18

Short Story Series 30579

"KALAU awak tak nak beri kerjasama. Saya terpaksa sabitkan awak sebagai rakan subahat kepada Andi. Pilihan ada di tangan awak Cik Marisa" Muka lelaki berjaket hitam tu tidak beriak.

Aku telan air liur pahit. Lelaki ni.. Atau lebih tepat lagi seorang inspektor polis, Encik Hadi. Ada ke patut dia suruh aku setuju? Pilihan yang dia bagi macam nak campak aku ke dalam mulut buaya je tau tak.

Pilihan pertama, setuju untuk tolong dia siasat kes Andi. Pilihan kedua, kalau aku tak setuju aku akan didakwa sebab bersubahat. Kusut lah! Mana lelaki ni tahu yang Andi tinggal dekat sini pun aku tak tahu.

Sebenarnya, dah lebih sepuluh minit lelaki tu ada kat dalam rumah ni. Selama tu jugaklah aku jadi bisu. Nasib baik dia sorang je yang datang. Kalau ramai memang aku cabut dulu..

"Cik Marisa.. Awak memang dah tak nak bercakap ke? Atau awak nak bercerita kat balai nanti? Saya datang sorang je ni. Takde siapa tahu yang saya datang sini. Saya cuba tolong awak dan awak pun kena tolong saya." Lelaki tu senyum.

Tolong? Aku tak mintak tolong dia pun.. Satu keluhan berat aku lepaskan.

"Hmm.. Saya rasa awak mangsa culik Andi jugak kan? Tapi.. tadi saya perasan yang pintu rumah ni tak berkunci. Awak memang tak rancang nak lari ke.. Ataupun.. " Percakapan lelaki tu terhenti. Senyuman sinis dia hadiahkan pada aku.

Seram gila polis ni. Dah la tadi main rempuh je masuk rumah aku eh rumah Andi. Aku cuba beriak tenang. Muka aku kawal sehabis baik untuk nampak yang aku tak terganggu langsung padahal dalam hati rasa nak menjerit je sekarang ni.. Huhu..

"Ataupun awak sebenarnya dah terkena Stockholm syndrome?"

Terus berkerut dahi aku pandang mata inspektor tu. Stok apa sindrom?

"Stockholm syndrome. Satu keadaan di mana mangsa culik mempunyai satu perasaan kepada penculik sendiri. Senang cerita, awak dah jatuh cinta dengan Andi. Mungkin sebab tu awak tak lari dan dari tadi awak diamkan diri."

Pap! Tepat kena batang hidung aku. Aiseh inspektor ni.. Macam tahu tahu je..

"Tak tak.. Bukan macam tu" Terpaksa aku bersuara walaupun agak serak. Dah macam rock la pulak.

Encik Hadi senyum. Kepalanya sedikit terangguk waktu dengar suara aku.

"Saya tak tahu.. Saya tak tahu nak buat apa" Jawapan paling jujur aku bagi.

"Senang cerita awak setuju je bekerjasama dengan saya. Andi tu seorang pembunuh dan awak dalam bahaya. Tapi saya yakin kemungkinan besar dia anggap awak lebih dari seorang mangsa dia"

Laju aku geleng. "Apa maksud Encik?" Aku tak faham.

"Sampai sekarang awak masih hidup. Takkan tak faham lagi? Semua kawan kawan awak kat rumah lama tu dah mati. Saya pun pelik jugak kenapa awak masih hidup.." Inspektor tu pandang tajam muka aku. Muka dia serius habis.

"Dan sebab tu saya nak awak tolong saya, here my card" Kad nama bertukar tangan.

"Telefon saya sebelum maghrib dan beritahu jawapan yang saya nak. Terima kasih Cik Marisa atas kerjasama. Saya keluar dulu" Senyuman manis dilempar pada aku dan terus Inspektor tu berjalan ke arah pintu rumah.

Aku cuma hantar langkah Inspektor Hadi melalui ekor mata. Pintu rumah ditutup rapat. Terus aku bersandar pada sofa.

Kad nama berwarna putih tu aku perhatikan. Yang ada cuma nombor telefon dan jawatan dia. Aduh, pening kepala aku la.
______________

Aku kerling jam di dinding. Dah pukul 7.15 malam. Ok, now what?

Nak call ke tak? Telefon yang dari tadi kat tangan aku letak atas meja. Terus tersandar aku kat sofa.
Argh! Stres.

Ok Marisa.. Nak tak nak kau kena jugak bagi kata putus. Aku tarik nafas panjang sebelum aku capai semula telefon bimbit tadi.

Perlahan-lahan nombor inspektor Hadi aku tekan. Butang hijau ditekan.

Tit tit...

"Hello?" Suara garau menyapa.

Aku telan air liur. "er.. Helo? Inspektor Hadi.." Aku diam.

"So macam mana?"

Berkerut dahi aku. Aik? Dia cam ke suara aku? Dia tak tanya pun aku siapa..

"Inspektor kenal ke saya?" Saja aku tanya, nak tahu.

Kedengaran ketawa kecil meletus dari corong telefon. Ei.. Gelak pulak.

"Ni pesakit Stockholm Syndrome tu kan?"

What?! Terus aku jauhkan telefon dari telinga. Kurang asam betul..

Sabar Marisa.. Telefon aku dekatkan semula ke telinga aku. "Saya setuju tapi ade syarat"

"Apa dia?"

"Inspektor tak boleh jumpa saya. Saya tak nak Andi syak apa-apa"

"Baiklah. Terima kasih Cik Marisa, ape ape nanti please keep me update"

"Okay.." tut.. Talian dimatikan. Aku pandang lama skrin telefon Nokia kat tangan. Ape la jadi lepas ni..

"Marisa"

Laju aku angkat muka pandang pintu. Andi?! Spontan aku berdiri tegak. Omaigod sejak bila dia balik?! Kenapa pulak aku tak perasan? Asal dia balik awal pulak ni?!

"Eh.. Aw.. Awak dah balik" Aku senyum cover rasa gugup. Muka Andi serius. Tajam mata lelaki tu renung aku. Alamak.. Dah kantoi ke? Andi dengar ke tadi..

"Aku lapar" Sebaris perkataan keluar dari mulut Andi dan terus lelaki tu berlalu masuk dalam bilik.

Fuh.. Aku urut dada. Aku rasa mamat tu tak dengar.. Ok.. Aku selamat buat masa ni. Cepat2 aku masuk dapur. Nak masak, kan cik abang dah lapar.
_________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience