20

Short Story Series 30579

Pagi..

Aku buka mata perlahan-lahan. Bayangan semalam masih segar dalam kepala otak aku. Aduh, Malu gila.... Erm..

Aku pusing sedikit tengok sebelah. Andi masih nyenyak tido. Dia hot do... Uish, astaghfirullah alzim. Aku gigit bibir. Masih berangan lagi ke aku ni?

Rambut yang menutupi muka Andi, aku selak perlahan. Kau dah dapat ape kau nak.. Sekarang kita dah jadi suami isteri semula, aku harap ni tindakan yang bijak untuk aku Andi.

Aku renung lama wajah tenang itu. Pagi ni sejuk, aku pun masih berselubung dengan selimut. Sedikit demi sedikit aku dekatkan badan dengan tubuh lelaki tu. Hangat.

Aku cuma nak tengok muka dia dari jarak dekat.. Tak salah kan?

Kepala aku sandarkan pada bantal Andi. Well ade ruang sikit... Senyuman tipis terukir dari bibir aku. Andi takdelah sejahat yang aku sangka kan.. Mungkin.

Tiba-tiba kelopak mata Andi terbuka. Terperanjat terus aku, kaku. Alamak..

"Dah pagi ke?" Andi gosok mata. Berkerut dahi dia tengok luar tingkap. Cahaya matahari samar samar menerangi bilik.

Terus aku mengesot ke tepi. Jauh dari dia. Malu lagi aku. Haish. Janganlah la dia perasan. Em..

"Marisa" Andi duduk. Dia selak rambut yang menutupi dahi ke belakang. Mata hazel itu beralih memandang wajah aku.

Pergh.. Aku telan air liur. Suara aku dah hilang.. Huwaa.

"Thanks for the last night. Aku rasa kau memang enjoy sangat semalam" Aku nampak senyuman penuh makna Andi.

Hah? Ya Allah malunya aku! Aku palingkan muka ke tempat lain. Aku enjoy!? Betul ke?

"Okay, aku nak pergi kerja dulu" Andi turun dari katil dan bergerak ke sisi katil di mana aku berada sekarang.

Ei.. Kata nak pergi kerja.. Buat apa datang dekat aku sini?

"So you're my wife now, right..wifey? Well apepun.. aku tahu yang kau suka 'benda' ni kan?" Andi ketawa kecil. Seluar pendek tepi katil dicapai dan satu ciuman hangat hinggap di dahi aku. Terus dia berlalu keluar masuk ke bilik dia semula.

Ternganga kecil mulut aku. Merah muka aku jadinya. Mamat ni memang selamba gila..

Ah malas aku layan. Lebih baik aku mandi.
________________

Selesai mandi aku buat sarapan untuk aku je. Andi dah takde, dah pergi kerja la tu.

Aku kerling jam. Baru pukul 10.30 pagi. Bosan do..

Bila teringatkan kejadian malam tadi.. Aku tak tahu macam mana nak hadap muka Andi. Malunya..

Angin dari beranda apartmen sepoi sepoi meniup masuk ke dalam rumah. Bunyi bising dari television langsung aku tak endahkan, entah cerita ape pun aku tak tahu..

Adui Marisa.. Kenapa dengan kau ni?! Aku tampar pipi aku perlahan. Lupakan. Lupakan. Lupakan!

Aku gigit bibir. Bantal petak atas sofa aku capai dan aku peluk erat. Hahahahah..

Kenapa dengan aku ni? Asal aku happy sangat ni?

Argh!! Aku sembamkan muka pada bantal yang aku peluk.

Truut truut!
Bunyi mesej masuk dari telefon Nokia.

Laju mata aku beralih ke arah telefon yang berada di atas meja. Siapa pulak ni? Kacau betullah aku berangan. Telefon aku capai dan peti mesej aku buka.

Sila buka pintu.
-Inspektor Hadi

Aku tercengang. Hah? Buka pintu? Eh takkan polis ni dah ade depan rumah aku?

