BAB 17:Dua Tahun Berlalu.
JARAK dari bandar tempat tinggalnya bersama suami dan dua orang anak hendak ke pekan luar bandar itu mengambil masa kira-kira empat puluh minit perjalanan berkenderaan.
Akhirnya kereta Proton Saga yang di pandu sendiri oleh Hasni tiba juga di kawasan perumahan setinggan yang sudah hampir setahun di tinggalkannya itu. Hasni tidak lagi duduk di rumah setinggan itu. Dia berpindah sejurus lepas berumahtangga dulu. Hasni juga telah masuk ke kelas memandu dan lulus ujian dan mendapat lesen tak lama kemudiannya.
Kereta itu pula adalah kereta milik suaminya.
Hari ini bulan Mac tahun 1990,Hasni kembali menjejakkan kakinya ke tempat yang telah banyak meninggalkan kenangan dalam hidupnya. Sekitar dua tahun lalu..pada tahun 1988..di sinilah tempat tinggal Hasni. Waktu itu hidupnya terumbang-ambing lepas melahirkan Aimi. Kemudian dia bersekedudukkan luar nikah pula dengan Ranjit Singh hingga berbadan dua lagi namun mujur dia keguguran bayi tersebut,pada tahun itu juga dia bekerja sebagai pelayan di kelab,berkenalan dengan Asnita sebelum sama-sama berkecimpung dalam dunia seni hiburan bawah tanah.
Hari ini lepas dua tahun,segalanya mulai berubah. Walaupun bahagia kerana sudah berumahtangga,bersuami dan memiliki dua orang anak,namun ada yang menyedihkan hatinya. Hubungannya dengan Asnita pula menjadi renggang.
Baru kelmarin dia bercakap dengan Asnita di dalam talian sebelum panggilan itu berakhir dengan suasana dingin. Hasni bimbang kalau dia akan kehilangan Asnita yang sudah di anggap seperti kakaknya sendiri.
Sebab itu dia kembali semula ke pekan luar bandar ini. Hajatnya mahu pergi bertemu dengan Asnita,bersua muka dan bercakap dari hati ke hati.
*****
TUKK! TUKK! TUKK!
Pintu rumah kampung dua tingkat dekat jalan masuk hendak ke rumah-rumah setinggan itu pun di ketuk sambil Hasni memberi salam.
"Assalamualaikum...Mak Embun! ohh Mak Embun!"
"Waalaikumsalam!"balas suara seorang wanita dari dalam rumah sebelum pintu di buka.
Mak Embun iaitu makcik tuan punya rumah setinggan yang di sewa Hasni dulu pun terpacul.
"Eh Hasni rupanya.. masuklah Has..'
"Apa khabar Mak Embun?'Hasni menyalam tangan Mak Embun.
Dulu sewaktu majlis perkahwinan Hasni di adakan dekat kampung,Mak Embun juga turut di undangnya datang sekali.
"Baik...Mak Embun baik-baik aja. Eh kau sorang aja yang datang Has? Suami engkau si Joey mana? dia tak datang sekali?"
"Abang Joey sibuk sikit lah Mak Embun. Kami pun baru aja pindah rumah. Banyak kerja nak buat di rumah tu"
"Ohh iyalah.."
Sambil duduk bersembang minum teh dan goreng pisang,rancaklah Hasni bersembang dengan bekas makcik tuan punya rumah sewa itu.
"Lapang dada Mak Embun tengok kau dah bersuami dan ada dua anak sekarang. Dah boleh bawa kereta pun sekarang"
"Haha biasalah Mak Embun. Eh rumah sewa yang Has duduk dulu siapa yang tinggal sekarang?"
"Tak ada sesiapa. Masih kosong. Kenapa? Kau berminat nak tinggal kat situ lagi ke?"
"Tak adalah Mak Embun..saja tanya aja"
SEJURUS pulang dari rumah Mak Embun, Hasni pun memandu keretanya ke suatu alamat perumahan flat. Hajat kedatangannya ke situ adalah untuk pergi bertemu dengan Asnita. Hasni pernah bertandang ke rumah Asnita beberapa kali dahulu. Jadi,tidaklah sukar baginya untuk dia mencari rumah tersebut.
Pintu pun di ketuk beberapa kali.
TUKK! TUKK! TUKK!
"Kak Nita! Oh Kak Nita!"
Tiada jawapan.
Hasni terus menunggu dan mengetuk beberapa kali lagi sambil berteriak memanggil Asnita. Masih tiada juga jawapan.
"Aih..kak Nita tak ada kat rumah ke ni?"
Akan tetapi di lihatnya tingkap rumah Asnita terbuka. Biasanya janda anak dua itu tidak pernah lupa menutup tingkap kalau hendak keluar ke mana-mana.
Sementara itu Asnita sebenarnya memang ada di dalam rumah. Cuma dia enggan membuka pintu dan bertemu dengan Hasni. Dia merasakan betapa Hasni itu sudah berubah semenjak dia telah berumahtangga.
Asnita tahu tiada gunanya Hasni datang bertemu dengannya lagi sekiranya jawapannya tetap sama seperti sewaktu mereka bercakap di dalam telefon kelmarin.
"Has tahu kak Nita ada kat dalam rumah tu kan? Bukalah pintu ni kak. Janganlah buat kat Has macam ni. Dari jauh Has datang nak jumpa kak Nita!"teriak Hasni dari luar.
Akhirnya Asnita pun membalas dari dalam rumah.
"Tak ada gunanya awak datang Hasni. Awak dah berubah sekarang ni. Dah tak macam dulu lagi"
"Berubah macam mana?"
"Iyalah sejak awak dah ada suami ni..awak masih sanggup lagi ke nak keluar malam-malam pergi buat show kat kelab? Cubalah tanya kat diri awak sendiri. Rasanya dah tak lagi kan? Buat apa nak bersusah-payah menyanyi kat kelab kalau sudah bersuamikan artis popular dan agak berada..baik duduk-duduk kat rumah main-main sama baby je"
Hasni terkedu dan hilang kata-kata.
"Lagipun awak dan suami kan dah berpindah ke bandar. Jauh kalau awak nak berulang-alik ke pekan ni. Keadaan pun dah tak sama lagi..dulu awak menyewa kat setinggan tu..dekat dengan pekan..mudah nak ke studio Che Din..sekarang dah berbeza..Lupakan aja lah Hasni..anggap saja Coil Nikmatz telah sampai ke penghujungnya"kata Asnita lagi.
Air mata pun mengalir di pipi Hasni.
"Tapi Has tak mahu berpisah dengan kak Nita!'teriak Hasni bersama linangan air mata. Dia pun menangis dengan sejadi-jadinya.
Pintu rumah flat itu pun terbuka. Asnita terpacul keluar lalu memeluk Hasni dengan perasaan sayu. Seraya terdengar suara tangisan Hasni,terus hatinya menjadi lembut.
"Kehidupan memang macam ni lah Has..ada suka-duka,pertemuan dan perpisahan..kelmarin akak memang terkilan dan kecewa..tapi hari ni akak tak akan salahkan Has lagi"kata Asnita.
Hasni kurang mengerti dengan maksud Asnita. Akan tetapi dia perasan Asnita sudah siap menyarung tubuhnya dengan uniform pekerja kilang dan tudung serkup sepertimana yang biasa di pakai oleh minah-minah kilang pada tahun 80an ke 90an.
"Kak..Kak Nita kenapa pakai macam ni?"tanya Hasni sejurus tangisannya yang lebat tadi kembali reda.
Asnita pun serahkan suatu surat kepada Hasni.
Setelah di baca,tahulah Hasni bahawa Asnita sudah mendapat tawaran bekerja sebagai operator kilang.
"Bi..bila ni? Kak Nita tak tinggal sini lagi ke lepas ni?"
Asnita mengesat air mata yang berlinangan di pipi. Memang berat baginya hendak meluahkan apa yang terbuku di dalam dadanya.
"Hari ni kak Nita akan bertolak ke Penang. Dapat tinggal di asrama. Mungkin cuti baru dapat balik ke sini.."
Hasni melihat beg dan kain baju Asnita pun sudah siap di bungkus baik-baik. Hatinya menjadi sayu. Tahulah dia bahawa perpisahan itu memang tidak dapat lagi di elakkan.
"Tak boleh buat apa lagi Has..desakkan hidup memaksa.."kata Asnita sayu.
"Habis tu anak-anak kak Nita bagaimana?"
"Akak dah hantar mereka tinggal di kampung dengan mak akak"
Hasni pun menangis lagi dengan sejadi-jadinya. Nampak gayanya bukan sahaja impian hidupnya untuk melangkah ke persada seni antarabangsa bersama Coil Nikmatz sudah berkecai menjadi abu,malah dia dan Asnita juga akan berpisah.
PINN!
Sebuah van kilang sudah tiba di perkarangan parkir bawah rumah flat itu. Setelah mengunci pintu,Hasni pun membantu menjinjing beg pakaian Asnita turun ke tingkat bawah.
"Semoga kita dapat bertemu lagi nanti Has.."kata Asnita.
Hasni hanya mampu mengangguk sambil mengesat air mata yang berlinangan lebat dengan kolar bajunya.
Asnita pun masuk ke dalam van kilang yang akan membawanya ke Penang.
Hasni tercegat sambil melambai sehinggalah van itu sudah bergerak pergi dan hilang dari pandangan. Sayunya perasaan di ketika itu tidak dapat di ungkap dengan kata-kata.
Ketika Hasni mendongak tinggi ke langit biru,kenangan suka-duka bersama Asnita seakan bermain kembali di ruang matanya.
Selepas ini tiada lagi dia akan mendengar derai tawa dari Asnita. Gelagat nakal dan lucunya itu akan tetap Hasni kenang sampai bila-bila.
__________________
DUA TAHUN KEMUDIAN...Bulan Jun tahun 1992.
Pagi itu langit kelihatan kelam dan mendung. Suasana agak berangin dan sejuk. Lepas sarapan,Hasni sibuk membantu suaminya memunggah beg bagasi pakaian ke dalam bonet kereta.
Hari ini Joey Adli akan bertolak ke airport bersama anggota kumpulan rock Jengking Kala. Dari sana mereka akan menaiki kapal terbang berlepas ke Indonesia. Band itu di jadualkan akan membuat persembahan di Jakarta.
Aimi yang kini berusia empat tahun telah petah berkata-kata. Di saat melihat ibu dan ayahnya sibuk memunggah barang,dia pun berlari riang mendapatkan mereka.
"Ayah..ayah nak pergi mana?"
Joey pun mendukung anak sulungnya itu.
"Ayah nak pergi ke Jakarta. Aimi duduk rumah jaga ibu dan adik ya"
"Baik ayah..Aimi boleh jaga ibu sama adik"
"Hahaha,tapi Aimi kecik lagi..macam mana nak jaga ibu sama adik?"tanya Hasni sebelum dia dan suaminya tertawa.
Kanak-kanak lelaki itu terpinga-pinga.
Hujan mulai turun rintik-rintik.
"Eh dah hujan ni..abang kena pergi dulu Has..jaga anak-anak ya?"
"Baik abang. Hati-hati memandu tu ya?"kata Hasni sambil berpeluk cium tangan dengan suaminya.
Joey pun mencium dua orang anak kecilnya. Wajahnya tidak pula nampak ceria seperti selalu.
"Kenapa abang?"tanya Hasni yang turut menyedari akan kelainan pada air muka suaminya.
"Entahlah Has..tak tahu kenapa hati abang rasa macam berat pula nak tinggalkan rumah. Mmh mungkin perasaan aja kot. Tak apalah..abang pergi dulu"
Hasni melambai sehinggalah kereta suaminya telah jauh dan hilang dari penglihatan. Dia pun menutup pintu pagar dan masuk ke dalam rumah bersama dua orang anak.
Hujan pagi turun dengan lebat. Hasni terlelap di sofa ruang tamu.
Lebih kurang setengah jam kemudian,dia pun terjaga dari lelapnya apabila terdengar bunyi hon kereta di luar pagar rumah. Hasni pun bangkit dan pergi melihat.
Rupanya ada kereta polis sudah tiba di hadapan rumah. Dua orang anggota polis turun dan memanggil dari luar pagar. Hasni pun keluar bersama seutas payung.
"Assalamualaikum..ini rumah Encik Johari Adli ke?''tanya pegawai polis itu dengan menyebut nama sebenar Joey Adli.
"Ya..ya..saya Hasni..isteri Johari. Ada apa tuan?"
"Begini Puan Hasni..mohon puan bertenang dan bertabah. Suami Puan terlibat dengan suatu kemalangan ngeri dekat lebuhraya. Kereta beliau remuk di langgar treler kontena"
"Apa?!!"
SETIBANYA Hasni di lokasi kemalangan ngeri itu dengan menaiki kereta polis,di lihatnya orang ramai sudah berkerumun. Sebuah lori treler kontena panjang terbalik di atas jalanraya. Manakala kereta yang di naiki oleh suaminya Joey Adli remuk dengan teruk sekali. Anggota bomba sedang bertungkus-lumus mengeluarkan jasadnya yang terpelesuk di dalam kenderaan tersebut.
Joey Adli di sahkan telah meninggal dunia. Hasni terasa dunia ini seperti gelap-gelita buat seketika.
"Bang..abaaaaaang!!''kuat jeritan Hasni memecah suasana bersama linangan air mata. Patutlah pagi tadi dia menyedari akan kelainan pada air muka suaminya. Rupanya itu suatu petanda yang dia akan pergi buat selamanya.
Pihak polis terpaksa menenangkan Hasni sebelum wanita itu pengsan.
BERSAMBUNG....
Share this novel