14

Short Story Series 30579

Selepas malam tadi, Andi terus hantar aku balik rumah. Dia kata just wait and see. See what? Aku pun tak tahu.

Semalaman aku tak tidur sebab fikirkan perkara ni. Betul ke perkara yang aku buat ni? Aku mengaku yang aku jatuh cinta pada Andi sedangkan aku sendiri tak yakin dengan hati aku. Tapi.. aku dah sampai sejauh ni. Tak mungkin aku nak patah balik..
No.

Selesai solat subuh, aku duduk termenung sekejap di depan pintu. Walaupun hari masih gelap, tapi dah ramai orang dalam kawasan ni mula keluar dari rumah untuk pergi kerja.

Fikiran aku jauh menerawang ke tempat lain. Aku tertanya tanya.. Apa yang Andi nak aku buat sebenarnya?

"marisa!"

Tersentak aku bila nama aku di laung kuat. Lantas kepala aku menoleh ke arah empunya badan.

Huh? Aku tersenyum tawar. Lebih kepada tak ikhlas sebenarnya.. Pakcik Razali lagi. Orang tua tu tengah sibuk melambai lambai tangan pada aku padahal rumah kami tak adalah beza sangat jarak. Dia ingat aku buta ke apa?

"mana suaminya?" kuat suara orang tua tu bertanya.

"kerja!"

Tu je jawapan selamat yang aku ada. Lantak lah. Hish.. Aku tahan geli. Tak lama aku duduk, aku terus angkat kaki masuk dalam rumah. Pintu aku selak dari dalam, takut apa apa jadi.

Tengah hari nanti aku nak cuci baju. Mesin basuh tak ada so.. Guna kudrat aku jela. Sekarang aku nak sambung tidur..
_______________

Pin!!!!

Bunyi apa pulak tu? Siapa pula yang rajin datang tengah hari buta ni? Takkan Andi? Aku terus lempar baju yang masih bersabun ke dalam baldi dan keluar dari bilik air.

Pintu rumah aku buka segera. Berkerut dahi aku tengok kereta mewah berwarna putih berkilat depan pintu rumah. Siapa pula tu?

Seorang wanita cantik tinggi lampai persis model keluar dari kereta dengan pakaian dress merah yang terdedah di bahagian bahu dan ada segaris potongan lurus dari peha hingga ke hujung kaki.

Wow.. Terlopong mulut aku. Devil angel ke?

"Are you marisa?"

Aku angguk. Yup.. Kenapa?

"i see" senyuman manis dilempar pada aku.

"boleh kita bercakap dalam kereta i? Andi ada tinggalkan mesej pada i untuk you.."

Penting sangat ke sampai kena hantar orang lain untuk datang ke sini? "err okay. Sekejap saya tukar baju" aku terus masuk dalam rumah dan tukar baju. Baju kat dalam bilik air tu nanti la aku sambung basuh.

Agak agaknya mesej apa yang Andi tinggalkan untuk aku?
_____________

"So you live in this kind of place? Huh" soalan yang keluar dari mulut wanita tu macam memerli aku. Ada ketawa kecil di hujung pertanyaannya.

Aku cuma tersenyum tawar. Sekurang kurangnya aku ada tempat tinggal.

Kereta putih itu membelok keluar dari kawasan rumah setinggan masuk ke jalan besar.

"siapa cik sebenarnya?"

"Nama i helena" wanita tu tertawa kecil.

Helena? Em.. Pandangan aku lemparkan ke luar tingkap. Laju juga perempuan ni bawa kereta.

"so i dengar you isteri Andi? Is it true?"

Kepala aku toleh pandang wajah perempuan tu semula.

"ya.. I'm his wife" walaupun sebenarnya sudah bukan lagi.. But malam tadi Andi yang mengaku aku masih lagi isteri dia.

"really?" pedal minyak ditekan lebih kuat. Kereta lain yang berada di sebelah kiri dan kanan di potong sesuka hati.

Aku mula kecut perut. Cepat cepat aku pasang seat belt.

"tell me.. Kenapa you tinggal kat rumah buruk tu? Bukan you sepatutnya tinggal dalam rumah Andi ke?" soalan perangkap pulak. Aku telan air liur.

Sejujur nya .. Aku tak ada jawapan untuk tu. Kereta ni pula semakin lama semakin laju.. Ya Allah.. Perempuan ni nak bunuh diri ke apa?!

**********

STRETTTT

Bunyi kuat tayar kereta bergeser dengan jalan raya apabila brek kaki ditekan secara tiba-tiba.

Kereta Helena berhenti di sebuah bangunan lama. Kepala aku tertoleh toleh pandang sekeliling. Tak ada manusia atau kenderaan lain kat kawasan ni selain kereta yang aku tengah naik ni dengan sebuah kereta hitam yang di parkir tak jauh dari situ.

Kawasan yang tak ramai orang lalu sebab banyak bangunan kedai yang terlalu usang dan terbengkalai.

Pintu sebelah aku dibuka luas.

"get out girl"

Dengan berat hati, aku langkahkan kaki keluar dari kereta. Seriously? Andi nak jumpa aku kat  sini ke?

"kita buat apa kat sini Helena?" seram sejuk pula aku rasa.

"jom" Perempuan tu jalan mendahului aku masuk ke dalam salah sebuah bangunan kedai lama.

Tempat apa ni? Setiap pelosok kedai tu aku perhatikan. Di dinding kedai, tertampal simbol-simbol, perkataan dan bentuk yang aku sendiri tak faham.

Kedai apa macam ni? Tak pernah aku nampak..

"helo Doris" Helena menyapa seorang lelaki yang tengah sibuk mengukir sesuatu pada lengan seorang lelaki.

Wait.. Aku rasa.. Kedai ni..

Aku nampak Helena tengah bercakap dengan Doris sambil pandang pandang aku.

"that's it. Come on girl"  tangan aku ditarik masuk ke dalam sebuah bilik.

Ada sebuah katil dan beberapa peralatan dalam bilik tu. Aku mula kecut perut.. Perempuan ni nak buat apa dengan aku?

"Helena, saya nak balik" tangan runcing yang sedang berpeluk tubuh itu aku genggam. Beria ria aku angguk.

"belum lagi." Helena geleng kepala. Bibirnya yang merah menyala tu semacam tersenyum sinis tengok aku.

Beberapa saat kemudian, lelaki yang dipanggil Doris tadi masuk dengan dua orang lelaki. .

"Helena, what's going on?" dada aku mula berombak laju. Takut..

Helena tolak badan aku jauh dari dia sambil tunjuk isyarat tangan kepada dua orang lelaki tadi supaya bawa aku pergi ke katil.

"Helena! Apa ni?! Let me go!" aku meronta kuat. Kiri dan kanan tangan aku ditarik sehingga kaki aku terangkat tidak jejak tanah.

Aku dibaringkan secara meniarap di atas katil. Bahagian belakang badan di atas, bahagian muka di bawah. Kedua tangan aku di gari pada kaki katil.

"helena, please help me" aku merayu dengan suara tenggelam timbul. Nafas aku semakin sesak sebab tangan lelaki lelaki tadi tekan kuat belakang tubuh aku supaya aku tak bergerak.

Aku takut.. Aku takut dorang apa apakan aku..

Helena jalan ke arah aku. Dia tundukkan kepala supaya aku dapat tengok muka dia yang sedang tersenyum manis.

"shh, no more talking b*tch. This will be fun, just enjoy" Perempuan tu ketawa kuat.

Satu botol kecil berwarna putih di atas meja dicapai. Sebiji pil dikeluarkan. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"ka.. Kau nak buat apa" aku telan air liur. Nafas aku mula makin tak keruan.

Helena tunduk semula merapatkan mulutnya dengan aku. Rambut aku digenggam kuat supaya kepala aku tidak bergerak.

"you have to eat this" bisikan halus masuk ke telinga aku.

"tak nak bodoh! Sakitlah!" kuku tajam perempuan tu mencengkam ke dalam kulit kepala aku. Sakit sangat..air mata aku mengalir laju.

"degil!" pil kecil tu disumbat masuk dalam mulut aku. Air kosong dari gelas besar yang ada kat atas meja di tuang masuk ke dalam mulut aku tanpa henti.

Naik lemas aku jadinya. Tercungap cungap aku cuba mencuri nafas.

"telan. Telan!" mulut aku di katup rapat supaya aku tak keluarkan ubat tu semula.

Nak tak nak aku terpaksa telan. Hidung aku dah banjir dengan air yang perempuan ni tuang tadi. Pening kepala aku.

"kenapa kau buat aku macam ni?!" jeritan aku bergema. Geram, marah semuanya bercampur baur.

"just one word. ANDI"

Andi? Semua ni kerja dia!? Aku..

"Doris mulakan sekarang. I'll be back soon" Helena mengeluarkan arahan.

"bye bye dear" rambut yang menutupi muka aku di selak ke belakang. Ergh! Aku meronta lagi kuat.

"Jangan banyak bergerak. Benda ni tak menyakitkan.. Kalau cik duduk diam" suara tu diiringi gelak ketawa yang lain.

ZRAP! Baju belakang bahu aku dikoyak. Tak guna! Separuh badan aku di belakang sudah terdedah.

"kau nak buat apa ni?! Jangan apa apakan aku! Tolonglah!" badan aku bergerak gerak cuba meronta tapi aku masih tak mampu untuk melawan tenaga dua orang lelaki sedang pegang badan aku.

"bagitahu la aku.. Apa yang korang nak buat sebenarnya.." suara aku mulai kendur. Gerakan aku jadi semakin lemah, mungkin kesan pil tadi.

"tak apa. Tidurlah dulu"

Huh? Kepala aku makin memberat. Perlahan-lahan mata aku tertutup.
____________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience