BAB 27: Lirisis

Drama Series 3382

BAB 27: Lirisis.

KEMUNCULAN Hasni dan Asnita di atas pentas kelab Crystal Neon telah menyebabkan suasana menjadi kecoh dan gamat. Para pengunjung dan peminat Coil Nikmatz bersorak-sorak dengan kuat.

Dalam pada masa yang sama,timbul persoalan di benak fikiran mereka. Siapakah pula gerangan dua penyanyi wanita bertopeng yang mendakwa diri mereka sebagai Hasni dan Asnita itu?

Hasni pun berucap di mikrofon.

"Untuk pengetahuan semua..kami sangat terkejut setelah mendapat tahu ada dua penyanyi wanita lain yang mendakwa diri mereka sebagai Coil Nikmatz dan bergerak aktif di kelab ni sejak setahun lalu walhal Coil Nikmatz sudah tidak aktif sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Jadi kami terpaksa turun sendiri ke sini dan menyamar sebagai Suzi dan Tina demi membongkar penipuan yang di buat oleh dua orang wanita itu!"kata Hasni sambil tunjuk kepada penyanyi bertopeng itu.

WHOHHHHH??!!

Riuh-rendah suasana di dalam premis itu. Para pengunjung mulai bercakap-cakap sesama sendiri. Terkejut dengan pendedahan yang di buat oleh Hasni.

Kemudian Asnita pula berucap.

"Guys..you all semua mesti tak sabar-sabar lagi nak tengok wajah sebenar di sebalik topeng dua orang penyamar ni kan?!"

"Naakk!!(bergema suara penonton)

"Nita! Hasni!..kasi bukak topeng dia orang!"teriak beberapa pengunjung.

Dua penyanyi wanita bertopeng itu pun apalagi..bergegas menuruni tangga pentas untuk melarikan diri.

"Abang-abang bonzer tolong tangkap dia orang!"Hasni meneriak kepada para bouncer kelab terbabit.

Malang seribu kali malang nasib si dua penyanyi wanita bertopeng itu. Mereka telah di tarik naik semula ke atas pentas sebelum topeng-topeng muka mereka di lucutkan.

Kini dua wajah yang tidak di kenali itu terpampang jelas di hadapan para pengunjung. Tiada seorang pun yang mengenali mereka.

"Booooooo!!"

Mereka hanya mampu tertunduk-tunduk  sambil menutupi wajah sambil di boo oleh para pengunjung.

Che Din pun naik ke pentas lalu membuat suatu pengumuman.

"Berita baik untuk para peminat Coil Nikmatz. Hasni dan Asnita akan kembali aktif semula setelah tiga tahun menyepikan diri. Kini mereka sedang giat berlatih untuk suatu comeback show yang akan di adakan pada bulan hadapan"

Tepukkan dan sorakkan bergema kuat.

"Selepas comeback show selesai,kami juga akan kembali aktif di kelab-kelab dan dalam masa yang sama akan masuk ke studio untuk menjalani rakaman album kedua"ucap Hasni pula.

"Wooohooo! Cayalah..Hasni..Asnita..selamat kembali!"teriak para peminat di bawah pentas.

Asnita juga tidak ketinggalan memberi sedikit nasihat.

"Guys..lepas ni tolong pastikan anda pergi ke show Coil Nikmatz yang sebenar okey. Kalau ada mana-mana kumpulan duo yang mendakwa diri mereka sebagai Coil Nikmatz,pastikan mereka tidak mengenakan sebarang topeng muka untuk menghindari diri anda dari menjadi mangsa penipuan grup-grup tiruan sebegini"

Tepukkan terus bergema. Kini barulah Hasni dan Asnita kembali dapat menarik nafas lega. Kemunculan mereka secara mengejut di pentas kelab Crystal Neon bukan sahaja telah berjaya mengkecundangkan kumpulan duo Coil Nikmatz tiruan itu,malah mereka menerima reaksi dan respon balas yang amat menggalakkan dari para peminat yang sudah lama merindui kemunculan mereka kembali.


______________

TENGAHARI tu lepas tamat sesi praktis di studio latihan Che Din,Hasni mengikuti Asnita singgah di warung mamak MBH di bazar hentian bas. Tekaknya teringinkan air batu campur yang sejuk dan lazat.

