BAB 23: Ugutan.
PAGI itu sekitar jam sepuluh Hasni keluar ke pekan dengan membawa dua orang anak kecilnya sekali. Sejak memasuki kembali rumah setinggan sewa itu kelmarin,ada banyak urusan berkaitan rumah yang harus di selesaikan.
Dengan berbekalkan wang royalti muzik arwah suaminya,dapatlah Hasni gunakan sedikit untuk membeli dapur gas,peti ais,televisyen dan beberapa barangan keperluan lain.
"Bila boleh hantar ke rumah?"tanya Hasni kepada jurujual di kedai perabot dan elektrik yang di singgahinya.
"Kalau tak ada aral melintang,petang nanti lori kami sampailah ke rumah cik Hasni untuk hantarkan perabot dan tv tu"
"Aah baiklah kalau macam tu..terima kasih"
"Sama-sama"
Hasni dan dua orang anak pun beredar.
"Ibu..bila katil Aimi sampai rumah?"tanya Aimi.
"Petang nanti sampai. Malam dah boleh tidur atas katil"
"Ibu..tadi Aimi ada nampak kedai mainan kat tempat bas yang kita lalu tu lah.."
"Ohh kat bazar hentian bas tu ya..hahaha ni nak suruh ibu belikan mainanlah tu kan?"
Aimi tersengih mengangguk-angguk.
"Aimi nak beli mainan traktor yang ada penyodok korek tanah tu lah..boleh tak ibu?"
"Iyalah boleh..jomlah kita pergi sana. Ibu pun mengidam nak makan mee goreng mamak kat bazar hentian tu. Lama dah ibu tak makan kat situ"
SUASANA di bazar hentian bas menggamit kembali memori silam Hasni. Dulu-dulu dia bersama Asnita memang suka singgah di situ pekena cendol,abc,rojak dan mee goreng. Namun Hasni tidak akan pernah menyangka Asnita bekerja sebagai tukang goreng di warung mamak itu.
"Mee goreng tak ada ke mamak?"tanya Hasni ketika sudah duduk di meja warung MBH.
"Itu tukang goreng tarak mari pulak ini hari. You order lain boleh?"kata mamak Baharuddin Haji.
"Ooo kalau macam tu kasi rojak lah"
Ketika Hasni sedang duduk menikmati sepinggan rojak,Mika dan Tiara pun muncul. Mereka ke situ kerana hendak berjumpa dengan Asnita.
"Aji..Asnita mana?dia tak kerja ke hari ni?"tanya Mika.
"Ini hari dia tarak mari kirja laa..esok dia marilah kot"kata bos mamak itu.
"Ohh kalau macam tu tak apalah.."
Mika dan Tiara pun duduk di meja bersebelahan saja dengan meja yang Hasni duduki. Keduanya memesan milo ais. Rancak dua orang anggota band PRINCESS itu bersembang.
"Lepas ni kita pergi cari Nita kat rumah dia lah Mika. Aku bimbang kalau Julie sama Shanda nak buat tak baik kat dia. Lagipun dia orang dah tahu Nita yang repot kat Che Din pasal lagu ciplak tu"kata Tiara.
"Kalau macam tu cepatlah kita habiskan minum"kata Mika.
Hasni juga turut terdengar perbualan dua orang wanita muda berpakaian seperti rocker itu. Dahinya berkerut apabila terdengar nama Asnita dan Che Din di sebut.
"Jangan-jangan memang kak Nita dan Che Din kot?"getus hati Hasni.
Ketika kelibat Mika dan Shanda sudah beredar,Hasni pun memanggil Haji bos mamak.
"Ya mau pesan apa-apa lagi kaa? Cendol? Rojak? Abc?"
"Tak..tak..bukan..saya nak tanya kat Aji..tukang goreng tu nama Asnita ke?"
"Iya..betul..tapi itu Nita tarak mari pula ni hari"
Hasni pun meraba ke dalam beg tangannya lalu membawa keluar sekeping gambarnya bersama Asnita lalu di tunjukkan kepada bos mamak itu.
"Asnita yang ini ke?"
"Iya itu lah dia.."
Terus senyuman gembira terukir di bibir Hasni.
"Hahaha Kak Nita kerja kat warung ni rupanya..bila dia akan mari aji?"