Pantas aku bangun dan berlari anak ke arah pintu rumah. Tombol aku pulas kasar. Bulat mata aku melihat muka lelaki campuran cina tu sudah terjegat berdiri sambil berpeluk tubuh pandang aku.

"May i?"

Tanpa sempat aku balas, terus dia masuk kedalam rumah. Tak tahu malu betul lah.. Aku memusing kan bola mata, menyampah.

"Saya pilih masa yang tepat kan?" Inspektor Hadi senyum. Badannya berpusing kembali ke arah belakang memandang aku yang masih tercegat di depan pintu yang sudah tertutup rapat.

"Andi dah pergi kerja, cik Marisa tinggal sorang. Senang kerjasama kita nak berjalan." Kening sebelahnya diangkat.

Aku geleng perlahan. Mengarut.

"Encik nak ape? Kan saya dah kata jangan jumpa saya lagi. Saya tak dapat apa apa maklumat pun dan saya tak boleh tolong encik ." Jujur aku berkata. Dah memang aku tak tahu pape..

Inspektor Hadi mengangguk kecil. Dia tersenyum. "Okay.. Pertama saya datang bersebab. Kedua sebabnya ialah berdasarkan rekod yang saya ade. Awak dan Andi sebenarnya dah jadi suami isteri selama dua bulan. Jadi memang patutlah awak 'tak tahu apa apa'."Sinis suaranya.

"Terus terang saya cakap.. Saya tak menipu encik. Andi tak cerita tentang siapa mangsa dia, dan apa yang dia buat kat luar sana ataupun.. sebenarnya Encik yang nak bunuh dia?" Serius aku bertanya.

Gila er nak bunuh Andi? Dah ah aku baru jadi isteri dia semula. No way aku nak tolong polis ni kalau tu niat dia!

Terus berubah riak inspektor Hadi. Berkerut dahi dia memandang aku. "Kami tak akan membunuh selagi musuh tak cuba untuk membunuh kami. Kerja pihak polis adalah untuk membantu menegakkan keadilan. Suami awak seorang pembunuh dan itu bukan perkara main main, Puan Marisa" Keras suaranya ketika menyebut nama aku.

Aku terdiam. Aduh Marisa.. Bukan ke kau nak buat Andi tu jatuh cinta dengan kau supaya kau boleh tolong dia..

Tapi takkan aku betul betul jatuh cinta dengan Andi sampaikan aku tak boleh beza mana yang betul dan mana yang salah. Parah la kalau macam tu..

"Puan?"
"...Puan Marisa"

Laju bebola mata aku memandang ke arah inspektor Hadi. Senyuman tawar aku hadiahkan.

"Sekarang Encik nak ape dari saya?" Aku bertanya perlahan. Pasrah jap..

"Tolong beritahu saya jika awak dapat ape ape maklumat. Ini akan membantu ringankan hukuman awak juga kalau awak didapati bersalah nanti"

Aku mengeluh perlahan. "Okay. Tapi Encik jangan datang selalu atau Andi akan perasan sesuatu nanti" Memang aku tak nak pun inspektor ni datang lagi kat sini.. Huh!

Tangan aku pulas tombol pintu dan buka luas. Silakan beredar ye dalam erti bahasa lain.

Inspektor Hadi senyum seakan menyindir aku. "Baik, kalau ada ape ape tolong mesej atau telefon saya" Ujar lelaki itu sebelum berlalu keluar.

Aku diam tak balas. PAP! Pintu aku tutup kasar.

Argh! Aku benci semua ni!
_____________

Malam..

Prak..

Bunyi pintu bilik aku terbuka luas. Aku yang baru nak lelap terus rapatkan kelopak mata. Andi ke? Aku buka sedikit kelopak mata cuba tengok siapa yang buka pintu bilik aku malam malam buta ni.

Kelihatan batang tubuh Andi yang tidak berbaju sedang berdiri tegak depan pintu. Sebelah tangannya memegang tombol pintu dan sebelah lagi memegang meja solek yang terletak bersebelahan pintu bilik.

Seksi gila!? Cahaya lampu dari ruang tamu menyuluh masuk namun terhalang dek tubuh Andi.

"Marisa.." Suara Andi memanggil lembut.

Aku gigit bibir. Selimut perlahan-lahan aku tarik menutup muka. Seram!

"Bangun Marisa. Aku tahu kau tak tidur lagi" Suara Andi bertukar menjadi sedikit keras.

Aku masih kaku. Pura pura tidur. Takut sebenarnya.. Andi lain macam malam ni.

"Baik kau bangun sekarang kalau kau tak nak aku tidur sini malam ni"

Aku telan air liur. Tidur sini? Best jugak kalau Andi tidur sini malam ni. Hahaha.. Aku gelak perlahan.

"Marisa.. Don't ignore me.. Em.." Suara manja lelaki tu berbunyi betul betul di sebelah telinga kiri aku.

Gulp! Sejak bila dia melangkah ke sebelah aku pulak ni?!

Dapat aku rasakan selimut aku ditarik perlahan-lahan turun ke bawah. Pantas kepala aku toleh ke sebelah. Erk! An.. Andi!

Andi sedang bertinggung di sebelah katil sambil tersenyum tengok aku. Mata aku sempat mencuri pandang tubuhnya yang terdedah. Seksinya..

Terus nafas aku jadi semakin laju. Gatalnya aku!
Tolonglah..

Tangan Andi naik menyentuh ubun ubun kepala aku dan dielus lembut rambut panjang aku. Ditarik perlahan hujung rambut ke arahnya dan dihidu sambil mata dia jeling ke arah aku.

Erm.. I'm finished!

"Damn, you smell good.." Bisik Andi perlahan.

Makin tak teratur nafas aku jadinya. W-what?

Tangan Andi mula naik menyentuh pipi aku, perlahan-lahan turun ke bibir. Dapat aku rasakan usapan lembut di permukaan bibir aku. Mata Andi aku cari, oh shit! Dia pun tengah tengok aku. Mata dia...

Mata hazel dia.. Nampak sangat menawan sekarang ni..

Senyap.. Usapan Andi di bibir aku terasa semakin selesa.

".. I like your lips.."Suara Andi tiba tiba. Matanya turun singgah ke bibir aku.

Omaigod. Deruan nafas aku menjadi kasar. Semakin tak menentu aku rasa. Shit! Stop it Andi!

"An-Andi.. Aw-awak nak ape?" Sedikit bergetar suara yang aku lontarkan.

"Breath slowly Marisa.." Bisik Andi lembut.

"Do you like it?" Suara dia kedengaran begitu enak di telinga aku. Argh damn!

Spontan aku gigit bibir. Jari Andi yang sedang bermain di bibir aku terus terhenti. Dapat aku lihat senyumannya semakin lebar.

"Don't bite your lips, let me taste it" Bibir Andi mendarat di bibir aku.

Terus aku tutup mata. Semakin lama kami berkeadaan sebegitu, semakin tak keruan aku jadinya.

Terbuka kelopak mata aku saat Andi lepaskan ciumannya. Are we done? Well that's stupid question.

"Kau pandang ape? Do you want more Marisa?" Andi naik ke atas katil. Lebih tepat ke atas aku. Shit!

"Andi st-stop it" Aku palingkan muka ke tepi. Rasa malu dan takut semakin bercampur aduk. Saat itu juga aku rasa macam tak cukup oksigen.

"Make me.." Suara Andi berbisik di telinga aku.

Hurg ah! Terangkat sedikit tubuh aku kerana sapaan hangat di pipi dan leher aku. Ah! Damn i.. Like that.

"Woo easy.." Andi gelak kecil.
"Aku-"

Tiba-tiba ringtone iPhone bingit berbunyi di bilik sebelah. Terus aku tarik nafas lega. Thanks.. Thanks a lot.

"Fuck it!" Marah Andi.

Dia turun dari katil. Air mukanya tampak bengang. Sempat matanya melihat ke arah aku sebelum dia bergerak keluar dari bilik aku.

Uh.. Am i safe now?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience