BEBERAPA bulan kemudian kandungan dalam perut Hasni pun kian membesar. Dia pun terpaksa berhenti kerja sebagai pelayan di pub hiburan buat sementara waktu.
Baru-baru ini motor cabuk Ranjit Singh pula telah di rembat orang. Kejadian itu berlaku sewaktu dia pergi menjaja roti di pekan. Ketika itu dia sedang berbual di sebuah pondok telefon awam sebelum seorang lelaki yang entah datang dari mana terus melompat ke atas motor tersebut dan terus memecut pergi.
Kesal Ranjit Singh tak berkesudahan. Bukan saja motor,malahan dengan peti roti dan muatannya sekali turut di larikan si pencuri. Terpaksalah dia berputih mata dan menganggur di rumah. Hendak keluar mencari kerja lain pun bukannya mudah. Ini kerana umur benggali gemuk itu sudah agak lanjut. Tiada majikkan yang mahu mengambilnya bekerja.
Dalam keadaan tidak bekerja serta simpanan pendapatan yang semakin meruncing, kehidupan Hasni dan Ranjit benar-benar kian terhimpit.
"Hasni..apakata you pergi jual punggung lagi. Kita pun sudah terdesak sangat ini.."cadang Ranjit yang sedang duduk di kerusi malas. Perutnya semakin buncit. Berseluar pendek je dan berlengging tak berbaju. Serban Singh nya sentiasa terlilit di kepala.
"Awak ni gila lah Ranjit! Saya tak nak buat perkara tu lagi. Awak jelah jual bontot awak tu!"bangkang Hasni yang sedang mendodoikan Aimi.
"Hayoyo.. siapakah orang gila yang mau sama bontot aku ini Hasni? kalau ini macam kita habislah..apa macam mau makan? wang pun sudah habis. Susu sama lampin Aimi lagi mau beli pakai wang juga.."
"Kalau macam tu awak keluarlah pergi cari kerja Ranjit. Takkanlah nak harapkan saya yang dah sarat macam ni pulak untuk cari nafkah"
Ranjit pun membebel-bebel. Malas Hasni mahu melayankannya. Nanti karang apabila benggali gemuk tu sudah puas dan letih bercakap, senyaplah dia. Sejak dah menganggur ni Ranjit lebih banyak duduk di kerusi malas sambil makan kuaci labu. Lepas tu tengok tv. Dah bosan tengok tv dia pun tutuplah tingkap-tingkap rumah setinggan tu biar keadaan dalam rumah jadi gelap. Dalam gelap hendak buat apa lagi kalau bukan 'buat projek' bersama Hasni.
SEORANG makcik melayu berselendang kepala baru tiba di hadapan rumah setinggan yang agak tersembunyi dek semak-samun merimbun dan pokok-pokok itu. Di lihatnya tingkap-tingkap bertutup.
"Dia orang ni keluar ke? Bertutup aja pintu tingkapnya"kata Mak Embun sambil tertoleh-toleh ke segenap tingkap. Orangnya gemuk. Punggungnya besar dan tonggek. Gayanya pula seperti Mak datin. Gelang-gelang perhiasan memenuhi di pergelangan tangannya.
Mak Embun adalah tuan punya rumah setinggan yang di didiami oleh Ranjit Singh dan Hasni. Hari ini dia datang untuk ambil wang sewa.
Di lihatnya pasang sandal dan sepatu Ranjit dan Hasni ada di luar pintu.
Pintu pun di ketuk.
TUKK TUKK TUKK!
"Ranjit! Hasni! kamu ada kat dalam ke tu?!"teriak Mak Embun.
* * * *
"Opocot mak kau meletup!"
Hasni dan Ranjit yang tengah bersedap-sedap 'buat projek' pun terkejut sakanlah. Cepat-cepat sarung pakaian semula ke tubuh.
"Hayoyo habislah habis..Mak Embun pun sudah mari. Kita mana ada wang mau bayar dia punya sewa ini bulan"
"Tak apalah..kita cuba mintak tangguh dulu lah kat Mak Embun"kata Hasni sambil ikat rambut.
KREKKK..
Pintu pun di buka. Hasni yang menyambut Mak Embun.
"Mak Embun.."
"Hm..siang-siang pun bergelap aja kat dalam rumah Hasni? Kenapa tak di buka tingkap-tingkapnya? Ranjit mana?"tanya Mak Embun siap berkipas dengan kipas kertas miliknya.
"Tidur tadi Mak Embun. Ranjit ada kat dalam tu. Masuklah"
Tingkap-tingkap pun di buka. Barulah rumah setinggan itu kembali terang. Udara pengap lalu berganti dengan udara segar dari luar.
Mak Embun pun masuk dan melihat-lihat di dalam rumah. Biasanya dia kalau datang pun ambil duit sewa di luar rumah sahaja.
"Ai ini kalendar tahun lepas pun masih di gantung lagi kat dinding?"tegur Mak Embun bila lihat kalendar tahun 1987 masih tidak bertukar dengan kalendar pada tahun itu.
Ranjit Singh tersengih-sengih sambil cepat-cepat turunkan kalendar tu.
Mak Embun pun melabuhkan punggungnya yang besar dan tonggek itu di atas kerusi kusyen di ruang tamu. Tiada apa sangat pun di dalam rumah setinggan itu. Lantainya di hampar dengan tikar getah murah yang di beli dari kedai apek. Televisyen di ruang tamu pula entah dari zaman Pak Kaduk lagi adanya.
