnya agak baik. Dengan cara itu sahaja dia baru mendapat peluang bertemu dengan Aimi dan Herrizal lagi.
Lama-kelamaan dia pun sudah biasa di kenal sebagai auntie oleh Aimi dan Herrizal. Hasni berasa cukup senang dengan keadaan itu. Cuma dia masih belum berpuas hati selagi kedua-dua orang anaknya itu tidak memanggilnya sebagai ibu. Akan tetapi Hasni masih belum begitu berani berterus-terang lagi tentang dirinya di hadapan Aimi dan Herrizal. Dia bimbang kedua orang anaknya itu akan terkejut besar. Atau boleh jadi dia akan di tuduh sebagai perempuan pengemis kurang waras.
SUATU hari sewaktu Hasni datang berbual dengan Aimi dan Herrizal di pintu pagar rumah banglo mewah itu,Datin Asnita yang keluar bersama pemandu peribadinya tiba-tiba pulang secara mengejut.
Hasni pun bukan main cuak dan berdebar-debar di buatnya.
"Aimi...Herrizal... auntie minta diri dulu ya..Datin dah balik tu..nanti dia marah pulak"kata Hasni.
"Eh auntie nantilah dulu.."
Hasni tidak mengendahkan panggilan itu. Dia terus melangkah pergi, namun di tahan oleh Datin Asnita.
"Nanti!"kata Datin Asnita sambil bercekak pinggang.
Wajahnya masam mencuka.
"Saya memang dah agak...awak ni cukup berani datang kemari lagi bila saya tak ada rumah ya?"
"M...maaf Datin..saya cuma rindu kat anak-anak.."
"Awak tak reti bahasa ke Hasni..awak dah tak punya sebarang hak ke atas Aimi dan Herrizal faham! Mereka tu anak-anak saya dan suami sekarang!"tinggi suara Datin Asnita.
"Janganlah macam tu Datin..saya cuma datang nak tengok-tengok aja.."
"Pergi!"
Hasni hanya mampu tertunduk-tunduk dan mengesat air mata yang membasahi pipi.
Sementara itu Aimi dan Herrizal pun sudah terdengar perbualan di antara mama mereka dengan Hasni.
"Abang...apa maksud mama yang auntie dah kehilangan hak ke atas kita tu ya?"tanya Herrizal.
"Entahlah...mari kita tanya sendiri kat mama.."
Setelah di desak oleh Aimi dan Herrizal akhirnya Datin Asnita pun berterus-terang. Namun begitu Datin Asnita begitu yakin bahawa Aimi dan Herrizal sendiri pun tidak akan mengaku yang Hasni itu adalah ibu mereka.
"Baiklah Hasni...awak nak sangat Aimi dan Herrizal ni balik kan? Ok fine.."
"Mama..ada apa hal sebenarnya ni ma?"soal Aimi kepada Datin Asnita.
Datin Asnita tersenyum sinis.
"Hm..Aimi...Rizal...kalau kalian nak tahu.. wanita pengemis kat hadapan kalian ni lah ibu kandung kalian"
Aimi dan Herrizal tergamam sambil saling berpandangan sesama sendiri.
Sementara itu Hasni sendiri pun tak sabar ingin melihat reaksi dua orang anaknya itu.
"Tapi bukan ke mama cakap yang ibu kandung kami dah meninggal dunia kira-kira sebelas tahun lalu?"soal Aimi kepada Datin Asnita.
Hasni tersentak mendengar jawapan itu. Dia perasan Datin Asnita sedang menjeling ke arahnya.
"Yang sebenarnya ibu kandung kalian bukannya meninggal dunia..dia meninggalkan kalian kerana hanyut hidup berfoya-foya kat luar negara hingga lupa diri..mama dan papa lah yang susah-payah amek kalian dari rumah kebajikkan untuk di pelihara sebagai anak sendiri!"Datin Asnita sedikit beremosi dalam menjelaskan perihal duduk sebenar perkara itu.
Ada tangisan mengalir di pipi Datin Asnita.
Dia kecewa dengan sikap Hasni.
Aimi dan Herrizal pun menoleh kepada Hasni.
"Jadi memang betul lah auntie ni sebenarnya ibu kandung kami?"soal Aimi.
Hasni tertunduk-tunduk. Dalam lambat-lambat dia pun mengangguk.
"T..tapi...apa salah kami hingga di tinggalkan begitu sekali?"soal Aimi kepada Hasni.
Matanya mulai berkaca-kaca.
"Maafkan ibu Aimi... Rizal.."hanya itu sahaja ayat yang mampu terluah di mulut Hasni.
Dia sedar dirinya telah melakukan suatu kesalahan yang amat besar.
Datin Asnita pula sedang menekup wajah dengan air mata bercucuran. Dia sudah lama kecewa terhadap bekas sahabat baiknya itu. Di ibaratkan seperti susu di balas tuba,jasanya dalam menyanggupi memelihara kedua orang anak kandung Hasni di balas pula dengan pengkhianatan yang di lakukan oleh Hasni hingga kes mereka di bawa ke mahkamah.
"Tidak.. tidak...Rizal tak percaya semua ni! Bagi Rizal mama lah ibu sebenar kita bang...mama yang ada di sisi kita di sepanjang kita membesar'kata Herrizal sebelum remaja lelaki berusia 16 tahun itu menangis dan berlalu pergi masuk ke dalam rumah.
"Rizal!"teriak Hasni sebelum dia jatuh melutut dan teresak-esak menangis dengan sejadi-jadinya.
"Sampai hati ibu...tergamak tinggalkan kami dulu.."kata Aimi kesal sambil menggeleng kepala,menangis dan berlalu pergi.
Tinggal lah Datin Asnita dan Hasni berdua di hadapan pagar rumah banglo mewah itu.
"Saya tak rampas anak awak Hasni..tapi awak lah yang tergamak abai dan tinggalkan mereka.."kata Datin Asnita yang masih sebak sambil menutup pintu pagar rumah.
Hasni masih berlutut di tinggalkan sendirian sambil teresak-esak menangisi nasib diri. Ini adalah kesalan terbesar dalam hidupnya. Harga sebuah pengabaian itu terlalu mahal untuk di tanggung.
Bab akhir terpaksa buat sampai dua bahagian sbb agak terlalu panjang. NP hanya bagi limit 2000 words sj utk satu Bab.. that's why..
Share this novel