BAB 20:Vokalis Baru PRINCESS

Drama Series 3382

BAB 20: Vokalis Baru PRINCESS.

ASNITA telah menyatakan minatnya untuk menyertai band PRINCESS sebagai vokalis. Oleh itu Che Din pun mengatur pertemuan Asnita dengan kumpulan Heavy metal wanita terbabit.

PRINCESS sendiri amat teruja dan gembira untuk menerima Asnita sebagai penyanyi baru mereka. Satu sesi ujibakat pun di adakan. Dengan stail vokal Asnita yang serak basah itu dia telah lulus dengan jayanya untuk menggalas tugas sebagai penyanyi PRINCESS.

Maka dengan itu bermulalah hari-hari baru Asnita dengan kesibukkan praktis dan menghafal lagu-lagu dari album PRINCESS.


_______________

LANGIT biru membentang luas. Penduduk kampung yang terjejas dek musibah ribut dan banjir tempoh hari masing-masing sudah kembali ke rumah. Kediaman mereka yang rosak akibat di landa taufan pun telah di baiki. Termasuklah rumah kampung Pak Dollah. Penduduk kampung telah mengambil inisiatif untuk sama-sama berganding bahu tolong-menolong membaiki setiap rumah kediaman penduduk yang rosak.

Hasni dan Reza berterima kasih kepada penduduk kampung. Dua beradik itu kini dapat kembali semula menghuni rumah tinggalan ibu dan ayah mereka itu.

Cuma sahaja rumah kampung itu kini terasa sunyi dan sepinya semenjak arwah Pak Dollah meninggal dunia.

"Nampaknya terpaksalah aku keluar cari kerja lepas ni kak.."kata Reza ketika dia dan Hasni duduk-duduk dekat pondok pangkin bawah pokok di halaman rumah kampung itu.

"Kau nak cari kerja apa Reza?"tanya Hasni.

"Entahlah..mungkin kerja kilang aja kot"

"Elok jugaklah tu Reza"

Sedang leka dua beradik itu berbual sembang,motor posmen pun masuk ke perkarangan rumah.

"Mohd Reza bin Che Dollah!"panggil posmen tersebut.

Reza pun melompat turun dari pangkin dan pergi mengambil surat yang di hulurkan oleh posmen. Alangkah gembira bukan kepalang bila rupanya dia telah menerima biasiswa bersama surat tawaran sambung belajar ke universiti.

Hasni tumpang gembira dengan kejayaan adiknya itu.

"Bila kau akan masuk ke universiti tu Reza?"

"Bulan hadapan kak. Nampak gayanya lepas ini mungkin jaranglah aku dapat pulang ke rumah. Sedih pula bila fikir sebelum ni arwah ayahlah yang rajin bertanya dan berharap sangat aku dapat tawaran dan biasiswa masuk ke universiti tu"ujar Reza.

Hasni termenung jauh buat seketika.

Reza mendapati wajah kakaknya seperti tidak begitu ceria.

"Kak..kenapa ni..muram aja.."

"Entahlah Reza..mula-mula arwah abang Joey sama arwah ayah pergi tinggalkan kita..lepas ni kau pula akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Kak rasa makin sunyi-sepi"

Reza pun mengusap di bahu kakaknya.

"Cuti panjang nanti Reza pasti balik. Bukan kita nak berpisah selamanya pun kak..oh ya,kak dulu kan kerja menyanyi..Reza rasa kalau kak bosan dan sunyi,mungkin kak boleh kembali aktif menyanyi semula kot.."cadang Reza.

Hasni termenung panjang. Memang ada terdetik di hatinya untuk kembali bergiat aktif semula di persada dunia nyanyian,namun dia sendiri pun masih belum ada kepastian akan hal itu.


_______________

SEBULAN KEMUDIAN...

Hasni membantu Reza memunggah beg bagasi pakaian dan barang-barangnya ke dalam van Pak Usu Talib iaitu suami makcik mereka, Latifah. Hari ini adik lelakinya itu akan bertolak ke universiti  untuk melanjutkan pelajarannya.

"Ada barang kau yang tinggal lagi ke Reza?"tanya Hasni.

"Tak ada kak..semua dah masuk dalam van"

Hasni dan adik lelakinya pun berpelukkan buat seketika.

"Rajin-rajin lah belajar nanti Reza"pesan Hasni.

"InsyaAllah kak..nanti bila ada cuti panjang,Reza pulanglah. Kak pun jaga diri baik-baik ya"

Hasni dan makcik nya melambai sehinggalah van yang di naiki oleh Reza telah berlalu pergi dan hilang dari penglihatan.


________________

MALAM itu bertempat di sebuah dewan,sebuah gig konsert rock telah di adakan. Para pengunjung telah berpusu-pusu datang untuk melihat band-band kegemaran mereka tampil membuat persembahan di pentas.

Kumpulan PRINCESS buat julung-julung kalinya akan tampil dalam gig tersebut bersama penyanyi baru mereka iaitu Asnita.

Suasana di konsert terbabit agak gegak-gempita dengan bunyi bingit muzik rock dan sorak jerit para penonton yang hadir. Band demi band naik ke pentas untuk mengambil giliran membuat persembahan.

Kumpulan PRINCESS pula masih di bilik persalinan mereka sedang membuat latihan warm-up sambil menunggu giliran mereka untuk naik ke pentas.

Asnita sedang duduk di meja yang terdapat cermin sambil menacap mekap. Penampilannya bersama PRINCESS agak jauh berbeza dari penampilan jelita seksi menjolok matanya saat bersama COIL NIKMATZ di suatu ketika yang lalu.

Sebagai penyanyi band Heavy metal,Asnita kini tampil dengan imej baru yang lebih rock dan garang! Rambutnya di dandan mengerbang dan berceracak tajam bagai bulu landak. Matanya pula di sapu sedikit celak.

Tubuh di sarung dengan jaket leather hitam dengan hiasan spikey berduri-duri. Berseluar leather hitam panjang dan ketat.

Dalam sebulan kebelakangan ini Asnita begitu sibuk membuat latihan dan persiapan bersama PRINCESS. Lagu-lagu dan lirik dari album kumpulan itu pun sudah di hafalnya dengan baik.

Tak lama kemudian tibalah giliran PRINCESS untuk naik ke pentas. Seorang kru dari pihak penganjur konsert datang ke bilik persalinan tersebut memanggil mereka.

"Okey your turn now PRINCESS"

"Orait!"

Lampu spotlight pentas bersimpang-siur. Sorakkan dan tepukkan penonton mulai bergema sejurus kelibat lima orang ahli kumpulan PRINCESS muncul di pentas.

Muzik heavy metal bawaan PRINCESS pun berkumandang. Julie dan Shanda selaku duo gitaris wanita mempamerkan kehandalan mereka menggoreng gitar solo yang berapi-rapi dan teknikal. Mika di bahagian bass serta Tiara selaku pemain drum. Dan sudah semestinya Asnita sebagai penyanyi kelihatan begitu lincah,garang dan bertenaga sekali.

Pengalaman di pentas bersama COIL NIKMATZ dahulu banyak membantu Asnita dalam mengendalikan persembahan di hadapan khalayak. Lagipun Asnita sendiri adalah peminat band-band Glam rock tahun 80-an. Jadi,tidaklah sukar baginya untuk mengadaptasi gaya dan lenggok bagi seorang penyanyi rock.

"BAGAI HALILINTAR
       MEMBELAH BUMI..
            RASAKAN GEGARAN..
                MUZIK SANG PUTERI

'KAMI PRINCESS!
       PENAKLUK PENTAS!
           TIADA MASA KECUNDANG
              KAMI ADALAH PEMENANG'

Begitu bait lirik lagu 'Penakluk Pentas' dari PRINCESS.


_______________

SUDAH lima bulan Hasni ketiadaan suami. Sekarang dia tinggal sendiri saja bersama dua orang anak kecil di rumah kampung itu semenjak adik lelakinya Reza melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sunyi benar Hasni rasakan. Bukan sekadar sunyi kerana ketiadaan orang di rumah,malah sunyi tanpa belaian seorang lelaki.

Bila sudah menjanda begini,rasa hendak beromen pun kembali membelai-belai dalam diri Hasni. Tiba-tiba gambaran rumah setinggan lama yang di sewanya dahulu pun muncul dalam benak fikiran Hasni. Setepatnya sewaktu dia bersekedudukkan dengan Ranjit Singh sekitar tahun 1988 dulu.

Bila di fikirkan semula yang dia juga pernah mengandung dan nyaris ada anak luar nikah dengan benggali gemuk itu,Hasni berasa naik berahi pula.

Menyesal pula Hasni rasakan bila dia kini sudah hilang konteks dengan Ranjit Singh. Nafsunya rasa tergiur mahu mengulangi maksiat itu lagi.

Kemudian dia teringatkan pula sewaktu dia bersekedudukkan dengan Maniam di kedai runcit berhampiran kawasan setinggan itu.

"Aduih seksinya kalau dapat repeat lagi dengan Ranjit atau Maniam..kalau nak pregnant sampai keluar anak lagi lima enam orang pun tak apa kot..dah janda kan"begitu kata hati Hasni.

Dek terlalu ikutkan rasa yang sedang bergelora itu,akhirnya Hasni pun memandu pulang ke pekan luar bandar yang telah lama di tinggalkannya itu.

Ranjit mungkin sudah hilang jejak,akan tetapi Hasni ada terlihat Maniam. Si pemuda india berambut afro itu masih lagi ada mengusahakan kedai runcit itu sampai kini.

Kemunculan Hasni secara tiba-tiba di kedai runcit itu benar-benar mengejutkan Maniam.

"Hasni?! awak apa khabar? Lamanya kita tak jumpa..bertahun dah"kata Maniam.


_______________

MALAM tu hujan turun lebat mencurah-curah menimpa ke bumbung atap zink kedai runcit papan yang di usahakan oleh Maniam.

Sesekali kedengaran bunyi guruh di langit.

Dalam bilik tidur di belakang kedai runcit itu,Hasni dan Maniam sedang hanyut bersebantal semahu-mahu.

Pelukkan dan kucupan bibir mereka kian lebat dan basah.

Mmmh..cupp..cupp...mmmh..

Katil bergoncang kuat di henjut bertalu-talu. Erangan berahi Hasni memecah suasana.

"Ahhh! Ohhh..ohhh!".

Berkali-kali Hasni inzal dan mencapai klimaks hingga bersimpang-siur pancutan basahnya tumpah di atas  katil. Basah,kuyup dan mendap di permukaan tilam. Bau hancing semerbak dan menyengat baunya.

Ini kali pertama Hasni kembali berzina lagi semenjak sudah bergelar janda anak dua. Bersama Maniam Hasni tersadai dan tidur bersepangkuan tanpa seurat benang hingga ke pagi.

Ketika terjaga dari tidurnya,Hasni dapati bau liur,hapak,hancing,lembab,basah dan melekit telah bercampur-baur kesemuanya menyisa di atas katil memberi satu macam aroma yang cukup maksiat dan seksi!

Puas!


______________

PAGI tu sekitar jam sebelas, Asnita telah pergi bertemu dengan ahli-ahli lain band PRINCESS di sebuah kawasan bazar di pekan. Dekat situ terdapat pusat perhentian bas Foh Hup Omnibus,gerai-gerai,warung,kedai dan sebagainya.

Kelibat Julie,Shanda,Mika dan Tiara di lihat sedang melepak di sebuah gerai mamak menjual rojak dan mee goreng.

Mereka pun melambai sejurus terlihat kelibat Asnita. Berseri-seri wajah Asnita. Mana tidaknya..hari ini mereka berlima akan duduk bersama dan membahagi-bahagikan wang bayaran yang di peroleh dari penganjur konsert yang di sertai oleh PRINCESS malam semalam.

"Eh korang dah lama sampai ke?"tanya Asnita sambil melabuhkan punggung di kerusi.

"Lama tak lamalah Nita..kita orang pun baru-baru je sampai ni..''balas Shanda.

"Okey so hari ni kita akan bahagi-bahagikan wang konsert yang sebanyak lima ratus ringgit tu kan?"tanya Asnita.

"Yup..alah duit tu dapatlah sorang sikit.."kata Julie.

"Lima ratus bahagi lima orang dapat lah seratus sorang..aih banyak jugaklah tu Julie"kata Asnita.

"Cara kita bayar tak ikut macam tu Nita.."kata Tiara si pemain drum.

"Haa?! habis tu bayar ikut cara macam mana pulak?"

"Kita kira siapa yang kontribut tulis lagu dan lirik,dialah yang dapat bahagian paling banyak..so dalam hal ni..Julie sama Shanda yang tulis kesemua lagu PRINCESS. Then aku sama Tiara pulak kontribut kat lirik.."kata Mika si pemain bass.

Wang pun di serahkan. Masing-masing mendapat bahagian sendiri. Tinggal lah berbaki seratus ringgit.

Asnita dah tersengih-sengih.

"Okey baki yang seratus tu untuk aku lah kan?"tanyanya.

"Sori Nita..baki tu pulak kita kena simpan dalam tubung band PRINCESS"kata Julie.

"Aik?tabung apa pulak ni?"

"Tabung tu untuk bayar duit minyak dan upah kepada driver yang hantar kita pergi balik ke mana-mana show termasuk carry kita punya equipments"kata Mika pula.

Kesudahannya wang yang tinggal hanya berbaki sebanyak dua puluh ringgit je.

"Takkan 20 ringgit je yang tinggal untuk aku?"soal Nita.

"Alah jadi lah tu Nita. Kau pun baru je sebulan join PRINCESS kan..nanti bila kita masuk studio untuk bikin album kedua,kau kontribut lah tulis lagu dan lirik..barulah masyuuk sikit"kata Julie.

"Dua puluh ringgit tu bolehlah buat makan rojak Nita..mee goreng mamak kat bazar perhentian bas ni pun sedap. Biar aku pesankan sepinggan untuk kau ya"kata Tiara.

Ketika ahli PRINCESS yang lain-lain telah minta diri dan beredar, Asnita pula masih duduk termenung panjang sendirian menongkat pipi sambil menyuap mee goreng mamak yang di pesankan oleh Tiara untuknya tadi.

"Ai bertuahnyalah dapat jadi penyanyi PRINCESS..show bagai nak rak..last-last dapat dua puluh ringgit je buat makan mee goreng mamak.."

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience