"Aku terima nikahnya Marisa binti Zaqiran dengan mas kahwin nya tiga ratus ringgit tunai"
Dengan sekali lafaz, aku dah sah jadi isteri kepada seorang lelaki psiko. Ya Allah, aku tak tahu nak rasa apa sekarang, tak ada perasaan dah..
Andi nampak segak sangat dengan baju Melayu putih dia tapi Ini bukan apa yang aku nak..
Andi melutut depan aku dan capai lembut tangan kanan aku untuk sarungkan cincin. Aku pandang jari manis aku yang sudah terhias dengan cincin permata.
No aku tak nangis. Aku buat muka beku. Bapak aku tak ade kat sini, bukan dia yang wali kan aku. Andi kata kalau aku nak tengok muka bapak aku lagi, aku kena kawin dengan dia tanpa bapa aku sebagai wali.
Takpe.. Selagi aku mampu, aku akan bersabar..
"now you're mine" andi bisik perlahan selepas dia cium dahi aku.
Aku ketap gigi. "no, people don't belong to people" aku senyum tawar. Sengaja aku perli dia. Sempat aku jeling tajam muka andi semasa mata dia tenung aku. Menyampah..
"we'll see" Lelaki tu tertawa kecil dan bangun.
Aku cuma mampu hadiahkan senyuman tawar je bila makcik makcik sebelah aku yang aku langsung tak kenal ni hulurkan tangan nak salam aku. Entah dari mana dorang datang aku pun tak tahu tapi aku yakin andi yang jemput dorang.
Lagi satu, ape benda kakak kawin dengan adik? Budak tu pulak muda 5 tahun dari aku. Ya Allah.. Pening kepala aku..
_______________
Aku dibawa pulang ke sebuah kondominium di kuala lumpur. Aku masih jakun dengan suasana kat sini. Yela, dah lama aku terperap kat kampung.
"so kau akan tinggal sini dengan aku, masuk" andi bukak luas pintu rumah.
Aku langkahkan kaki masuk. Wow.. Pertama kali aku tengok rumah dengan hiasan paling simple dan cantik. Ternganga mulut aku.
"mulai hari ni, ni rumah kita" Lelaki tu tutup pintu dan berjalan pergi ke arah ruang tamu. Dia labuhkan punggung atas sofa dan buka television.
Aku perhatikan setiap sudut rumah. Cantik, memang cantik. Ade dua bilik di bahagian kiri, dapur di sebelah kanan sebelah pintu rumah berhadapan dengan ruang tamu, ade balkoni pula tu.
Bestnya, rumah ni terletak di tingkat tujuh dan berada di tengah tengah kuala lumpur. Teruja do.. Boleh aku tengok menara KLCC waktu malam.
"bilik kau kat sebelah sini" andi tunjuk pintu bilik warna purple di sebelah bilik utama. Bilik utama tu mestilah bilik dia en..
Tanpa berlengah, aku terus bukak pintu dan masuk, penat. Aku nak rehat.
Cantik juga bilik aku.. Katil saiz Queen, dengan almari sederhana besar di tepi katil. Meja solek terletak di bahagian depan katil. Tingkap aku perghh besar we.. Rasa macam tak ada penghadang dengan luar.
"we marisa"
Terperanjat aku apabila bahu aku disentuh dari belakang. Laju aku pusing. Baju pengantin ni memang menyukarkan pergerakan aku la.
"nah baju ni. Aku nak keluar sekejap" andi letak baju dan seluar yang masih berlipat atas katil, terus dia keluar tanpa sempat aku tanya apa apa..
Aku nak tanya tentang bapak aku. Ee laju je mamat ni lari.
Takpe nanti dia balik, siaplah. Baik aku tukar baju dulu. Erm..
Aku pandang diri sendiri depan cermin almari yang panjang. Baju t-shirt besar dengan seluar pendek atas lutut. Dah tak ade seluar ke mamat ni nak bagi aku..
Ee malunya. Tak pernah lagi aku pakai seluar pendek kat dalam rumah macam ni. Habis terdedah betis aku.
Dahlah baik aku baring sekejap. Aku lompat atas katil, uyo empuk we.. memang selesa gila. Aku tutup mata dulu, bye.
__________________________
"bangun"
Terkebil kebil aku buka mata apabila pipi aku di tepuk. Sape ni aduh kacau la..
"bangun, gi makan. Aku dah belikan makanan" andi cuma pandang sekilas muka aku. Dia berdiri sebelah aku sambil perhatikan bangunan kat luar tingkap.
"uh okay" aku bangun dan buat sedikit regangan. Hmm.. Syok tido tadi. Nasib baik aku tak boleh solat, so tak apela aku terlepas magrib.
Andi terus keluar dari bilik tanpa kata sepatah pun. Aku ikut keluar sekali pergi dapur.
Em. Nasi goreng. Aku tarik kerusi dapur dan duduk. Dengan bismillah aku sudu nasi ke mulut. Sedap..
Aku curi curi pandang andi yang tengah tengok tv. Muka andi serius, mata dia khusyuk betul.
"andi.. Aku dah ikut cakap kau. Sekarang mana ayah aku?" aku tak boleh tahan lama dah. Aku kena tanya juga tentang ayah.
"esok aku bawa kau jumpa dia. Kau tahu marisa? Kes pembunuhan kat rumah lama kita dah jadi kes paling top sekarang. Malik dah masuk tv." andi tenung kaca tv sambil tergelak kecil.
Ha? Malik? Pakcik tua tu.. Dah lama aku tak nampak dia.
"kau tak takut ke? Putri ada dengan encik malik sekarang ni kan. Mesti dia dah dedahkan tentang kau" aku gigit bibir. Saja aku cakap macam tu sebab nak tengok reaksi andi.
"tak. Dia takkan berani." andi toleh pandang aku sambil senyum sinis.
Cepat2 aku tunduk pandang makanan sendiri. Seram.
"aku masuk tidur dulu" television ditutup.
Laju anak mata aku ikut rentak langkah kaki andi menuju ke bilik dia.
"jap andi" aku telan air liur, mata aku masih tetap pandang nasi goreng yang dah tinggal separuh. Aku masih ade satu soalan.
Kepala aku toleh pandang andi kat tepi. Ya Allah..
Tubuh sasa andi berdiri betul betul dekat dengan aku. Sejak bila pula dia datang sini..
Tangan lelaki tu tolak perlahan kerusi bulat aku supaya berpusing ke arah dia. Lelaki tu bongkok kan sedikit badan untuk menyamai ketinggian aku. Jalan Kiri dan kanan aku sudah terhalang dengan lengan kekar andi yang sudah melekap pada lengan kerusi.
Mata hazel cair tu pandang tepat anak mata aku. Terdiam tak berkutik aku kat situ. Hujung bibir andi terjungkit sedikit seolah olah memerli aku.
"tonight is our first night, right?" andi bersuara perlahan separuh berbisik. Deruan nafas lelaki tu terasa hangat pada pipi aku.
O. M. G. No. Mata aku melilau pandang lantai. Aku ramas jari sendiri. Ini lebih menakutkan dari aku tengok dia bunuh orang.
"look at me" Suara Andi antara aku dengar atau tidak sekarang ni. Tubuh aku menggigil.
Bulat mata aku apabila aku dapat rasa sentuhan lembut pada pipi aku.
"marisa.. Kau takut dengan aku ke?" jari andi tolak dagu aku sehingga kepala aku mendongak pandang muka lelaki tu.
Riak andi masih sama. Pandangan tajam dia tak pernah berubah. Badan aku rasa semakin sejuk dari biasa.
Tak berkelip aku pandang mata andi. Sungguh aku terpukau..
"join me in the bed? Or kau masih tak berani?" andi senyum sinis. Lelaki tu semakin dekatkan jarak muka antara aku dengan dia.
What? Bed? Oh no no no! Aku tolak badan andi ke belakang menjauhi aku. Nafas aku tarik dalam dalam. Bed!? Aku.. Ergh! Aku tak tahu nak cakap apa sekarang. Muka aku dah pucat lesi.
"don't push me. Aku takut kau sendiri yang addicted dengan aku nanti" Lelaki tu gelak.
This is crazy. "aku panggil kau bukan sebab benda tu. Aku cuma nak tanya... Berapa orang lagi yang akan jadi mangsa kau?" lebih baik aku kembali pada topik asal sebelum 'benda' ni berlarutan.
Tangan andi capai gelas air aku dan dia teguk sehingga habis .
"why? Kau nak tahu sangat kenapa? Nak gagalkan rancangan aku ke?" Lelaki tu capai tangan kiri aku dan letak gelas atas tapak tangan aku.
Erm.. Aku tak terfikir pun macam tu..
"Don't worry, you're not my next victim. I still need you for a little bit longer. Sabar okay" bibir basah andi mendarat pada dahi aku.
"night.." Lelaki tu berlalu masuk ke dalam bilik.
What's is going on.. Aku pegang dada sendiri. Rentak jantung aku laju.. Lelaki ni betul betul gila.. I still need you for a little bit longer? Dia ingat aku barang ke?
Laju aku sudu nasi goreng ke dalam mulut. Lebih baik aku masuk cepat dalam bilik sebelum apa apa yang menakutkan terjadi sekali lagi.
Share this novel