BAB 18: Tinggal di Kampung.
PEJAM celik sudah tiga empat bulan berlalu semenjak arwah Joey Adli meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Pagi ini Hasni bersama dua orang anak pergi menziarahi pusara arwah suaminya di tanah perkuburan yang terletak di kampung ibu dan bapa mertuanya.
Air matanya masih berlinangan seakan pemergian itu baru berlaku kelmarin. Hasni pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi walaupun jodohnya bersama suami hanya bertempoh dua tahun sahaja lamanya.
Hampir setiap hari Hasni di rundung sebak apabila Aimi yang masih kecil dan tidak mengerti itu bertanya kepadanya soalan-soalan seperti.. 'ibu..ayah mana? kenapa ayah dah lama tak balik rumah?"
Kadang Hasni tersembam dan menangis sejadi-jadinya. Akan tetapi Hasni telah cuba membiasakan Aimi agar menerima hakikat yang ayahnya sudah tiada.
Sedang Hasni dan dua orang anak masih duduk di samping kuburan arwah suaminya,tiba-tiba terdengar seseorang meneriak memanggilnya.
"Kak Hasni!"
Cepat-cepat Hasni mengesat air mata dan menoleh. Rupanya adik iparnya si Yati yang datang.
"Ada apa Yati?'
"Kak...ada wartawan datang rumah. Dia nak jumpa dan temubual dengan kak"kata Yati,iaitu adik perempuan kepada arwah Joey Adli.
Hasni sebenarnya berasa berat hati ingin pergi melayani kedatangan wartawan itu,namun apakandaya..sebagai balu kepada arwah penyanyi rock terkenal,terpaksalah dia membiasakan juga dirinya dengan semua itu.
Sewaktu selepas kejadian arwah suaminya baru terlibat dengan kemalangan itu berlaku tiga empat bulan yang lalu,masak jugak Hasni terpaksa melayani kunjungan wartawan dan rakan artis hampir setiap hari kerana berita pemergian arwah agak mendapat liputan meluas di dada media akhbar dan televisyen.
________________
PAGI itu barulah kereta Hasni tiba di kampungnya setelah memandu hampir dua jam lamanya dari kampung arwah suaminya. Hasni tidak bercadang mahu pulang ke rumah kediamannya di taman perumahan bandar itu,sebaliknya dia menetap buat seketika bersama ayah dan adik lelakinya.
*****
Pagi itu warung Pak Dollah buka dan berniaga seperti biasa. Biasanya hanya dia bersama Reza berdua sahaja mengusahakan warung tersebut,namun semenjak Hasni pulang menetap di kampung dan turun membantu sekali,segala kerja-kerja warung berjalan lebih laju dan lancar.
Seawal jam empat pagi lagi tiga beranak itu sudah bangun untuk menyediakan bahan-bahan dan memasak. Jam tujuh pagi barulah warung di buka.
Kerja-kerja di warung pun sudah di bahagi-bahagikan. Pak Dollah akan melayani pelanggan yang datang untuk makan minum di warung. Reza di tugaskan untuk mengendali kerja-kerja membuat air minuman. Sementara Hasni pula melayani pelanggan yang datang untuk membeli bungkus.
"Hasni..tolong bungkuskan lontong dua..rendang pulut kuning sebungkus ya"kata seorang pelanggan yang datang ke warung Pak Dollah.
"Baik kak..err akak yang ni pulak nak pesan apa?"
"Bihun dua bungkus"
Kerja-kerja di warung itu di lakukan oleh Hasni dengan cekap dan mudah. Lagipun dia sudah berpengalaman agak lama dalam membantu bapa dan arwah ibunya berniaga semenjak dari sekolah menengah lagi.
Waktu tengahari jam 12 barulah warung itu tamat berniaga. Pada sebelah petang tiga beranak itu akan keluar ke pasar pula untuk membeli stok barang-barang berniaga.
Begitulah rutin sehari-harian mereka.
Tengahari itu lepas balik berniaga,tiga beranak itu lepak-lepak dan berehat saja di ruang tamu rumah.
"Kau tak ada merangka apa-apa perancangan terbaru ke dalam hidup kau Has? Atau kau bercadang nak menetap terus aja di kampung ni sampai bila-bila?"tanya Pak Dollah.
