22

Short Story Series 30579

Sampai sahaja di rumah, aku tersandar keletihan di atas sofa.

Andi masuk ke dalam bilik aku dan letakkan semua barang di atas katil. Semua tu barang aku sorang je, tak ade pun barang dia.

"Penat?" Lelaki itu menghenyakkan punggung di sebelah aku.

Aku cuma menggangguk. Penat lah jugak..

Paha aku di tepuk perlahan beberapa kali dan selamba Andi letakkan kepalanya di atas riba aku. Terkebil kebil aku pandang Andi, terperanjat wei.

Wajahnya dihalakan ke perut aku. Rapat matanya tertutup.

"Emm.. It's warm" Ujar lelaki itu perlahan.

Kelu lidah aku hendak membalas. What's he trying to do?

Beberapa minit berlalu, aku masih kaku memandang Andi yang mungkin sudah lena di atas riba aku.

Wajah tenang itu aku renung lama. Berkerut dahi Andi, entah mimpi ape la mamat ni.

Perlahan-lahan tangan aku naik mengusap rambutnya.

Lembutnya..

Aku tak pernah sentuh rambut Andi. This is the first time, maybe?

Pipinya aku elus perlahan. Dari mata hinggalah ke bibir Andi, aku sentuh. Tiada yang tertinggal.

Lebar senyuman aku. Andi tak perasan langsung. Aku tak tahu kalau dia suka aku sentuh wajah dia atau tidak, jadi ini lah peluang aku untuk sentuh dia tanpa dia sedar.

Segaris senyuman tenang terukir di bibir lelaki itu. Yea, he's really like it. Aku senyum dalam hati.

"Andi, I'm really really mad in love with you" Bisik aku perlahan di telinganya.

Tangan lelaki itu aku capai dan aku teliti satu persatu jarinya.

Glass nails..

He's have nice hands. Urat yang timbul di permukaan kulitnya aku usap perlahan.

Damn! Everything about you is perfect, Andi.

Walaupun awak masih seorang pembunuh..

Mata aku beralih ke wajahnya yang lena. Still he's looks so perfect and innocent. Shit! Marisa!

Aku gigit bibir. Nampaknya aku betul betul dah jatuh cinta. Aku nak dia tapi.. Dia? Belaian aku terhenti.

Hurm.. Dia tak nak aku ke?

"Why stop?" Suara garau mencelah.

Huh!? Bulat mata aku. Wajah Andi aku pandang lama. Dia dah bangun ke?

Ke aku salah dengar?

Mata Andi terbuka, menjeling aku yang masih terdiam. Hujung bibirnya terjungkit sedikit.

Alamak.. Rasa rasanya dia dengar ke apa yang aku bisik kat dia tadi..

"Kau cakap ape tadi dengan aku?"

Habislah..

Aku alihkan pandangan ke luar tingkap. Rasa makin panas pula muka aku apabila di tenung lama.

"Kau tak nak cakap semula ke apa yang kau bisik kat aku tadi? Aku dah bangun ni.." Ada ketawa di hujung persoalannya.

"Err.."

Andi ketawa lagi. Dia bangkit dan duduk di sebelah aku. Wajahnya masih tidak lekang dengan senyuman.

Spontan aku tersenyum melihat ketawa Andi yang aku rasakan sangat comel ketika itu.

"Kenapa gelak?" Sengaja aku bertanya.

"Can't you stop? Kau selalu cuba untuk goda aku Marisa" Jarak dirapatkan antara aku dengan dia.

"And now, I'm already addicted to you" Suaranya berbisik di telinga aku. Hembusan nafas Andi membuat jiwa aku tidak tenteram.

Terkebil kebil mata aku melihat wajah Andi yang sangat dekat dengan aku. Bibir Andi bergesel sedikit dengan pipi aku.

Em.. Aku tarik nafas, sesak dada aku.

Kedua tangannya naik memegang pipi aku dan diusap perlahan.

Mata Andi mula singgah di bibir aku. Dapat aku lihat bibir lelaki itu terbuka sedikit. Anak tekaknya bergerak ke bawah seakan menelan air liur.

"Don't move" Nafas Andi menjadi kencang. Tanpa berlengah, bibirnya mendarat tepat di bibir aku.

Aku tutup mata rapat, cuba menahan rasa yang semakin bergelora.

Ah! I can't hold it anymore! Tangan aku bergerak memeluk erat leher Andi.

"You turned on.." Bisik Andi perlahan.

Aku diam tidak bersuara. Mata aku leka menatap mata hazel yang masih merenung aku.

"Aku nak pergi mandi dulu okay" Satu ciuman ringkas hinggap di leher aku. Andi bangun dan berlalu masuk ke dalam biliknya.

Argh! Aku cuma mampu menggigit bibir.

No Marisa, behave!

Aku menelan air liur.Dah lah, aku pun nak pergi mandi. Berlengas rasanya..

Sempat aku kerling ke arah pintu bilik Andi yang tertutup rapat sebelum aku masuk ke dalam bilik aku.

_____________

Nak dekat dua jam setengah aku duduk kat ruang tamu tengok cerita di television. Andi pun tak keluar bilik, aku rasa dia sambung tidur la.

Hehe..

Aku senyum sendiri. Why not aku tengok dia? Mana la tahu dia pengsan ke, kan?

Alasan..

Aku berjalan menuju ke pintu bilik Andi. Tombol pintu aku pulas perlahan lahan, tak nak kejutkan dia.

Uish, sejuk betul bilik dia ni. Aku mendongak tengok atas. Patutlah, aircond terbuka, kipas pun dipasang.

Di atas katil, elok Andi sedang tidur berselubung dengan selimut. Lena betul nampaknya..

Terjengket jengket aku berjalan mendekati katil Andi. Aku duduk di ruang tepi katil bersebelahan Andi. Mukanya aku perhatikan.

How? How can you be so attractive even when you sleep?

Huh?

Sah, aku dah angau dengan Andi.

Em, nak pegang ke tak? Teragak agak tangan aku ingin menyentuh rambutnya.

Jangan Marisa! Akal aku menghalang.

Tapi..

Just do it! Hati aku mengarah.

Damn it! I want to touch him.

Tak dapat aku tahan tangan aku dari menyentuh rambut lelaki di hadapan aku. Terasa mengalir satu rasa dari diri aku kepada lelaki itu.

Andi, Apa kau dah buat dengan aku ni?

Tubuh Andi bergerak. Terus aku membatu. Dia dah bangun ke?

Oh no!

Bergetar rasanya seluruh badan apabila melihat mata Andi terbuka, memandang tajam ke arah aku.

Erh! Mulalah aku nak gelabah ni! Aduh menyusahkan betul lah kau ni Marisa! Aku menyumpah diri sendiri di dalam hati.

"I caught you again" Suaranya serak.

Damn! I like your voice.

Rileks Marisa.. Aku cuba bertenang. Senyuman manis aku berikan.

"Saya tak buat apa apa" Aku geleng, membela diri.

"Habistu apa yang kau buat dalam bilik aku?" Sebelah kening lelaki itu terjungkit sedikit.

"Aaa.." Apa aku nak jawab ni?
"S-saya nak keluar lah ni"

Belum sempat aku berdiri, tangan Andi menarik kuat lengan aku sehingga aku terjatuh di atas badannya.

Ah!

Aku telan air liur. No! No! Seram sejuk aku rasa. Andi tersenyum sinis melihat wajah pucat aku.

Tu la berani sangat kau Marisa! Aku mengetap bibir.

"Aku nak_"

"Nak ape? Jangan macam macam" Potong aku laju.

Ketawa meletus dari bibir lelaki itu. Kepalanya di geleng perlahan.

"Aku nak kau ikut aku malam ni, pergi kelab haritu. Kau ingat aku nak ape, hah?" Jari Andi tolak dahi aku.

Oh,

Malu sendiri aku. Cis! Ingatkan nak ape tadi, buat suspen je. Aku betulkan semula kedudukan badan.

"Marisa, baring sebelah aku" Ruang kosong di sebelahnya di tepuk tepuk.

"Saya?" Aku tunjuk diri sendiri. Betul ke?

Andi berdecit kecil. "Siapa lagi? Cepatlah sini"

Tanpa berlengah aku panjat ke atas katil dan baring menghadap Andi. Ee seronoknya!

"Aku nak tidur" Tangannya naik memeluk pinggang aku.

Aku sembunyikan senyuman. Selesa begitu.

Kedudukannya kami yang begitu rapat membuatkan telinga aku dapat menangkap satu persatu hela nafas Andi yang tenang dan teratur.

"Kau boleh tenung muka aku selama mana yang kau nak, I'm yours" ujar Andi dengan mata tertutup.

Aku senyum lebar. Tak tertahan bibir aku untuk menguntum senyuman.

'I'm yours'

He's mine. All mine!

Dengkuran halus Andi mula kedengaran. Aku senyum.

Semoga hari indah kita tak pernah padam Andi. Dahi lelaki itu aku cium lembut.

I love you..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience