“Abang, ni serius ke nak tengok wayang?” Bella memandang tiket dalam tangan sambil mengangkat kening.
Luth senyum . “Kalau tak serius, abang dah ajak tengok berita malam kat rumah.”
Bella ketawa kecil. “Aduh, klasik sangat tu.”
Mereka berdiri di hadapan panggung, tangan Bella sudah dipegang erat Luth. Sejak Bella pulang senyap-senyap, Luth tidak mahu lepaskan peluang walau sejam. Dia tahu, tak lama lagi Bella akan kembali ke asrama dan dia akan kembali rindukan suara manja yang memanggilnya ‘abang’ setiap pagi.
“Abang beli seat tengah dan belakang. Tak payah tengok kepala orang,” ujar Luth sambil membawa Bella ke dalam dewan panggung.
Bella duduk sambil menyusun popcorn dan air di riba. “Abang nak tengok cerita ni sebab apa? Heroin cantik ke?”
“Tak.”
“Pelakon lelaki hensem?”
“Lagi lah tak.”
“Jadi?”
Luth telan air liur dan senyum perlahan. “Sebab… heroin abang hari ni duduk kat sebelah ni. Dan abang nak ingat senyum dia sepanjang cerita.”
Bella geleng kepala. “Berani sangat ya sekarang?”
Luth hanya menayang gigi.
Dalam gelap panggung, filem mula dimainkan. Tetapi di hati Luth, hanya satu babak yang benar-benar penting wajah Bella yang sesekali merenung skrin dengan fokus, ketawa kecil dengan babak kelakar, atau menyandar sedikit ke sisi bila suhu dalam dewan mula sejuk.
Tanpa sedar, Luth buka jaket yang dipakai dan selimutkan separuh badan Bella.
Bella pandang Luth, terkejut.
Luth bisik, “Sejuk.”
“Tapi abang nanti”
“Abang tahan. Biar abang yang sakit, janji Bella selesa.”
Bella menggigit bibir, menahan senyum. Perlahan, tangannya menggenggam hujung jaket yang menutupi lengannya.
Dalam diam… hatinya pun sudah berbunga-bunga.
Selepas selesai menonton wayang, mereka duduk di kafe kecil dalam mall.
“Abang…” Bella bersuara sambil mengacau air coklat panas.
“Hmm?”
“Kalau Bella jauh nanti… abang jangan berhenti tunggu Bella, boleh?”
Luth terdiam seketika. Kemudian dia letakkan telefon ke tepi dan genggam tangan Bella atas meja.
“Abang tak pernah tunggu. Abang simpan. Sebab Bella bukan benda yang abang tunggu . Bella… ada dalam setiap langkah abang. Cuma sekarang… jarak tu buat abang belajar sabar.”
Bella pejam mata.
“Abang…”
“Hmm?”
“Jangan bagi orang lain duduk tempat ni.” Bella tunjuk kerusi yang dia duduk tadi dalam panggung wayang.
“Tempat tu dah ‘reserved for life’ sejak dulu.” Luth senyum, main-main.
“Forever?”
“Forever-ever.”
Malam itu sebelum masuk, Luth menunggu dalam kereta, enggan masuk.
“Kenapa tak nak masuk?”
“Abang nak ingat Bella turun kereta pakai baju sweater besar ni… rambut lepas, senyum separuh malu. Nanti bila abang rindu, abang ingat malam ni.”
Bella toleh dengan senyuman. “Abang ni… drama sangat.”
“Yelah. Drama abang, pelakon utama Bella.”
Bella menggeleng perlahan. Tapi sebelum pintu ditutup, dia sempat pusing:
“Abang… I love you ”
Pintu tertutup sebelum Luth sempat membalas.
Tapi senyumnya malam itu… panjang sangat. Sampai ke mimpi.
Usai makan tengah hari keesokannya. Bella dan Luth duduk bersebelahan di meja ruang rehat rumah. Di hadapan mereka terbentang buku planner, alat tulis berwarna, dan sticky note bentuk hati yang Bella bawa pulang dari asrama.
“Okay, jadual Bella penuh minggu depan,” ujar Bella sambil menanda dengan pen merah. “Tapi Bella nak sisip masa juga untuk call abang.”
Luth sebelahnya hanya mengangkat kening. “Sisihkan masa ke, sisihkan abang?”
Bella menjeling. “Kalau Bella sisihkan abang, abang merajuk sampai minggu depan.”
“Betul pun.”
Bella menahan tawa sambil terus mencatat. “Kelas hari Isnin sampai Jumaat. Study group malam Rabu. Hari Sabtu buat latihan… dan…”
“Dan apa?”
“Hari Ahad – masa untuk abang Luth,” kata Bella sambil sengih.
Luth cuba sorok senyuman. Tapi dalam hati, dia rasa lega. Bahagia.
“Set appointment macam doktor je. Nak letak jam berapa?”
Bella pura-pura fikir. “Hmm… 2 petang sampai 3 petang cukup?”
“1 jam je?” Luth merenung sambil menyilangkan tangan. “Amboi. Sayang sangat la tu.”
Bella cepat-cepat tambah, “2 petang… sampai bosan.”
“Tak akan bosan.”
Sebelum sempat Bella membalas, Bibik muncul membawa dulang minuman.
“Ni air sirap bandung untuk dua orang merpati sejoli ni.”
“Bibik!” Bella terkejut sampai hampir tertumpah sticky note di pangkuannya.
Luth tersengih. “Bibik pun tahu.”
“Bibik dengar kamu gelak dua-dua tadi macam dalam drama,” kata Bibik bersahaja sebelum berlalu pergi.
Bella menekup muka. “Abang! Tengoklah Bibik tu!”
“Tak payah cover la. Memang betul pun.”
“Abang ni suka sangat kenakan Bella.”
Luth tarik planner dari Bella dan periksa jadual tadi. “Okay. Jadi masa abang boleh kacau Bella ialah… hari-hari.”
“Abang!”
“Mana boleh seminggu sekali. Abang boleh datang waktu study group, jadi penanda whiteboard.”
“Tak perlu!” Bella sudah ketawa sampai terduduk menyandar.
Tiba-tiba Luth duduk tegak dan pandang Bella dengan nada sedikit serius.
“Bella…” suaranya jadi lembut tapi tegas.
“Hmm?”
“Promise satu benda dengan abang.”
“Apa dia?”
“Jaga diri bila Bella jauh nanti. Jaga hati juga. Jangan bagi orang lain duduk tempat abang.”
Bella terdiam seketika. Tapi kemudian angguk perlahan.
“Bella Cuma perlukan seorang je pun…”
“Siapa?”
“Abanglah. Siapa lagi?”
Luth senyum puas. Tapi masih nak kenakan Bella juga.
“Jadi… boleh tak Bella panggil abang sayang?”
Bella pura-pura berfikir lama.
“Hmm… tak boleh.”
“Kenapa?”
“Sebab nanti abang cair. Siapa nak susun jadual Bella?”
Mereka berdua tergelak dalam ruang rehat itu, tempat paling sederhana, tapi menjadi saksi cinta yang paling tulus dan manja antara dua hati yang saling menyimpan, saling menyayangi, dan kini saling melepaskan perlahan demi masa depan.
Pagi itu, matahari malu-malu menyinar. Langit bersih. Suasana rumah terasa lebih tenang daripada biasa tapi bukan kerana hari minggu.
Kerana ini hari terakhir Bella di rumah, sebelum dia pulang ke asrama.
Bella duduk di meja makan sambil menghirup Milo panas yang Datin Marlia tinggalkan sebelum mereka keluar menghadiri jemputan kenduri. Hanya tinggal Luth dan Bella di rumah. Sunyi.
Luth masuk dari dapur, mengikat apron biru gelap. “Abang buatkan sarapan special hari ni.”
Bella angkat kening. “Sejak bila abang reti buat sarapan?”
“Sejak abang ada alasan nak pujuk orang jangan balik asrama cepat sangat,” jawab Luth sambil senyum senget.
Bella tunduk, senyum juga sedikit sayu.
Lima belas minit kemudian, mereka duduk menghadap pinggan masing-masing. Luth gorengkan roti telur dan sediakan salad telur buat pertama kali.
“Hmm, okaylah. Lulus sikit lagi nak kahwin,” gurau Bella.
Luth menjeling. “Kalau Bella nak tunggu abang masak power baru kahwin, 2035 baru jadi pengantin.”
“Takpe. Bella tunggu,” jawab Bella ringkas dengan nada rendah, tapi menggegar jantung Luth.
Usai makan, mereka duduk di beranda. Bella bertinggung di tangga, memandang pokok-pokok bunga yang mula berbunga sejak musim panas lalu.
Luth menyandar di dinding, memandang gadis yang kini makin dewasa itu dengan diam.
“Bella…” suara Luth akhirnya memecah sunyi.
“Hm?”
“Nanti dekat kampus… kalau rasa penat, sedih, tertekan… jangan lupa call abang.”
“Bella takut ganggu abang kerja.”
“Tak ganggu. Malah abang tunggu.”
Bella tersenyum lemah. “Bella cuba.”
Luth mendekat, duduk di anak tangga di sebelah. “Dan satu lagi.”
“Ya?”
“Jangan simpan rindu. Kalau rindu… cakap.”
Bella ketawa kecil. “Kalau hari-hari rindu, abang tak bosan ke dengar?”
“Kalau tak dengar suara Bella sehari… itu lagi buat abang tak tenang.”
Bella diam. Lalu angguk perlahan. “Baik.”
Mereka sama-sama pandang langit. Burung sesekali melintasi awan biru. Di dada Bella, perasaan sayu mula mengisi ruang.
“Abang…” Bella bersuara perlahan. “Nanti abang janji, kalau Bella makin jauh… abang tarik semula.”
Luth pandang Bella dengan mata yang mula berkaca. “Abang tak akan biar Bella hilang. Kalau Bella makin jauh, abang kejar.”
“Kalau Bella sesat?”
“Abang cari.”
“Kalau Bella hilang arah?”
“Abang tunggu dan jadi arah tu.”
Bella tunduk. Air mata mula bergenang tapi dia sapu sebelum menitis.
“Abang…” Bella pandang Luth kali ini penuh makna. “Terima kasih.”
“Untuk apa?”
“Untuk sentiasa jadi rumah Bella… walaupun Bella merajuk macam budak kecil.”
Luth senyum, angguk perlahan. “Sebab awak memang budak kecil. Budak kecil yang abang sayang…”
Sebelum suasana jadi terlalu emosi, Bella bangun. “Jom tolong angkat beg keluar kereta. Nanti driver sampai lambat Bella lambat balik asrama.”
“Abang hantar Bella.”
“Eh?”
“Driver cuti. Abang cutikan dia.”
Bella kerut dahi. “Saja nak luangkan masa last-last ke?”
Luth mengangguk. “Sebab nanti, abang yang akan kira hari untuk Bella balik semula.”
Dalam perjalanan, kereta bergerak perlahan di bawah redup awan petang. Lagu dari radio kedengaran perlahan Luth tak banyak bersuara, hanya sesekali melirik Bella di sebelah.
Bella pula memandang keluar jendela, menyimpan sejuta rasa dalam diam. Hujung jarinya bermain dengan hujung tudung. Hatinya berat, tapi dia berlagak biasa.
“sayang diam je…” tegur Luth akhirnya.
“Rasa macam tak nak sampai,” jawab Bella perlahan, jujur.
Luth senyum kecil. “Kalau boleh, abang nak patah balik. Kita batalkan kelas, buat cuti seumur hidup.”
Bella ketawa kecil, menoleh ke arahnya. “Kalau boleh, Bella pun nak jadi penghuni tetap rumah. Tapi... masa kita belum sampai lagi.”
“Janji dengan abang satu benda.”
“Apa dia?”
“Jangan lupakan abang. Dan... jangan jatuh hati dengan orang lain.”
Bella senyum, tapi tak jawab.
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di kawasan asrama. Luth bantu bawa beg Bella hingga ke depan pintu asrama. Masih tiada pelajar lain yang kelihatan sunyi, tapi indah.
“Abang balik dulu ya?” tanya Luth, berdiri tegak di hadapan Bella.
Bella angguk perlahan. Tapi saat Luth berpaling, Bella panggil perlahan. “Abang...”
Luth toleh.
Bella hampiri selangkah. “Nanti kalau Bella tak jawab call, abang cari Bella macam dulu?”
Luth senyum. Dia angguk. “Selagi Bella tak halau abang dari hati... abang tetap datang cari.”
Bella tunduk. “Bella tak pernah halau pun... cuma kadang-kadang, Bella takut.”
Luth angkat dagu Bella perlahan dengan jari. “Abang pun takut. Tapi cinta takkan hidup kalau kita asyik lari.”
Senyap.
Lalu, Luth hanya letakkan tapak tangan di atas kepala Bella, satu sentuhan penuh kasih dan perlindungan.
“Jaga diri kat sini. Kalau homesick... abang sedia datang.”
Bella senyum lemah, “bukan homesick... Bella abang-sick.”
Luth tergelak. “Pandai buat lawak pulak.”
“Belajar dari abang.”
Mereka ketawa sama-sama. Sebelum Luth benar-benar berpaling dan berjalan pergi kali ini lebih berat dari biasa.
Bella menunggu sampai bayang Luth hilang di tangga. Tangannya mengepal erat. Hatinya mula rindu... bahkan sebelum dia sempat masuk bilik.
Share this novel