Lewat Malam.
"Marisa!"
Kalut aku keluar dari bilik. Langkah aku terhenti apabila terpandang susuk tubuh Andi tengah berpeluk tubuh sambil bersandar pada pintu biliknya yang terletak di sebelah bilik aku.
"Lewat balik" Aku senyum. Memang lewat pun, dah pukul 12 tengah malam. Nasib baik aku tak tidur lagi.
Mata Andi renung tajam muka aku sebelum tangan aku ditarik masuk ke dalam bilik lelaki tu tanpa aku sempat buat apa-apa.
***
Tubuh aku ditolak ke atas katil. Buat pertama kali aku masuk dalam bilik Andi walaupun secara paksa.
"Ah Andi stop!" Aku terjerit kecil apabila muka Andi singgah di leher aku.
"Shh.. Stop talking. Just enjoy it" Dalam suara serak Andi berkata. Pipi aku dicium berulang kali. Naik rimas aku rasa.
"A.. Ak.. Aku tak se.. Sedia lagi" Aku palingkan wajah cuba mengelak dari terus menjadi mangsa bibir Andi.
"I want you now.." Andi bisik perlahan di telinga aku.
Ha?! Want? Now? No! Baru pagi tadi buat deal. Aku tak sedia!
Tangan lelaki tu naik menyentuh bahu aku. Malang betul nasib aku sebab leher baju t shirt yang aku pakai agak besar. Lagipun ni baju Andi.
Perlahan-lahan Andi lurutkan ke bawah. Tumpuan lelaki tu beralih pada bahu aku. Aku telan air liur. Nafas aku sesak, badan aku di tindih dan aku tak dapat bergerak. Andi betul betul hilang kawalan!
"Andi please.. Bu.. Bukan sekarang" Aku cuba tolak bahu lelaki tu. Dahi aku berpeluh walaupun dalam bilik yang berpenghawa dingin.
Perbuatan Andi terhenti. Wajahnya dialihkan ke muka aku. Mata aku bertembung dengan mata Hazel coklat tu. Automatik aku terpaku. Argh!
"No, i don't think so." segaris senyuman sinis dihadiahkan kepada aku. Mata Andi singgah di bibir aku. Kalini bibir aku yang menjadi mangsa. Lama bibir Andi mendarat di situ sebelum bergerak ke leher aku. Aku takut.. Sangat.. Airmata aku mengalir perlahan.
"Aku.. Tak nak" Suara aku tenggelam timbul dalam tangisan aku sendiri.
Terus Andi berhenti. Dia renung muka aku dengan pandangan aku tak tahu pandangan apa... Aku cuma rasa seram..
"Keluar" Andi bangun dan terus loncat di ruang katil sebelah aku. Bantal ditarik dan dipeluk. Mata lelaki tu terpejam rapat.
Aku bangun. Baju yang dah terlucut sehingga menampakkan sebahagian baju dalam aku, aku tarik semula ke atas. Muka Andi yang agak tegang ketika tu aku tatap lama.
Aku memang takut.. Tapi..
"Andi.. Aku.. Aku cuma.."
"Keluar lah!" Tinggi suara lelaki tu halau aku dengan mata yang masih tertutup rapat.
Terangat tubuh aku dengar suara Andi. Aku gigit bibir. Salah aku ke?
Dengan berat hati aku melangkah keluar dari bilik lelaki tu masuk ke dalam bilik Aku semula.
Aku rebahkan badan kat atas katil sambil menghadap tingkap. Wow... Cantiknya pemandangan malam ni..
Tapi.. Aku tutup mata beberapa saat. Serentak tu air mata aku mengalir.. Kalaulah Andi pun rasa benda yang sama dengan aku, mesti aku rela.. Tapi lelaki tu cuma nakkan aku untuk dia. Untuk kepentingan dia.
Aku dah rosakkan peluang untuk jadi isteri Andi semula ke?
________________
Pagi.
Seriously.. Aku tak dapat tidur lena malam tadi. Rasa bersalah aku menggunung. Entah itu salah aku atau salah Andi tapi aku yang rasa lain macam.
Awal aku sediakan sarapan. Nasi goreng dan telur. Pintu bilik Andi masih tertutup rapat. Lelaki tu tak bangun lagi. Haih.. Aku harap dia tidur lena.
Baik aku tengok TV sementara tunggu Andi bangun.
_______________
Lebih kurang pukul 11. 30 pagi baru Andi keluar bilik. Dia dah bersiap nak keluar. Aku pun dah selesai mengemas rumah.
Aku cuba tersenyum manis bila mata Andi singgah di muka aku. Tapi hanya pandangan beku yang aku dapat.
Tanpa sepatah kata, terus lelaki tu keluar dari rumah. Sarapan pun dia tak jamah. Aku pulak yang terasa hati. Haih.. Perlu ke aku pujuk dia?
Dari pagi hingga tengah hari sampailah ke malam. Aku ulang alik dari bilik ke ruang tamu ke dapur ke bilik balik. Andi tinggalkan aku sorang sorang lagi.. Tapi kalini aku tak ulang kesilapan yang sama.
Tersengguk sengguk aku tahan mata aku dari tertutup. Aku nak tunggu Andi balik. Ya of course, nak pujuk lelaki tu.
Aih.. TV ni pun dah tak ada cerita lain ke? Makin mengantuk aku jadinya..
"Kalau ngantuk pergilah tidur"
Terperanjat punya pasal, terus aku berdiri tegak. Ya Allah. Andi!
Andi masuk ke dalam dapur dan minum air. Sekalipun dia tak nak pandang aku yang dah berdiri macam tunggul kat ruang tamu depan dapur ni.
Baru Andi nak jalan masuk dalam bilik, laju aku tahan. Aku depakan tangan halang Andi dari masuk dalam bilik dia.
"Woi! Blah lah" Muka lelaki tu bengang.
Aku tersentak. Berani jugak aku ni.. "Saya mintak maaf"
Berkerut dahi Andi. "Saya? Sejak bila kau tukar panggilan kau dengan aku? Lagipun aku dah tak hadap dah badan kau la. Blah!" Tubuh aku ditolak kasar ke tepi.
Saya? Aku tepuk dahi. Asal aku guna saya..
BAM! Pintu di hempas kuat.
Kus semangat aku. Aku urut dada. Lelaki kalau merajuk memang menakutkan.
Tuk tuk..
Aku ketuk perlahan pintu bilik Andi.
Tak ada jawapan.
Tuk tuk..
Senyap.
Penat la macam ni.. Dari berdiri, aku terus ubah posisi. Kalini aku duduk menghadap pintu bilik Andi.
Tuk tuk..
Ya Allah. Nak dekat 15 minit aku ketuk, hampeh tak ada jawapan. Naik lenguh tangan aku.
Aku sandarkan kepala pada pintu sambil tangan aku masih mengetuk. Tuk tuk tuk
Clak, pintu terbuka. Serentak tu aku tersembam betul betul depan sepasang kaki yang tengah berdiri depan aku.
Aku bangun sambil tersengih pandang Andi. Malunya..
"hei kau tak faham bahasa ke? I said get off from me!" Nada Andi tinggi. Muka lelaki tu serius. Tak seperti sebelum ni.. Kalini aku rasa dia betul betul marah la.
"Andi.. Aku.."
"Shut up. Tawaran aku dah habis, aku akan tetap bagi kau tinggal kat sini sebab aku tak nak kau kena rogol pulak kat sana. Tapi kau tak boleh keluar tanpa izin aku. Kau keluar diam diam, aku sendiri akan heret kau keluar" BAM! Pintu di hempas sekali lagi. Kalini betul betul depan muka aku.
Aku terpempam. Aku.. Aku minta maaf.. Aku cuma mampu menjerit dalam hati. Sayang betul, Andi langsung tak nak dengar apa yang aku nak katakan.
______________
Sudah dua hari berlalu tapi Andi masih tak nak bercakap dengan aku. Keluar pagi balik tengah malam. Itu la kerja dia..
Aku tak tahu dia buat apa tapi yang aku pasti sangat. Andi dah tak macam dulu.. Yang selalu senyum walaupun bukan masa yang sesuai. Sekarang dia lebih pendiam dan beku.
Nampak sangat dia sengaja nak buat aku rasa terhimpit. Ergh!
Kalini aku kena berhadapan dengan Andi. Mesti!
***************
Aku dengar bunyi pintu rumah terbuka. Dari posisi baring terus aku duduk atas sofa. Sempat mata aku jeling jam kat dinding. Dah pukul 1 pagi..
"Andi.." suara aku serak. Mungkin sebab aku tertidur tadi.
Andi yang baru nak buka pintu bilik terus terhenti dan toleh pandang aku. Lelaki tu mengeluh.
"Asal kau tak tidur lagi?"
"Saya.. Saya nak cakap sesuatu" dah kenapa terkeluar ayat 'saya' pulak dah.. Bantai jela.
Aku gigit bibir.
"Cepatlah cakap. Aku penat ni" Nada Andi malas. Dia bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh tengok aku.
"Saya mintak maaf" Finally.. Keluar jugak ayat yang dah lama aku pendam ni.
"Sebab?" soal lelaki tu sinis.
Tak berkelip aku pandang Andi. Dia mintak sebab pulak. Aduh, Sebab apa? Aku garu kepala. Ei..
"Sebab.. Sebab.. Aa.. Se.."
"Sebab kau tolak aku malam tu. Sebab kau tipu aku. Sebab kau kata kau cintakan aku. Sebab kau tak nak layan aku. Macam tu ke?" Mendatar sahaja suara Andi.
Perlahan-lahan aku angguk. Iya kan aje la..
Andi senyum sinis. Tombol pintu biliknya dibuka, baru lelaki tu berkira kira nak masuk. Laju aku halang sekali lagi.
Kalini aku cuma tarik hujung baju Andi. Segera tangan aku di tepis. Masih merajuk lagi la dia ni.. Badan Andi berpusing menghadap aku.
Nafas hangat lelaki tu menyapa wajah aku. Dup dap dup dap.. Sabar we jantung..
"I'm sorry" Aku tayang gigi. Takut sebenarnya..
Renungan mata Andi tajam menikam anak mata aku. Ah sudah.. Nak mengamuk lagi ke lelaki ni.
Satu keluhan berat dilepaskan. "Aku maafkan kau. Dah tak ada apa lagi kan? Blah" Badan aku ditolak dan dengan pantas Andi masuk kedalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat.
Ee.. Kerasnya hati lelaki ni. "Andi!" terus aku tekup mulut. Alamak.. Asal aku jerit.
BUM! Pintu dibuka kasar. Andi meluru ke arah aku. Pipi aku di cengkam kuat. Sakit!
Bodoh Marisa.. Kau dah buat dia marah.
"Kau nak mati ke?! Aku dah kata jangan ganggu aku kan!" Andi tolak kasar kepala aku.
Aku urut pipi sendiri. Rasa sengal..
Mata Andi masih merenung aku macam nak membunuh. Aku jarakkan badan ke belakang sedikit.
"Saya mintak maaf.. B.. Betul betul mintak maaf" Kepala aku tunduk pandang lantai.
"Sampai mati perkataan maaf tu takkan hilang dari mulut kau. Memekak kau tau tak! Rimas!" Suara Andi bertukar garang.
Sejak kebelakangan ni.. Lelaki ni selalu marah marah aku..
"Jangan layan saya macam ni.." Suara aku mulai sebak. Rasa sedih pula kena jerkah malam malam buta ni.
"Layan macam mana? Aku tak sentuh kau dah kan? Aku pukul kau ke?! Aku rogol kau ke?!" Suara Andi naik meninggi. Tangan lelaki tu mula tolak tolak bahu aku.
Automatik air mata aku jatuh. Sakit we kena marah.. Hati aku mudah terluka bila insan bernama Andi yang marah aku.
Andi raup wajah beberapa kali. Muka lelaki tu nampak tegang. "Aku dah maafkan kau. Kau nak apa lagi? Aku penat la Marisa. Jangan kusut kan kepala aku lagi" Suara Andi mengendur tapi masih ada nada marah dalam percakapannya.
"Kita kawin?" Entah macam mana soalan tu boleh keluar dari mulut aku. Aduh.. Aku selalu berkata-kata tanpa berfikir. Betullah apa yang Andi cakap pasal aku.
Aku larikan pandangan apabila mata Hazel tu renung aku seakan ingin menerkam.
"Apa yang kau cuba buat ni? Dah gila ke? Pergi tidur la" Andi mula mengeluh berat. Dia masuk ke dalam bilik dan tarik pintu separuh. Lelaki tu masih tengok aku dengan mata yang dah mula kuyu.
Senak perut aku. Perangai aku makin menggila aku rasa. Muka aku dah membahang.
"Kau tahu kita tak payah kawin balik kan? Kau masih boleh jadi isteri aku semula.. Tapi aku tak nak dah. Apa kau nak buat lepas ni. Lantak kaula"
PAP! Pintu ditutup.
Aku tutup mata. Sampai macam tu sekali rajuk lelaki ni. Ah. Esok aku cuba lagi. Tunggu lah!
__________________
Keesokannya.
Kalini aku bangun awal. Sedia kan sarapan awal. Semuanya awal. Mandi pun awal.
"Andi~" Aku sengih.
Lelaki tu jeling aku nak tak nak je. Dia dah bersiap nak keluar. Aku sendiri tak tahu dia nak pergi mana sebenarnya.
"Breakfast?"
"Nope. Aku dah lambat" Andi cuma pandang sekilas muka aku sebelum bergerak ke pintu rumah.
Laju kaki aku bergerak pergi ke arah pintu yang sama. Tangan sasa tu aku tarik. "Tapi sekarang baru pukul 7 pagi"
Andi rentap semula tangannya. Muka dia tunjuk reaksi yang dia betul betul tak suka aku buat macam tu. Tapi aku suka.
"Makan la sikit. Penat saya masak" Aku buat muka sedih. Saja je nak pancing lelaki ni.
"Kau ni tak nak berhenti kan?" Andi mendengus.
"Sebab saya sayangkan awak" Aku angguk bersungguh sungguh. Biarlah kalini aku nampak beria. Kalau aku tak raih kepercayaan Andi, macam mana aku nak tolong dia kan?
"Kau cuma penipu" Perlahan Andi berkata tapi cukup kuat untuk sampai ke telinga aku.
"I'm not a liar" Aku tekankan suara aku.
"Oh ya. Tulisan kat badan kau tu memang sesuai untuk kau"
Aku tarik nafas. Ini betul betul mencabar kesabaran.
"Saya tahu awak tak pernah suka saya dan awak tak kisah tentang apa yang orang buat pada saya. Tak pe Andi. Saya tak kisah kalau itu yang awak nak saya rasa. Awak marah saya sebab tak layan awak malam tu kan? Saya terima. Tapi saya bukan penipu. Bila saya kata saya cintakan awak. I really mean it!" Dada aku berombak laju. Memang aku marah. Ade ke patut tuduh aku penipu..
"Get off" Andi tolak badan aku ke tepi dan terus keluar dari rumah.
Ya Allah. Aku dongak kan kepala cuba halang air mata aku dari gugur. No aku takkan nangis. I'm not weak.
Tapi.. Air mata aku tak nak beri kerjasama. Argh! Lemah. Huhu
___________
Share this novel