Asnita pula pada waktu tengahari begini terpaksa bekerja di warung tersebut sebagai tukang goreng. Dia masih meneruskan pekerjaan itu untuk mencari nafkah. Lagipun Coil Nikmatz masih dalam peringkat berlatih dan praktis serta belum membuat sebarang show pun untuk menjana pendapatan.

Sambil duduk menikmati semangkuk abc,Hasni memerhatikan sahaja ke arah  orang-orang yang lalu-lalang di bazar tersebut. Ada yang singgah ke kedai-kedai. Ada yang hendak ke stesyen hentian untuk mendapatkan bas dan sebagainya.

"Kak Nita! bungkus mee goreng satu!"teriak Hasni.

"Okey siap!"balas Asnita yang sedang berdiri menghadap dapur dan kuali gorengan.

Hasni agak beruntung kerana dia masih punya banyak wang simpanan dari wang royalti arwah suaminya buat menampung kehidupan. Kalau tidak,mungkin dia juga terpaksa turun mencari kerja.

"Balik dululah Kak Nita. Lagipun nak kena masak untuk anak kat rumah"kata Hasni sejurus membuat bayaran di kaunter.

"Aah okey Has..pagi esok kita jumpa lagi kat studio latihan"

Asnita berdiri tercegat memerhatikan sehinggalah kelibat Hasni telah hilang di balik-balik warga pejalan kaki di bazar tersebut

Dia pun menyambung tugasnya selaku tukang goreng. Tak lama kemudian muncul pula kelibat Mika dan Tiara singgah untuk makan minum di warung mamak terbabit.

Tengahari ni cuaca pun baik. Langit pekan membiru cerah dengan tompokkan awan gebu.

"Apa cerita dengan band baru yang kau orang join tu?"tanya Asnita sambil hidang dua pinggan maggie goreng telur mata yang di pesan oleh Mika dan Tiara.

"Mestilah best Nita.."balas Mika dengan teruja sambil tarik Asnita duduk seketika di kerusi.

"Band metal ke?"

"Tobat kami nak join band metal dah. Rabak telinga asyik layan lagu heavy je. Dah lah tak ada slow numbers..payah nak jual. Kita orang pun nak being exposed dan dapat penerimaan yang lebih meluas. Cukup-cukuplah dengan PRINCESS je buat konsep macam tu. Band kita orang kali ni main glam rock je..ada heavy..ada slow power ballad"

"Haa macam tu lah baru best..dari dulu lagi aku dah bagi idea supaya PRINCESS buat macam tu kan..tapi kau orang jugak yang bangkang"kata Asnita.

"Itu dulu Nita..time tu Julie sama Shanda yang take fully control ke atas PRINCESS punya direction. Kita orang terpaksa ikut je. Sekarang ni dah main band baru..direction pun baru lah"kata Mika.

"Cuma ada problem sikitlah.."kata Tiara.

"Laa..problem apa pulak ni korang?"tanya Asnita.

"Band kita orang ada masalah nak tulis lirik lah. Kami nak lirik genre seram untuk lagu-lagu heavy..tapi tak ada seorang pun yang ada idea nak tulis lirik macam tu"

"Che Din ada bagi cadangan agar kita orang upah penulis lirik. Kita orang pun jumpalah beberapa orang lirisis..kesemua mintak bayaran tak kurang dari lima ratus. Dari manalah kami nak cekau duit sebanyak tu?..masalah betul lah.."kata Mika.

Asnita diam sahaja. Dia pun tak mampu nak buat apa-apa.

"Eh Nita..bukan ke kau sama Hasni berbakat tulis lirik. Aku dengar kau orang sendiri yang tulis lirik kesemua lagu-lagu dalam album Coil Nikmatz kan?"

"Itu memang betul lah. Kenapa? Kau orang nak upah aku tuliskan lirik untuk band korang ke? Boleh je..tapi lirik-lirik panas dan ehem..ehem je lah korang..ahahaha"

"Dahh..jangan buat gila Nita! Lirik seram lah maksud kami. Kau tolong kami eh Nita? Nanti kami bayar lah upahnya.."

"Haih..entahlah korang..Coil Nikmatz mana lah pernah tulis lirik seram macam tu.."Asnita pun dah garu-garu kepala.

"Kau cuba je lah dulu Nita.."

"Tengoklah nanti macam mana..tapi aku tak janji ya.."

"Okey..okey.."


________________

MALAM tu Asnita keluar ikut Che Din. Lepas pergi makan dan berhibur sedikit di karaoke lounge,van mini camper Volkswagen yang di naiki itu pun singgah di sebuah kawasan tepi tasik sunyi. Buat apalagi kalau bukan beromen dengan Che Din.

Selesai 'buat projek',Che Din pun keluar hisap-hisap rokok sambil ambil angin sementara Asnita pula pergi 'cuci' apa-apa yang patut di tepian tasik.

"Haih..apalah Che Din ni..macam tak ada tempat lain je nak ajak 'buat projek'..kawasan tepi tasik hutan gelap macam ini pun jadi jugak"Asnita merungut.

Tiba-tiba angin bertiup kencang.

SHOOooooo....

Dedaunan pokok dan rimbunan semak pun berdesiran bunyinya. Kemudian entah muncul dari mana suara hilai ketawa yang amat mengerikan.

Asnita hampir pengsan sejurus terlihat pontianak bergayut di atas sebatang dahan pokok kemboja. Rambutnya panjang mencecah ke kaki. Bajunya serba putih.

"Aaaaaaa!!! Che Din! Che Din! Tolong Nita Che Din!"

"Asnita!"


______________

ASNITA melangkah longlai menaiki tangga di perumahan flat tempat tinggalnya sejurus di hantar pulang oleh Che Din. Masih terngiang-ngiang hilai ketawa pontianak yang di lihatnya sewaktu dekat kawasan tepian tasik tadi.

Perasaan ngeri pun menyelubungi diri. Ketika jam sudah menginjak ke pukul satu pagi,Asnita masih terkulat-kulat sendirian. Langsung dia tidak dapat tidur kerana asyik terfikirkan tentang penampakkan pontianak tadi.

"Haih..tak mengantuk lah pulak"

Tawaran dari Mika dan Tiara untuk menulis lirik seram itu pun kembali muncul di benak Asnita. Tak bertangguh dia pun bangun pergi membuka lampu lalu duduk di meja bersama sekeping kertas dan pen.


______________

KEESOKKAN harinya,sewaktu terserempak dengan Mika dan Tiara di bazar hentian bas,Asnita pun mengusulkan lirik seram yang di tulisnya itu.

Lirik berjudul 'Bayangan Ngeri' itu lebih kurang begini bunyi bait liriknya..

'Gemersik dedauan
     Di hembus tiupan angin malam,
          Membisik ketakutan dalam diri
              Di tepian tasik sunyi dan sepi'

'Hilai ketawanya bergema
    Meremuk-redamkan keberanian,
        Matanya merah menyala
            Bergayut di pohon kemboja,

CHORUS:
Bayangan ngeri
Menyelubungi diri
Rambutnya panjang

Mencecah ke kaki

Bayangan ngeri
Menyingkirlah dari ingatan

Gaunnya putih

Harumannya seperti bau kain kafan'

Terbeliak biji mata Mika dan Tiara sejurus membaca lirik seram hasil nukilan Asnita.

"Asnita!"

"Sori kalau lirik tu tak berapa best. Aku cuma nukilkan pengalaman aku terserempak dengan cik ponti kat kawasan tasik tu je. Manalah aku reti nak tulis yang lebih baik lagi.."

"Lirik kau ni lebih dari terbaik! Lirik macam ni lah yang kami mahukan"kata Mika.

Tiara mengangguk-angguk.

Keduanya pun berbincang seketika sebelum mereka menghulurkan wang upah sebanyak seratus ringgit kepada Asnita.

"Biar betul ni korang?"Asnita terbeliak biji mata sambil memegang wang tersebut.

Nilai seratus ringgit itu agak besar juga bagi Asnita.

"Banyak tu je lah yang kami mampu bayar kau Nita. Hm..kami rasa kau memang berbakat besar jadi seorang lirisis"kata Mika.

"Wei Nita..kalau aku jadi kau..dah lama aku berhenti kerja mamak. Lebih baik aku buat kerja jadi penulis lirik je. Kat Che Din Records pun ada banyak band nak cari lirisis kan? Kau boleh buat duit dengan banyak tau tak"kata Tiara.

Terus senyuman terukir di bibir Asnita.

BERSAMBUNG...

Dh nk habis pun cerita ni..tinggal dua ke tiga Bab je lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience