BAB 16:Retak Sebuah Kemistri.

Drama Series 3382

BAB 16:Retak Sebuah Kemistri.

PAK Dollah dan Reza berdiri di tangga sambil memerhatikan ke arah kereta tetamu yang baru tiba di perkarangan rumah. Apabila pintu pemandu kereta terbabit di buka, melangkah keluar seorang pemuda berambut panjang paras dada,berwajah kacak dan bercermin mata gelap.

"Eh biar betul? Itu bukan si.."

"Memang dia lah tu yah.."balas Reza.

"Assalamualaikum!"sapa pemuda itu.

"Waalaikumsalam..awak ni Joey Adli si penyanyi kumpulan rock tu kan?"tanya Pak Dollah.

"Ya saya pakcik. Sayalah yang hubungi pakcik"

Mereka pun bersalam-salaman. Reza lah yang paling gembira dan teruja sekali. Adik lelaki Hasni itu memang peminat setia kumpulan Jengking Kala.

Pak Dollah pun mempelawa Joey Adli masuk ke rumah.

"Jemput minum Joey. Makanlah kuih-muih tu. Jangan segan-segan"

"Terima kasih Pak Dollah"

"Wahh apa mimpi abang Joey boleh datang sampai ke mari ni?"tanya Reza.

"Itulah..sebenarnya ada berkaitan dengan Hasni.."balas Joey Adli sebelum menceritakan segalanya tentang perkenalannya dengan Hasni.

Termasuklah hal keterlanjuran yang terjadi.

Terkedu Pak Dollah dan Reza bila mengetahui rupanya penyanyi rock itulah bapa kepada bayi yang di lahirkan oleh Hasni.

"Saya tahu Hasni kecewa dan marah bila saya berlepas tangan dahulu. Ada saya tersua dengan dia dekat bandar sebelum ini. Tapi dia benar-benar tak dapat terima saya lagi. Saya berasa menyesal di atas apa yang terjadi. Jadi saya ingin tebus kembali kesalahan saya tu. Saya berhajat nak menikahinya dan bertanggungjawab di atas anak yang dia lahirkan tu"

"Itulah yang sebaiknya Joey. Pakcik tak ada masalah kalau itulah hajat kamu"

"Err..tapi bagaimana dengan Hasni? Dia belum tentu dapat terima saya kembali Pak Dollah?"

"Itu kamu janganlah risau. Nanti pakcik sendiri yang akan pujukkan dia. Lagipun dia memerlukan suami dan bapa kepada anak dia tu"

Joey mengangguk-angguk. Dia berharap sangat agar hajatnya untuk menikahi Hasni tercapai.

"Cuma kamu kenalah bersabar sedikit..cepat atau lambat itu biarlah masa menentukan"

"Baiklah Pak Dollah"

DEMI menyampaikan hajat yang di bawa oleh Joey Adli itu, Pak Dollah dan Reza telah berangkat meninggalkan kampung untuk ke pekan tempat tinggal Hasni.

Hasni pun agak terkejut dengan kunjungan bapa dan adik lelakinya itu secara tiba-tiba di rumah setinggan sewanya. Dia sendiri pun tertanya-tanya, adakah kedatangan mereka itu sekadar untuk berkunjung atau membawa sebarang hajat?


*****

"Berita gembira apa ayah?"tanya Hasni.

"Ada orang sanggup datang dari jauh bertemu dengan ayah kat kampung sebab berhajatkan engkau"

Hasni masih kurang jelas.

"Hajat yang bagaimana?"

"Dia nak sunting kau jadi isteri. Kau tak mahu ke? Inilah satu peluang untuk menutup aib kau setelah melahirkan anak tak berbapa"

Berkerut dahi Hasni.

"Sudah..kau jangan memilih sangat Has. Lebih baik kau bersuami aja. Adalah orang nak jaga dan menyara hidup kau sama Aimi nanti"

"Bukan tak mahu atau memilih ayah..tapi dia tu mahu ke kat Has yang dah tak berapa nak suci dan perawan ni? Harap ayah dah beritahu terus-terang pada dia yang Has ini ada bayi luar nikah"

"Dia dah tahu pun. Memang dia pun bapa kepada bayi kau itu"

"Hahahaha"

Hasni terlepas ketawa geli hati. Di sangkakannya bapanya itu saja-saja berlawak.

"Kau ketawa pulak?"

"Iyalah ayah..tunggu sampai kucing bertanduk pun perkara itu tak akan terjadi. Oh ya,siapa lelaki yang nak jadi pak sanggup tu yah?"

"Lelaki itu lah juga. Alah kau ni.."

"Hahaha..ayah tak habis-habis lah"

"Joey...Joey Adli si penyanyi kumpulan rock itulah"

GULP!

Kali ini Hasni terkedu sambil terteguk liur terus.

"Macam..macam mana ayah tahu?"

"Hahaha tak ada lah..ayah bergurau aja"giliran Pak Dollah pula berasa hendak ketawa.

Langsung Hasni jadi tersipu-sipu dan serba tak kena jadinya. Kot kalau iya pun bapanya bergurau atau meneka sembarangan, bagaimana pula dia boleh meneka dengan tepat dan betul?begitu fikir Hasni.

"Tapi..Has tak rasa pun macam ayah bergurau.."

"Habis tu kau ingat ayah sama Reza datang jauh-jauh ni sebab nak bergurau dengan kau?"

"Abang Joey datang rumah kita kelmarin Kak"Reza menyampuk dan mengesahkan hal tersebut.

"Dia dah ceritakan pun semuanya pada kami"

Itu jam juga Hasni berasa seperti hendak pengsan.

"Tak usah kau berfikir-fikir lagi Has..terima aja semuanya. Ayah akan uruskan majlis perkahwinan kau sama Joey nanti.."

"T..tapi yah..dia pernah tinggalkan Has dulu.."

"Kemudian dia menyesal..kalau dia memang tak berhajat nak bertanggungjawab ke atas kau,nak buat apa dia bersusah-payah nak menjejak nombor telefon dan alamat rumah kita dari buku yellow pages yang tebal-tebal tu sampai berminggu lamanya?"

Hasni terkedu.

"Betul ke dia sanggup buat sampai macam tu?"

"Iya kak..."Reza mengesahkan.

________________________

MAKA berlangsunglah majlis perkahwinan di antara Hasni dan Joey Adli di kampung tersebut. Riuh-rendahlah suasana bila tahu anak perempuan Pak Dollah itu berkahwin dengan artis penyanyi kumpulan rock yang agak popular.

Majlis turut di serikan dengan kehadiran ahli-ahli lain kumpulan Jengking Kala. Mengikut perancangan asal,Joey Adli hampir mengundang para wartawan untuk membuat liputan di atas persandingan tersebut,namun dia terpaksa membatalkan saja hasrat itu di atas permintaan Hasni yang berasa kurang selesa.

Asnita dan Che Din ternyata terkejut dengan keputusan Hasni untuk berkahwin secara tiba-tiba,namun mereka tumpang gembira dan mendoakan agar Hasni dan suaminya hidup bahagia.

Buat seketika Coil Nikmatz terpaksa di 'rehatkan' dari dunia seni hiburan bawah tanah untuk suatu jangka masa yang masih tidak begitu pasti lamanya. Walaupun hal ini sedikit mengecewakan para peminatnya,namun tiada apa yang dapat mereka lakukan selain menghormati keputusan yang di buat oleh Hasni yang ingin menumpukan perhatian kepada rumahtangga yang baru sahaja di bina bersama suaminya.

Mujurlah Che Din lebih bersikap tenang dan terbuka dalam hal ini. Dia sendiri yang menasihati Hasni agar memberi sepenuh fokus kepada rumahtangga dan suaminya terlebih dahulu. Tidak ada apa yang perlu di gesa-gesakan. Coil Nikmatz boleh sahaja kembali aktif pada bila-bila masa nanti. Atau mungkin mereka akan kembali ke persada dunia hiburan bawah tanah itu bersama kemunculan album terbaru.

____________________

LIMA BULAN KEMUDIAN...

"Aduihh...sakit abang...baby menendang lagi lah"kata Hasni sambil mengusap perut yang sedang sarat hamil anak kedua hasil berumahtangga dengan suaminya Joey Adli.

"Biasalah tu sayang..kita kan nak dapat baby boy lagi. Aimi pasti akan happy dapat adik nanti'kata Joey Adli sambil memaut tubuh Hasni ketika menemani isterinya itu pergi membuat pemeriksaan kandungan di sebuah klinik pakar sakit Puan.

Hasni tersenyum dan mengangguk.

Kini dia benar-benar telah mengecapi kebahagiaan hidup bersama pemuda tersebut. Apa yang lebih menggembirakan Hasni ialah anaknya Aimi kini telah mempunyai bapa. Suaminya Joey Adli walaupun agak sibuk dengan kerjaya nyanyiannya sebagai artis,namun dia sebenarnya seorang lelaki yang amat bertanggungjawab.

Sejak berumahtangga dengan Hasni kira-kira lima bulan yang lalu,Joey Adli tidak pernah lupa untuk membawa isterinya ke mana sahaja lokasi persembahan yang melibatkan kumpulan Jengking Kala.

Hasni akui agak senang melihatkan kemesraan Aimi dengan bapanya Joey Adli. Hal itu tidak ubahnya seperti serpihan puzzle kasih sayang yang selama ini hilang lalu di temui semula dan di cantumkan kembali hingga menjadi sempurna.

Cukup sembilan bulan,Hasni pun selamat melahirkan bayi keduanya yang di beri nama Herizal. Dia dan suami sangat gembira dan bersyukur di atas kelahiran itu. Aimi kini telah pun memiliki seorang adik.

Rumahtangga itu pun di serikan pula dengan berpindah ke rumah baru yang di beli oleh Joey Adli di sebuah kawasan perumahan dalam kawasan bandar.

HASNI sedang berdiri dekat halaman rumah baru itu sambil mendukung bayinya. Suaminya sedang sibuk memunggah barang-barang dan perabot dari muatan lori sambil di bantu oleh pemandu lori.

Dia bergegas masuk ke rumah apabila terdengar bunyi deringan telefon. Gagang pun di angkat. Rupanya Asnita yang menghubungi. Lama juga teman baiknya itu tidak menghubungi.

Sejak Coil Nikmatz tidak lagi aktif selama berbulan-bulan,Hasni mendapat tahu Asnita terpaksa bergerak sebagai penyanyi solo di kelab-kelab.

"Has...kita buat comeback semula dengan Coil Nikmatz ya? awak pun dah selamat bersalin kan..dah lama sangat kita tak aktif Has''kata Asnita di hujung talian.

GULP!

Hasni meneguk air liur.

Sebenarnya dia sudah berasa selesa dengan kebahagiaan rumahtangga yang di kecapi bersama suami dan dua orang anak. Hasni pun sudah lama tidak terfikirkan lagi tentang Coil Nikmatz. Lagipun suaminya Joey tidak pernah tahu menahu tentang karier gelapnya selaku penghibur kelab malam haram itu.

"Err..boleh tak Kak Nita beri Has sedikit masa lagi?"pinta Hasni.

"Nak berapa lama lagi Has? awak untung ada suami yang menyara hidup awak. Kak Nita kena kerja dan cari makan sendiri nak sara anak-anak. Kalau Coil Nikmatz tak aktif jugak..susah lah akak kalau macam ni.."luah hati Asnita.

"Tapi bukan ke Kak Nita boleh bergerak sebagai penyanyi solo kat kelab?"

"Entahlah Has..bukan senang nak cari makan dengan menyanyi solo kat kelab..kekuatan kita ada pada nyanyian duo Coil Nikmatz. nasib pun tak menentu. Pendapatan pun tak selumayan seperti menyanyi dengan Coil Nikmatz. Akak ada tanggungan Has..anak pun dah masuk sekolah darjah satu"

Hasni berasa agak serba-salah dan simpati juga dengan nasib Asnita. Hasni terfikir kalau dia tidak kembali membuat comeback, Asnita akan terkesan dengan keadaan itu. Akan tetapi sekiranya dia kembali semula bersama Coil Nikmatz,Hasni tidak pasti sejauh mana suaminya Joey akan dapat menerima hal tersebut. Kini Hasni tersepit dalam dilema. Dia bimbang kalau-kalau Joey tahu dia adalah penyanyi hiburan bawah tanah di kelab-kelab malam haram. Silap-silap rumahtangganya pula yang bergoncang.

"Has..jadi tak Has nak buat comeback?"desak Asnita.

"Err..Has... sebenarnya Has tak pastilah Kak Nita.."

"Tak pasti apa lagi? Kan dah lama berehat dan beri tumpuan pada rumahtangga kan? Please lah Hasni..jangan risikokan mata pencarian orang lain hanya semata-mata untuk kebahagiaan hidup awak sendiri"kata Asnita dengan sedikit beremosi.

Hasni jadi terkedu dan sedikit terguris dengan kata-kata Asnita. Namun dia juga tidak dapat menafikan kebenarannya. Hatinya mulai terdetik dengan pertanyaan.. adakah ini suatu permulaan bagi keretakkan sebuah kemistri yang telah di binanya bersama Asnita?

"Maaf..maafkan Hasni Kak Nita.."

Tiada jawapan dari mulut Asnita. Yang di dengari dekat hujung talian hanya pasang surut nafas Asnita yang mungkin sedang menahan emosi dan kecewa.

"Kak Nita...apakata Kak Nita cari dulu penyanyi lain buat seketika untuk gantikan tempat Has..then Kak Nita bolehlah bergerak sebagai Coil...

TUTT...tutt..tutt..tuttt..

"Kak Nita...hello Kak...kak..''

Talian telah di matikan. Asnita telah meletakkan gagang telefonnya. Hasni tahu sahabatnya itu kecewa. Hasni pun terduduk sambil menekup mulut dan teresak-esak menangis. Walhal dia telah menganggap Asnita itu seperti kakaknya sendiri. Momen-momen indah dan suka-duka bersama Asnita kembali bermain di benak fikirannya. Kini dia berasa seperti hatinya telah berjauhan dengan Asnita. Adakah ini petanda penghujungnya sebuah persahabatan dan kemistri yang telah di binanya bersama Asnita?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience