BAB 30:Antara Dua Darjat.
DARI Lapangan terbang KLIA Hasni menaiki teksi dan bertolak pulang ke desa kampung kelahirannya yang sudah sebelas tahun lamanya di tinggalkan.
Ketika tiba di sana,di lihatnya kampung itu sudah terlalu banyak kemajuan yang berlaku. Rumah pusaka tinggalan arwah ibu bapanya pun sudah di renovasi menjadi lebih cantik. Bahagian hadapannya di kekalkan dengan reka bentuk kampung sepertimana dahulunya,manakala sebelah belakang dan dapur pula telah di robohkan dan di ganti dengan rumah batu yang moden.
Pondok pangkin bawah pokok tempat dia bersantai sambil meraut lidi atau makan buah-buah dahulu pun sudah tiada lagi. Ia di gantikan dengan sebuah garaj kenderaan. Ada kereta yang cantik di parkir dekat situ.
Ada tiga orang kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain-main di halaman rumah itu. Dan seorang wanita dalam usia tiga puluhan di lihat sedang menjemur pakaian dekat ampaian.
"Mak! Ada orang datang!"teriak kanak-kanak itu sejurus terlihat kelibat Hasni melangkah keluar dari teksi kepada wanita yang sedang menjemur pakaian.
Hasni tidak tahu dan tidak mengenali langsung siapa kanak-kanak itu mahupun wanita yang sedang menjemur di ampaian rumah.
Si ibu pun menghampiri.
"Ya cari siapa?"tanyanya.
Hasni pula masih tertinjau-tinjau pandangannya ke arah rumah kampung pusaka tinggalan yang pernah menjadi kediaman tempat dia membesar suatu ketika lama dahulu.
"Siapa yang tinggal kat rumah ni sekarang?"tanya Hasni.
"Saya sama suami dan anak-anak kami lah. Kakak ini siapa?"tanya wanita itu.
"Saya...err.."
Belum sempat Hasni ingin menjawab,tiba-tiba muncul seorang lelaki dewasa terpacul dekat pintu.
"Mah...siapa datang tu?"tanya lelaki tersebut.
"Reza?!!"Hasni terkejut sambil berteriak kepada lelaki terbabit yang bukan siapa-siapa pun melainkan adik lelakinya sendiri.
"Ya saya..awak ni siapa?"Reza menyoal kembali kepada Hasni dengan wajah bingung.
"Reza..ini kak ni..kau dah tak kenal kakak sendiri ke?"kata Hasni dengan sedikit kecewa.
Lama Reza menatap ke wajah Hasni. Tidak pula terlakar keterujaan apatahlagi kegembiraan di wajahnya. Malah Hasni perasan ada kekecewan dan kekesalan besar terlakar di wajah adik lelakinya yang kini sudah dewasa dan berumahtangga.
Hasni yang berada di hadapannya kini sudah jauh berbeza imej penampilannya dari kakak yang di kenalinya suatu ketika lalu.
Reza perasan wajah kakaknya kini sudah terlalu berbeza dan agak kebaratan. Jelas pembedahan kosmetik pernah di lakukan oleh Hasni buat mencantikkan hidung dan bibirnya.
Kejelitaan palsu itu hanya menambahkan lagi kekecewaan dan sakit di hati Reza.
"Kak? tidak..tidak..kakak ni salah orang agaknya. Kakak saya dah meninggal dunia lama dulu..sebelas tahun lalu.."balas Reza. Matanya kelihatan berkaca-kaca.
"Reza..kak tau kau kecewa..kak minta maaf..
"Pergi!"balas Reza.
"Eh eh bang..kenapa cakap macam tu pula? Kalau betul dia kakak kandung abang..tak baiklah di buat begitu"tegur Azimah iaitu isteri Reza.
"Mah..awak suruh kakak ni beredar"
"Reza...kak minta maaf pada kau.."rayu Hasni bersama tangisan kesal.
"Maaf?! Maaf apa? Sebelas tahun kak menghilangkan diri..sanggup dan tergamak tinggalkan anak-anak sendiri..kak pergi ke mana waktu Reza masih belajar dulu? Bertahun-tahun Reza ke hulu ke hilir cari kak dulu..langsung tak ada khabar berita. Kak pergi ke mana?!"tinggi suara Reza menyoal dalam nada yang beremosi.
Apa lagi yang boleh di lakukan oleh Hasni selain tertunduk kesal dan sebak.
Keadaan jadi agak tegang buat seketika. Azimah iaitu isteri kepada Reza terpaksa menenangkan dua beradik yang sudah terpisah lama itu.
