BAB 28:Tahun-tahun Kejayaan

Drama Series 3382

BAB 28:Tahun-tahun Kejayaan.

PAGI tu lepas sarapan,Hasni pun bersiap menyarung uniform baju kilang itu ke tubuh. Sudah lama uniform itu berada dalam simpanannya. Dengan uniform itulah yang di pakainya buat mengelabui mata jiran-jiran dan tetangga di kawasan rumah setinggan dalam menyembunyikan kerjaya sebenarnya sebagai penyanyi kelab malam.

Cuaca pagi ini agak baik. Lepas mengunci pintu rumah,Hasni pun membawa dua orang anak kecilnya ke rumah Mak Leha yang tinggal di kawasan setinggan itu juga.

Mak Leha lah yang akan menjaga Aimi dan Herrizal setiap kali Hasni keluar pergi bekerja. Sejak Aimi masih bayi lagi dia telah di jaga oleh Mak Leha. Malah Hasni akan membayar sedikit upah setiap bulan kepada Mak Leha.

Setelah menghantar dua orang anak ke rumah Mak Leha,Hasni pun bertolak ke pekan dengan memandu kereta Proton Saganya.

Seperti biasa pagi-pagi begini dia dan Asnita ada sesi latihan di studio Che Din dari jam 9 hingga jam 12 tengahari.

Studio syarikat rakaman Che Din Records ada dua tingkat. Ofis dan pejabat Che Din letaknya di tingkat satu. Di tingkat itu juga di tempatkan studio rakaman untuk artis-artisnya merakamkan album.

Bilik-bilik latihan muzik pula berada di tingkat dua. Di situ juga adalah tempat untuk para staf Che Din Records menghasilkan beberapa produk serta membuat cetakkan album-album artis di bawah naungan Che Din Records.


_____________

SETELAH cukup sebulan tempoh latihan yang di buat oleh Hasni dan Asnita,maka tibalah hari yang di tunggu-tunggu.

Bertempat di sebuah kelab malam haram,berlangsunglah sebuah acara comeback show buat kumpulan duo Coil Nikmatz. Para peminat bersesak-sesak membanjiri segenap ruang di dalam kelab.

Hasni dan Asnita tampil di pentas dengan pakaian seksi menjolok mata hingga riuh-rendah dengam suara peminat yang bersorak-sorak.

Lagu-lagu lama dari album pertama Coil Nikmatz seperti 'Godaan Maksiat',Pancut!,Durex Cinta dan lain-lain kembali di persembahkan di hadapan khalayak.

Ternyata gandingan duo Hasni dan Asnita masih lagi lincah bertenaga seperti dulu-dulu juga. Nyanyian dan tarian seksi mereka masih mampu membelalakkan mata setiap pengunjung dalam kelab terbabit.

Comeback show yang berlangsung selama satu jam itu berakhir dengan jayanya. Tepukkan dan sorakkan peminat begitu bergemuruh sepanjang masa.

Tiket pada malam itu di katakan habis terjual dan sold out sehingga ada sebahagian peminat yang kecewa kerana tidak berpeluang menyaksikan persembahan comeback tersebut.

Walhasilnya pada malam itu sahaja Hasni dan Asnita pulang dengan membawa hasil wang yang agak lumayan.

Dengan kembalinya Coil Nikmatz ke arena pentas bawah tanah itu maka bermulalah kembali perjalanan seni mereka secara rasminya.

Undangan show mulai datang bertalu-talu. Hampir tiada satu malam pun Hasni dan Asnita dapat berehat atau bercuti. Dari kelab-kelab malam sekitar pekan luar bandar tempat tinggal mereka sehinggalah di kelab dekat sekitar bandar dan ibukota. Semua undangan itu pasti mereka penuhi.

Asnita sudah berhenti kerja sebagai tukang masak di kedai mamak MBH. Selain sibuk dengan Coil Nikmatz,Asnita juga telah menjadi seorang lirisis atau penulis lirik upahan di Che Din Records.

PADA penghujung tahun 1992,sekitar bulan november,Coil Nikmatz telah merilis album kedua mereka. Kali ini mereka membawa pembaharuan dengan mempertaruhkan tiga buah lagu berbahasa Inggeris. Dengan simpanan pendapatan yang agak lumayan,Hasni dan Asnita telah mampu mengeluarkan modal sendiri untuk pembikinan album kedua mereka. Pada waktu inilah kumpuan duo itu telah mulai melangkah maju ke persada arena Asia.

