BAB 25:Duo Tiruan.
ASNITA sudah pun di benarkan pulang dari hospital sejak kelmarin. Pertemuan kembali dengan Hasni selepas dua tahun terpisah sungguh tidak di jangka oleh Asnita.
Kesulitan dan saat genting yang di lalui olehnya sudah pun berakhir. Julie dan Shanda pun sudah di berkas oleh pihak polis.
Langit di pekan pada pagi itu kelihatan cantik membiru. Hari ini Hasni kembali menjejakkan kakinya di studio syarikat rakaman Che Din Records dengan di temani oleh Asnita.
Tempat itu sudah agak jauh berbeza wajahnya dari apa yang di kenali oleh Hasni dulu. Che Din Records sudah di renovasi menjadi syarikat studio rakaman yang jauh lebih baik dan cantik.
Kagum Hasni melihatkan pembaharuan itu. Dekat situlah dulu dia bersama Asnita memulakan karier seni mereka sehingga berhasil mengeluarkan album dan di kenali di kelab-kelab malam dalam persada aliran bawah tanah.
Sudah tentulah Che Din amat terkejut bercampur gembira dengan kemunculan semula Hasni dan juga Asnita. Banyak yang di bualkan bersama.
"So bila Has dah nampak dua orang perempuan tu lempang kak Nita dan tarik masuk dalam kereta,apalagi..terus Has ekori kereta mereka hingga sampai ke padang terbiar tu sebelum pergi ke balai polis"cerita Hasni sewaktu duduk di ofis syarikat rakaman Che Din Records sambil mengenang kembali detik-detik sewaktu Asnita di culik oleh Julie dan Shanda.
"Jadinya awak dah tahulah kak Nita kerja tukang goreng kat kedai mamak bazar hentian tu ya Hasni?"tanya Asnita.
"Hahaha mestilah dah tahu..baru je nak order mee goreng..tengok-tengok kak Nita dah kena culik.."
Hahahahahaha
Langsung Asnita dan Che Din terlepas ketawa berdekah-dekah. Apa pun semua itu sudah selesai.
Hasni pun baru tahu rupanya Asnita telah menyertai PRINCESS selaku vokalis dan malah satu band pula dengan dua orang wanita yang telah menculiknya.
"Gara-gara perbuatan mereka menciplak lagu band dari Sweden tu lah Che Din terpaksa gugurkan band PRINCESS dari syarikat rakaman dan hentikan semua cetakkan album mereka. Mungkin Julie dan Shanda bengang sebab Asnita yang dedahkan semuanya"kata Che Din pula.
Hasni mengangguk-angguk.
"Nyaris lengan ni nak kena suntik dadah Che Din..Has..nasib baik polis datang"kata Asnita sambil tunjuk lengannya.
"Memang patut sangatlah Julie sama Shanda di berkas polis. Mungkin salah Che Din jugak kerana tak peka dengan masalah disiplin yang mereka hadapi"kata Che Din sambil menggeleng kesal kerana ada artis di bawah naungan syarikat rakamannya yang terlibat dengan najis dadah.
"Err..tapi siapa perempuan yang lagi dua orang tu ya?"tanya Hasni.
"Perempuan mana pulak ni Has?Siapa?"serentak Asnita dan Che Din bertanya.
"Ada dua orang lagi perempuan lain datang lepak minum kat mamak MBH sehari sebelum kak Nita kena culik. Has sama anak duduk kat meja sebelah sambil dengar perbualan mereka. Mereka ada sebut pasal kak Nita dan Che Din. Mereka datang situ pun sebab nak jumpa kak Nita..tapi kak Nita tak datang kerja..dari perbualan mereka lah Has tahu kak Nita kerja kat mamak MBH"
"Ohh itu Mika sama Tiara. Dia orang pemain bass dan drummer PRINCESS"kata Asnita.
Baru di sebut-sebut namanya,tiba-tiba pintu kaca pejabat syarikat rakaman itu pun di tolak sebelum Mika dan Tiara melangkah masuk.
"Tu pun dia orang dah muncul"kata Asnita.
"Hai Che Din..Nita kau dah okey ke?"sapa Mika dan Tiara.
"Hai korang..dah okey je ni"balas Asnita.
Sempatlah Hasni bersalaman dan berkenalan dengan pemain bass dan drummer PRINCESS tu.
Dengar ceritanya mereka berdua kini terkontang-kanting sejak band PRINCESS terkubur.
"Mika..Tiara..kalau awak berminat nanti Che Din carikan band lain untuk kalian sertai. Che Din Records pun ada dua tiga buah band lain yang sedang mencari pemain bass dan drummer"kata Che Din.
"Eh okey jugak tu Che Din..kami berminat"Mika dan Tiara tidak menolak cadangan itu.
"So kau pulak macam mana Nita?tak nak ikut join kami ke?"tanya Mika.
"Tak apa..kau orang go on berdua je. Aku lebih senang join dengan band mamak MBH je"
"Hahahahahahaa"
Bergegar pejabat syarikat rakaman itu dengan hilai ketawa.
ALKISAHNYA Hasni dan Asnita telah bersepakat untuk kembali semula membuat comeback bersama Coil Nikmatz. Che Din orang paling gembira dengan keputusan tersebut.
Setelah tiga tahun lamanya kumpulan duo itu tidak aktif,adakah Hasni dan Asnita masih lagi mampu mengekalkan rentak lama mereka? Adakah Coil Nikmatz masih lagi di ingati oleh peminat-peminat tegar yang pernah menyokong sehingga nama mereka meledak popular di kelab-kelab bawah tanah seperti suatu ketika dahulu?
_____________
SEMINGGU kemudian. Pagi tu Hasni dan Asnita seperti biasa datang dan menghabiskan waktu di studio latihan Che Din. Untuk sesi Comeback ini,Coil Nikmatz akan membuat kemunculan di pentas kelab dengan menyampaikan kembali lagu-lagu lama dari album sulung mereka yang lalu.
Masa sebulan telah di peruntukkan untuk mereka berlatih terlebih dahulu. Tiga tahun menyepi dari arena pentas bawah tanah bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Hasni dan Asnita sendiri sudah ingat-ingat lupa dengan beberapa lirik dari setlis lagu Coil Nikmatz. Masa sebulan itulah yang akan di pergunakan buat menghayati dan menghafal kembali lagu-lagu serta memperbaiki mutu persembahan mereka.
Che Din yang mempunyai ramai kenalan dan kontek dari kalangan pemilik kelab-kelab telah mewar-war kan akan kemunculan semula kumpulan duo terbabit.
Respon yang di terima sangat menggalakkan. Para pemilik kelab berebut ingin menjadikan kelab mereka sebagai venue comeback untuk Coil Nikmatz pada bulan akan datang. Ini kerana kumpulan duo terbabit cukup popular suatu ketika yang lalu sehingga menyebabkan kelab-kelab malam terbabit sentiasa sesak dengan pengunjung dan peminat Coil Nikmatz.
****
"Kita berehat dululah Has. Dah pukul 12 ni..perut pun dah naik lapar"kata Asnita lalu duduk seketika di bangku studio latihan.
Radio yang memainkan lagu-lagu Coil Nikmatz dalam bentuk iringan minus-one itu pun di tutup.
"Okey kak Nita..fuh! letih jugak sesi praktis kali ni. Lirik pun banyak dah lupa-lupa ni"kata Hasni sambil menandakan beberapa lirik lagu yang perlu di latih lagi dekat fail setlist.
"Tiga tahun lamanya kita berhenti menyanyi Has..jangan kata lirik je dah banyak lupa..energi dengan stamina pun drop"kata Asnita sambil mengelap peluh di dahi.
