BAB 22:Karya Ciplak.
HARI demi hari tinggal di rumah kampung itu bersendirian dengan hanya di temani oleh dua orang anak yang masih kecil membuatkan Hasni semakin bertambah kesunyian. Jiwanya mulai memberontak dan nekad mahu berhijrah kembali ke pekan luar bandar tempat tinggal lamanya dulu dan memulai hidup baru.
Setelah bersiap mengemaskan segala macam barang dan beg pakaian ke dalam bonet kereta,pintu rumah kampung itu pun di kunci serta di rantai mangga. Tingkap-tingkap semuanya sudah di tutup rapi.
Kunci rumah itu pula Hasni serahkan di bawah jagaan makciknya Latifah. Jadi apabila Reza pulang bercuti nanti,tidak perlulah adik lelakinya bersusah-payah mencarinya hingga ke pekan luar bandar itu semata-mata untuk mendapatkan kunci terbabit.
"Has mintak diri dululah mak Usu Tipah"kata Hasni sambil bersalam dengan makciknya.
"Hati-hati memandu tu. Bila ada kelapangan waktu nanti pulanglah jenguk-jengukkan kampung"
"Iyalah Mak Usu. Kirim salam kat Pak Usu ya"
"InsyaAllah"
Kereta Proton Saga yang di naiki oleh Hasni dan dua orang anak kecilnya pun bertolak pergi.
KETIBAAN Hasni di kawasan rumah setinggan luar bandar itu di sambut gembira oleh Mak Embun. Di tambah pula dengan hasrat Hasni ingin mendiami semula rumah setinggan sewa lamanya itu.
"Bosan pula duduk dekat kampung tu sendirian Mak Embun..tak tahu nak buat apa. Adik pun dah sambung belajar ke universiti"kata Hasni.
"Iyalah Mak Embun faham..arwah suami dan arwah ayah engkau pun dah tiada. Hidup mesti di teruskan. Kau dah ada plan ke nak buat apa nanti?"tanya Mak Embun.
"Nak mulakan hidup barulah Mak Embun..cari kerja...besarkan anak"
"Eloklah macam tu..lepas minum nanti Mak Embun bawak kau ke rumah tu. Sejak dah tiga tahun di tinggalkan kosong tak ada penghuni,rimbun semak kat luar rumah setinggan tu pun dah tebal-tebal. Nanti Mak Embun upahkan orang tebang semak-semak tu sikit"
"Iyalah Mak Embun..terima kasih ya"
"Sama-sama"
______________
LANGIT biru memayungi kawasan pekan luar bandar tersebut. Jalanrayanya sentiasa sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang. Apa lagi yang popular di situ kalau bukan kawasan bazar hentian bas yang sering menjadi tumpuan warganya kerana terdapat warung-warung dan deretan kedai-kedai yang menjual beraneka jenis barang.
Asnita sedang sibuk menggoreng mee untuk pelanggan di warung mamak MBH. Rambut panjangnya diikat kemas dan kepala di sarung pula dengan topi. Tak menang tangan di buatnya apabila pesanan datang bertalu-talu.
Dengan wajahnya yang cantik itu,kerap jugaklah Asnita di siul oleh pelanggan lelaki miang. Akan tetapi di buat tak endah dan boh layan saja.
"Hai awak..wajah cantik-cantik macam ni pun kerja tukang masak warung mamak jugak ke?"kata seorang pelanggan lelaki miang.
"Kenapa? Muka cantik tak boleh kerja mamak ke? Saya ni cari duit untuk sara dan perbelanjaan sekolah anak tau tak?!"balas Asnita.
GULP!
Lelaki tadi pun teguk air liur.
"Err..awak dah kawin ke?"
"Haa laa..anak pun dah dua. Anak sulung pun dah sekolah darjah tiga!"
Terus lelaki tadi blah macam tu saja.
Asnita tersengih puas hati lalu terus menyambung tugasnya. Kelentang-kelentung bunyi kuali dan sudip berlaga.
Dekat sebelah kedai warung mamak itu terdapat kedai menjual kasut dan selipar. Lagu-lagu rock sering berkumandang dari radio kedai terbabit. Puas hati Asnita bila lagu-lagu rock itu telah menenggelamkan lagu-lagu hindi yang sering berkumandang di radio warung mamak MBH itu.
Tiba-tiba berkumandang lah sebuah lagu rock yang Asnita agak familiar. Ianya adalah lagu kumpulan PRINCESS berjudul 'Penakluk Pentas'.
Akan tetapi yang menghairankan Asnita ialah lagu tersebut di nyanyikan oleh penyanyi lelaki dengan lirik bahasa inggeris.
"Eh macam mana boleh jadi lagu mat saleh pulak ni?"Asnita dah mula garu-garu kepala dan bingung.
Walhal bunyi melodi,intro dan muziknya semua sama seperti lagu 'Penakluk Pentas' dalam album kumpulan PRINCESS.
Hal ini telah menimbulkan syak di hati Asnita.
"Jangan-jangan lagu PRINCESS dah kena ciplak tak? Ish..tak boleh jadi ni!"
Asnita pun memanggil seorang pembantu warung untuk menggantikan kerjanya memasak buat seketika. Dia pun pergi lah ke kedai kasut itu.
Aman Rocker si remaja lelaki berusia 19 tahun. Budak pembantu kedai kasut itulah yang gemar memainkan lagu-lagu rock melalui radio kedai kasut.
"Aman..ni lagu dari band mana?"tanya Asnita.
"Band heavy metal dari Sweden lah kak Nita. Band ni tak berapa terkenal sangat. Best kan lagu dia?"kata Aman Rocker siap tunjuk album kaset band tersebut pada Asnita.
"Bukan band ni ciplak lagu orang ke ni Aman?"
"Ish mana ada ciplak..ni lagu ciptaan mereka sendirilah"
"Tapi kumpulan PRINCESS dah rakam lagu ni dalam album dia orang sejak tahun lepas lagi tau?"tegas Asnita.
"Kalau macam tu band PRINCESS yang kak Nita sebut tu lah yang ciplak lagu dari band ni...sebab album band Sweden ni release dari tahun 1986 lagi"
GULP!
Asnita teguk air liur. Tak puas hati punya pasal,dia pun periksalah maklumat yang tertera pada inlay cover kaset album band dari Sweden itu. Ternyata memang benar seperti apa yang di katakan oleh Aman Rocker.
Maka dengan itu tahulah Asnita bahawa PRINCESS lah sebenarnya yang telah menciplak lagu dan karya dari band Sweden tersebut lalu menukar judul dan liriknya ke dalam bahasa melayu tanpa mengkreditkan atas nama band terbabit.
Hal itu membuatkan Asnita mulai terfikir bahawa Julie dan Shanda sebenarnya tidak layak menerima bayaran yang konon menamakan mereka sebagai pencipta lagu tersebut.
Walhal mereka telah menciplak karya band lain.
Tengahari itu kebetulan Che Din datang singgah makan mee goreng di warung mamak MBH. Pemain bass dan drummer PRINCESS iaitu Mika dan Tiara pun ada sekali. Peluang itulah Asnita gunakan untuk mendedahkan tentang perihal penciplakkan karya yang telah di lakukan oleh Julie dan Shanda.
    Â
                       ****
"Nah..kalau Che Din tak percaya,Che Din boleh dengar sendiri dari album band Sweden ni"kata Asnita sambil menyuakan kaset album yang di pinjamkannya dari Aman Rocker.
 Â
Kaset itu pun di mainkan melalui walk-Man milik Asnita yang sentiasa ada di bawanya ke mana-mana.
Berkerut dahi Che' Din sambil menggeleng kesal. Dia pun terus menyoal kepada Mika dan Tiara.
"Bukan kami Che Din..kami berdua hanya handle kerja tulis lirik je. Julie sama Shanda lah yang bertanggungjawab ke atas semua pemilihan lagu untuk album PRINCESS "kata Mika.
"Aah Che Din. Kami pun tak pernah tau-menahu rupanya mereka menciplak lagu band luar dan claim kata itu karya mereka"tambah Tiara pula.
"Kalian boleh kena saman buat begini tau tak? Che Din Records pun berisiko di saman sekali kerana bertanggungjawab menerbitkan lagu tu"
"Entah-entah semua lagu dalam album PRINCESS tu pun lagu ciplak jugak tak? Elok kita periksa nanti"kata Asnita.
______________
PETANG tu cuaca agak baik dan redup. Hasni sedang berdiri di bendul pintu sambil mendukung bayinya Herizal. Aimi sudah tertidur di kusyen ruang tamu.
Setelah tiga tahun Hasni keluar dari rumah setinggan itu,hari ini dia kembali menyewa dan mendiaminya semula seperti dulu-dulu.
Kelihatan beberapa orang lelaki sedang menebas semak-samun dan rimbunan semak di halaman luar rumah setinggan sewa itu. Mak Embun pun ada sekali. Dialah yang mengupah orang-orang itu untuk melakukan kerja tersebut.
Rumput-rumput sudah di potong dengan mesin. Halaman rumah setinggan itu pun kembali bersih dan cantik di pandang mata.
"Eh eh yang itu biarkan aja ya..tak usah di tebanglah.."tegah Hasni ketika tukang upahan itu ingin menebas belukar yang memagari rumah.
"Tapi dah bersemak tinggi tu Hasni. Biarlah di tebang sekali"kata Mak Embun.
"Tak usahlah Mak Embun. Has lagi suka ada rimbunan belukar macam tu. Rumah nampak tersorok sikit kan..cukup tebas semak dekat laman je"
"Haih..pelik jugak kau ni ya Hasni"
"Hahahaha"
______________
MALAM itu band PRINCESS telah terlibat dalam sebuah gig show di sebuah venue. Seperti biasa,tempat itu di banjiri oleh peminat-peminat muzik rock dan heavy metal aliran bawah tanah.
Ketika telah selesai membuat persembahan,PRINCESS pun kembali semula ke bilik persalinan mereka. Pihak penganjur pun membayar sejumlah wang kepada mereka.
Seperti biasa wang itu akan di ambil oleh Julie. Dia lah yang akan membahagi-bahagikan kepada setiap orang.
"Hm okey macam biasalah..aku dengan Shanda akan ambil lebih sikit sebab we all yang bersusah-payah tulis kesemua lagu PRINCESS kan?"kata Julie.
"Tak payah! Duit ni bagi sama rata je"balas Asnita lalu merampas wang di tangan Julie dan mengagihkan sendiri ke setiap ahli dengan jumlah yang sama banyak.
Terkejut betul Julie dan Shanda. Dua orang pemain gitar utama PRINCESS itu pun mulai berasa tak puas hati.
"Hei Nita..aku dengan Shanda yang tulis lagu tau tak?! Kami berhak dapat lebih!"kata Julie.
"Kau orang bukannya tulis lagu..korang ciplak lagu orang. Nah!'kata Asnita sambil lempar kaset album band dari Sweden itu kepada Julie dan Shanda sebelum kedua mereka kelihatan gugup dan terperanjat.
Kemudian Mika dan Tiara pula bersuara.
"Berapa banyak lagi lagu PRINCESS yang sebenarnya di ciplak oleh korang hah?! Entah-entah satu album tu pun penuh lagu ciplak"soal Mika tak puas hati.
Julie dan Shanda pun dah garu-garu kepala dengan wajah yang nampak sangat sedang bersalah.
"Hei jawablah Julie! Shanda!"tinggi suara Tiara sambil berpeluk tubuh.
"Alah..rileks lah..bukannya ada orang tau pun itu lagu ciplak. Kita go on je macam biasa..kan senang buat macam tu..tak payah nak pening-pening kepala cari idea cipta lagu sendiri.."balas Julie.
"Hotak kau lah! kau sedar tak perkara ni salah di sisi undang-undang?! Kita boleh kena saman faham!"marah Mika.
"Memang lah salah..tapi band asal dia kan kat Sweden..dia orang pun tak tahu kita ciplak lagu dia.."kata Shanda pula.
Rupanya perbualan itu telah di dengari sendiri oleh Che Din yang sedari tadi lagi bersembunyi di sebalik almari dalam bilik persalinan itu.
PAKK..PAKK..PAKK
Che Din pun keluar sambil bertepuk tangan.
"Syabas Julie..Shanda..sebab awak berdua bukan saja dah merisikokan diri awak dan band PRINCESS dari tindakkan undang-undang,malah Che Din Records pun berisiko di heret sekali"kata Che Din.
"Alamak! Che..Che Din sejak bila pulak ada kat sini?"soal Julie dengan wajah cuak.
"Itu tak penting. Yang penting pengakuan awak berdua tadi sudah cukup jelas. So Che Din Records minta maaf kerana terpaksa tamatkan kontrak,cetakkan dan jualan album PRINCESS berkuat-kuasa serta-merta. Pandai-pandailah kalian cari syarikat rakaman lain pulak lepas ni"
Keputusan yang di buat oleh Che Din itu sungguh mengejutkan Julie dan Shanda. Mereka baru sahaja hendak meningkat naik di persada aliran bawah tanah,namun kini dalam sekelip mata semuanya telah berakhir.
BERSAMBUNG...
Share this novel