BAB 21:Jarum Suntikkan.
PAGI masih terlalu awal. Lebih kurang sepuluh minit lagi barulah jam akan menginjak ke pukul tujuh. Pintu kedai runcit papan Maniam di buka sedikit dari sebelah dalam.
Hasni berkemban tuala sahaja sambil mengintai ke luar. Jalanraya di hadapan kedai runcit itu masih agak lengang. Kalau ada pun kenderaan hanya satu dua sahaja yang lalu. Suasana pun masih belum berapa terang.
Berkabus dan sejuk di luar sana.
Rupanya sudah tiga hari Hasni tinggal secara senyap-senyap di rumah kedai runcit itu bersama Maniam dan bersekedudukkan semahu-mahunya.
Hanya bayi kecilnya sahaja yang di bawa ikut sekali,sementara Aimi pula di tinggalkan bawah jagaan makciknya Latifah di kampung.
Di sepanjang tiga hari itu,risau juga Hasni dibuatnya kalau-kalau penduduk sekitar terhidu kehancingan maksiat yang sedang di lakukannya bersama Maniam. Jadi dia hanya berkurung dan sembunyi sahaja di dalam bilik belakang kedai itu pada sebelah siang agar keberadaannya di situ tidak di ketahui oleh orang-orang yang datang membeli barang di kedai Maniam.
"Saya kena balik dululah Maniam. Dah tiga hari kan saya kat sini.."kata Hasni sambil menyarung semula coli ke tubuh setelah melucutkan tuala kembannya.
Bulu pepetnya tebal dan hitam lebat betul.
Maniam si pemuda india berambut afro itu terbaring saja di katil tak berbaju dan berseluar pendek kontot paras peha. Waktu ayam berkokok waktu subuh gelap tadi dia dan Hasni terjaga dan 'buat projek' lagi.
"Baiklah Hasni..apakata awak tinggal semula kat rumah setinggan lama Mak Embun tu..nanti senang kalau awak nak ajak saya 'main' lagi"kata Maniam.
Hasni menyarung kain panjang dan duduk seketika di katil sambil melihat ke permukaan tilam yang masih kuyup dan lembab basah dengan pancutannya tadi.
"Mmmmh..."mata Hasni terpejam sambil menghidu.
Bau hancing menyengat itu terlalu seksi aromanya. Dia sendiri pun tidak pasti apakah dia juga sudah mulai fetish terhadap bau itu. Akan tetapi Hasni akui di sepanjang tiga hari dia bersekedudukkan dengan Maniam di atas katil berkaki rendah itu,sisa bau-bau hancing itulah yang menaikkan lagi syahwat seksnya.
"Nanti saya fikirkan tentang hal tu"balas Hasni.
Setelah bersiap,Maniam pun membawa keluar kereta Proton Saga hasni yang di sembunyikan di dalam garaj rumah kedainya itu. Dia melambai saja saat Hasni beredar pergi.
Sebelum bertolak pulang semula ke kampungnya,sempat Hasni pergi melihat-lihat di kawasan rumah setinggan berhampiran itu dari jauh.
Nafsunya masih tergiur untuk menghuni semula di rumah setinggan sewa lamanya itu. Rumah itu pun letaknya agak strategik dan terpinggir serta tersorok dek pokok-pokok dan sedikit rimbunan belukar.
Hati Hasni terdetik..manalah tau kalau-kalau dia akan terjumpa lagi dengan Ranjit Singh di masa hadapan..dapatlah dia bersekedudukkan lagi dengan benggali gemuk itu semahu-mahunya di rumah tersebut.
_____________
PEJAM celik sudah sebulan kumpulan PRINCESS membuat persembahan show di sana-sini bersama Asnita sebagai penyanyi utamanya. Namun begitu Asnita merasakan band ini tidak mampu membuat pulangan lumayan sepertimana waktu dia bersama Hasni bergerak sebagai Coil Nikmat suatu ketika dahulu.
Ini di sebabkan PRINCESS terlalu berfikiran tertutup dalam beberapa perkara,seperti contohnya mereka enggan bermain lagu-lagu slow balada rock yang nyata lebih mudah memikat hati ramai pendengar. Asnita perasan PRINCESS terlalu anti dengan lagu-lagu sebegitu.
Selain itu,PRINCESS juga enggan bermain di tapak-tapak ekspo fun-fair kerana merasakan venue seperti itu lebih cocok dengan band-band arus perdana yang hanyut dengan lagu-lagu jiwang yang amat menggelikan.
Asnita tiada masalah dengan muzik heavy dan keras,akan tetapi dia ada masalah dengan band yang tidak mampu menjana pendapatan yang lebih baik.
Di sepanjang pengalaman membuat show bersama PRINCESS,Asnita belum pernah lagi menerima bayaran yang berbaloi. Acapkali dia hanya menerima bayaran yang kecil. Kadang-kadang sesen pun tak dapat. Sebaliknya
Hanya sepinggan mee goreng atau rojak saja yang mampu di suakan kepadanya.
Pagi tu sewaktu berkumpul praktis di studio,Asnita telah cuba memujuk rakan-rakan seanggotanya dalam PRINCESS untuk mengubah sedikit prinsip bawaan band tersebut.
"Korang..try la tulis lagu slow ballad rock pulak..kita akan lebih di kenali kalau ada lagu-lagu macam tu. Stesyen radio pun akan bersikap lunak dengan kita nanti"kata Asnita.
"What?! No way!"serentak Julie,Shanda,Mika dan Tiara membangkang keras.
"Kenapa pulak?"
"Kita bukan band glam rock ok..kita band heavy metal aliran bawah tanah cik Asnita oi..muzik kita keras! jangan harap PRINCESS akan main lagu-lagu rock jiwang leleh dan lembik mendayu-dayu macam tu''tegas Julie selaku gitaris utama dan ketua band PRINCESS.
"Apa salahnya kalau PRINCESS condong ke arah glam rock sikit.."
"Sudah! kau jangan nak bagi cadangan yang merepek-repek. Kau tau tak Glam rock tu singkatan kepada apa Nita? Gay Los Angeles Metal tau tak? Yuck! geli-geleman..sebab tu lah jantan-jantan dalam band Glam Rock suka pakai gincu dan menggedik macam pondan..dasar gay!"ujar Julie yang cukup anti dengan band seperti itu.
"Okey whatever lah..tapi guys..dalam sebulan kita pergi buat show ni..kita tak ada pendapatan yang baik dan mencukupi. Habis tu kita nak makan, bayar duit rumah,bil api,air dengan apa?"
"Alah..yang itu kau pandai-pandailah buat kerja part time ke..kedai mamak mee goreng kat bazar perhentian bas tempat kita selalu lepak tu pun selalu nak pakai tukang masak kan..kau mintak lah kerja tu Nita''kata Mika.
"Mmh..kau cakap senanglah Mika..kau pun bujang lagi..aku ada anak dua nak di tanggung persekolahan mereka kat kampung tau tak?"kata Asnita.
"Rileks la Nita..aku sama Shanda pun dah kahwin jugak..ada anak jugak. Boleh je hidup main muzik sama PRINCESS"kata Julie.
"Kau dua orang ada suami kan?"
"Mestilah ada!"
"I see.."Asnita tersenyum.
"Why?"
''Aku ni janda..mana ada laki nak sara hidup aku anak-beranak?kau orang tu lainlah..walau tak ada income pun masih ada suami yang menanggung"tegas Asnita.
Kali ini Julie dan Shanda terdiam.
Mika dan Tiara pula masing-masing masih bujang dan tinggal pula dengan keluarga. Asnita pun tidak pasti seberapa lama lagi dia akan dapat bertahan dengan PRINCESS sekiranya keadaan tetap seperti itu juga.
"Dah lah tu Nita..tak usah fikir sangatlah..nanti aku tolong kau mintakkan kerja tukang masak mee goreng kat gerai mamak bazar perhentian bas tu ya?"kata Mika.
"Kau ni tak habis-habis dengan mee goreng..mee goreng..mee goreng..kau ingat muka aku ni muka mee goreng ke Mika?"balas Asnita.
"Hahahaha"
Langsung semua orang terbarai ketawa.
"Okey guys..dah banyak kita sembang sejak dari tadi..jom praktis"kata Shanda sambil menyandang gitar elektriknya ke tubuh.
Asnita pun mencapai mikrofon. Dalam pada itu dia terperasan akan sesuatu. Di lihatnya Julie sedang pergi ke suatu sudut tersembunyi dalam bilik studio latihan jamming itu dan membuka beg.
Dia pun perlahan-lahan menghampiri dan menghendap. Hati Asnita berasa tidak sedap bila lihat Julie sedang menyuntik sesuatu di lengannya dengan sebatang jarum suntikkan.
"Psst! Julie sedang buat apa tu guys?"tanya Asnita kepada yang lain-lain secara berbisik-bisik.
"Ohh..err tak ada apalah Nita. Julie sedang suntik ubat je"balas Shanda.
"Ubat? dia sakit ke? Sakit apa?"
"Ada laa..kau tak yah banyak tanya lah Nita.."
Ketika latihan sudah di mulai,Asnita perasan ada sedikit perubahan pada diri Julie. Gelagat dan aksinya tiba-tiba menjadi lebih bertenaga dan hiperaktif. Selalunya sewaktu bermain show di mana-mana pun Julie pasti akan jadi begitu. Walhal di hari-hari biasa,Julie lebih bersikap pasif. Inilah yang menghairankan Asnita.
Ketika sudah hampir hujung bulan,Asnita mulai panik bila menyedari pendapatannya terlalu sedikit,walhal dia harus membayar ansuran rumah,bil,perbelanjaaan tanggungan anak untuk di kirim ke kampung dan sebagainya.
Mungkin ada benarnya juga kata si pemain bass PRINCESS bahawa Asnita perlu membuat kerja part time di samping terus menjadi penyanyi band heavy metal itu.
_______________
Warung kedai mamak MBH dekat bazar hentian bas itu memang sentiasa menjadi singgahan pelanggan terutamanya dari kalangan penumpang-penumpang bas.
Asnita tiada pilihan lain lagi. Terpaksa juga dia memohon kerja tukang goreng di warung terbabit.
"Roti canai you boleh bikin juga ka?"tanya bos mamak. India muslim gemuk separuh usia dan berkopiah itu adalah tauke warung terbabit. Biasanya pelanggan memanggilnya sebagai Haji sahaja.
"Err..mana lah reti nak buat tu semua Haji.."kata Asnita sambil dah garu-garu kepala.
"Habis apa you boleh?"
"Goreng-goreng je lah haji.."
Haji mamak pun berfikir-fikir sebentar sambil pintal-pintal misai sebelum bersetuju mengambil Asnita bekerja dengannya.
"Hm boleh lah..hari ni you boleh start kerja. Kita bayar gaji hari. Satu hari gaji 25 ringgit boleh ka?"
Asnita dah tersengih-sengih sambil mengangguk-angguk. Baginya itu lebih baik daripada mengharapkan bayaran dari show bersama PRINCESS.
"Boleh sangat le Haji..."
"Bagus..bagus.."
"MBH tu apa maksud?"tanya Asnita.
"Itu ada dua maksud..Mamak Bazar Hentian pun boleh..Mamak Baharuddin Haji pun boleh juga"
"Ooo gitu maksud dia..ingatkan MBH tu mamak bau hancing tadi.."
"Baharuddin Haji saya punya nama tau..apa itu bau kincing pulak"
"Hahahahah"
Kuat Asnita terlepas ketawa.
DUA ke tiga hari kemudian Asnita pun sudah mula cekap dan laju bekerja sebagai tukang goreng di warung mamak MBH. Sepanjang masa terpaksa menghadap kuali yang kelentang-kelentung bersama api dan asap.
Petang tu ketika berjalan di suatu lorong belakang bangunan lepas habis kerja di kedai mamak,Asnita secara tidak sengaja telah terserempak dengan Julie.
Di lihatnya Julie sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki. Tindak-tanduk mereka juga agak mencurigakan. Asnita terus memerhatikan dari jauh sambil bersembunyi di sebalik kabin tong sampah.
Si lelaki telah menghulurkan sepaket serbuk berwarna putih. Julie pun menyambut lalu membayar sejumlah wang kepadanya sebelum keduanya bersurai dan beredar pergi.
Ketika kelibat kedua mereka telah hilang dari penglihatan barulah Asnita meneruskan langkahnya.
Nun jauh di hadapan,Asnita terserempak pula dengan beberapa orang anggota polis sedang menggari lelaki yang di lihat bersama Julie tadi.
Orang ramai mulai berkerumun untuk melihat,termasuklah Asnita. Rupanya lelaki itu adalah pengedar dadah. Beberapa kampit dadah berupa serbuk putih telah di temui dalam poket jaket lelaki tersebut.
Dan itulah paket yang di beli oleh Julie dari lelaki terbabit. Kini Asnita terlopong sambil terbeliak dan menekup mulut. Tahulah dia rupanya gitaris utama PRINCESS itu penagih dadah rupanya.
BERSAMBUNG...
Pekan luar bandar dan Bazar hentian bas dalam cerita ni sebenarnya lokasi dia kat Kajang Selangor. Bazar tu pun dh tak ada lagi zaman sakarang..klu anda ke Plaza Metro Kajang,di situlah tapak bazar yg di maksudkan.
Share this novel