2

Short Story Series 30579

Awal pagi lagi aku dah terjaga dari tidur. Selesai solat subuh terus aku keluar dari bilik. Aku dah mandi dah awal pagi tadi.

Nak kejut andi, sekolah.

"andi" pintu bilik aku ketuk.

"masuk"

Aku terus meluru masuk. Wow..

Andi dah siap berpakaian seragam sekolah. Aku senyum.

"andi dah siap ke? Bagusla. Takpayah akak susah susah nak suruh." aku gosok perlahan rambut budak tu.

"ish, andi baru lepas sikat rambut la" andi capai sikat tepi dia dan sikat rambut. Aku cuma sengih.

"akak yang suruh andi buat semua sendiri sebab andi dah besar kan? Nanti akak ikut pakcik mat hantar andi pergi sekolah tau" andi pandang aku.

Huh?

"jom la kak. Kita turun, sarapan." andi tarik tangan aku turun bawah. Dia dah siap kendong beg sekolah.

Cik salmah dah lama bangun, sibuk buat sarapan kat dapur. Orang tua tu tak pandang langsung muka aku dengan andi. Nuri dengan liza pun dah bangun. Rupanya liza dan nuri sebaya, tua setahun dari aku. Malam tadi sempat aku jumpa tapi muka masing-masing ketat.

"kak. Jom kita pergi sekarang" andi bangun dan keluar dari rumah. Aku cuma ikutkan je. Cik salmah pun tak kata ape.

Dari halaman rumah, aku dah nampak kereta BMW depan pintu. Wow.. Siap ade driver lagi..
Seriuslah budak ni kaya? Asal, orang gaji dia tak respect budak ni? Asal dia n_

"kak marisa?" andi pegang tangan aku. Laju aku angguk. Kami berdua masuk kat tempat duduk belakang.
____________

Kereta berhenti betul2 depan pintu pagar sebuah sekolah. Aku jengah kan kepala tengok luar. Andi hulur tangan nak Salam. Aku sambut, cup.. Dia cium pipi aku.

Terus aku terdiam. Eh budak ni..

Aku perhatikan langkah andi. Budak nerd macam andi selalunya kena buli kat sekolah tapi takkan la sekolah kampung macam ni ade orang buli kan?

Aku senyum tipis. Eh.. Baru aku nak suruh pak mat jalan. Aku dah nampak andi kena tolak sampai terjatuh.

Seriously? "pak mat! Tengok tu. Andi kena buli la!" beria ria aku tunjuk. Ye ar takkan orang tua ni buta lak. Tak jauh pun budak tu. Dekat je dengan pintu pagar.

Pak mat cuma diam. Dia macam endah tak endah je. Hare betul.

"pakmat, buatlah sesuatu" aku desak lagi.

"marisa. Tuan besar kata, pak mat cuma perlu jadi driver andi je. Bukan nya babysitter dia" sempat lagi perli aku.

Tuan besar? Siapa do? Bapak andi ke? Andi ade ayah ke masalahnya..

"haih. Kalau macam tu saya pergi tengok andi sekejap"

"tuan besar kata biarkan je tuan andi. Biar dia belajar sendiri segalanya"

Aku dah ternganga. Kau nak budak tu mati ke? Kat rumah kena dera kat sekolah kena buli. Benda siak.

Aku buat tak peduli. Terus aku turun dari kereta dan lari dapatkan andi yang masih terduduk atas pasir.

"andi, are you alright?" aku bantu budak tu bangun.

Andi diam. Dia cuma angguk perlahan. Aduh.. Kesian pulak aku tengok..

"jom akak hantar andi masuk kelas?"

Andi dongak pandang aku. Dia senyum kecil. "lagi teruk andi kena buli nanti"

"andi memang selalu kena buli ke?"

"er, akak balik la dulu. Terima kasih kak marisa. Bye, andi masuk kelas dulu" berlari andi lari tinggalkan aku.

Aku cuma geleng perlahan. Takpelah. Nanti dia balik aku tanya lagi.
_____________

Tepat pukul 1.30 andi balik. Aku dah tercongok depan pintu.

"akak!" andi keluar dari kereta dan lari peluk aku. Aku cuma gelak. Dari tadi aku tolong kemas rumah. Penat ah gak.

"seronok ke skola" aku telek muka andi. Ade kesan lebam baru kat bibir dia. Aku dah agak dah.

"andi, kau pergi makan sekarang. Marisa kau pun pegi makan dulu" cik salmah tegur dari dapur.

Aku dengan andi jalan masuk dapur. Nuri dengan liza dah makan dulu. Sikit pun dorang tak pandang aku. Apatah lagi si andi ni.

Sibuk dua orang tu membawang mende tah. Dah la kuat cakap.

Andi tarik kerusi duduk sebelah aku. Masing-masing senyap.

"oi andi. Asal mulut kau tu? Gaduh ke?" liza mula tegur.

Andi diam tak bersuara. Khusyuk dia makan.

"kau ni. Aku bagitahu bap_"

"liza jangan la!" cepat2 nuri tutup mulut liza. Liza dah pandang jengkel kat aku dengan andi.

Andi terus bangun dan basuh pinggan. Aduhai.. Patutlah aku tengok budak ni kurus je. Makan pun tak senang.

Aku ikut andi naik atas. Aku cuma duduk atas katil perhatikan andi. Budak tu buat semuanya sendiri. Bagus betul tapi aku rasa emosi dia terganggu do.

"andi.. Em.. Nak share ape ape ke? Meh akak tengok luka kat mulut tu" aku dongak kan muka andi suruh pandang aku. Cermin mata dia aku tanggal.

Hmm.. Biru dah. Memang orang gaji ni tak kisah ke pasal budak ni? Aku letak sikit minyak gamat.

"terima kasih kak marisa"

Aku senyum manis. Takpela selagi aku ade, aku cuba lindungi kau.
___________________

Dah setahun setengah aku kerja kat rumah tu. Andi pun makin rapat dengan aku. Yang aku dapat tengok perbezaan, budak tu makin tinggi dan ceria. Haha..

Setiap hari sebelum dia pergi sekolah, andi akan kiss pipi aku. So sewit. Hahaha sampai sekarang tho dia kiss pipi aku. Takpela kakak en. En?

Tahun ni genap andi berumur 15 tahun. Sekarang ni bulan sebelas. Tak lama lagi keputusan peperiksaan pt3 akan keluar.

Ikut apa yang aku dengar.. Andi.. Akan pindah dari rumah ni, Sebaik sahaja dia dapat keputusan pt3. Kalau keputusan dia gempak mungkin dia akan pergi jauh.. Itu cita cita andi. Nak keluar dari rumah ni. Aku tahu andi boleh.. Dia kan pandai.

Petang sebelum keesokan harinya iaitu hari keputusan pt3.

"kak marisa! Jom la cepat" andi tarik tangan aku yang baru nak sarung selipar. Ade ke patut budak ni ajak aku main buaian kat pokok rambutan tu..

"akak duduk. Andi tolak akak"

Aku gelak. Sukati kau la. Laju je aku duduk. Perlahan-lahan buaian tu ditolak dari belakang. Andi sekarang dah besar, makin hensem siot. Tinggi dia pun dah sama dengan aku. Makin mature dan aku tak rasa aku boleh layan dia macam budak budak lagi. Kang lain jadi kang.

"esok keputusan pt3 keluar. Kalau keputusan andi bagus. Andi nak sambung belajar kat sini je la"

Laju aku toleh belakang. "mana boleh. Cita cita andi macam mana?"

"habis tu akak marisa nak tinggal sensorang ke kat sini?"

"tak pe. Cik sal kan ade. Nuri dengan liza pun ade. Andi pergila sambung belajar tempat lain." aku telan air liur. Seram jugak sebenarnya.

Andi senyum sumbing. "andi pergi lama tau. Mungkin dua tiga tahun. Akak sanggup ke"

Aku kerut dahi. "asal lak? Akak okay je" kau ingat aku budak kecik ke..

"okay. Andi ikut cakap akak" terus budak tu blah masuk dalam rumah. Aku dah tercengang. Andi merajuk ke cane..

_________________

Keesokannya.

Hari ni. Andi dapat keputusan, straight A's. Wow!
Hari ni jugak, andi akan keluar dari rumah ni. Dan hari ni jugak, ade seorang lelaki separuh umur datang.

Aku ade tanya andi. Siapa lelaki tu tapi andi kata lelaki tu selalu datang kat rumah untuk tengok seorang perempuan yang tinggal kat sebelah bilik andi.

Oh perempuan tu.. Pernah aku cuba selinap masuk dalam bilik tu. Ade sorang perempuan cantik, putih gebu tapi tangan dia dirantai supaya dia tak dapat keluar.

Perempuan tu merayu kat aku supaya lepaskan dia. Belum sempat aku tanya apa2, cik salmah dah datang halau aku. Sampai sekarang aku diperhatikan. Aku pun dah cuak so. Dah tak buat dah lepas ni.

"kak. Saya betul2 pergi ni" andi heret beg roda keluar dari rumah.

Aku angguk. Pergilah.

"akak tak nak halang ke? Saya tak kan pegi kalau akak halang." andi bisik perlahan.

Aku geleng. "pegi je la. Akak tak kesah" ikhlas ni.

"ok. Bye" andi terus blah masuk kereta. Lelaki tua tu renung tajam muka aku sebelum blah ikut masuk dalam kereta sekali.

Marisa.. Seriuslah kau tak kisah?

Ala tak lama pun kan. Dua tiga tahun jer. Jer. Ok bye.
_______________

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-03-10 01:02:10 

andi ni dh jatuh ati dkat melisa ke??


NovelPlus Premium

The best ads free experience