10

Short Story Series 30579

Selepas beberapa hari, sejak balik dari kedai terpencil tu. Andi kurung aku dalam rumah dan langsung tak kasi aku keluar and sejak kami balik haritu dia keluar tak balik balik.

Sampai aku rasa bosan gila, keluar bilik masuk dapur. Itu je la kerja aku. Aku duduk kat atas lantai sambil bersandar di tingkap kaca, satu persatu bangunan tinggi kat situ aku perhatikan. Seronoknya kalau dapat jalan jalan kat situ.

Clak.

Pintu bilik aku terbuka. Laju aku bangun. An..andi?

"miss me?" Lelaki tu duduk atas katil.

"kau buat apa kat sini?"

"do you really gonna ask me that? Bengap. Ni rumah aku la. So it's up to me nak pergi mana"

Ouh.. Ya. Aku lupa. "tak, maksud aku.. Kau pergi mana dah lama tak balik?"

Andi gelak kecil. "do you miss me?" Lelaki tu bangun dan jalan ke arah aku.

Rambut panjang aku di elus perlahan. "I'm back now"

"kenapa kau kurung aku?"

"ouh aku buat macam tu eh?" andi dekatkan lagi jarak tubuh dia dengan aku.

"let me go"

"not for now" Lelaki tu tersenyum sinis. Tangan kanan aku dicapai dan di ramas perlahan.

"stop it! kau patut lepaskan aku kalau kau tak suka aku bukan kurung aku, ni tak adil!" aku tolak kuat dada lelaki tu dengan dua belah tangan aku.

"what? kau cakap ape? Hahahaha.. Adil? Kau tahu tak benda macam tu tak wujud. The only thing yang exists is luck" andi ketawa.

"benda tu wujud. Diri kau yang tak percaya dengan semua tu, kau tak yakin dengan Tuhan kan sebenarnya?" bengang hati aku tengok muka lelaki tu.

Riak muka andi berubah. "diam bodoh! Diam!! Kau tak tahu apa apa. Kau tak tahu apa yang aku kena hadap lepas aku pindah keluar dari rumah tu!"

Tersentak bahu aku dengar suara andi menjerit kuat.

"Salah kau! Semua salah kau! Kalau kau halang aku pindah, aku takkan jadi lebih teruk macam ni. Kau tau tak?!" mata aku mendarat pada tangan andi yang menggeletar kuat.

Arghh! Rambut aku ditarik kasar, air mata aku gugur laju. Salah aku? "siapa yang teringin sangat nak keluar dari rumah tu dulu? Bukan kau ke? Tu semua cita cita kau kan? Kau ingat aku nak halang lepas kau dapat semua peluang tu?!"

Lelaki tu ketawa sinis. "kau dah bunuh andi yang dulu Marisa. Aku dah suruh kau halang aku, kan?" Tangan kasar andi cengkam kuat dagu aku dan paksa kepala aku toleh menghadap tingkap. Aku dapat rasa bahang panas nafas andi kat pipi aku.

"kau nak tahu apa yang jadi lepas aku berambus dari rumah tu?" lelaki tu bisik perlahan kat telinga aku.

"okay okay.. Aku cerita" badan aku ditolak atas katil. Mundar mandir andi berjalan depan aku.

"aku pergi Rusia. Saudara aku.. Sau..dara aku? Hahaha aku tak ingat yang mana satu sebab semua aku dah bunuh." andi gelak tapi mata dia tajam renung muka aku.

Aku telan air liur. Andi betul betul dah gila. Lebih baik aku duduk diam. Mata dia.. Menakutkan.

"dorang pukul aku, sakit" andi peluk tubuh sambil menggigil. Muka lelaki tu terpancar riak takut, mata andi melilau pandang sekeliling macam takutkan sesuatu.

Tak lama kemudian, lelaki tu senyum lebar. "mafloy. Lelaki tua kejam but he saved me.. And I'm alive" Bilik aku penuh dengan ketawa andi.

Muka aku pucat. Tak pernah aku nampak lelaki ni macam ni.

"ouh.. Are you scared? Kau takut dengan aku ke?" andi jalan Perlahan-lahan ke depan.

"s...stop! ka.. Kau nak bunuh aku ke?" aku jarakkan diri ke belakang. Seluruh tubuh aku dah berpeluh.

"shh, jangan cakap macam tu. Aku tak bunuh kau kan?"

"tapi Kau.. Kau tetap tak boleh bunuh orang sesuka hati kau. Jangan ambil kerja Tuhan andi."

"Diam!" andi menjerit.

"Kau cakap apa dengan aku? Tuhan?" lelaki tu gelak besar.