"Entah lah yah..tak terfikir apa pun buat waktu ni. Walaupun arwah abang dah meninggal tiga empat bulan lepas,tapi Has rasa macam baru seminggu dua aja dia pergi"
Pak Dollah mengangguk-angguk.
"Habis tu rumah kau sama arwah laki kau yang dekat bandar tu kau tak balik jengukkan ke?'
"Biar ajalah rumah tu dulu ayah"
''Dah berapa lama kau tak pulang dan jenguk rumah tu?"
"Sejak dari hari arwah abang meninggal tu lah.."
"Ish lama benar dah tu Has..pergi lah balik dan jengukkan sekejap. Jangan di biar-biar aja macam tu. Takut di masuki perompak pulak nanti..lagipun surat-menyurat dalam peti surat tu pun mesti selalu di periksa. Mana tahu ada surat-menyurat penting ke"
Di atas nasihat bapanya itu,Hasni pun bertolaklah pulang ke bandar tempat dia menetap bersama arwah suaminya.
Mujur juga Pak Dollah mengingatkannya tentang hal itu,kalau tidak entahkan bila baru dia akan menjejakkan kakinya pulang ke rumah tersebut. Sebenarnya Hasni sudah tiada hati untuk menetap di rumah tersebut. Rumah itu banyak kenangan yang akan menyebabkan dia asyik bersedih teringatkan arwah.
Di dalam peti surat terdapat beberapa keping surat. Di antaranya ialah surat tuntutan agar bayaran rumah yang sudah bertunggak hampir empat bulan itu di jelaskan. Malah bayaran ansuran bulanannya pun bukanlah murah. Dahulu arwah suaminyalah yang menjelaskan bayaran bulanan tersebut.
Hasni tidak terfikir mahu menetap di rumah itu lagi. Baginya biarlah pihak bank mahu ambil semula rumah tersebut untuk di lelong atau apa. Dia tidak kisah. Dia tidak akan sambung membayar ansuran rumah yang bertunggak itu.
Mujur juga baki pinjaman loan dari bank masih ada dalam jagaan Hasni. Dia akan memulangkan kesemua wang itu kepada pihak bank nanti.
Selain itu Hasni turut mendapat satu surat dari pihak syarikat rakaman yang bertanggungjawab mengendalikan terbitan dan jualan album kumpulan Jengking Kala. Sebagai isteri dan balu kepada arwah penyanyi rock kumpulan terbabit,Hasni layak untuk mendapat semua bayaran royalti arwah suaminya.
________________
BEBERAPA hari kemudian Hasni telah pergi ke syarikat rakaman terbabit untuk urusan pembayaran royalti tersebut. Segalanya berjalan lancar. Sejumlah wang dengan nilai mencecah puluhan ribu telah di salur ke akaun bank miliknya.
*****
"Wah untunglah kau Has..bayaran royalti muzik arwah suami kau pun bukan kecik-kecik anak juga jumlahnya. Kau pun dah tak perlu keluar pergi bekerja dah"kata Pak Dollah.
"Has ingat lebih baik Has simpan dan gunakan untuk sara anak dan tanggungan persekolahan buat Aimi dan Herizal aja ayah. Lagipun arwah abang pernah cakap yang dia nak menabung untuk tujuan tu. Biarlah Has tunaikan hasrat dia aja"
"Iyalah..terpulang kat kau lah Has. Habis tu rumah yang Joey beli tu macam mana?"
"Biarlah pihak bank ambil aja rumah tu balik. Has pun dah tak ada hati nak tinggal situ"
"Kereta kau tu pun?"
"Kereta tu arwah abang beli second hand dulu..dah habis bayar lama pun ayah"kata Hasni merujuk kepada kereta Proton Saga yang yang di pandunya itu.
"Ah mujurlah kalau begitu..mudahlah sikit kau nak ke mana-mana nanti. Tak perlulah kau susah-susah naik bas bawak beg besar macam dulu-dulu"
"Hahahaha..naik bas pun best jugak ayah. Dah biasa dulu kan..iyalah kalau sekarang ni agak leceh sikitlah sebab anak pun dah dua.."
"Has...ayah nak tanya kau satu perkara lagi.."
"Hal apa ayah?"
"Kau memang dah bersara terus ke dari dunia seniwati kelab malam tu? Dah lama ayah tak dengar kau bercerita hal itu lagi"
Hasni tersentak. Di sepanjang dua tahun kebelakangan ini pun dia sudah terlupakan terus perihal kerjaya lamanya sebagai penghibur kelab malam itu.
"Lepas kahwin dulu Has berhentilah ayah. Lagipun sibuk nak uruskan rumahtangga. Dulu-dulu bolehlah..bujang kan"
"Iyalah..sekarang ni pun kau dah kembali bujang semula"kata Pak Dollah tersengih dengan misai kontot ala Hitler nya itu.
"Hahahaha..ayah macam nak menggalak pulaklah"
PETANG tu Hasni duduk-duduk dekat pondok pangkin bawah pokok sebelah rumah sambil meraut lidi dari daun pokok kelapa untuk di buat penyapu.
Aimi pula rancak bermain kejar-kejar dengan pakciknya si Reza dekat laman rumah. Cuaca petang agak damai dan redup.
Sambil meraut lidi fikiran Hasni pun melayang jauh ke waktu silam. Tiba-tiba dia teringatkan Asnita. Sudah dua tahun lamanya mereka tidak bertemu dan bertanya khabar. Rindu pada sahabatnya yang sudah di anggap seperti kakaknya sendiri itu mulai datang bertamu di hati.
Sewaktu Asnita bertolak ke Penang setelah mendapat tawaran kerja kilang itulah kali terakhirnya mereka bertemu.
"Apa khabar lah kak Nita sekarang ni ya?"kata Hasni sambil termenung jauh.
________________
SEBERANG PRAI,Pulau Pinang.
SEBUAH kilang membuat televisyen tersergam megah di sebuah kawasan perindustrian. Kilang dengan brand keluaran dari Jepun itu di katakan akan menamatkan operasinya di kawasan tersebut dalam beberapa hari lagi.
Maka ramailah pekerja operator kilang yang bersungut kesal kerana bakal kehilangan mata pencarian.
Munirah melangkah longlai saat menaiki tangga asrama yang menempatkan pekerja kilang perempuan. Dia pun berjalan ke bilik huniannya.
Di lihatnya rakan sebiliknya sudah terbaring sambil menyembam bantal ke wajah.
"Kau tidur ke dah mati ni Nita?"tegur Munirah yang agak gemuk gedempol jugak tubuhnya.
"Aih mestilah hidup lagi kak Munirah oi.."
"Habis tu apa perancangan kau lepas ni?"
"Balik rumah je lah kak Munirah. Cari kerja lain je nanti. Leceh lah kilang ni..dah elok-elok kerja dua tahun duduk asrama..dapat gaji pun lumayan..tiba-tiba nak tamatkan operasi pulak?"kata Asnita.
"Kau cakap senanglah Nita. Kau umur baru 30 an..senang nak cari kerja lain. Aku ni dah lanjut usia..siapa nak ambik aku kerja lagi lepas ni.."rungut Munirah.
''Tak tentu jugak kak Munirah..itu kalau bernasib baiklah dapat kerja..kalau tak dapat macam mana pulak? Saya kena hantar wang ke kampung tiap bulan untuk perbelanjaan sekolah anak tau tak?..aih stress di buatnya.."
"Kira jadi andartu macam aku ni lebih bernasib baiklah kan Nita..tak payah nak pening kepala fikir pasal belanja sekolah anak bagai.."Munirah gemuk dah tersengih-sengih.
"Haa tau pun..duit gaji boleh enjoy joli katak beli makan masuk perut sendiri je..itu sebablah badan kak Munirah bulat gedabak"
"Hahahahaha"berdekah-dekah dua sahabat itu ketawa.
Beberapa hari kemudian,tamatlah operasi kilang terbabit. Walaubagaimanapun gaji terakhir para pekerjanya telah pun di bayar. Asnita pun berangkat pulang meninggalkan Pulau Pinang.
Cadangnya mahu pulang ke kampung bertemu dengan ibu dan dua orang anak yang jarang-jarang dapat di temui kerana kesibukkan bekerja kilang di Penang.
BERSAMBUNG....
Share this novel