LEPAS makan tengahari di rumah kampung itu,Hasni hanya mampu duduk termenung panjang di sofa ruang tamu. Waktu makan tadi pun Reza enggan bercakap dengannya. Hasni pun tidak akan menyalahkan adik lelakinya. Kesilapan itu datang dari dirinya sendiri.
"Kak Hasni..jemputlah minum kopi ni"kata Azimah,adik ipar Hasni.
"Terima kasih Zimah..saya nak tanya satu perkara"
"Perkara apa kak?"
"Tentang dua orang anak saya..Aimi dan Herrizal..kat mana mereka sekarang ni ya?"
Azimah menggeleng.
"Tak tahu lah saya kak..nanti saya tanyakan pada Reza"
KERATAN akhbar lama itu masih di simpan baik dalam jagaan Reza. Di dalamnya terdapat berita tentang anak-anak kepada arwah Joey Adli penyanyi rock terkenal 80-an yang di abaikan oleh ibu mereka.
Berita itu agak gempar dan mendapat perhatian pada ketika itu. Semua itu berlaku pada tahun 1997. Itulah tahun di mana Hasni yang menetap di California mulai lupa diri dan hanyut sehingga dua orang anak yang di tinggalkan hidup terabai di tanah air.
Turut tampil dalam keratan berita itu ialah pembantu dan pengasuh yang di upah oleh Hasni untuk menjaga Aimi dan Herrizal pada ketika itu. Merekalah yang telah membuka mulut tentang pengabaian yang berlaku.
Dua orang anak itu kemudiannya telah di hantar ke rumah kebajikkan Sri Sentosa.
                     *****
"Pandai-pandailah kak cari sendiri rumah kebajikkan tu"kata Reza ketika menyerahkan keratan akhbar lama itu kepada kakaknya Hasni.
"Terima kasih Reza. Sekurang-kurangnya kak tahu ke mana mereka di hantar"balas Hasni.
Setelah dua hari meluangkan waktu di rumah kampung itu,tibalah masanya untuk Hasni minta diri. Dia pun tidak mahu menyusahkan adik dan iparnya yang sudah berkeluarga itu.
_____________
REZA sendiri yang memandu kereta dan menghantar kakaknya hingga ke pekan luar bandar di mana letaknya lokasi alamat rumah kebajikkan Sri Sentosa itu.
Kebetulan pula ia adalah pekan luar bandar yang sama pernah menjadi tempat Hasni menetap bertahun-tahun lama dahulu.
LANGIT biru indah nan permai memayungi pekan tersebut. Sudah lama Hasni tidak menjejakkan kakinya ke situ. Sebelas tahun bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Lanskap pekan itu juga telah banyak berubah di heret oleh waktu dan kepesatan pembangunan.
Bazar hentian bas yang di penuhi kedai-kedai dan warung tempat singgahannya dahulu pun sudah tiada lagi. Di waktu kini di tapak bazar itu berdiri megah dengan bangunan mall Plaza shopping complex.
Syarikat rakaman Che Din Records pun sudah tiada lagi di waktu kini. Semua itu sudah di bawa pergi oleh hembusan waktu dan menjadi kenangan.
______________
RUMAH KEBAJIKKAN SRI SENTOSA.
"Dekat mana anak-anak saya sekarang Puan?"tanya Hasni pada pentadbir rumah terbabit.
Fail maklumat dan dokumen berkaitan Aimi dan Herrizal pun terpaksa di geledah dan di cari semula. Pentadbir itu turut menemui lampiran surat dalam dokumen tersebut.
"Bukan Puan Hasni sendiri ke yang beri keizinan agar anak-anak puan itu di pelihara oleh keluarga angkat dulu?"
"Apa?! mana ada. Seingat saya,..saya tak pernah beri keizinan pada sesiapa pun sebelum ni. Hanya pembantu dan pengasuh-pengasuh upahan saya pada ketika itu aja yang di beri kebenaran menjaga anak-anak saya"kata Hasni.
"Maaf Puan Hasni..perkara ni dah lama berlalu..jadi mungkin puan pun sudah terlupa.."
"Saya terlupa apa?"soal Hasni.
"Nah.."kata pentadbir Rumah Kebajikkan Sri Sentosa itu sambil menyerahkan suatu surat dokumen.
Hasni pun segera membacanya.
Rupanya ia adalah surat tukar hak penjagaan dua orang anaknya kepada suatu pasangan lain. Hasni terkejut besar! Pasangan yang di namakan dalam surat itu tidak lain dan tak bukan ialah Asnita dan suaminya Dato' Manaf.
Baru kini Hasni teringatkan hal tersebut. Memang benar Asnita lah yang memujuknya agar pulang menjenguk dua orang anaknya yang sudah di serah ke rumah kebajikkan di tanah air dulu,namun Hasni pada ketika itu berasa keberatan kerana hidupnya sudah terlalu hanyut di California. Dia sendiri yang meminta Asnita untuk mengambil dan memelihara Aimi dan Herrizal.
Malah sewaktu keputusan itu di buat pun Hasni dalam keadaan mabuk,mamai dan ingat-ingat lupa. Baginya cukup dengan menyerahkan hak penjagaan anak itu kepada Asnita sahaja memandangkan hanya Asnita satu-satunya teman yang paling dia percayai.
"Puan sendiri yang approve untuk serahkan hak penjagaan Aimi dan Herizal kepada pasangan Datin Asnita dan Dato' Manaf suatu ketika lalu. Saya harap Puan masih ingat akan hal tu ya?"
Hasni mengangguk kecil. Dalam dokumen tukar hak penjagaan itu pun memang ada cap jari dan tandatangan nya. Apalagi yang boleh di lakukannya selain pergi bertemu mata ke mata kembali dengan Asnita demi menemui kembali dua orang anaknya.
Inilah yang menjadi masalahnya sekarang. Hubungannya kini dengan Asnita sudah tidak berapa mesra lagi. Persahabatan yang terjalin sekian lama akhirnya renggang dan putus.
Kekayaan melimpah yang pernah di kecapi sebelum ini langsung tidak memberi apa-apa erti dalam hidup Hasni. Dia hilang anak,hilang sahabat,hilang rakan-rakan,rumah,bisnes dan hilang segala-galanya.
_____________
TEKSI yang dinaiki oleh Hasni tiba di hadapan sebuah rumah banglo moden yang mewah dekat sebuah kawasan bandar.
"Ini ke rumahnya pakcik?"tanya Hasni kepada pemandu teksi itu.
"Ya..inilah rumah Dato' Manaf dan isterinya Datin Asnita. Orang gaji nya pun biasa naik teksi dengan saya"kata pakcik pemandu teksi.
Hasni mengangguk-angguk sambil membayar wang sewa teksi. Dia pun turun di situ.
Rumah agam tiga tingkat itu tidaklah begitu mengkagumkan pandangannya kerana fikiran Hasni lebih tertumpu kepada bagaimana dia harus bersemuka kembali dengan Asnita.
"Ya cari siapa Puan?"tanya pembantu rumah banglo itu ketika menyambut Hasni di pintu pagar.
"Datin Asnita ada rumah tak?"
"Ada..tunggu sebentar ya.."
Orang gaji itu pun masuk ke rumah.
Lebih kurang seminit dua kemudian,muncul lah kelibat seorang wanita cantik berpangkat datin di pintu rumah.
Asnita kini sudah amat berbeza penampilannya. Dia kini sudah bertudung dan bercermin mata. Dia bukan lagi Asnita sepertimana yang Hasni pernah kenali suatu ketika dahulu.
Debaran pun kian terasa kuat bergendang di dada Hasni.
Seperti yang di jangka,kedatangan Hasni itu amatlah tidak di senangi oleh Asnita.
"Awak nak apa pulak datang kemari? Tak cukup lagi ke dengan penyelewengan wang berjuta yang awak dah buat dulu hah?! Saya tahu awak dah muflis dan merempat sekarang. Tapi janganlah nak merempat depan rumah saya pulak..pergi!"halau Datin Asnita.
Wajahnya masam mencuka. Kedatangan Hasni itu diibaratkan seperti tetamu tidak di undang.
"Datin..."
"Tak payah nak berlakon sedih or nak mintak-mintak maaf. Saya tak ada masa untuk itu semua..i give you a warning Hasni..if you won't leave,i call the police!"Datin Asnita memberi amaran keras.
Hasni serba-salah sambil tersipu-sipu memaut kedua tangan di luar pagar. Keadaannya kini kalau nak di bandingkan dengan Asnita bolehlah di sifatkan seperti antara dua darjat.
"Saya nak jumpa anak-anak saya aja Datin. Tak ada maksud nak kacau hidup Datin. Maaflah kalau saya dah buat Datin tak berapa senang"
"Anak?! just now you baru nak teringatkan tentang anak?! Hei Hasni..what kind of mother are you? Sanggup tinggalkan anak bertahun-tahun sebab hanyut dan jadi tahi arak?! Perempuan macam awak tak layak jadi seorang ibu tahu tak!? Sudahlah! Pergi dari sini! Awak dah tak ada hak ke atas anak-anak awak lagi. Aimi sama Herizal tu anak-anak saya dan suami sekarang!"
"Tapi saya masih ibu kandung mereka Datin..tolonglah Datin..dapat tengok anak-anak saya barang sekejap pun jadilah.."rayu Hasni.
BERSAMBUNG..
Nantikan episod terakhir siri 1988 ini pada minggu hadapan. Terima kasih.
Share this novel