Sejak andi keluar dari rumah ni, sekali pun budak tu tak pernah balik. Ikutkan sekarang nak dekat sembilan tahun dah andi tak balik rumah.
Aku rasa andi dah 23 tahun kut tahun ni. Sepanjang sembilan tahun ni, aku tak pernah dengar berita pasal andi walaupun sekali. And, sebaik sahaja andi keluar dari rumah ni. Aku tak dibenarkan langsung keluar dari rumah dan berkomunikasi dengan orang luar.
Terseksa betul jiwa raga aku duduk sini. Nampaknya aku dah ade pengalaman duduk dalam penjara..
"woi Marisa! Cepatlah sikit kemas bilik tu. Asyik mengelamun je" cik salmah menegur dari depan pintu bilik andi.
Tak, masalahnya asal aku yang kena kemas bilik budak ni? Bukan ke 'department' aku cuma kat tingkat bawah je ke..
Suka buli aku tau tak orang tua ni. Cepat Cepat aku kemas dan keluar turun bawah.
_______________
Bilik kat tingkat atas ade lima buah. Tapi cuma empat bilik je yang digunakan. Lagi satu tu dikunci. Tak ade sesiapa pun yang pernah masuk.
Aku rebah kan badan atas katil bilik aku. Penat we..
Terus terlelap. Ngantuk pulak..
*********
Aku terjaga dari tido. Maigod! Sekarang dah pukul berapa?!
Laju mata aku tengok jam kat dinding. Siot dah pukul lapan malam. Lama gila aku tido.. Cik salmah tak tegur pun aku.. Pelik betul.
Aku keluar dari bilik lepas mandi. Rambut panjang aku sanggul tinggi.
Pergh! Bau aroma makanan menyerbu lubang hidung aku. Sedapnya..
Aku intai cik salmah yang tengah bizi letak pinggan atas meja. Aku sengih.
"hai cik sal" aku jalan dekat dengan dia.
"em. Seronok tido?"
Aku diam. Kantoi pulak.
Aku perhatikan lauk lauk atas meja. "kenapa banyak sangat lauk ni cik sal? Ade gathering ke camne?"
"semua dah siap. Sekarang kau pergi panggil andi turun. Makan" selamba cik salmah suruh aku.
Aku dah terdiam. Nyanyuk ke orang tua ni? "cik salmah. Andi mana ade kat rumah la"
"dia dah balik petang tadi. Tula kau tido je keje. Pergilah cepat" cik salmah tolak badan aku suruh bergerak.
Dalam teragak agak, aku pergi jugak naik atas. Serius ke orang tua ni.. Adu..
Aku telan air liur pandang pintu bilik andi. Asal scary lak tetiba ni..
Tuk tuk.. Pintu aku ketuk perlahan.
Clak..
Badan aku terus kaku tengok sepasang mata coklat cair depan aku. Dia dah balik!?
"a.. Andi" aku senyum awkward.. Seriusla ni andi? Hensem nya.. Dah tinggi lampai do macam model pun ada.. Sabar marisa..
"what? Kau nak ape" kasar mamat tu tanya aku. Terdiam terus aku. Ni andi ke?
"awak.. Andi ke?" aku tunjuk diri dia.
Mamat tu pandang aku atas bawah. "kau tak kenal ke anak asuhan kau sendiri? Aku andi la. Kau nak ape"
Aku telan air liur. Ok.. "erm.. Cik sal suruh turun makan.."
"ha. Ok" andi terus keluar dari bilik dan turun bawah tinggalkan aku.
Aku perhatikan je langkah mamat tu. R u sure tu andi, marisa? Kenapa dia nampak lain?
Ok. Baik aku turun sekarang. Laju aku turun pergi dapur.
Andi dah mula mengunyah. Liza dengan nuri pun ade sekali. Sejah bila muncul pun aku tak tahu..
Aku tarik kerusi duduk sebelah andi. Macam dulu dulu.. Kan?
"marisa duduk sini" nuri tarik kerusi sebelah dia. Aku ikutkan je. Dah la tengah lapar ni.
Aku perhatikan gerak geri nuri dengan liza. Amboi bukan main masing-masing nak senduk kan lauk untuk andi.
"cik sal tak makan sekali ke?" aku tegur makcik tua tu. Duk terlopong tengok andi makan tu dah apasal. Lapar sangat tu..
"eh.. Makan makan. Cik sal pun nak makan jugak" cik salmah tarik kerusi sebelah andi dan duduk.
Aku dapat rasakan ade gelodak akan berlaku antara orang gaji kat rumah ni.
Selesai je makan, andi terus blah naik bilik. Satu hapak pun dia tak cakap dengan nuri, liza dan cik sal.
"marisa, lepas ni naik bilik aku" sempat mamat tu bagi arahan sebelum dia naik atas.
Aku cuma angguk. Ikut jela. Lagipun dalam bulan ni aku akan keluar dari rumah ni. Hahaha. Yes!
_______________
Tuk tuk..
"masuk"
Aku pulas tombol dan masuk. "andi panggil akak ke?"
Andi yang tengah baring atas katil sambil tengok tv, toleh pandang aku.
"habis tu aku panggil siapa tadi" sinis je jawapan yang keluar dari mulut andi.
Aduh pedih hati aku.. Aku cuba senyum manis. Sabar hati..
"andi nak ape?"
"bukak almari baju aku. Kemas balik baju kat dalam tu" andi tunjuk almari baju sebelah tv.
Haish.. Aku ikutkan je arahan budak ni. Tangan aku bukak serentak dua belah pintu.
Habis berterabur semua baju kat dalam. Tertimbus kaki aku. Siot la.. Asal bersepah sangat.. Ee.
Aku jeling bengang muka andi yang tak ade perasaan. Sempat andi hadiahkan senyuman sinis masa aku jeling dia tadi. Ei!
"lipat semua baju aku tu."
Aku terus duduk atas lantai dan lipat satu persatu baju mamat tu. Bengong. Dia yang buat sepah aku yang kena kemas.
Setengah jam berlalu. Macam macam andi suruh aku kemas dalam bilik dia. Padahal aku dah kemas dah sebelum ni. Aku tahan je bengkak kat hati ni.
"andi, dah ke? Akak nak keluar ni. Dah jauh malam ni. Akak ngantuk la" aku menguap.
"aku bos kau kan? Selagi aku tak suruh keluar takpayah la keluar"
Budak ni dah kenapa. Aku rasa andi ni dah banyak berubah la..
"sini" andi bangun dan tarik tangan aku. Dia tolak bahu aku suruh duduk atas katil.
"aku nak kau tolong aku" mamat tu ambil sesuatu dari dalam laci sebelah katil dan campak kat Peha aku.
Tergamam sekejap aku. Pistol? Wo.. Nak buat ape ni.. Aku angkat muka pandang andi. Muka aku dah pucat da..
Andi gelak. "rileks ah. Asal takut sangat? Aku bukan nak bunuh kau pun" mamat tu capai semula pistol dia.
"andi, tu siapa punya? Tu.. pistol betul ke"
"kau nak rasa? Baru tahu real ke tak" andi acu pistol depan muka aku. Dia sengetkan kepala sambil angkat kening.
Gila! Aku dah kaku. Takkan ni pistol betul..
Andi turunkan semula tangan dia. "tolong aku bunuh nuri."
Apa!? Bulat mata aku tengok muka andi yang beku.
"kau dah gile ke!?" aku geleng laju.
Andi naikkan hujung bibir. "Aku memang dah gila sebab aku dah lama berdendam dengan semua orang yang pernah dera dan buli aku dulu. And that's why aku tak bunuh kau lagi, marisa" dia pegang lembut tangan aku sambil ramas perlahan.
Laju aku tarik tangan aku. Ni bukan andi..
"kau bukan andi. Kau siapa hah!" aku bangun dan jarakkan badan.
"shh" mamat tu tunjuk isyarat suruh diam. "kau dengar cakap aku, kau mesti selamat"
"no. Andi ni semua salah tau tak. Akak tak nak terlibat dalam semua ni dan akak tak nak andi bunuh orang. Andi bukan pendendam" aku cuba main psikologi.
"listen marisa. Aku balik sini sebab kau. Dan sebab dendam aku. Kau ingat aku nak ikut cakap kau ke" andi gelak sinis.
Aku geleng perlahan. "no!" aku lari keluar dari bilik andi turun ke bawah dan terus masuk dalam bilik aku. Tergopoh gabah aku kunci pintu bilik.
Seram gila.. Mamat tu dah gila! Kenapa andi jadi macam ni.. Takkan dia betul2 nak bunuh nuri.. Patut ke aku bagitahu nuri pasal ni.. Percaya ke perempuan tu nanti?
___________
Sila komen dan terima kasih. ^o^
Share this novel
alahai seram pulak..huhuhuh