Pagi
Aku bangun agak lewat. Jam dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Ya allah! Aku tepuk dahi. Aku lupa nak buat sarapan untuk andi. Cepat cepat aku turun dari katil dan keluar pergi ke dapur.
Aik..
Pintu bilik lelaki tu masih tertutup.. So.. Maksudnya dia belum bangun la kan?
Dengan pantas, roti gardenia kat atas meja yang belum dibuka aku capai. Buat roti bakar je senang. Tak sampai 15 minit, semua dah siap. Air milo pun aku dah bancuh.
Clak..
Terhenti pergerakan aku, mata aku beralih pada tubuh lelaki yang baru keluar dari pintu bilik utama dengan hanya bertuala putih sambil tangan sebelahnya mengelap rambut yang basah dengan tuala putih kecil.
Aku cuba kawal gugup. Tangan sebelah aku genggam dan nyorok kan di belakang badan sambil mulut aku cuba mengukir senyuman.
"kau buat apa?" andi berdiri di depan meja makan sambil dahi dia Berkerut tengok muka aku.
"erk.. Sarapan?" aku tunjuk roti bakar.
"em" kerusi depan aku ditarik dan andi duduk. Sekeping roti bakar di capai dan ngap.. Andi telan.
Mata aku perhatikan tubuh badan andi yang tidak berbalut. Badan lelaki tu agak 'sempurna'. Spontan aku telan air liur.. Gulp!
"kejap lagi aku bawak kau pergi jumpa bapak kau"
Tersentak aku dari renungan indah aku. Aduh.. Malu. Aku harap andi tak perasan..
"er er okay.." aku gigit bibir. Jangan marisa..
"em.." Lelaki tu bangun dan masuk ke dalam dapur untuk cuci tangan.
Aku yang sedia berdiri depan meja di bahagian dalam dapur pun ikut berpusing ke belakang tengok andi.
"er.. Andi" aku sentuh sedikit bahu andi yang terdedah dengan hujung jari telunjuk aku.
"akak tak ade baju.. Em.. Nak pakai baju apa?"
Aku senyum di belakang andi. Bau harum rambut dia yang masih basah memang memukau. Fuhh..
Tiba tiba, andi berpusing menghadap aku. Mati terus senyuman aku.
Mata dia tajam pandang anak mata aku. "well.. Kau memang tak ade kerja ke? Dari tadi usha badan aku?" andi senyum sinis.
Woo.. "mana ade" laju aku alihkan pandangan. Patut la aku rasa tak sedap hati, kantoi dah.
"tula.. Aku dah ajak malam tadi. Ber. La. Gak" andi ketawa sinis. Lelaki tu berdiri hampir dengan tubuh aku.
Dup dap dup dap.. Tenang.. Aku cuba tarik nafas panjang. Sesak dada aku..
"kau pakai baju aku dulu. Nanti kita beli baju baru okay sayang" tuala putih kecil yang dia guna tadi, lelaki tu letak atas kepala aku.
Erm.. Bau rambut andi melekat kat tuala ni..
Terus andi berlalu masuk ke dalam bilik. Aku pegang dada.. Nafas aku cuba kawal. He's scary. Karisma dia menakutkan.
_____________________
"TIDAK!!"
Terduduk aku atas lantai hospital. Air mata laju turun tanpa disuruh.
"andi, kau tipu aku!? Penipu!!" aku menjerit sekuat hati.
"puan, ya Allah sabar puan.. Arwah meninggal sudah lebih lima hari. Encik andi minta kami untuk tunggu sehingga puan datang sebelum arwah dikebumikan" nurse perempuan yang bertugas di bilik mayat tu cuba tenangkan aku sambil usap perlahan bahu aku.
"ayah saya dah mati sejak lima hari lepas?" aku toleh pandang nurse.
"kenapa? Dia mati sebab apa?" aku gosok mata aku yang kabur dengan air mata.
"serangan jantung"
"lelaki ni ke yang bawa ayah saya ke hospital?" aku tunjuk andi yang tengah berpeluk tubuh sambil pandang kosong muka aku. Kalau andi yang bawa, aku rasa dia yang bunuh bapak aku.
Mayat bapa aku yang keras dan sejuk dah terletak elok atas katil besi depan aku. Ya Allah.. Kenapa ayah mesti pergi dulu? Marisa baru nak jumpa ayah..
"bukan suami puan" nurse Perempuan tu geleng.
"habistu siapa?"
"anak arwah. Lelaki, agak muda."
What?! "nurse, saya anak tunggal. Mana ada adik beradik.." aku kusut. Sejak bila pulak bapak aku kawin lain..
"ha?, tapi lelaki itu sendiri yang mengaku. Cuma pihak kami tak dapat mengesahkan nama lelaki tu. Dia dah hilangkan diri sebelum sempat kami panggil"
Aku raup muka sendiri. Siapa pulak lelaki tu..
"alright, thanks nurse. Tolong setel kan mayat ni. Saya kena pergi dulu. Jom marisa" andi tarik tangan aku suruh bangun.
"kau gila ke? Tu bapak aku, aku lah yang patut selesaikan" aku tolak kuat tangan lelaki tu supaya lepaskan lengan aku.
Muka andi serius. "no dear, we have a deal. Aku janji, yang engkau akan jumpa bapak kau, itu sahaja. Benda lain tak termasuk" lelaki tu senyum.
Sakit hati aku tengok senyuman andi yang seolah olah mengejek. Memang hati batu.
"aku nak bapak aku!" aku ketap gigi sambil balas renungan tajam anak mata andi.
"of course" Lelaki tu usap rambut aku dan tolak kepala aku ke arah dia.
"kau akan ikut jejak bapak kau lebih awal kalau kau tak dengar cakap aku. It's up to you dear" suara garau berbaur ugutan itu berbisik di telinga aku.
Aku diam.
"em okay, i think we should go. Thanks nurse" andi senyum dan tarik tangan aku keluar dari bilik mayat.
"good girl" andi jeling muka aku sambil senyum sinis.
Ergh! Aku benci lelaki ni!!
__________________
Sepanjang perjalanan, aku senyap. Aku marah gila. Tu bapak aku, asal aku tak boleh uruskan pengebumian dia?
Kereta andi berhenti depan sebuah kedai usang yang dikelilingi hutan yang sederhana tebal. Aku dah terpinga pinga. Sejak bila kereta ni masuk ke kawasan terpencil ni?
"kita kat mana?" aku pandang andi.
Andi cuma angkat bahu dan terus keluar dari kereta masuk ke dalam kedai usang.
Nak tak nak aku terpaksa keluar sebab lelaki tu dah tutup enjin. Lagipun suasana suram buat aku takut.
Aku kejar langkah andi masuk ke dalam kedai. Penuh barang barang antik dan kawasan lantai dipenuhi dengan skru dan spanar.
Ada seorang lelaki tua separuh umur keluar sambil sebelah tangan dia pegang sepuntung rokok yang tinggal separuh.
"oi andi, lama kau tak datang sini" mata lelaki tua tu cuba usha aku kat belakang andi. Tangan dia hulur kotak rokok pada andi.
Aku rapatkan lagi badan aku dengan belakang badan andi. Cuba nyorokkan diri. Muka pakcik tu seram dengan parut panjang kat pipi.
"em. Aku nak mintak tolong" andi keluarkan sepuntung rokok.
Pakcik tua tu gelak. "tolong? Kenapa, kau nak jual budak kat belakang kau tu ke?"
Bulat mata aku. Jual aku? Aku sengetkan sedikit kepala tengok pakcik tua tu. Hujung baju andi aku tarik.
"laku ke kalau aku jual?" andi ikut ketawa sama.
"aku nak" pakcik tua tu senyum gatal.
Ee tak sedar diri!
Ketawa andi terhenti. "Ni bini aku, aku datang sini bukan sebab nak jual bini aku, aku cuma nak tahu pasal malik. Dia selalu datang sini kan?"
"malik? Em.." pakcik tu angguk.
"dia kat mana? Baru baru ni dia ada datang sini tak?"
"ada tapi kenapa kau nak cari dia? Lagipun aku tahu tentang kejadian kat rumah lama kau. Kau bunuh semua kan? Kau sengaja tinggalkan isteri malik dan kau ambik perempuan yang kat belakang kau ni"
"isteri Malik? Putri tu isteri malik?" Suara andi sedikit meninggi. Terkejut barangkali.
Aku kat belakang pun terperanjat sama. Takkan putri isteri encik malik? Habis tu kenapa pulak putri kata dia rindukan suami dia, takkan dia rindukan encik malik pulak?
"kau tak tahu ke? Putri memang isteri malik dari dulu. Dia kawin dengan perempuan tu dua hari lepas bini tua dia meninggal"
"apa yang kau cakap ni? Kau jangan main main. Malik pernah kawin ke sebelum ni?"
"bapak dengan anak sama je. Malik kawin dengan putri lepas mak kau mati"
BUK!
Pakcik tua tu tersungkur ke belakang. Ada cecair merah mengalir di bibir lelaki tu.
"bodoh! Kau cakap apa ni!?" andi genggam penumbuk dia kuat sehingga urat tangan lelaki tu nampak seakan ingin tersembul keluar.
"woo woo tenang budak" pakcik tu bangun perlahan-lahan. Dia gelengkan kepala sambil pejam celik mata. Mungkin pening kena tumbuk.
"aku cakap benda betul. Malik ayah kau, ayah kau bunuh mak kau untuk perempuan yang kau tinggalkan hidup-hidup kat dalam rumah tu." pakcik tu kesat bibir dia.
Andi dah tak bersuara. Jelas aku nampak ketegangan pada wajah lelaki tu.
"mana Malik" perlahan suara andi tanya. Mata andi renung tajam muka pakcik tu.
"not that easy kids. Aku berniaga, aku jual SEMUA benda pada semua orang termasuk kau dan Malik. Kau nak sesuatu, kau bayar" Pakcik tu senyum sinis. "so, lebih baik kita bincang kat dalam?" dia tunjuk bilik belakang.
"kau tunggu sini" andi tolak tangan aku yang masih genggam hujung baju dia dan terus ikut pakcik tu masuk dalam bilik.
Share this novel