"Esok dia misti mari"
SEMENTARA itu Asnita pula hari ini ada di rumah. Dia berasa takut hendak keluar pergi bekerja dan terpaksa berkurung saja kerana bimbang bertemu dengan Julie dan Shanda.
Setelah mendapat tahu bahawa Asnita yang telah bertanggungjawab membongkar kegiatan mereka menciplak lagu dan mengadukan hal tersebut kepada Che Din,Julie dan Shanda berasa cukup bengang.
Mereka merasakan bahawa Asnita lah yang telah menjadi punca kepada gelapnya masa depan band PRINCESS apabila band tersebut turut di singkir dari Che Din Records.
Ketika pulang dari show semalam,Julie dan Shanda telah memberi sepatah dua kata berbaur ugutan terhadap Asnita. Mereka telah merancang untuk membalas dendam.
Ketika Asnita sedang mengintai-ngintai ke luar tingkap rumah flatnya,tiba-tiba muncul kelibat dua orang wanita.
"Asnita!"
"Aaaaaaaaaa!!"
Cepat-cepat tingkap itu di tutupnya rapat-rapat sambil terjerit ketakutan.
"Ni aku Mika sama Tiaralah. Kita orang berdua je ni"
Pintu rumah pun di buka.
"Ku semangat..aku ingatkan Julie sama Shanda yang datang tadi"kata Asnita sambil urut-urut dada.
"Kita orang cari kau sampai kat mamak MBH tadi..aji cakap kau tak datang kerja"kata Tiara ketika dia dan Mika duduk melabuhkan punggung di sofa ruang tamu.
"Mmm..aku tak sedap hatilah lepas Julie sama Shanda ugut aku lepas show malam tadi"kata Asnita sambil duduk berpeluk tubuh dan termenung panjang dengan wajah yang sugul.
Teruk juga rambutnya di tarik dek Julie malam semalam.
"Apa kata kalau kau pergi balai buat repot polis je"cadang Mika.
"Aah Nita..kita orang pun boleh temankan kau sekali. Nanti dah ada surat repot,Julie dan Shanda takkan beranilah nak apa-apakan kau"kata Tiara.
Asnita bersetuju. Dia pun ke balai sambil di temani oleh pemain bass dan drummer band PRINCESS itu.
______________
KEESOKKAN harinya,Asnita pun datang bekerja kembali di warung mamak hentian bas itu seperti biasa. Ketika dia sedang memakai apron di tubuh dan membetulkan topi dan ikatan rambutnya,Asnita tidak menyedari Hasni sudah pun berada di sekitar situ sambil memerhatikannya dari jauh.
"Aih kak Nita..rindunyalah"kata Hasni sambil berjalan ingin pergi menghampiri Asnita.
Tiba-tiba muncul dua orang wanita lain sambil berteriak memesan mee goreng pada Asnita.
"Nita! mee goreng dua..!"
"Okey..nak makan sini ke nak bungk.."
Kata-kata Asnita terhenti dan terkedu bila menyedari kelibat Julie dan Shanda sudah tercegat sambil tersengih. Rupanya merekalah yang membuat pesanan itu.
"Kau orang jangan nak buat kecoh kat sini!"Asnita memberi amaran sambil tunjuk-tunjuk sudip kuali ke arah Julie dan Shanda.
"Kalau kau tak nak kita orang buat kecoh,cepat ikut kami..kita bercakap sebentar kat tempat lain!"tinggi suara Julie.
Para pelanggan yang ada di sekitar bazar pun sudah mula pandang-memandang.
Sementara itu langkah Hasni terhenti apabila menyedari ada ketegangan suasana sedang terjadi di antara Asnita dan dua orang wanita yang tidak di kenalinya itu. Dia hanya berdiri dari jauh dan melihat.
"Hayoyo..apa kecoh-kecoh ini Asnita?"bos mamak Baharuddin Haji pun sudah mula bertanya.
"Entahlah Haji..tanya sendiri lah kat dia orang!"kata Asnita.
"Yes amoi dua orang mau apa?"tanya haji mamak.
"Kami nak cakap sikit sama Asnita lah Aji.."kata Shanda.
"Asnita you pergilah cakap sama dia orang sekejap"kata Haji mamak.
Asnita pun dengan berat hati terpaksa ikut juga kehendak Julie dan Shanda. Apron pun di tanggalkan buat seketika sebelum ketiga-tiga mereka berjalan pergi mencelah warga di bazar.
Hasni pun perlahan-lahan mengekori mereka dari belakang. Di lihatnya Asnita dan dua orang perempuan tadi sedang bercakap-cakap dekat kawasan parkir kenderaan.
Keadaan agak tegang apabila Hasni melihat Asnita di lempang oleh salah seorang dari perempuan itu sebelum di tarik masuk ke dalam kereta.
"Ish..perempuan dua orang tu culik Kak Nita ke?"fikir Hasni. Tanpa berlengah dia pun pergi mengambil keretanya dan mengekori kereta milik dua wanita tadi.
Sementara itu Shanda yang duduk di sit belakang telah mengikat kedua tangan Asnita dan menampal mulutnya dengan plaster sambil Julie pula memandu kereta.
Asnita meronta-ronta.
"Diamlah perempuan tak guna! Dek kerana kau,habis jahanam masa depan PRINCESS tau tak?!"teriak Shanda.
"Kau siaplah Nita! tau lah kami nak ajar kau cukup-cukup!"kata Julie pula.
Kereta yang di naiki itu telah membawa Asnita di sebuah kawasan berbukit-bukau dan terdapat sebuah padang permainan terbiar di situ.
Kereta yang di naiki oleh Hasni berhenti agak sedikit jauh. Dia telah melihat kedua wanita tadi menawan dan menarik Asnita ke dalam padang terbiar itu.
Rupanya ada pondok tersembunyi di balik semak-samun di pinggir padang. Asnita di hambat ke dalam pondok terbabit.
Setelah berfikir-fikir,akhirnya Hasni membuat keputusan untuk pergi ke balai dan membuat aduan. Kereta yang di pandu olehnya pun beredar pergi.
*****
Plaster di mulut Asnita pun di buka.
"Lepaskan aku lah!"jerit Asnita sambil meronta dalam keadaan kedua tangannya masih terikat.
"Hahahahaha"
Julie dan Shanda ketawa terbahak-bahak sebelum membuka beg dan membawa keluar sebatang jarum suntikkan.
"Balasan untuk kau ialah di beri suntikkan maut"kata Julie sambil ketawa menjadi-jadi.
GULP!
Hati Asnita berasa tidak sedap sambil meneguk liurnya beberapa kali.
"Kau nak buat apa kat aku hah?!"
"Hahaha kami nak kau merana seumur hidup dalam keadaan sentiasa ketagihan dadah"kata Shanda.
Tahulah Asnita bahawa dua orang wanita itu mahu menyuntik dadah ke tubuhnya.
"Kau orang ni dah gila! Lepaskan aku!"jerit Asnita berkali.
"Kau jeritlah sekuat mana pun Asnita..tak ada gunanya. Padang terbiar ni jauh dari orang. Hm..tapi kau jangan risau. Sebelum kami suntik dadah ke tubuh kau..kami nak kebas dulu semua duit dan barang berharga yang kau ada''
Julie dan Shanda pun merentap rantai leher Asnita dan menggeledah beg duitnya sebelum menemui sejumlah wang.
"Wow..banyak juga income kau ya Nita"kata Julie sambil mengira jumlah wang kertas itu.
"Ada berapa Ju?"tanya Shanda.
"Tiga ratus"
"Cantiklah tu. Cepat lah kita bahagi dua"
Wang pun di bahagi sama rata.
"So lepas kita suntik betina tak guna ni kita nak buat apa kat dia Ju? Takkan nak lepaskan pulak..nanti dia repot polis,kita yang naya tau"kata Shanda.
"Takkanlah kita sebodoh itu. Dah tentulah kita kurung dia kat pondok ni sampai dia mampus"
Shanda mengangguk-angguk sebelum merentap ke rambut Asnita.
"Hei pompuan..kau dengar tak tu? Kau elok mati je!"
PUIHH!
Bertepek air ludah Asnita ke wajah Shanda.
"Tak guna!"
PANGG!
"Ahhhhh!"
Berguling-guling Asnita di lempang dek Shanda sambil mengerang kesakitan.
"Cepatlah kita suntik dia sekarang!"
Julie pun membawa keluar sepaket dadah.
Bagaimanakah dengan kesudahan nasib Asnita? Sila nantikan sambungannya pada minggu hadapan.
BERSAMBUNG...
Share this novel