Bayi si Hasni sedang tidur dalam buaian gantung.
Ranjit Singh dan Hasni pun berterus-terang kepada Mak Embun tentang masalah kewangan yang sedang di hadapi malah meminta untuk di tunda bayaran sewa bulan itu ke beberapa hari lagi.
Hal itu kurang di senangi oleh Mak Embun. Setelah di pujuk-pujuk akhirnya wanita itu pun beralah. Dia pun memberi tempoh hingga ke hujung minggu
"Hm iyalah.. baiklah. Tapi hujung minggu nanti kamu mesti bayar. Sewa 70 ringgit aja pun"katanya ketika sudah bangkit dari kusyen untuk beredar pulang.
Hasni menghantar wanita itu hingga ke luar.
"Dah berapa bulan tu?"tanya Mak Embun sambil menjuihkan bibir ke arah kandungan Hasni.
"Empat bulan"
Mak Embun geleng kepala.
"Haih..berapa lama lagi kau nak buat dosa dengan si Ranjit tu Hasni? Ajaklah dia bernikah..takkan nak berzina aja sampai ke tua..aku ni sebab kesiankan kamu waktu kamu mula tinggal dengan Ranjit dulu kamu tengah berbadan dua dan sehelai sepinggang..tapi takkanlah aku nak berkompromi dan pejam mata lagi bila kamu berdua masih berterusan buat maksiat. Sudah,kamu dengan Ranjit mesti bernikah!"desak Mak Embun.
"Tapi.."
"Tapi apa lagi? Takkan nak tunggu anak haram tu dah keluar berderet esok baru terfikir nak menikah? kamu dan Ranjit kena usahakan sesuatu. Kalau tidak nanti aku terpaksa adukan ke jabatan ugama. Aku tak mahu pasangan bersekedudukkan luar nikah menyewa kat rumah ni. Kamu faham tu?"
Hasni tertunduk-tunduk.
"Faham Mak Embun.."
HUJUNG minggu tu Mak Embun datang lagi nak kutip wang sewa. Kalau nak diikutkan Hasni dan Ranjit memang sudah pokai. Sesen pun tak tinggal. Akan tetapi mereka mengambil risiko dengan meminjam wang pada ceti haram.
Buat seketika dapatlah mereka langsaikan duit sewa rumah, membayar bil-bil,membeli barang dapur serta keperluan susu dan lampin Aimi. Selebihnya di simpan buat menanggung hari-hari pengangguran mereka di rumah tanpa keluar pergi bekerja.
Bila sudah berada dalam keadaan begitu,Hasni dan Ranjit pun mulailah berasa selesa. Dapat bermalas-malasan di rumah sambil joli wang pinjaman yang ada. Benggali gemuk itu pun sudah tidak terfikir untuk keluar mencari kerja.
Lambat-laun wang pinjaman itu pun habis di gunakan. Hasni dan Ranjit Singh kembali di cengkam dengan masalah kewangan. Ketika sudah terhantuk itu barulah mereka terngadah.
Tanpa mereka sedari ada petaka yang sedang mengintai. Segalanya bermula sejurus dua tiga orang wakil yang di hantar oleh tauke ceti haram tiba di rumah setinggan itu dan meminta agar Ranjit Singh membayar hutang yang telah di buat.
Ranjit Singh benar-benar sudah terlupakan tentang hutang ceti yang harus di bayar dek kerana telah di kelabui keselesaan hasil dari wang pinjaman yang di buat.
Akibatnya tingkap-tingkap dan pintu rumah setinggan yang di sewa itu habis di simbah dengan cat. Mereka juga turut menerima surat amaran dan ugutan.
Ranjit Singh dan Hasni benar-benar di landa ketakutan. Hendak keluar rumah pun terasa kecut perut.
Akhirnya pintu rumah setinggan itu kopak juga di tendang dengan kuat sebelum konco-konco ceti haram itu menyerbu masuk dan membelasah Ranjit.
Hasni tidak mampu berbuat apa-apa selain menangisi nasib yang menimpa Ranjit Singh serta merayu kepada samseng-samseng itu agar memberi mereka sedikit masa lagi untuk melangsaikan hutang pinjaman yang telah di buat.
"Baiklah..kita kasi you tempoh dua tiga hari lagi untuk cari itu wang. Lepas tu kalau gagal juga mau bayar,kita kasi hantam kaw-kaw faham!? Puih!"kata kepala samseng itu memberi amaran sambil meludah ke muka Ranjit Singh yang sudah terbaring lemah.
Hasni mengangguk-angguk.
Samseng-samseng itu pun beredar.
___________________
PAGI tu Hasni terjaga dari tidur sekitar jam sepuluh pagi. Di lihatnya Ranjit Singh tidak ada pula tidur di sisinya. Dia terfikir mungkin kekasih benggalinya itu sudah keluar pergi mencari kerja.
Ketika ingin melihatkan Aimi yang sedang tidur dalam buaian gantung dekat ruang tamu,Hasni sekali lagi di kejutkan apabila mendapati bayinya telah hilang.
Yang ada di tinggalkan dalam buaian itu hanya sekeping kertas nota dari Ranjit Singh yang berbunyi..
"Maafkan saya Hasni..saya terpaksa. Ini demi untuk keselamatan kita juga"
Hasni sudah berasa tidak sedap hati.
Apakah sebenarnya yang di maksudkan oleh Ranjit Singh? Kemanakah hilangnya bayi Hasni?
BERSAMBUNG....
Share this novel