BAB 1: Pancaroba
SUATU pagi di tahun 1988. Hasni baru saja terjaga dari tidurnya apabila sinar mentari yang menerobos masuk melalui celah-celah lubang dinding papan usang rumah setinggan itu sedikit menyilaukan matanya.
Ranjit Singh si benggali gemuk penjual roti sebaya bapanya sedang lena tidur berdengkur di sisi. Bersama lelaki itulah Hasni,wanita melayu muda yang baru menginjak usia 24 tahun berkongsi hidup sejak beberapa bulan yang lalu.
Di atas hamparan tilam spring cabuk tak bercadar dalam bilik di rumah setinggan itulah Hasni berkongsi bantal dan lena di pangkuan dan pelukkan Ranjit Singh setiap malam.
Jam sekitar pukul sepuluh pagi. Agak lewat juga Hasni bangun pagi ini. Sungguhpun dinding papan usang rumah setinggan itu mempunyai lubang -lubang kecil yang mampu di terobos masuk oleh cahaya mentari namun suasana dalam rumah masih agak gelap kerana tingkap-tingkapnya masih belum di buka.
Hasni bangun lalu duduk seketika sambil menguap dan menggeliat. Fesyen rambut besarnya yang rugged itu sedikit kusut-masai. Ada reben bunga menghiasi tepi telinganya.
Dada dan kedua teteknya terbungkus oleh dress bra singkat yang menampakkan perut dan pusat. Hasni duduk melunjurkan batang kaki peha gebu dan betis padinya yang menciut. Punggungnya pula di baluti skirt leather hitam metalik berkilat paras peha yang amat kontot dan ketat. Selayaknya pakaian seperti itu di pakai oleh wanita jalang dan sundal sahaja.
Hasni mengukir senyuman nakal. Dia berharap agar Ranjit Singh benar-benar puas bersamanya malam tadi. Sisa pancutan basah dan bau hancing di atas permukaan tilam cabuk itu menjadi buktinya.
"Fuh!"
Lingkaran ubat nyamuk yang masih menyisakan sedikit bara api dan asap di hembus hingga terpadam sepenuhnya.
Hasni pun bangun lalu pergi membuka tingkap. Terang dari luar pun menjengah masuk ke dalam rumah bersama sejuk dingin pagi. Kediaman itu agak sedikit terpinggir dan di pagari pokok-pokok dan rimbunan hijau dan malar segar.
Selepas mandi dan membersihkan diri,tshirt pun di sarung ke tubuh bersama seluar panjang. Rambut besarnya yang masih basah itu di sisir rapi. 'Pakaian jalang' yang di pakainya tadi sudah pun di lipat baik-baik dan di simpan dalam almari. Semua itu di perolehinya dari kelab malam tempat dia bekerja sebagai pelayan di sebelah malam.
Pada ketika itu di tahun 80'an, kelab-kelab malam banyak terdapat di pekan dan kota. Sebagai pelayan,Hasni sememangnya di galakkan oleh taukeh kelab agar sentiasa berpakaian seksi dan menjolok mata.
Hasni pun tidak kisah sangat untuk berpakaian sebegitu. Baginya yang penting upah dan bayaran kerjanya sebagai pelayan di perolehi.
Hasni ke dapur membancuh teh o panas lalu duduk di meja dan menikmati roti marjerin kegemarannya. Dia berasa agak beruntung juga dapat bersebumbung dengan Ranjit Singh si benggali gemuk penjual roti itu kerana di dalam peti roti jualannya terdapat pelbagai jenis roti dan kek untuk di nikmati.
Sambil bersarapan fikiran Hasni pun melayang mengingati semula liku-liku awal hidupnya ketika mula berhijrah di kota kira-kira setahun lebih yang lalu.
Waktu itu dia di temani oleh sahabat baiknya Lina nekad membuat keputusan untuk meninggalkan desa lalu berhijrah ke kota dan bekerja sebagai operator di sebuah kilang. Hasni gadis asal desa yang bersopan-santun. Namun dia terlalu naif untuk berwaspada dengan pancaroba hidup kota yang penuh dengan ranjau dan onak berduri.
Pada ketika itu zaman kegemilangan muzik rock berada pada puncak kemasyhurannya. Hasni dan Lina juga sepertimana muda-mudi lain turut tidak mahu ketinggalan dalam mengikut arus perkembangan muzik rock tanah air.
Lagu-lagu balada rock sering menjadi siulan harian dua orang gadis muda itu sewaktu hidup di desa. Kemudian mulalah keduanya berangan-angan untuk dapat bertemu dengan penyanyi rock pujaan mereka.
Di saat keduanya kecewa apabila operasi kilang itu terpaksa di hentikan berikutan kebankrapan yang di hadapi,hati mereka kembali terubat apabila berjaya juga menyaksikan persembahan konsert rock battle of the band yang di adakan dekat sebuah tapak ekspo fun fair.
Rasa teruja bersarang di hati bila dapat menyaksikan sendiri penyanyi dan kumpulan rock pujaan mereka beraksi live di pentas ekspo. Biasanya Hasni dan Lina hanya dapat mendengar lagu balada rock dari band kegemaran mereka itu di corong-corong radio,namun di tapak ekspo terbabit mereka berpeluang menyaksikan sendiri di hadapan mata.
Peluang datang bergolek bila secara tidak sengaja Hasni dan Lina terserempak dengan penyanyi dan pemuzik rock pujaan mereka ketika curi-curi pergi ke belakang pentas tapak ekspo lalu terjadilah perkenalan sesama mereka.
Dek kerana merasakan diri amat bertuah kerana telah mendapat peluang yang jarang-jarang seperti itu,Hasni dan Lina akhirnya terpujuk juga dek janji manis semanis nukilan lirik pujuk rayu cinta seperti yang di dendangkan oleh penyanyi dan pemuzik rock itu dalam penyampaian lagu-lagu balada rock mereka.
Dua gadis asal desa akhirnya terkulai di ranjang hotel bersama pemuzik rock pujaan mereka. Tak lama kemudian Hasni dan Lina di sahkan hamil dan ber badan dua.
Di saat keduanya terpaksa mengusung perut yang kian sarat dan menanggung kecewa,pemuzik-pemuzik rock pujaan mereka pula sedang di limpahi sinaran glamor dan semakin menempa nama di persada muzik rock tanah air.
Lina yang mengalami tekanan perasaan akhirnya terjebak di lorong-lorong belakang. Hidupnya musnah gara-gara jarum suntikkan dan najis dadah sebelum kecundang di tangan pihak berkuasa.
Hasni pulang ke desa sebelum di halau oleh ibu dan bapanya yang tidak tahan menanggung malu akibat arang yang di conteng oleh Hasni ke wajah mereka.
Maka kembalilah Hasni ke kota semula lalu hidup bergelandangan di kaki-kaki lima bersama tangisan dan perut yang kian membesar. Jati diri dan maruahnya benar-benar telah punah.
Di saat Hasni nyaris di tawan oleh seorang ibu ayam yang ingin menjadikannya sebagai pelacur,dia berhasil melarikan diri sebelum di selamatkan oleh seorang benggali gemuk penjual roti yang tak lain tak bukan adalah Ranjit Singh.
Di situlah mulanya kisah bagaimana Hasni dan Ranjit Singh tinggal bersama bersekedudukkan tanpa ikatan nikah di rumah setinggan dekat pinggiran kota itu.
"Uwak..uwaaaa.."tiba-tiba lamunan Hasni terganggu dek bunyi tangisan bayi yang tidur dalam buaian gantung di ruang tamu.
Secawan teh o panas itu pun di hirupnya sehingga habis sebelum bangkit dan menuju ke ruang tamu.
Bayi itu pun disusukan dan di dodoi oleh Hasni dengan sepenuh kasih sayang. Ketika bayi lelaki yang di beri nama sebagai Aimi itu lahir beberapa bulan yang lalu,nyaris Hasni membuat suatu keputusan bodoh untuk meninggalkannya di mana-mana. Namun mujurlah Ranjit Singh menegahnya dari berbuat sedemikian.
Aimi tidak bersalah dalam hal ini. Dia lahir kerana kesilapan Hasni yang begitu mudah mempercayai janji manis lelaki.
Sejurus selesai Hasni menyusui dan mendodoikan Aimi, tiba-tiba tekaknya berasa loya dan mual. Bergegas wanita muda itu berlari ke bilik air.
"Uwekkkk...!"
Ranjit Singh si benggali gemuk yang sedang enak membuta di atas hamparan tilam spring cabuk dalam bilik pun lantas terjaga seraya terdengar bunyi Hasni sedang menerankan muntahnya keluar lalu bangun dan pergi ke bilik air untuk melihat.
"Ayoyo Hasni..awak kenapa muntah-muntah ni? you ada tersilap makan ke?"tanya Ranjit.
Hasni pun berkumur-kumur mencuci mulut dan membasuh wajahnya dengan air sebelum mengelapnya dengan sehelai tuala.
"Entahlah Ranjit.. mungkin saya keracunan makanan kot"balas Hasni.
"Kalau macam tu awak pergilah bersiap. Biar saya bawa awak pergi ke klinik"
"Mmmh"Hasni mengangguk setuju.
BERSAMBUNG....
[AUTHOR: Sorry for my bad picture editing on cover. Ia di buat menggunakan aplikasi AI tapi agak ketara ketidaklojikkan pada gambar tersebut jika di perhatikan dengan betul. Terima kasih dan Selamat membaca]
Share this novel