BAB 26:Suzi dan Tina.
SUASANA malam di ibukota terang-benderang dengan lampu-lampu bangunan dan kedai-kedai makan yang masih buka hingga ke lewat waktu.
Van camper Volkswagen hijau muda yang di naiki oleh Hasni, Asnita dan Che Din sedang menelusuri jalan utama bandar yang sentiasa sesak dengan warganya. Suasana malam di ibukota agak meriah dan hidup kalau hendak di bandingkan dengan pekan luar bandar tempat tinggal mereka yang lengang dan sunyi apabila menjelang malam hari.
Tak lama kemudian mereka pun tiba di premis kelab malam yang di maksudkan. Letaknya agak tersembunyi di area paling lengang di ceruk ibu kota.
Kelab Crystal Neon bersembunyi di sebalik perniagaan kedai bunga buat mengelabui mata pihak berkuasa. Ini kerana kelab tersebut beroperasi secara haram tanpa permit dan malah menyajikan hiburan-hiburan liar buat pengunjungnya.
"Hasni..Nita..kalian dah ready ke?"tanya Che Din ketika mereka bertiga sudah melompat turun dari van camper Volkswagen yang di parkir dekat sebatang lorong jalan di belakang bangunan.
"Dah ready Che Din"
"Jom"
Mereka pun berjalan ke premis kedai bunga itu. Di luarnya gelap. Hanya pintu kecil kedai saja dibuka dan ia di jaga oleh seorang bouncer kelab.
Che Din bercakap sebentar dengan bouncer itu. Pengunjung yang hendak masuk ke situ perlu menyebutkan kata laluan yang tepat terlebih dahulu.
"Crystal"kata Che Din.
Bouncer itu mengangguk-angguk sebelum membuka pintu masuk.
"Malam ni ada show apa?"tanya Che Din.
"Biasalah bos..setiap malam pun Coil Nikmatz juga buat show dekat Crystal"
Che Din tersengih sambil angkat ibu jari. Memang tidak sia-sia kedatangan mereka ke situ.
Hasni malam ini mengenakan jaket dengan penutup kepala buat melindungi identitinya. Asnita pula berselendang kepala dan bercermin mata gelap.
Sejurus melangkah masuk,suasana di dalam itu tiada bezanya dengan premis kedai-kedai bunga lain. Namun apabila mereka di bawa turun tangga ke tingkat bawah tanah,terdengar hiruk-pikuk muzik sedang berdentum-dentam.
Lampu neon berwarna-warni dan bersimpang-siur di ruang pub. Pengunjung agak ramai juga di dalam sana. Di atas pentas kelihatan dua orang penyanyi wanita berpakaian agak seksi menjolok mata sedang begitu rancak beraksi. Mereka sedang menyampaikan lagu-lagu dari album Coil Nikmatz.
Para pengunjung bersorak kuat sambil meneriak nama kumpulan duo wanita terbabit. Cuma yang aneh dari semua itu ialah kedua-dua penyanyi wanita terbabit mengenakan topeng muka buat melindungi wajah sebenar mereka.
Terkedu Hasni, Asnita dan Che Din sambil berpandangan sesama sendiri.
Dua wanita di atas pentas itu juga memiliki suara yang amat mirip dengan Hasni dan Asnita. Mereka juga mampu meniru lenggok tubuh dan tarian Coil Nikmatz dengan cukup baik sekali.
Inilah yang mencengangkan Hasni dan Asnita.
"Eh siapa perempuan-perempuan di sebalik topeng tu? dia boleh tiru semua suara dan lenggok kita dengan perfect sekali"soal Hasni.
"Haih..entahlah Has..yang pasti mereka adalah Coil Nikmatz tiruan. Kesian para pengunjung habis di perdaya oleh mereka"kata Asnita pula sambil geleng kepala.
Lepas satu lagu di susuli pula dengan lagu-lagu yang lainnya. Kesemuanya adalah setlis lagu Coil Nikmatz.
Kemudian penyanyi wanita bertopeng yang mengambil peranan watak Hasni pun berucap melalui mikrofon.
"Ya anda semua masih di sini ke?!"
"Masiihhh...!(bergema suara pengunjung)
"Hasni! Asnita! bukalah topeng..please..please!"(teriak beberapa pengunjung nakal sebelum hilai sorak dan tepukkan semakin galak)
"Sori abang-abang ya..Coil Nikmatz tak dapat nak penuhi permintaan buka topeng. Ini adalah imej terbaru kami"si penyanyi wanita yang menggalas watak Asnita pula berucap.
"Baiklah Has ada nak cakap sikit..masih ada peminat yang bertanya..kenapa Coil Nikmatz kini bertopeng sejak setahun lalu..hm sebenarnya kami inginkan lebih privasi..lagipun anda semua pun sedia maklum kan..yang saya pernah berkahwin dengan Joey Adli Jengking Kala..
"Wooohoooo!"(Para penonton bersorak kuat sambil bertepuk tangan)
"Jadi..Has rasa lebih baik bertopeng dan tidak lagi mendedahkan sangat identiti diri.."
Hasni yang berada di bawah pentas bersama kerumunan pengunjung lain bukan sahaja terkedu malah dia berasa cukup marah dengan si penyanyi terbabit. Sudahlah identiti dirinya di curi,malah berani pula wanita itu memetik nama arwah suaminya.
Kerana berasa tidak tertahan lagi emosinya melihatkan gelagat wanita itu,Hasni pun lantas beredar dan berlari keluar dari kelab tersebut. Che Din dan Asnita pun bergegas keluar sekali.
BULAN terang mengambang di dada langit. Che Din sedang menyandar di tepi van camper Volkswagen miliknya dan berpeluk tubuh sambil membiarkan Asnita memujuk Hasni yang sedang menangis teresak-esak.
"Dia tak patut menyamar jadi diri kita..dah tu siap petik nama arwah suami Has.."kata Hasni sambil tersembam.
"Hasni..awak bersabar ya..awak kena kuatkan semangat. Kena ingat satu perkara ni. Kita adalah Coil Nikmatz yang sebenar..bila kita munculkan diri nanti,mereka pasti akan mendapat malu besar kerana penyamaran yang mereka lakukan bakal terbongkar"kata Asnita memujuk.
"Betul tu Hasni..Kita akan tanggalkan topeng muka mereka depan pengunjung nanti"kata Che Din pula.
_____________
DINIHARI sekitar jam tiga pagi. Suasana menjadi begitu sunyi-sepi. Hanya bunyian unggas dan cengkerik hutan di luar rumah saja yang kuat kedengaran. Seraya Herrizal terbangun dan menangis,Hasni pun bangun lalu pergi mendodoi dan menyusukan bayi kecilnya itu sehingga kenyang dan terlena semula.
Kemudian dia pun pergi ke bilik tidur lain untuk melihatkan Aimi. Anak lelaki sulungnya yang berusia empat tahun itu tidur nyenyak di katilnya sendiri.
Setelah mencium dan menyelimutkan Aimi barulah Hasni kembali semula ke bilik tidurnya. Maniam si pemuda india berambut afro itu tidur berdengkur tak berbaju.
Hasni bercoli sahaja lalu merangkak naik ke katil dan berbaring semula di sisi Maniam. Lewat malam tadi pemuda india yang mengusahakan kedai runcit berhampiran kawasan setinggan itu datang ke situ. Hasni pula pada ketika itu baru pulang setelah mengikuti Che Din dan Asnita ke kelab malam di ibukota.
Setelah memastikan dua orang anaknya sudah nyenyak tidur barulah Hasni dan Maniam naik ke katil dan bersekedudukkan semahu-mahunya. Jiran tetangga pun sudah lena di buai mimpi. Segalanya berjalan lancar. Nafkah batin Hasni terpenuhi lagi.
Di saat dengkuran Maniam dan bunyian unggas cengkerik di luar rumah saling bergilir melagukan iramanya,Hasni pula berbaring sambil termenung melihat ke kipas siling yang ligat berputar di atas kepalanya.
Fikirannya ligat mengingat kembali tentang apa yang di lihatnya dekat kelab malam di ibukota tadi malam. Tentang dua penyanyi wanita bertopeng yang bukan sahaja telah menyamar dan menggunapakai nama Coil Nikmatz,malah mencuri pula identiti dirinya dan Asnita.
