Kereta Andi membelok masuk ke dalam parkir berhadapan dengan pintu masuk kelab malamĀ di Kuala Lumpur.
"Andi, kita nak buat ape kat sini?" Aku menoleh memandang Andi di sebelah.
"Dah jom keluar" Pintu pemandu dibuka, laju Andi meloloskan diri keluar dari kereta.
Aduh, kenapa dia ajak aku datang sini?
Aku mulai rasa tak sedap hati. Tak selesa lah datang tempat macam ni, lebih baik duduk rumah. Lagi syok rasanya, hahaha.
Eh!
Terperanjat aku bila pintu di sebelah aku dibuka secara tiba-tiba. Muka Andi memandang aku tanpa secalit senyuman, serius riaknya. .
"Marisa" Suaranya tegas.
"Haa ye. Nak keluar lah ni" Aku sengih.
Kalau diberi pilihan, aku rela tunggu Andi kat dalam kereta daripada masuk ke dalam tempat macam ni, lagi lagi bila jumpa 'kawan' Andi yang botak tu. Ee, Taknak! Seram!
"Erm Andi, sekejap" Laju lengan lelaki itu aku capai. Liur ditelan.
Terus berkerut wajahnya memandang aku. "Kenapa?" Ujarnya perlahan.
"Kita nak buat ape kat sini? Awak.." Aku diam tidak meneruskan kata kata. Mata aku beralih memandang ke arah pintu masuk Kelab malam.
"Aku ada hal nak selesaikan malam ni. Kau kena ikut aku sebab aku nak bawak kau pergi tempat lain lepas ni" Ujar lelaki itu dengan suara mendatar.
Tangan Andi naik mencapai tangan aku yang masih memegang lengannya dan diletakkan di celahan jarinya. Erat dia menggenggam tangan aku.
Aku sembunyikan senyuman. Alamak, mamat ni sewit la pulak. Hehe..
Kami mengatur langkah masuk ke dalam kelab malam.
"Dino" Tegur lelaki berbaju hitam dan berbadan besar di sebelah kiri pintu masuk kelab malam. Dia menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.
Andi berjalan masuk dan terus naik ke tingkat atas. Aku ditinggalkan sendirian di meja bahagian tepi hujung sekali. Katanya taknak ada orang kacau aku, jadi dia pilih tempat yang agak terpencil ni.
"Haih.." aku mengeluh perlahan. Bingit betul lah tempat ni, boleh pekak telinga aku.
Mata aku memerhatikan persekitaran kelab yang semakin sesak. Lampu berwarna warni laju berkelip membuatkan suasana semakin berbahang panas dengan 'rasa' yang semakin sukar di kawal dalam diri masing-masing.
Aku menggeleng perlahan. Tak jauh beza hidup aku dengan dorang semua.
Erk.. Aku nak pergi tandas. Time ni jugak lah nak buat hal! Mana tandas kat dalam club ni?
Aku bangun dari kerusi dan berlalu ke ruang tengah kelab malam yang dipenuhi manusia yang sakan menari.
Oi! Hish! Hampir hampir aku terjatuh kerana ditolak. Ganas betul lah dorang ni..
Mata aku melilau cari kalau-kalau ade sign board simbol tandas. Anak mata aku terhenti di sebuah pintu kecil yang tersembunyi di balik pentas belakang.
Pintu ape tu? Tandas la kot. Ah! Lantaklah. Laju aku mengorak langkah masuk ke dalam ruangan kecil itu.
Prakk.. Bunyi pintu aku tolak.
Tempat ape ni? Aku garu kening yang tak gatal.
Street.. Street..
Bunyi ape pulak tu!? Aku mula gelabah. Asal lembik kaki aku ni? Argh!
Seakan digam kaki aku di atas lantai, aku diam berdiri tidak berganjak.
Dua orang lelaki berbadan sasa dan berbaju hitam sedang menarik dua guni sarat ke ruangan tempat aku berdiri. Mujurlah ada almari di sebelah pintu, tersorok badan aku.
Apa tu? Jap! Tak-takkan tu mayat!? Aku baru tersedar. Andi!
Ni ke 'hal' yang dia kata tu?..
Dua karung guni coklat pekat diletakkan betul betul di dinding berhadapan aku.
Oh shit! Aku tunduk dan tutup muka. Jangan kantoi, tolonglah jangan kantoi!
Serentak itu bunyi tapak kasut berlalu pergi, semakin menjauh dari tempat aku bersembunyi.
Aku bukak mata perlahan lahan. Takde. Dorang dah pergi ke? Aku jengah kan kepala di tepi almari.
Bayangan lelaki-lelaki tadi dah hilang.
Fuh.. Aku tarik nafas lega. Tersandar aku kepenatan. Penat sebab takut je..
Sekarang nak buat ape? Aku pandang dua karung guni di hadapan aku. Seram pulak rasa..
Patut ke aku tengok?
Rasanya aku patut.
Terketar ketar tangan aku sewaktu cuba membuka tali yang mengikat karung coklat tu. Ketat do.
Yes! Dapat pun. Tali aku campak ke tepi, laju tangan aku bukak karung.
Wh-WHAT!? Aku tergamam.
Tt-tak mungkin!
Laju tangan aku bukak karung yang kedua pula. Shit! Tepat tekaan aku. Putri!
Liur aku telan pahit. Damn Andi!
Aku tak percaya dia betul betul nak bunuh bapak dan mak tiri dia. Muka Encik Malik lebam teruk, hampir aku tak dapat kenal pasti. Nasib baik muka Putri aku masih dapat cam.
Aku geleng perlahan.
"Putri" Aku bisik perlahan. Pipi wanita itu aku tepuk beberapa kali.
"Putri bangun"
BUK!
Satu pukulan kuat terkena tepat di belakang bahu aku.
Aduh! Aku mengerang kesakitan. Siot lah..
Kepala aku sakit.
Siapa..
Tidak sempat kepala aku menoleh ke belakang, badan aku rebah jatuh di atas lantai.
Gelap..
_________________
"WAKE UP!"
Aku tersedar. Bunyi ape kuat sangat tu..
"Look what we got here.."
Berkerut-kerut dahi aku kerana cahaya lampu yang terlalu terang. Aku kat mana ni?
Peningnya kepala aku. Tangan aku naik ke ubun-ubun, mengurut lembut.
"Marisa.." Suara garau itu memanggil lembut nama aku.
Huh? Siapa tu?
Berkerut dahi aku cuba memandang lelaki di sebalik lampu yang menyakitkan mata.
Sakit kat bahu tak hilang lagi ni..
"You such a trouble" helaan nafas dilepaskan.
Suara Andi?
Satu sosok tubuh berjalan mendekati aku yang terduduk di atas lantai.
"Andi?"
Riak wajah Andi serius. Matanya memandang tajam wajah aku.
Alamak..
"Ty dodelyvayesh' sam (kau selesaikanlah sendiri)" Mafloy tersenyum sinis memandang aku sebelum menepuk perlahan bahu Andi dan berlalu pergi.
"Kau buat apa ni?" Andi tunduk dan mencangkung di hadapan aku.
"Saya nampak.." aku diam. Bibir bawah aku gigit kuat.
"Apa?"
"Awak betul-betul nak bunuh keluarga awak sendiri, Andi?"
Terus berubah riak wajah lelaki itu. Tak lama kemudian, meletus tawa kecil dari mulutnya.
"Kan aku dah kata jangan masuk campur urusan aku.." Mata hazel itu memandang seakan memerli.
"Tapi awak tak boleh buat macam ni Andi. Sa..saya pun keluarga Encik Malik" telan air liur aku nak mengeluarkan perkataan akhir tu.
Meletus ketawa besar dari lelaki itu. Bergema ruangan dalam bilik dengan gelak tawanya.
"Sejak bila?" Sinis soalan yang dilontarkan.
Terkedu aku. Apa maksud dia?
"Andi.. kan Encik Malik ayah awak. Jadi maksudnya dia pun ayah saya jugak" Aku cuba terangkan. Kut-kut mamat ni tak faham.
Andi geleng. "He's not my father dan kau bukan keluarga dia" tegas dia membalas dan perlahan-lahan bangun berdiri semula.
Aku.. bukan? Bingung kejap kepala aku. Andi ni masih tak anggap aku isteri dia ke? Ya Allah... pandangan aku buang ke lantai. Cuba mencari kekuatan yang tersisa.
"Kau bukan keluarga dia sebab aku tak pernah anggap dia sebagai bapak aku tapi kau isteri aku, dah bangun sekarang"
Automatik kepala aku mendongak ke atas memandang wajah Andi yang serius.
Wait, what?
Aku kemam bibir. Dia kata apa tadi?..
"Cepatlah Marisa" tangan dihulurĀ kepada aku, segera aku sambut dan bangkit.
Berbunga hati aku. Hilang semua rasa sakit Hahaha.
"Bahu kau okay?" Bahu aku dipicit perlahan. Laju aku angguk.
So sweet la..
_____________
Kereta Andi berhenti di hadapan sebuah hotel yang terletak di Bangsar.
"Andi.. kenapa kita berhenti kat sini? Kita buat apa datang sini?" Bertalu-talu soalan yang keluar.
"Aku nak tidur sini malam ni. Aku penat" mendatar jawapannya.
Aku jeling muka Andi. Em.. betul, muka dia nampak lesu.
"Jom keluar" pintu kereta dibuka.
***********
Bilik nombor 1602. Aku melihat nombor bilik di pintu.
Clak..
Pintu terbuka. Andi tarik tangan aku masuk dan terus kunci pintu.
Agresif betul mamat ni. Aku tergelak kecil. Wah cantik jugak decorations katil dan furniture bilik ni.
"Andi, lawa bilik ni kan?"
"Andi?" Aku panggil.
Tiada sahutan.
Terus aku toleh ke belakang. Eh mana dia?
Bush!
Bunyi shower dari dalam bilik air memecah sunyi malam.
Oh dalam bilik air..
Cepat betul dia masuk. Macam Flashman haha..
________
Usai mandi, Aku terus melompat atas katil. Andi dah lama lelap.
Penat sangat tu.
Sakit di bahu mula terasa menyengat. Rasa nak nangis pun ada. Hurm..
Mata aku mula merah menahan tangis. Marisa, tenang.. sikit je kan..
Aku tarik nafas panjang dan baring mengiring ke kanan menghadap wajah Andi yang sedang lena.
Tersenyum kecil aku. Comel..
Aku teliti wajah Andi. Riak wajahnya tenang je masa dia tidur. Sukar juga nak dibaca tindakan lelaki ni.
"Andi" Aku panggil perlahan.
"Em.."
Bulat mata aku. Eh.. mamat ni tidur ke tak ni?
"Andi~" Aku panggil lagi. Kalini sedikit panjang nadanya.
"Marisa" Mata Andi terbuka tepat memandang wajah aku yang tidak jauh darinya.
Oh shit!
"Kenapa? Mata kau merah" serak suara lelaki tu.
Aku senyum. Perlahan kepala aku menggeleng.
"Sakit?" Soalnya lagi perlahan.
"Tak.. tidurlah" tipu je kau ni Marisa padahal sakit!
Andi bergerak rapat ke arah aku. Tangannya naik menyentuh bahu yang berdenyut denyut dari tadi. Perlahan jarinya mengurut lembut.
Aku diam. Tak berani bersuara.
"Tidurlah" ujarnya. Mata hazel itu masih setia menatap wajah aku.
Em, Malunya.. bahang rasa wajah aku.
Wei, dalam keadaan macam ni kau rasa aku boleh tidur ke? Hurm?
Share this novel