"Hm kita ada masalah koreografi tarianlah kak Nita. Banyak step dah lupa"
"Yup! haih..banyak kerja nak kena buat ni Has. Tak tahulah dalam masa sebulan ni cukup atau tidak untuk kita praktis"kata Asnita lalu bangun dan berjalan pergi ke suatu rak dalam studio latihan terbabit.
Dekat rak tersebut tersimpan banyak koleksi pita video VHS persembahan live artis-artis dari syarikat rakaman Che Din Records. Asnita membelek-belek mencari sesuatu.
"Kak Nita cari apa tu?"tanya Hasni.
"Yes! Ada pun..jeng..jeng..jeng.."kata Asnita sambil tunjukkan suatu pita VHS rakaman show Coil Nikmatz yang di rakam di sebuah kelab suatu ketika lalu.
"Coil Nikmatz live at Zenith Club, Oktober 1989..Hm mungkin kita patut tonton kembali video live kita yang lama ni untuk dapatkan kembali rentak dan step tarian yang dah lupa tu Has"
"Aah betul jugaklah idea Kak Nita. Mujur jugak Che Din Records ada simpan rakaman show lama kita''Hasni tersenyum mengangguk.
"Jom kita jumpa dengan Che Din dulu..mintak izin nak pinjam video live ni"
"Jom"
Mereka pun beredar keluar dari bilik studio latihan lalu berjalan pergi ke bilik pejabat Che Din.
Ketika muncul di pintu opis itu,Hasni dan Asnita melihat Che Din sedang rancak dan serius bercakap dengan seseorang melalui gagang telefon.
Dalam perbualan itu Che Din ada menyebut tentang Coil Nikmatz.
"Apa?! Tapi ini mustahil! Coil Nikmatz dah tiga tahun tidak aktif membuat persembahan. Baiklah..kalau macam tu nanti aku pergi ke kelab tu dan selidik hal ni. Okey Yus terima kasih atas maklumat yang kau sampaikan ni"
Panggilan itu pun berakhir.
"Che Din..sori ganggu..ada hal apa tadi tu Che Din? Kami terdengar Che Din ada sebut tentang Coil Nikmatz"kata Asnita.
"Asnita..Hasni.. Che Din baru terima satu maklumat yang agak menggemparkan dari seorang sahabat Che Din.."
"Maklumat? Maklumat apa Che Din?"tanya Hasni pula.
"Che Din di fahamkan ada sebuah kelab malam dekat ibu kota yang baru beroperasi kira-kira setahun yang lalu tiba-tiba telah menjadi agak popular kerana di katakan kumpulan Coil Nikmatz sering membuat persembahan show di sana"
"Haa?! Apa?!"
Terbuntang biji mata Asnita dan Hasni sambil mulut ternganga.
"Err..bukan ada kumpulan lain yang kebetulan menggunakan nama yang sama dengan kita orang ke Che Din?"
"Tidak..tidak..sahabat Che Din sendiri yang pergi ke kelab tu dan lihat sendiri dengan mata kepala. Memang kumpulan itu buat persembahan dengan menggunakan lagu-lagu kalian"
Berkerut dahi Hasni dan Asnita.
"Hasni..Asnita..malam ni kalian free tak? kalau free,jom ikut Che Din..kita turun ke kelab tu dan selidik sendiri"ajak Che Din.
"Eh mestilah free Che Din..mana boleh jadi kalau macam ni..mentang-mentang kami dah lama tak aktif,tiba-tiba boleh muncul pulak kumpulan Coil Nikmatz tiruan?"kata Asnita.
"Aah Che Din..eloklah kita pergi selidik malam ni"kata Hasni pula.
"Bagus..nanti Che Din ambil kalian kat rumah dalam jam sembilan malam. Oh ya Hasni..Asnita..kalian jangan lupa pakai sesuatu untuk selindungkan sikit wajah kalian. Tujuan kita ke sana malam nanti adalah untuk selidik dan lihat sahaja terlebih dahulu. Apabila tiba masanya barulah kalian dedahkan diri kalian"
"Baik Che Din"
BERSAMBUNG...
Share this novel