Lebih menyakitkan hati bila nama arwah suaminya juga pun turut di petik sekali agar penyamaran yang di lakukan tampak lebih meyakinkan. Hasni berasa geram dan tidak sabar menunggukan saat untuk membongkar segala penipuan yang di buat oleh kumpulan Coil Nikmatz tiruan itu.
_______________
MALAM itu bertempat di kelab Crystal Neon tempoh hari,Che Din datang lagi bersama Asnita dan Hasni. Kali ini mereka akan telangkupkan kumpulan Coil Nikmatz tiruan itu habis-habisan agar tembelang mereka pecah dan di ketahui orang.
Seperti hari itu juga,dua penyanyi wanita bertopeng dengan membawa perwatakkan Hasni dan Asnita itu cukup lincah bertenaga membuat persembahan di pentas.
Satu demi satu lagu yang di petik dari album Coil Nikmatz di sampaikan dengan cukup baik. Mereka bukan sahaja mempunyai kemiripan suara,malah saiz tubuh dan ketinggian juga amat menyamai Hasni dan Asnita.
Setelah beberapa lagu selesai di persembahkan,dua penyanyi bertopeng itu pun mulai berucap dekat mikrofon.
"Baiklah terima kasih kepada semua peminat Coil Nkmatz khususnya dan para pengunjung Crystal Neon umumnya di atas kesetiaan anda berada di sini saban malam demi menonton setiap show dari kami!"kata penyanyi yang menggalas watak Asnita sebelum di sambut tepukkan dan sorakkan gamat dari pengunjung.
Kemudian penyanyi yang seorang lagi pula berucap.
"Hm..tadi kami ada dapat request dari Suzi dan Tina,iaitu dua peminat yang teringin sangat untuk naik ke pentas dan menyanyikan lagu-lagu Coil Nikmatz. Oleh itu kami persilakan keduanya untuk naik ke pentas sekarang"
Para pengunjung pun bertepuk tangan dan bersorak.
Rupanya dua peminat yang di maksudkan itu ialah Hasni dan Asnita yang sedari awal lagi telah merancang untuk mendapatkan peluang naik ke pentas bermodalkan nama samaran dan atas nama peminat.
"Hasni..Asnita..eh silap..Suzi dan Tina..semoga berjaya"kata Che Din sambil tersengih.
"Hahaha..beres Che Din"
Penampilan Suzi dan Tina pada malam ini lebih kepada tidak begitu mendedahkan rupa mereka. Tina mengenakan selendang. Manakala Suzi pula dengan jaket berpenutup kepala.
Tiada seorang pengunjung pun yang cam akan diri mereka yang sebenarnya.
Mikrofon pun di serahkan kepada Suzi dan Tina sementara dua penyanyi Coil Nikmatz tiruan itu pula meminggir ke tepi. Lagu pun di mulai.
Pada waktu ini Suzi dan Tina pun mempamerkan bakat dan nyanyian mereka. Bukanlah susah untuk menjiwai itu semua kerana Suzi dan Tina sememangnya adalah diri Hasni dan Asnita yang sebenarnya.
Mendengarkan suara nyanyian Suzi dan Tina serta melihatkan lenggok tarian mereka yang tiada kejanggalan itu,para pengunjung termasuk dua penyanyi bertopeng itu mulai kagum dan kehairanan.
Ramai juga yang mula bercakap-cakap sesama sendiri. Mereka perasan bahawa Suzi dan Tina jauh lebih mirip dan menepati duo Hasni dan Asnita.
"Eh? apa dah jadi ni? Aku rasa Suzi dan Tina lebih Coil Nikmatz dari Hasni dan Asnita sendiri!"kata seorang pengunjung.
"Haih..entahlah. Aku pun rasa macam tu jugak. Pelik jugak ni"kata pengunjung lain pula.
Tepukkan dan sorakkan kian gemuruh.
Sejurus lagu itu selesai,Suzi dan Tina pun menyingkap wajah sebenar mereka di atas pentas. Keadaan dalam kelab Crystal Neon mulai kecoh!
"Hasni?! Asnita?!"
"Hahaha kan aku dah cakap..Suzi dan Tina adalah Hasni dan Asnita yang sebenarnya"
"Habis tu yang pakai topeng tu siapa pulak?"
BERSAMBUNG...
Share this novel