"aku tak ambil kerja tuhan. Aku cuma balas semula apa yang manusia buat pada aku. Salah ke?"

"lebih baik kau maafkan je dor_ ARGH!" aku pegang rambut aku yang di tarik kuat.

"kau siapa nak ajar aku? Lebih baik kau jangan campur urusan aku" bibir andi berbisik di telinga aku.

"andi sakit, lepaskan" Berkerut dahi aku tahan sakit kat kulit kepala. Baju aku dah basah dengan peluh walaupun dalam bilik ni sebenarnya sejuk dengan aircond.

"kalau aku taknak, kau nak buat ape?"

"kau kawin dengan aku untuk seksa aku je kan? Lebih baik kau ceraikan aku, ergh!" sakit kepala aku..

"wow.. That's sound good. Kau nak bebas kan? Okay as you wish" andi menapak satu persatu langkah ke belakang.

"Marisa binti Zarqin, aku ceraikan kau dengan talak satu" lelaki tu tersenyum.

Zapp.. Semacam ade renjatan elektrik kena pada aku. Mata aku pandang wajah lelaki tu tak berkelip.

"now, you free. Be happy" andi ketawa dan terus keluar dari bilik.

Aku masih kaku atas katil. Andi betul betul dah ceraikan aku? What..
______________

Sejak andi ceraikan aku hari tu, nak masuk lima hari dia tak balik rumah dan aku masih lagi tinggal dekat rumah lelaki tu.

Aku tak tahu nak pergi mana.. Aku akan pergi lepas andi balik. So aku mungkin ada masa untuk fikirkan tentang diri aku..

Kalau aku dapat tolong andi dengan masalah psiko dia. Aku mesti tolong but aku tak tahu macam mana.

"marisaa.. Marisaa" Pintu bilik aku terbuka luas. Tubuh andi berdiri depan pintu bilik sambil kedua belah tangan dia masukkan ke dalam poket seluar.

"ouh, you still here." Lelaki tu senyum.

"err.. Andi em aku.. Aku sebenarnya me_"

"ya ya shh.. I know, aku dah sediakan rumah untuk kau. Let's go. Kemas baju kau, aku tunggu kat luar."

Rumah untuk aku?

Laju aku bangun dan capai beg bagasi yang sederhana besar kat bawah katil. Baju aku pun bukannya banyak.
____________

What?! Macam nak tercabut mata aku tengok rumah dan kawasan rumah 'baru' aku.

"keluar"

Aku toleh pandang andi. Dia ni.. Ergh!

"why? Kenapa pandang aku macam tu? Tak cantik ke rumah kau ni?" andi tunjuk kawasan rumah.

Cantik? Ini kawasan rumah setinggan. Dan rumah 'baru' aku berada betul betul depan kereta andi. Semua orang kat kawasan situ tenung kereta andi macam nak tembus.

Jarak rumah aku dengan rumah sebelah terlalu rapat sehinggakan aku rasa kalau aku buka tingkap mesti jiran sebelah boleh masuk dari rumah dia ke rumah aku tanpa perlu keluar.

"cantik.. Terima kasih" aku senyum tawar dan keluar dari kereta.

Mata aku pandang rumah kayu depan aku. Tak apa marisa.. Sekurang kurangnya kau ade rumah..

"sayang!"

Aku toleh pandang andi yang dah keluar dari kereta. Berkerut dahi aku. Sayang? Ee. Nonsense.

"ni kunci rumah kau" lelaki tu campak ke arah aku.

Nasib baik aku dapat tangkap. Hish!

"aku balik dulu. Bye" andi masuk dalam kereta. Perlahan-lahan kereta andi bergerak tinggal kan aku.

Hurm.. Aku senyum pandang setiap orang yang masih lagi tenung aku. Muka semua orang serius. Dari yang tua sampailah ke budak budak yang khusyuk bermain tadi.

Err..aku telan air liur. Cepat2 aku buka pintu dan masuk ke dalam rumah.

Kosong. Rumah ni kosong. Tak ada perabot atau kipas. Yang ada cuma satu tilam usang yang dah berlubang.

Ya allah.. Rasa nak menangis pun ada. Tak apa marisa.. Yang penting kau dapat keluar dari hidup andi.

Nasib baik lelaki tu ada bagi sedikit duit pada aku. Kalau tak.. Em.. Entahlah.

"aku rasa aku patut pinjam penyapu kat rumah sebelah."

Rumah baru aku agak kecil. Dari ruang tamu terus tembus ke dapur dan tandas. Nasib baik air dah ada. Kalau tak aku nak mandi macam mana..

Tabahlah wahai hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience