11

Short Story Series 30579

Hujan lebat turun mencurah curah. Sesekali petir menyambar. Kecut perut aku. Macam mana aku nak tidur malam ni?

Luckily lampu masih mampu menyala. Kalau tidak aku duduk dalam gelap jela.

Aku baring beralaskan beg pakaian di atas lantai. Sejuk memang sejuk tapi tak apa, lama lama aku biasa juga.

Kriii.. Kriii.. Krii..

Aku kaku sekejap. Bunyi apa tu?

Kriii.. Kriii.. Kriii

Aku tegakkan badan. Kenapa bunyi tu macam dekat je.. Aku pandang beg pakaian. Tangan aku letakkan atas beg.

Ada getaran halus dari situ. Zip beg aku bukak laju, habis semua baju aku campak keluar.

Mata aku berhenti pada sebuah telefon nokia berwarna biru cair yang sedang menggeletar mintak di angkat.

"aik? Telefon siapa ni? Masa bila aku bawak telefon ni?" tangan aku capai telefon tu dan butang hijau ditekan.

"hello?"

"lembap. Berapa lama aku kena tunggu untuk kau jawab? Tak reti pakai phone ke?" Suara garau itu kedengaran sinis.

Suara tu.. "andi? Kau ke tu?"

"ya ya pandai kau teka" andi gelak.

"ni.. Ni telefon siapa?" aku pandang telefon nokia yang aku tengah pegang.

"sayang, aku rindu masakan kau.." Suara gelak tadi bertukar sedih.

Aku dah pelik. Latar belakang suara andi macam ada suara seseorang menangis.

"kat sini tak seronok la. Dia tak nak dengar cakap aku."

"siapa? Apa maksud kau?" perasaan seriau aku mula naik mendadak.

"dia ada kat dalam bilik. Aku tak nak pukul dia tapi dia tak nak duduk diam"

"siapa andi? Siapa? Kau kat mana ni?" aku dah agak. Satu lagi mangsa lelaki tu.

"aku kat luar. Dah la, aku penat"

Aku dengar bunyi telefon diletak atas meja tapi andi tak matikan lagi panggilan tu.

"andi? Andi stop! Jangan bunuh dia!"

"arghh!!!"

Aku terdiam. Suara seperti wanita menjerit kuat kedengaran dari dalam telefon.

"marisa?" Suara andi kembali menjawab.

"kau buat apa kat dia?!" aku menjerit geram.

"shh.. Dah malam ni. No talking more, goodnight Sayang" tuttt.. Panggilan dimatikan.

Aku mula tak tenteram. Jantung aku berdebar debar.

Zrrr! Bunyi petir menyambar. Terhenjut bahu aku kerana terkejut.

Hmm.. Tidur marisa tidur. Aku baring dan tutup mata.
__________________

Pagi buta aku dah bangun. Hari ni aku kena beli barang barang makanan. Lapar..

Malam tadi pun aku tak makan apa apa.. Sakit perut aku.

Aku keluar awal dari rumah. Masa datang sini semalam, aku ada nampak kedai runcit tapi kena jalan jauh la.

**********
Penuh tangan kiri dan kanan aku dengan beg plastik.

"cukuplah buat masa ni"

Sedang elok aku nak melintas jalan, PIN PIN!! Bunyi hon kereta yang entah dari mana.

Zrap! Lengan aku ditarik. Habis tercampak semua barang barang aku.

Berdesup laju kereta yang hampir langgar aku tadi. Bodoh! Tempat macam ni patutnya bawah perlahan lahan.

"are you okay?"

Serentak tu kepala aku toleh pandang lelaki yang selamatkan aku tadi. Bulat mata aku..

"andi?"

"be careful next time, dear. Kau mesti tak nak mati dulu kan?" andi senyum dan terus pergi tinggalkan aku.

"eh.." tak sempat aku nak ucap terima kasih, dia dah hilang. Tapi apa lelaki tu buat kat sini?

Aduh.. Satu hal lagi aku nak kutip barang barang aku. Haish..
__________________

Nak dekat seminggu juga aku tinggal kat rumah setinggan tu. Jiran semua baik baik.. But ade satu jiran yang paling aku rasa pelik.

Seorang lelaki berumur pertengahan 60-an. Pakcik Razali but dia suruh panggil 'abang' eeuww. Lain macam baik dia dengan aku. Siap volunteers nak berkawal depan rumah aku untuk pastikan yang aku tak apa apa.

Em..

Hari ni macam biasa. Aku bangun awal, tak banyak aktiviti yang aku buat. Sapu rumah, masak, sidai kain tu je la ulang ulang. Selebihnya aku tengok budak budak kat sini main depan rumah aku. Kanak kanak kat sini ramai yang tak bersekolah. Kadang kadang aku belanja budak budak ni beli makanan ringan. Aih.. Rasanya tak lama lagi aku kena cari kerja..

"marisa~"

Aku yang tengah terbongkok bongkok sapu sampah dengan sapu lidi terus berdiri tegak. Aku tahu suara siapa tu..

"hhm" aku pusing pandang belakang. Bibir aku ukir senyuman palsu. Tak selesa..

"pakcik Razali rupanya.." menjengkelkan betul lah.. Dah la gigi depan rongak.

"iya lah siapa lagi kalau bukan abang. Buat apa tu? Nak abang tolong?" tangan lelaki tua tu cuba tarik penyapu dari tangan aku.

Tangan dia bersentuh sedikit dengan kulit aku. Cepat cepat aku lepaskan penyapu.

"ouh maaf sayang, abang tak sengaja" pakcik tua tu tersengih.

Sayang?! Yerk!

"lembut rupanya kulit marisa.."

Aku dah rasa lain macam. Orang tua ni gatal betul..

"pakcik nak apa datang sini?" aku garu kepala.

Serentak itu sebuah kereta bmw warna hitam berkilat berhenti depan rumah aku.

Andi?! Spontan bibir aku tersenyum.

Andi keluar dari kereta dengan renungan tajam ke arah pakcik tua sebelah aku ni.

"who's this?" mulut andi senyum lain macam.

"ni pakcik Razali. Jiran aku" aku rapatkan jarak ke arah andi. Lebih selesa kat situ..

"kau ni siapa? Tak malu datang rumah anak dara orang ke hah? Kalau orang nampak, jatuh fitnah nanti"

Apa masalah orang tua ni?

Andi ketawa kecil. "saya suami dia, anything wrong with it?"

Terus terdiam pakcik tu. Dia pandang muka aku tak percaya.

"marisa.. Kenapa marisa tak bagitahu abang yang marisa dah kawin?"

"aah sayang. Kenapa kau tak bagitahu pakcik gatal ni yang kau dengan aku?" andi ikut toleh pandang muka aku.

Terus aku jadi serba salah. Bukan kita dah cerai ke?

Muka pakcik Razali dah merah tahan malu. Dia macam nak cakap sesuatu sebab aku nampak bibir dia bergerak gerak.

"it's okay. Nah, aku nak bagi dokumen ni kat kau, esok aku datang ambil balik" sebuah fail coklat dihulur ke aku.

Fail apa ni? Aku renung fail yang dah ada kat tangan aku.

"sayang.." andi dekatkan kepala dia dengan pipi aku.

"should i wait here?" Lelaki tu bisik perlahan. Laju kepala aku angguk.

"okay" andi hela nafas. "pakcik tak nak balik ke? Atau pakcik nak 'tinggal' dalam tanah yang pakcik tengah pijak sekarang ni?" selamba ayat tu meluncur laju dari mulut andi.

"kau.. Hish, aku nak balik la ni." terkocoh kocoh pakcik Razali bergerak balik tinggalkan kawasan rumah aku.

"dia dah blah. Can i go now?"

"wait, ni fail apa sebenarnya?" aku angkat fail kat tangan aku.

Lelaki tu mengeluh bosan. "divorce"

"kau betul betul serius ke?" aku gigit bibir.

"perhaps, just sign it. Esok aku ambil" andi terus berlalu masuk ke dalam kereta. Laju kereta dia bergerak keluar.

Em.. Tak boleh jadi ni. Lebih baik aku ikut dia. Aku kalau boleh tak nak bercerai sebenarnya.. Aku tak fikir masa tu.. Aku masih boleh terima andi dan aku nak tolong dia.

*********
Teksi kuning yang aku naik laju kejar kereta andi. Aku nak jumpa andi. Dokumen kat tangan, aku peluk erat.

Nasib baik jiran aku kerja bawak teksi. Pagi pagi macam ni dia masih belum keluar pergi kerja lagi. So aku minta tolong dia.

Kereta bmw hitam berhenti depan sebuah gudang usang di celah hutan. Apa lelaki tu buat kat sini?

"marisa, sini ke you mau pergi?" lelaki india separuh umur tu pusing tengok aku.

"ye.. ye uncle. Sini, berapa?" aku buka dompet.

"20 ringgit"

"thanks uncle" aku keluar dari kereta. Teksi uncle Ugam bergerak keluar dari situ.

Kaki aku melangkah masuk ke dalam gudang. Gelap.. Kawasan kat situ gelap. Tak ada lampu atau cahaya dari luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience