13

Short Story Series 30579

Keesokan hari pada waktu malam.

Kereta andi berhenti depan sebuah kelab malam di kuala lumpur.

Besarnya bangunan kat sini. Aku tundukkan kepala untuk tengok bangunan-bangunan tinggi kat luar tingkap.

"let's go" andi keluar dari kereta. Aku ikut keluar sekali.

Depan pintu masuk kelab malam, ada dua orang pengawal sedang berdiri tegak dengan baju hitam siap dengan kaca mata hitam lagi.

"Gde boss? [boss ada?] "

Laju kepala aku toleh pandang andi. Bahasa apa tu?

"Yest', Dobro pozhalovat', Dino [ada, selamat datang dino]" lelaki yang berbadan agak gempal itu menunjuk ke arah dalam kelab.

"em." andi berlalu masuk. Aku cuma ikut dari belakang. Dengan baju gaun merah paras lutut dan lengan pendek buat aku rasa tak selesa sangat sangat.

Andi lah yang suruh aku pakai macam tu.

Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke dalam lagi satu pintu kelab malam, bergema telinga aku dengan lagu yang terlalu bingit. Ramai lelaki dan perempuan menari tanpa batas dan sangat khayal...

"yoo dino. Nakonets, vy tozhe zdes' [akhirnya, kau muncul juga kat sini]" seorang lelaki berkepala botak muncul entah dari mana menyapa andi.

Di tangan lelaki itu, ada sebotol air arak yang dah tinggal separuh. Ergh.. Bau yang menyebalkan. Aku tutup hidung. Kuat do bau arak.

"Kto printsessa pozadi tebya? [Siapa puteri kat belakang kau tu?]" lelaki botak tu jeling tengok aku sambil tersenyum.

Ee.. Aku tumbuk kang. Dahlah aku tak paham satu apa pun.

"where's boss?" andi keluarkan sebatang rokok dari kotak rokok yang ada di dalam poket lelaki tu.

"where's faris?" baru aku perasan ada tatu ular di leher lelaki berkepala botak tu.

"death.." andi hembus asap rokok depan muka lelaki botak tu.

"oh oh wow.. You shocked me dino" Lelaki tu tepuk tangan.

"so who's the girl behind you? Don't wanna to introduce us?" Lelaki tu angkat kening dan kecilkan mata pandang aku.

"later, now where's mafloy?"

"walla, We're bratva [brotherhood] right? He's at upstairs" Klan tunjuk lantai atas sambil tepuk perlahan bahu andi. Sempat lelaki botak tu kenyit mata kat aku. Ee!

Kat atas, Ada seorang lelaki tua sedang duduk santai sambil tenung kami bertiga. Ada dua orang gadis seksi kat tepi lelaki tua tu.

"okay" andi terus berlalu naik atas.

*******
"mafloy.. Welcome back" andi tundukkan sedikit kepala di depan seorang lelaki rusia yang mungkin dalam 50-an.

"emm... On mertv? [dah mati ke?]" lelaki tua tu teguk satu cawan kecil arak yang ada kat tangan dia sehingga habis.

"yes.. But There's something i want to ask you.." andi duduk di kerusi berhadapan mafloy. Aku cuma berdiri diam di belakang andi.

"who's this girl?" mata lelaki tua tu jeling sekilas pandang aku.

"ma wife"

Wife? Aku gigit bibir.

"huh?" ketawa lelaki tua itu bergema kuat.

"Kak ya mog ne znat' ob etom? [ macammana aku boleh tak tahu pasal ni?]"

"oshibka [kesilapan]" andi senyum sinis. Dia tarik tangan aku suruh duduk di kerusi sebelah dia.

"what's your name, dear?" mafloy pandang aku.

Aku pandang andi, lelaki tu langsung tak nak tengok aku. Hish..

"marisa" aku senyum tawar.

"I see. Do you know who he is?" mafloy tunjuk andi di depannya.

Dahi aku Berkerut. Tak ada jawapan untuk itu.. Aku keliru nak jawab apa.. Siapa andi? Aku patut jawab dia sebagai suami atau pembunuh?

"from your reactions. I know, maybe you have saw it or you already knew bout it" mafloy geleng sambil hujung bibirnya terjungkit sedikit.

"Ty delayesh' svoyu rabotu pered etoy devushkoy? [kau buat kerja kau depan perempuan ni ke?]"

"why wouldn't i? She say I'm crazy and i just show her how to be" andi toleh sedikit pandang aku dan jelir lidah.

"haha okay Dino. What is it?"

"Malik. Help me find him"

Malik? Encik Malik ke? Mata aku pandang muka andi tak berkelip.

"malik.. Why? You want to kill him?" mata mafloy jeling aku.

Mungkin sebab aku faham bahasa Inggeris.. Aku tak la bodoh sangat.

"yes.."

"for what?"

"he killed my mother and I'll kill him, easy" andi angkat kening sambil senyum tipis. Rokok kat tangan dia lenyekkan atas tempat abu rokok.

"he's your father?" mafloy angkat sebelah kening.

"well.." andi angkat bahu.

"as you wish. Klan will help you later" mafloy senyum dengan mata khayal dia.

"now.. enjoy the night with your princess" mafloy pandang tubuh aku atas bawah.

Eee! Again.

Andi tarik tangan aku turun. Kami berdua duduk di satu tempat duduk yang agak tersorok.

"andi, kenapa dorang panggil kau Dino?" aku pandang lelaki depan aku. Air sarsi kat tangan aku teguk perlahan.

"Eto sekret [rahsia]"

Berkerut dahi aku. Apa dia cakap? "maksud kau?"

"secret" 

Ouh.. Aku angguk.

"kita tunggu apa kat sini?" aku perhatikan tarian salah seorang penari wanita kelab malam yang tengah mabuk atas pentas. Mungkin dia tak sedar ramai tangan lelaki merayap kat badan dia.

"that girl. Yang kau khusyuk tengok tu, dia mangsa perdagangan manusia dari Rusia."

Hah?! Laju mata aku mendarat pada wajah andi.

"she's have been here for a long time. No escape, no S. O. S" andi gelak kecil.

"kau tak tolong dia ke? Kesian dia."

"i just don't care Lagipun she's not in my plans"

"aku ada dalam plan kau ke andi? For real?" aku mula excited.

"ya, for the beginning" hujung bibir lelaki itu terjungkit sedikit.

"but the rest is only me and myself"

Senyuman aku mati. "please bawa aku sekali" Tangan aku bergerak sentuh jari andi.

"woo watch out" Lelaki tu terus tarik tangan dia.

"kau dah hilangkan borang cerai aku. Now, kita kena masuk mahkamah" andi angkat kening.

Sesekali badan lelaki tu bergoyang ikut rentak lagu hitz yang dipasang.

"why can't you just accept me?" aku renung dalam mata hazel di depan aku.

"oh god. Marisa, don't you know you're too old for me?" bibir nipis itu mengukir senyuman sinis.

Berkerut dahi aku, mulut aku ternganga sedikit. Biar betul? Jadi, umur aku yang jadi masalah sebenarnya selama ni?

"can't say a word? I see" kepala lelaki itu terangguk sedikit.

"but i have proved that i love you.."

Keluhan kecil keluar dari mulut lelaki tu. "so sad.. But that's not my problem" andi ketawa.

"andi!" aku hentak meja. Nasib baik muzik yang dipasang kuat, kalau tak aku dah jadi tumpuan kat situ. 

Badan andi cuma bergerak perlahan ikut rentak lagu. Air coklat terang dalam cawan kecil atas meja, lelaki tu teguk hingga habis.

"just accept me back" Suara aku bertukar kendur. Mata aku renung gelas air aku yang sudah kosong.

"insane.."

Huh? Aku angkat muka pandang andi.

"aku rasa kau gila" lelaki tu angguk. Mengiyakan pendapat sendiri.

"bukan aku cuma.." liur ditelan pahit.

"I'm a killer! Do you know what's it means?" Suara andi meninggi, tak lama kemudian dia ketawa kecil.

"aku pembunuh, Get it?" sebatang rokok di keluarkan dari poket. Berkepul kepul asap naik ke udara.

"it's okay andi. Aku boleh terima" perlahan perkataan tu keluar dari mulut aku. Kalau aku nak tolong andi, aku kena terima.. Semuanya.

"bla bla bla.. I can't hear you" Lelaki tu tutup kedua belah telinganya dengan tangan.

Aku geleng perlahan. "kau nak aku buat apa?"

Sebaris senyuman terukir di bibir nipis Andi. Dia satukan kedua tapak tangan dan gosok.

"apa kau boleh buat untuk aku?"

"anything.."

"okay!" andi tepuk tangan.
"jangan menyesal.." Lelaki tu senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience