BAB 5:Malang Menimpa.

Drama Series 3382

BAB 5:Malang Menimpa

LANGIT pagi cerah membiru. Dari rumah setinggan sewa itu Hasni terpaksa berjalan kaki lebih kurang sejauh dua ratus meter sambil mengusung perut yang sarat hamil untuk tiba di pondok bas.

Hasni duduk menunggu di pondok itu bersama beberapa orang lain. Hari ini dia memakai blouse dan kain labuh. Bosan duduk-duduk di rumah jadi dia pun bercadang untuk jalan-jalan di pekan dan bertemu dengan Asnita.

Aimi di tinggalkan sebentar bawah jagaan seorang penduduk berhampiran rumah setinggan sewanya. Lapang dada Hasni saat bayinya itu berjaya di temukan semula beberapa hari yang lalu.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian,bas yang di nanti pun tiba. Pada waktu itu bas lagenda Foh Hup Omnibus lah yang sering di jadikan pengangkutan utama oleh warga pekan yang lebih senang menaiki kenderaan awam.

Hasni duduk di bangku panjang paling belakang sekali. Namun dia terpaksa beralih duduk di kerusi hadapan apabila bas itu di naiki oleh sekumpulan remaja lelaki berambut panjang memakai t-shirt berlogokan kumpulan-kumpulan glam rock barat yang sedang meningkat popular di saat itu dengan jeans acid wash rabak, berkasut sneakers dan duduk di sit panjang belakang itu.

Gelagat pemuda-pemuda rocker itu bukan sahaja membuat Hasni meluat malah para penumpang lain juga berasa kurang senang. Mereka bernyanyi dan bersiul-siul dalam bas seolah-olah bas Foh Hup itu bapa mereka yang punya. Tidak setakat itu,mereka juga membakar rokok dan menoreh kulit PVC kerusi bas tanpa menghiraukan para penumpang lain.

Seorang uncle cina menegur perbuatan pemuda-pemuda itu hingga berlaku kekecohan dan perang mulut di antara mereka. Akhirnya konduktor bas terpaksa datang memarahi dan meleraikan kekecohan yang terjadi.

Keadaan kembali tenang.

Namun ketenangan Hasni di ragut sekali lagi apabila corong radio bas pula mulai mengumandangkan sebuah lagu balada rock yang sedang popular di ketika itu.

Lagu itu datang dari kumpulan dan penyanyi rock lelaki yang pernah menjadi pujaan Hasni kira-kira kurang lebih setahun yang lalu. Penyanyinya bersuara lantang dan tinggi. Dan ya itulah dia gerangan lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan Hasni berbadan dua hingga melahirkan Aimi.

Lantunan bait liriknya penuh dengan kata-kata dusta dan hipokrit semata. Malah hampir membuatkan Hasni berasa mual dan termuntah di dalam bas di saat itu juga.

"OH USAH KAU RAGUI KEIKHLASAN
CINTAKU...KU TAK AKAN MENINGGALKANMU..KITA PASTI KAN BERSAMA..HINGGA KE AKHIR HAYAT.."

Cepat-cepat Hasni menutup kedua-dua lubang telinganya dengan jari dan berharap agar lagu itu segera habis atau bas itu segera tiba di perhentian pekan.


* * * *

"Eh eh apa ni Kak Nita..kan Has dah dapat dulu poster ni..Kak Nita pun dah dapat macam-macam poster kan? buat apa nak tamak-tamak"kata Hasni ketika dia dan Asnita berebutkan poster gambar Axl Rose penyanyi kumpulan Rock popular Gun N' Roses ketika kedua-dua mereka singgah di kedai menjual kaset muzik.

"Has mengalah Je lah..bagi akak je poster Axl rose tu.."Asnita tetap berkeras dengan kemahuannya. Padahal di tangannya saja sudah ada beberapa keping poster yang lain.

Pada ketika itu,penyanyi-penyanyi lelaki kacak dari kumpulan Glam Rock popular dari barat memang menjadi kegilaan para gadis. Hasni dan Asnita juga tidak terkecuali.

"Okey kalau macam tu Kak Nita bagi kat Has poster Jon Bon Jovi tu"

"No way! akan nak dua-dua poster tu Hasni! janganlah buat macam ni kat akak.."

"Don Dokken lah kasi kat Has"

"Pun tak boleh jugak. Akak nak semua. Has amek lah poster Dee Snider ke"

"Ohh pandai kak Nita ya..yang hensem semua dia nak kebas. Yang macam kutu berahak tu pulak nak bagi kat orang. Tak aci langsung"

Asnita terlepas ketawa.

Nyonya Cheah si tauke kedai kaset itu pun dah geleng kepala tepuk dahi melihatkan gelagat dua orang wanita itu.

"Haiya jangan rebut-rebut loh..poster pun ada banyak dan macam-macam. Mari kasi angkat ini poster David Arumugam Alleycats lah"kata wanita cina gemuk bercermin mata itu.

"Aah yang itu memang sesuai untuk kak Nita..hahaha"Hasni tergelak.

Dek kerana masing-masing enggan mengalah,maka berebut sakanlah jawapan terbaik untuk meleraikan segalanya.

"Bagi Kak Nita cakap bagi!"

"Tak boleh..ini Has punya!'

PRAKKK!

