4

Short Story Series 30579

Awal pagi lagi aku dah bangun.

Rasa takut masih mengusai diri aku. Memang aku nak andi balik tapi kalau macam ni la jadinya.. Better tak payah balik pun tak apa.

"hai cik sal" aku tegur perempuan tua tu. Macam biasa, cik salmah memang bangun awal. Dia tengah masak nasi goreng.

"hmm, kau buat ape semalam kat dalam bilik andi?"

Eh tau pulak orang tua ni. "oh.. Dia mintak tolong saya kemas bilik dia.." aku senyum hambar.

"err, cik sal. Bila saya boleh keluar dari sini?"

"kenapa kau balik bilik tergesa gesa malam tadi?" cik sal renung tajam muka aku.

Aduh, orang tua ni tak habis2 la. "saya nak pergi tandas. Sebab tu saya tergesa gesa semalam"

"mm. Yela tu, kau dah boleh keluar Jumaat minggu depan. Tapi ingat jangan pernah cerita pada orang luar tentang apa yang jadi kat dalam rumah ni sepanjang kau bekerja Kat sini"

Yes! Akhirnya.. "terima kasih cik sal!" aku senyum teruja.

Seriously aku memang dah kecut perut. Aku rasa sebelum aku keluar nanti aku kena bagitahu cik sal tentang andi..

"apa yang happy sangat ni?"

Serentak aku dengan cik sal toleh pandang empunya suara yang tiba tiba menegur.

Masa bila pulak mamat ni turun. Aku dah mula tak selesa.

Andi senyum manis kat cik sal.

"eh andi dah bangun? Sekejap eh cik sal dah nak siap masak" cik sal senyum lebar.

Ohsiot. Kalau dah nama perempuan..

"saya buat kerja dulu cik sal" aku terus blah gi ruang tamu nak kemas.

Even tak kotor tapi hari hari aku kemas dan sapu.

"akak! Andi nak ikut akak boleh tak?" dengan suara ceria andi panggil aku.

Langkah kaki aku terus berhenti. Semalam bukan main kau aku dengan aku. Pandainya mamat ni berpura2. Ee..

"tak payah la. Akak nak kemas rumah. Andi pergi teman cik sal jela." aku senyum terpaksa dan terus blah dari dapur pergi ruang tamu. Nasib baik rumah ni besar gedabak.

Andi hadiahkan senyuman sinis kat aku bila cik sal tengah sibuk prepare pinggan atas meja. Cepat2 aku loloskan diri.

Tengah aku sibuk sapu lantai. Sepasang tangan elok je peluk pinggang aku dari belakang.

Terperanjat aku. Laju aku toleh belakang. Andi dengan muka tak bersalah cuma angkat kening pandang aku.

"andi! Apa yang kau buat ni?! Lepas la" aku tolak kuat badan mamat tu. Gile weh!

"rileks la. Tak luak pun, kau buat je kerja kau boleh tak" sinis suara mamat tu.

"andi please. Hormat sikit akak. Mana boleh peluk peluk macam ni" aku jauhkan jarak.

"tak boleh? Aku rasa benda ni nikmat kut"

"andi!" aku cuba kawal suara aku supaya tak meninggi lagi. Mamat ni dah lebih tau..

"shh, tak payah nak pekik kuat sangat. Aku cuma nak bagitahu kau, malam ni malam terakhir nuri. Betul ke kau tak nak tolong aku bunuh dia?" selamba andi tanya aku. Muka dia memang takde perasaan.

Kepala hotak kau. Aku geleng perlahan. "akak nuri tak bersalah andi. Masa tu dia masih belum matang lagi. Maafkan je la kesalahan dia.." penyapu kat tangan aku dah terjatuh atas lantai.

Betul ke andi ni sanggup bunuh orang? Hati aku masih berbelah bahagi. Tapi macam mana kalau betul? Aih naya nanti.

"maaf? Apa benda tu? Aku tak tahu la Sebab apa yang aku belajar selama ni hanya untuk jadi kejam dan pendendam. Marisa, Jangan naif sangat. Tak semua benda boleh setel dengan perkataan 'maaf' " andi mainkan jari kat hujung rambut aku.

Spontan tangan aku tepis kasar. "kau takkan berani buat macam tu. Akak kenal andi.. Andi takkan berani" aku dah cuak. Tak tahan aku berdiri kat situ lama lama. Better aku angkat kaki.

"we'll see.." andi gelak kecil.

Aku terus blah keluar dari rumah. Aku rasa baik aku kemas luar rumah dulu.. Tak tenang macam ni. Nampaknya aku kena bagitahu nuri.. Aku angguk laju. Nuri.. Aku tarik nafas. Sesak we..
_________________

Petang.

"nuri!"

Nuri yang tengah sibuk mengemas kat stor jeling aku.

"apahal?"

"em.. Malam ni boleh tak aku tido dengan kau?" aku sengih.

"kau dah kenapa? Bilik kau kan ade. Menyemak nak tido sekali dengan aku dah asal. Gila ke" elok je nuri sindir aku. Siap hadiahkan muka jengkel dia.

Perempuan ni.. Aku tengah nak tolong dia ni.. "tolong lah, bagi la aku tido dengan kau malam ni. Sekali je" aku desak lagi.

Nuri hempas beg plastik hitam yang dia tengah pegang kat muka aku. "kau ni kenapa marisa? Kau keluar sekarang. Menyemak siak"

Ei. Nak tak nak aku terpaksa jugak pergi dari situ. Kang gaduh lagi susah. Macam mana ni.. Aku taknak bersubahat dengan andi. Dan aku taknak ade kematian yang berlaku dalam rumah ni..

Oh ya. Liza! Baik aku bagitahu Liza. Merata tempat aku cari perempuan tu rupanya dia tengah terperap dalam bilik layan telefon.

"hai liza."

"keluar" liza bangun dan BUM, dia tutup pintu kuat betul2 depan muka aku.

Kus semangat. Aku urut dada. Bodoh.

Dari jauh aku dengar suara orang ketawa kuat. Ah sudah, sape pulak ni..

"woi marisa. Kau nak buat ape ni? Tadi kau jumpa nuri Lepastu liza. Kenapa kau nak jumpa dorang?" andi peluk tubuh jalan mendekati aku.

We.. Masa bila mamat ni datang dapur ni. Mana dia tahu aku jumpa nuri tadi.. Rasa cuak aku mula meningkat tinggi dari paras normal.

"oo, kau nak cerita pasal aku nak bunuh nuri malam ni ke?" andi bulatkan mata dia. Eh seram siot.

Baru aku nak gerak masuk bilik aku, andi tarik kuat tangan aku sehingga aku terdorong ke belakang semula.

"ei perempuan. Kau ingat ade orang nak percaya kau ke?" keras suara andi bisik kat telinga aku.

Aku jarakkan badan jauh sedikit. Mulut aku memang dah terkunci rapat. Andi ni.. Psiko.

"oh.." andi gelak kecil. Dia belai perlahan tangan aku, aku cuba rentap tapi makin kuat genggaman mamat tu. Sakit we.

"kak marisa nak ikut andi tak? Apa kata akak ikut andi masuk bilik andi? Akak boleh jadi babysitter andi macam dulu dulu. Nak tak" suara andi bertukar jadi macam budak kecik.

Ee, aku telan air liur. "tak.. Tak pela. Akak nak masuk bilik akak dulu. Pe..penat la" aku curi2 tengok muka mamat tu. Ya Allah. Seram do.

"kau ni memang jual mahal kan!?" andi cengkam kuat dagu aku sehingga kepala aku terdongak pandang dia.

"sakitlah andi" Berkerut dahi aku. Kedua tangan aku dah pegang tangan andi yang berada di dagu aku.

"ei kau dengar sini. Aku akan pastikan nuri mati malam ni dan engkau akan jadi saksi semua benda ni jadi. Kau tak boleh lari, sampai mati aku akan tetap cari kau. Aku akan pastikan kau terlibat dengan semua ni" andi tolak muka aku ke belakang dan terus blah naik atas.

Aku dah terciduk. Aku urut perlahan dagu dan leher aku. Nak putus nafas aku tadi. Laju kaki aku berlari masuk dalam bilik aku. Ya Allah, macam mana aku nak tolong nuri kalau aku sendiri pun dah macam telur di hujung tanduk?

Aku duduk atas katil sambil cuba tarik nafas panjang. Serabut! Aku takut, aku.. Aku tak tahu nak buat ape dah..

Ape yang akan jadi malam ni..

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-03-12 22:03:12 

nape ngn andi tu...skit jiwa kah..

Sara Amylia Kamarozaman
2020-03-12 22:03:08 

nape ngn andi tu...skit jiwa kah..

Sara Amylia Kamarozaman
2020-03-12 22:03:02 

nape ngn andi tu...skit jiwa kah..


NovelPlus Premium

The best ads free experience