Hasni dan Asnita pada ketika itu agak sibuk berulang-alik ke luar negara dalam siri jelajah asia. Nama Coil Nikmatz mula di kenali di kelab-kelab malam di Indonesia,Singapura, Thailand,Filipina dan banyak lagi.

Tahun 93 menyaksikan kepadatan jadual persembahan Coil Nikmatz di negara-negara Asia. Populariti mereka mula mekar dan menyebar luas hingga ke Australia.

Sekitar bulan Julai dalam tahun itu juga Coil Nikmatz telah berangkat ke Tokyo Jepun setelah mendapat undangan dari sebuah kelab ternama di sana.

Hasni dan Asnita berasa amat terkejut kerana persembahan mereka di Tokyo itu telah mendapat sambutan yang amat luar biasa. Ini di susuli dengan permintaan agar Coil Nikmatz merakam satu atau dua lagu yang di petik dari album mereka untuk versi bahasa Jepun.

Che Din Records dengan kerjasama sebuah syarikat rakaman di Tokyo akhirnya telah mencapai persetujuan untuk tujuan tersebut.

Hasni dan Asnita telah di bawa ke studio rakaman di Tokyo untuk merakam kembali lagu popular mereka ke dalam versi lirik bahasa jepun. Mereka juga turut merakam sebuah lagu single baru berbahasa jepun untuk edaran pasaran di sana.

Kejayaan demi kejayaan benar-benar telah mengubah status sosial hidup Hasni dan Asnita. Kedua-dua mereka sudah mampu menikmati hidup mewah dengan membeli rumah kediaman dan mulai menceburi dunia perniagaan.

Ini juga adalah tahun bahagia bagi Asnita apabila dia berkahwin dengan Dato' Manaf iaitu seorang ahli perniagaan dan pelayar di lautan. Asnita mengenali suami barunya itu di saat Coil Nikmatz mengadakan show di dalam kapal cruise mewah milik lelaki terbabit.

Dalam tahun 1994,Coil Nikmatz masuk ke studio dan menjalani sesi rakaman album ketiga mereka. Berikutan kejayaan mereka menembusi persada Asia,mereka kini berani mempertaruhkan lebih banyak lagu Inggeris di dalam album ketiga.

Kejayaan album ketiga telah membawa Coil Nikmatz terbang lebih jauh merentasi lautan luas hingga menembusi benua Amerika Latin.

Kelab-kelab malam di Brazil amat senang dengan muzik pop lucah bawaan Coil Nikmatz. Buktinya mereka di undang lebih kerap ke sana.

Ini adalah tahun yang amat sibuk bagi Hasni dan Asnita. Berulang-alik ke luar negara dan kerap pula berjauhan dengan anak-anak. Namun segalanya berjalan lancar kerana mereka juga telah berkemampuan melantik dan menggajikan orang untuk menguruskan anak-anak dan perniagaan di tanah air.

Tahun 94 juga adalah tahun duka bagi Hasni dan Asnita. Sekitar bulan Julai,sewaktu mereka baru pulang dari Afrika Selatan setelah menjayakan undangan show di sana,mereka telah di kejutkan dengan pemergian Che Din akibat di serang sakit jantung di rumahnya.

Seluruh warga di Che Din Records amat terkejut dan bersedih. Hasni dan Asnita lah yang paling berduka pada ketika itu. Betapa banyak jasa Che Din yang telah bersusah payah mengetengahkan bakat mereka dahulu sehingga mereka mencapai kejayaan pada hari ini.

TAHUN 1995 berakhirlah road tour album ketiga Coil Nikmatz. Maka dengan itu juga tibalah masanya untuk Hasni dan Asnita berehat buat seketika dari dunia seni dan menumpukan kepada bisnes dan kehidupan peribadi.

Hasni berangkat ke Nigeria bersama kekasihnya seorang lelaki negro yang di kenali sebagai Mbabane. Lagipun sewaktu road tour album ketiga Coil Nikmatz sudah hampir di penghujungnya,Hasni sudah pun berbadan dua.

Tujuannya ke Nigeria pun adalah kerana ingin membuka perniagaan baru di sana selain ingin bersekedudukkan dengan Mbabane dan melahirkan bayi di sana.

Asnita pula agak sibuk menguruskan pelabagai cawangan bisnes suaminya. Dalam pada masa yang sama,Oleh kerana suaminya itu kuat berlayar dan jarang ada di tanah air,Asnita juga secara senyap-senyap sudah mulai hanyut main kayu tiga.

Melalui bantuan seorang ejen sindiket kad pernikahan palsu,Asnita telah berjaya memiliki sijil pernikahan palsu yang membolehkannya bersekedudukkan luar nikah dengan pasangannya iaitu seorang lelaki berstatus suami orang.


______________

LANGIT pagi membiru indah di kawasan perumahan taman itu. Suasana masih belum berapa hendak terang. Asnita masih tidur nyenyak tanpa seurat benang di pangkuan pasangannya,Encik Kamarudin.

"Mmmmh..."

Asnita terjaga sambil menggeliat dan menguap. Rambutnya kusut-masai bersama pelbagai hiasan seperti reben dan bunga.

Dia tersenyum puas melihat kesan pancutan yang melembab basah di atas permukaan tilam dengan bau yang hancing menyengat lalu bangun dan mengucup ke pipi Kamaruddin. Malam tadi Asnita dan lelaki itu hanyut sehanyut-hanyutnya lepas bersekedudukkan di atas katil besar itu.

Buat seketika ini statusnya yang masih lagi isteri kepada Dato' Manaf terpaksa di pejamkan sebelah mata sahaja.

Lepas mandi Asnita pun mengenakan sepasang baju kurung lalu turun ke tingkat bawah dan pergi menyiram bunga-bunga di halaman rumah.

"Hai Encik Borhan..pergi kerja ke?"sapa Asnita pada suami jiran sebelah yang baru hendak bertolak. Selendang di kepala pun di betul-betulkan sedikit.

"Aah Nita..suami awak mana?"

"Tengah membuta lagi..dia masuk kerja lewat kan.."

"Ohh iyalah..hm saya pergi dulu"

"Hati-hati"

Asnita tersenyum sambil melambai. Dia berterima kasih betul dengan ejen sindiket pembuat sijil nikah palsu itu kerana kini dia bersama lelaki suami orang itu dapat bersekedudukkan seperti suami isteri dengan lebih lancar dan selamat.


______________

SEMENJAK pemergian Che Din,syarikat rakaman beliau telah di terajui oleh anak lelakinya sendiri iaitu Kamal Din. Di sinilah juga bermulanya era keretakkan dan kejatuhan Che Din Records.

Kamal Din telah membuat dasar-dasar baharu yang menyebabkan ramai artis dan band yang bernaung bawah syarikat Che Din Records tidak berpuas hati.

Tidak setakat di situ sahaja,malah semenjak syarikat rakaman itu di terajui oleh Kamal Din,banyak album-album artis Che Din Records telah menjadi mangsa pasaran cetak rompak.

Album Coil Nikmatz juga telah turut menjadi mangsa. Hasni bergegas pulang dari Nigeria setelah mendapat tahu akan hal tersebut dari Asnita.

Coil Nikmatz bersama artis-artis lain Che Din Records telah mengesyaki hal cetak rompak itu terjadi semenjak Kamal Din membuat dasar untuk memegang hak menyimpan master tape dari setiap album artis-artis bawah naungan Che Din Records.

Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Usaha yang di ambil oleh Hasni dan Asnita bersama persatuan artis Che Din records dalam mengupah penyiasat telah berjaya membongkar sindiket lanun cetak rompak yang dalangi oleh Kamal Din sendiri.

Sebagai pemegang hak terhadap master tape para artis dari Che Din Records,Kamal Din telah membuat keuntungan berlipat ganda dengan bekerjasama bersama para lanun cetak rompak.

Beliau akhirnya telah kecundang ke tangan pihak berkuasa dan di hadapkan ke muka pengadilan. Hak pemegang master tape pun di pulangkan kembali ke tangan para artis.

Hasni dan Asnita telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Che Din Records dan menubuhkan syarikat rakaman mereka sendiri.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience