'just because I'm breathing, doesn't mean I'm living..'
----------------------------
"Andi?"
"Andi?!" Panas terasa tubir mata aku. Ya Allah..
Tangan kanan aku naik menutup mulut. Andi! Kepala aku menggeleng, tidak percaya.
Susuk tubuh Andi sedang berdiri tegak di hadapan aku sambil tersenyum. Bersih tubuhnya, muka Andi pun berseri sangat. Sumpah aku tak sangka dapat jumpa Andi lagi.
"Andi! Ya Allah, Saya rindu sangat dekat awak!" Berlari aku menuju ke arah Andi yang masih tersenyum lembut memandang aku.
Tubuh sasanya aku peluk seerat mungkin. Weh, betul-betul boleh peluk! N-ni Andi sungguh ke ni?
Dia sebenarnya tak mati lagi? Wajah aku mendongak mencari anak mata Andi. Sebaik sahaja anak mata kami bertembung, serentak itu juga dapat aku rasakan air mata mengalir jatuh ke pipi aku.
Perasaan hiba menguasai diri aku. Sungguh Ya Allah, aku rindu dengan pelukan dan bau suami aku...
"Marisa"
Bibir aku spontan menguntum senyuman lebar mendengar suara yang terlalu aku rindu.
"Andi, saya rindu sangat-sangat dengan awak. Tolong, jangan tinggalkan saya lagi" Aku menyembamkan wajah ke dada bidang itu. Tangan aku memeluk pinggang Andi erat.
"Marisa.." Satu usapan lembut terasa di belakang badan aku. Aku tersenyum dalam tangisan sendiri.
"Marisa, sayang.. kau kena belajar lepaskan aku" satu ciuman hangat hinggap di ubun-ubun aku.
Lepaskan siapa? Aku mendongak. Matanya aku cari. Tidak berkelip aku melihat mata hazelnya yang juga sedang merenung aku.
Ya Allah, aku rindu renungan dia..
"Marisa, bangun"
"Marisa!" Serentak itu juga, aku terasa ada benda sederhana lembut hinggap di wajah suci aku.
Argh! Apa ni?! Aku buka mata. Tangan aku mengangkat bantal empat segi yang sudah selamat mendarat atas kepala aku.
Siapakah?!
"Bangunlah perempuan, kau ni takde bilik ke sampai nak tidur dekat ruang tamu ni" Suara sinis Hadi menegur.
Dengan pantas, aku bangkit dan menoleh ke arah sofa yang bertentangan dengan aku. Cis, mamat berlagak ni lagi..
Hadi sedang duduk sambil tersenyum menyindir.
Kurang asam betul.. aku hadiahkan jelingan setajam mungkin. Padan muka.
"Eh, kau ni tidur pun menangis ke?" Dahi Hadi berkerut memandang pelik ke arah aku.
Nangis? Laju tangan aku naik mengusap kedua pipi. Oh my god!
Maksudnya..
Andi..
Tubir mata aku mulai terasa hangat semula. Andi.. andi apa maksud awak datang dalam mimpi saya?
"Woi! Kau ni pekak ke?" Hadi bertanya dengan nada kuat.
Hish..
Agaknya dia nak bagi rumah ni bergegar kut.
Aku buat tak layan, sekarang ni apa maksud Andi? Aku... aku tak faham.. dan kalau boleh taknak faham..
"Oi, yang kau jerit-jerit nama abang aku sekali tadi tu kenapa?" Sekali lagi bantal empat segi singgah di wajah aku.
Ei mamat ni la.. aku menjeling geram.
"Sibuk lah" aku mencebik dan bangkit. Nak masuk bilik, nak tidur.. Untung untung dapat jumpa Andi lagi.
*****************
Aku menghela nafas berat. Kepala mula terasa berdenyut-denyut. Ke kiri ke kanan aku bergolek,mata dah taknak lelap. Adui..
Telefon di atas meja tepi katil aku capai. Galeri dibuka, tap! Satu gambar yang sudah berada di ruang favourite aku tekan.
Yes... gambar Andi... Dia tengah ketawa sampai nampak gigi putih dia.
Sayang..
Heh, aku sengih. Ni satu-satunya gambar Andi yang tersenyum. Entah siapa yang ambil masa Andi belajar di Rusia dulu.. gambar candid.
"mama.."
huh
Kepala aku menoleh ke arah pintu bilik yang terbuka sedikit. Andi sedang memandang aku dengan mata berkerdip tidak mengerti.
"sayang, dari mana?" aku tersenyum tipis memandang wajah pengubat rindu yang seiras dengan papanya.
"nenek bawa pergi melawat papa"
Hah?! terus tegak badan aku. "kenapa tak ajak mama?"
halah rugi..
"nenek cakap, mama kena rest dulu. Nanti nenek bawak mama dengan Andi pergi sana lagi." beriya si kecik itu memberitahu siap terangguk-angguk.
Aku senyum dan mengangguk. Alahai sayang, kesian Andi gharfan tak dapat rasa kasih sayang seorang ayah.
Sumpah, aku teringin sangat nak tengok cara Andi layan kerenah anak dia sendiri.
Perlahan-lahan pandangan aku mula turun memandang kosong ke arah lantai bilik. Senyuman yang sedari tadi terukir mula pudar.
Entah kenapa dada mulai terasa menyesakkan. Aku menelan air liur dan tangan aku mulai naik mengurut lembut dada sendiri. Ya Allah...
Aku..
Aku.. rindu...
Share this novel