Thank you readers. Sorry in advance, please enjoy the story and please comment. Thank you again :)
Aku mengeluh perlahan. Surat ditangan aku letak semula diatas meja.
Apa benda ni? Perlahan-lahan tangan aku bergerak mengurut dahi sendiri. Pening kepala aku dengan isi kandungan surat ni..
"Cik Marisa" satu suara menegur. Pantas mata aku singgah ke depan pintu bilik.
"Yes?"
"Taxi here" wanita merangkap pembantu rumah aku berdiri tegak sambil menundukkan kepala.
"Okay, thanks" aku tersenyum hambar.
Gila kau tau tak?! Pagi tadi, surat daripada Malaysia sampai. Paling tak boleh diterima ialah aku disuruh balik ke Malaysia dalam masa 2 jam sebab ada wasiat yang akan dibacakan.
Wasiat? Wasiat siapa? Aku pun tak tahu. Nak kata bapak aku.. dia mana ada duit, kalau tidak, tak adanya aku terperangkap kat rumah.. rumah.. err haih.. rumah lama tu.
Beg pakaian di tepi katil aku capai. Well, tak lama pun aku balik Malaysia. Maybe dalam seminggu?
"Andi!"
Terdengar bunyi larian tapak kaki dari arah tangga luar. Aku tersenyum.
"Mama" bibir mungil kecil itu tersenyum menyapa aku.
"What are you doing, sayang? Jom, we're late now" aku perhatikan wajah yang asyik memandang muka aku.
Ya Allah, sebijik sangat dengan muka papa dia.
"Yes! Yes!" Berlari Andi turun ke bawah sambil menjerit.
Astaga budak ni, seronok betul.
Tergelak aku dibuatnya.
__________________
Malam.
Kami tiba di lapangan terbang lebih kurang dalam pukul 9.00 malam dari Rusia.
Serius, jetlag. Tidur lima kali pun tak sampai lagi.
*****
Tersergam indah banglo luas dengan rekaan seperti istana di hadapan kami. Dengan lampu berkerlip dan terang, serius macam fairy tale.
Aku melopong, gila ah... siapa punya rumah ni?
"Mama.. what's this place?" Andi menoleh ke arah aku.
Aku terdiam. Honestly, aku pun tak tahu.
"Well, this is a castle" aku sengih. Bantai ah.
"Castle? Isn't it just for the princes and the princess? Why we're here?" suara kecil Andi bertanya pelik.
Ah sudah, dengan aku sekali rasa pelik. Hahaha..
"Yes, but.." terpotong ayat aku apabila kereta berhenti betul betul di hadapan pintu masuk.
"That's a big entrance"
Sempat aku dengar Andi menggumam. Aku tercengang. Amboi, baru 3 tahun.. dah pandai eh. HAHA
"Puan, kita dah sampai" pemandu teksi mencelah.
Aku angguk laju. Pantas pintu belah kiri dibuka, Andi bukan main seronok lagi dia.
Sempat tangan aku membetulkan tudung di kepala. Alhamdulillah, aku mula belajar pakai tudung sejak.. sejak Andi meninggal...
Beg roda diletakkan di tepi aku. "Thank you encik, nah" 100 keping not dihulur.
"Terima kasih kembali"
Dalam masa beberapa saat, teksi lenyap dari pandangan.
"Mama, siapa punya rumah ni?" Dengan pelatnya, Andi genggam tangan aku.
Sedari kecil, aku dah ajar dia Bahasa Melayu walaupun lahir kat luar negara tapi asal usul sebenar mana boleh dilupakan, kan?
Budak ni kalau nervous ke takut baru la nak menempel kat aku. Kalau tak, seronok main je la sama macam bapak dia. Menyempat lagi kau marisa..
"Sekejap" tangan aku naik menekan butang loceng.
Tingtong! Bunyi loceng dari dalam rumah.
Seminit..
Dua minit..
Aik? Aku garu kepala. Aku salah rumah ke do?
Ting tong! Sekali lagi butang loceng aku tekan.
Sesaat..
Dua saa-
Kriukk... pintu kayu besar gedabak tu dibuka dari dalam.
Oh shit!
Aku terpaku. Mata aku membulat memandang ke arah manusia yang sedang berdiri dihadapan kami.
Wha- what?.. dada aku berdebar laju.
"Ye? Cari siapa?" Suara lelaki itu menyapa. Mata hazel itu turun memandang ke arah Andi yang sedang berkelip-kelip memandang aku.
"Cik?"
Astaga.. suara pun sama ya Allah..
Mata aku mula merah. Jangan nangis! Jangan Marisa!
"Hadi, who's there?" Seorang wanita separuh umur menepuk perlahan bahu lelaki di hadapan aku.
"Oh! Marisa!" Bibir wanita itu tersenyum. Lantas dipeluknya aku erat.
Aku tergamam sekali lagi. Siapa? Siapa dia ni? Siapa hadi?
"Ni nenek, nenek Andi dan Hadi" seakan mengerti persoalan aku. Dia menjawab sambil mengangguk.
Nenek? Andi dan Hadi? Aku keliru. Andi ada nenek? Andi ada family lain? Hadi?.. wait...
"Masuk, masuk dulu" lengan aku digenggam perlahan dan dipimpin masuk ke dalam rumah.
Aku labuhkan punggung di atas sofa empuk di ruang tamu. Luas weh, macam luas sebuah rumah teres ruang tamu dia. Pergh..
"Cucu nenek dah besar" sempat dicuit pipi Andi yang masih berkerut memandang kami.
Mama pun keliru, Andi.
Aku jeling-jeling pandang wajah yang serupa dengan wajah arwah Andi. Almaklumlah, dia duduk berhadapan aku. Senang sikit kerja mencuri pandang.
"Marisa, kenalkan ni Hadi. Kembar Andi" Nenek menunjuk ke arah Hadi.
Aku kaku. Kembar?! What de hell?!
"Mama.." Suara Andi seperti hendak menangis.
"Ye sayang?" Aku toleh memandang Andi dan perlahan tangan aku mengusap belakang badannya. Mesti tengah takut la ni.
"Ni anak Andi?" Kalini Hadi yang bertanya.
Aku pejam mata seketika. Ya Allah rindunya aku dengan suara Andi..
Suara Andi dan Hadi.. serupa sangat.
"Err ye" aku angguk. Eh, asal aku rasa blushing lak ni?!
"So kau balik sini sebab wasiat Andi je ke?"
Pap! Rasa seperti ditampar muka aku ni. Laju mata aku terarah ke wajah bersih Hadi.
Why? Ya Allah why.. sifat kejamnya serupa je kembar ni. Aku gigit bibir.
"Hadi!" Nenek mencelah, nada suaranya agak kuat. Wajah yang semakin dimamah usia itu berkerut memandang cucunya.
"Apa ni? Kan ini isteri arwah abang kamu. Dia berhak, tak kisahlah sebab apapun dia balik. Sekurangnya kita tahu yang kita ada keluarga lain" wajah tua itu mula menggeleng kesal.
Aku melepaskan nafas singkat. Thank you nek, walaupun takdelah nampak tua sangat. Awet muda gituw..
"Dah, dah. Esok kita sembang lagi. Marisa mesti penat kan? Nenek dah sediakan bilik untuk kamu berdua" nenek tersenyum.
Mantap, aku dah tak larat ni sebenarnya. Tinggal nak lelap je.
Tapi sebelum tu, aku curi-curi pandang wajah Hadi.
Tanpa diduga, mata Hadi masih setia menatap wajah aku. Tak berkerlip we.. Seperti terkena renjatan eletrik, terus aku alihkan pandangan. Malu campur berdebar dah ni, Astaga.
"Idul! Idul!"
"Ya puan!" Dari dapur ada suara yang menyahut. Beberapa saat, datang seorang wanita ke depan.
"Idul, tolong tunjukkan Puan Marisa bilik dia" nenek senyum. Pantas disambut dengan anggukkan kepala.
"Terima kasih nek, marisa naik dulu ye" aku bangun. Andi yang sudah tidur, aku dukung.
Beg roda aku ditarik oleh Idul masuk ke dalam ruangan lif di tepi tangga besar yang terletak di tengah ruang rumah. Mantul, ada lif. Aku sengih.
"Silakan, puan" dengan bahasa indonesia pekat dia. Aku senyum.
"Terima kasih Idul" aku melangkah masuk. Andi masih lena kat bahu aku. Nasib baik tak berat sangat..
Mata aku perhatikan butang lif. Kesemuanya ada 4 tingkat. Wow.. besarnya.
Tapi..
Tak sangka.. Andi ada kembar. Kembar yang serupa dengan dia.
Serupa sangat..
Andi meninggal 2 hari setelah kejadian dia ditembak. Aku.. aku rasa dunia aku gelap sangat masatu sebab Andi satu-satunya cahaya yang sudi bersama dengan aku.
Setelah seminggu Andi meninggal, orang-orang Malfoy yang masih setia dengan Andi datang ke rumah kami. Dorang minta aku supaya keluar dari Malaysia, atas permintaan Andi dan sebab Mafloy masih bebas.
Aku terbang ke Rusia hari tu juga. Nasib baik, Andi ada ramai sangat kenalan dekat sana. Salah seorang kawan baik Andi, arwah minta untuk jagakan aku kalau jadi apa-apa pada dia. Ya Allah.. tuhan sahaja tahu sakit hati aku macam mana..
Lepas beberapa minggu aku duduk sana, baru aku tahu yang aku sebenarnya mengandung. 2 bulan dah..
Dan yang paling aku terkejut, sebenarnya saudara Andi masih hidup. Dia tak pernah bunuh dorang and.. Andi ada imej yang sangat baik kat Rusia..
Aku.. aku masih tak dapat terima. Kenapa arwah tipu aku? Maksudnya.. Andi bukan psycho. Dia.. sengaja?
Share this novel
npe lama sgt x update...baca cap nie pn x puas..ape pn thanks sbb update...tp jgn lme sgt x update..trtnya² sesudah cite nie..betol ke lelaki tu hadi n bukan andy