Poster yang di rebut-rebutkan itu pun habis terkoyak dua. Hasni mahupun Asnita masing-masing dapat seorang sebelah. Terbeliak biji mata sambil ternganga je lah sudahnya.

Tak pasal-pasal Hasni dan Asnita terpaksa keluar duit membayar ganti rugi sambil menutup telinga yang pedih akibat di bebel oleh Nyonya Cheah.

LANGIT biru memayungi pekan. Hasni dan Asnita duduk termenung di atas tembok di tepi bangunan sebuah Supermarket sambil memerhatikan ke arah gedung pencakar langit dan kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang di jalanraya.

"Hm..elok jugaklah poster tu koyak..tak perlu nak berebut dah..''kata Asnita.

"Memang padanlah kat muka kita Kak Nita"

Hahahahaha.

Sedang Hasni dan Asnita duduk-duduk itu, tiba-tiba muncul seorang penjaja putu mayam bermotorsikal dengan peti di belakangnya sambil membunyikan trompet.

PONN! PONN! PONN!

Penjaja itu berhenti di tepi jalan sebelum di kerumuni oleh beberapa orang pelanggan yang ingin membeli darinya.

"Aih..macam best je nak makan putu mayam tu..Hasni jom kita beli lah nak tak?'ajak Asnita.

Hasni tidak menjawab, sebaliknya dia sedang memerhatikan ke arah lelaki india gemuk bertopi dan bercermin mata gelap yang sedang menjaja putu mayam itu dengan penuh rasa curiga.

"Has..dengar tak..."

Hasni sudah lebih pantas melompat turun dari tembok Supermarket yang di dudukinya lalu berlari ke arah si penjaja putu mayam terbabit.

Asnita pun bangun dan mengekorinya.

Sementara itu si penjaja pula sedang begitu sibuk membungkus putu-putu mayam yang di pesan oleh pelanggan yang sudah berkerumun di sisinya.

Siapakah lagi gerangannya kalau bukan si benggali gemuk Ranjit Singh yang sudah berbulan menghilangkan dirinya itu. Cuma sahaja dia sudah menukar sedikit penampilannya. Dia tidak lagi berserban. Kepala di cukur botak licin dan di sarung topi. Misai dan janggut lebatnya yang serabai dulu pun sudah di cukur bersih.

"Cepatlah sikit Ranjit. Awak ni slow sangatlah bungkus putu mayam tu. Akak nak kena cepat ni..takut tinggal bas pulak nanti"kata seorang pelanggannya.

"Ayoyo kaka..saya tangan ada dua juga..kasi sabar lah sikit"kata Ranjit Singh.

"Sekeping putu mayam ni berapa harganya?"tanya pelanggan lain pula.

"Sekeping 10 sen saja kak"

"Kalau macam tu bungkus seringgit"

"Wokey siap!"

Kemudian pelanggan lain pula bertanyakan itu dan ini.

"Wahh..bisnes ada baik ka Ranjit?'

"Hohoho..mistilah ada baik bang..dulu saya jual roti saja. Sekarang putu mayam pun sudah mampu jual juga. Beli motor baru lagi.."balas Ranjit Singh siap ketawa macam Santa Claus. Geli hati sebab cerita sebenarnya bukan begitu.

Tau-tau muncul suara wanita dari balik kerumunan pelanggan itu.

"Ehem! bisnes makin baik ke atau awak dapat duit hasil jual bayi orang kat sindiket ya Ranjit?"

Terbeliak besar biji mata benggali gemuk bertopi tu. Apabila di tolehnya ke tepi, Hasni sudah berdiri tercegat sambil tersengih kepadanya.

"Aaaaaaaaaaaaa! Ayoyo!"

Putu mayam di tangan Ranjit terlepas dan terpelanting bertepek di atas kepala Hasni. Dia pulak dah cabut lari.

"Tak guna punya Ranjit Singh! Erghhh!"

Hasni pun kejarlah benggali gemuk tu sambil terkedek-kedek mengusung perut yang sedang sarat mengandung. Sekeping putu mayam tadi pun masih terlepek di atas kepalanya.

Keadaan langsung bertukar kecoh. Para pelanggan lain pun dah tertanya-tanya apa yang sedang terjadi?

"Ke mari awak Ranjit! sampai hati awak jual Aimi kat sindiket!"teriak Hasni.

Lorong jalan di belakang bangunan pekan itu di redah.

"Hasni!"teriak Asnita sambil mengejar dari belakang.

Entah bagaimana nasib tidak begitu menyebelahi Hasni. Malang menimpa bila dia tersandung jatuh dek kerana terlanggarkan sebatang kayu.

Hasni pun terbaring tertiarap atas permukaan jalan dengan perut yang sarat hamil itu tertindih ke bawah.

"Aduihh...."

Dia pun meraba ke perut yang terasa sakit dan senak.

"Has!"

Asnita pun pantas menerpa. Di lihatnya kain yang Hasni pakai sudah berlumuran darah di bahagian peha.

"Sakitnya perut Has ni Kak Nita.. aduihh"kata Hasni dengan wajah yang pucat dan kesakitan.

"Bertahan sikit Has..biar akak mintak tolong orang jap"

"Tolooooongg!"Asnita berteriak meminta tolong sebelum beberapa orang datang menghampiri. Seseorang telah pergi ke pondok telefon awam berhampiran untuk menghubungi pihak ambulan.

Apakah yang sudah terjadi kepada bayi dalam kandungan Hasni?

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience