"MARISA"
Kuat nama aku di laung. Tersentak terus aku dari lamunan. Laju aku angkat muka pandang wajah seorang wanita yang sudah separuh umur.
Wanita tua itu menggelengkan kepala. "nama aku, cik salmah. Mulai hari ni, kau akan jadi babysitter sorang budak lelaki. Dia tuan rumah ni"
Berkerut dahi aku. Aku betulkan kedudukan badan yang tengah duduk atas sofa. Biar betul? Budak kecik tuan rumah yang besar gedabak ni?
Aku perhatikan sekeliling kawasan ruang tamu. Rumah papan bercampur rumah kayu. Cuma.. Struktur binaan tempat ni agak pelik.
Masa aku nak masuk dalam kawasan rumah ni tadi ade pagar besi yang tutup hampir Kesemua pandangan untuk tengok halaman rumah. Macam penjara pun ade jugak..
Halaman rumah pulak terang benderang. Hanya ade satu pokok rendang je tak jauh dari rumah ni. Halaman rumah ni serius luas gila. Tapi jalan dia penuh dengan batu batuan bukannya jalan tar.
Rumah ni ade dua tingkat, sebelum aku masuk dalam rumah ni tadi. Aku perasan, ade sebuah bilik yang luas di beranda atas. Mungkin pejabat? Siapa punya, entahlah..
Oh ya. Nama aku Marisa, berumur 18 tahun. Aku mampu bersekolah sehingga darjah 5 sahaja. Lepas mak aku meninggal tahun lepas, aku tinggal dengan bapak aku tapi.. Bapak aku ade hutang dengan pakcik yang tinggal kat rumah ni.. So aku dipaksa kerja kat dalam rumah ni sehingga 10 tahun sebagai balasan bayaran hutang bapak aku. Aku baru je lepas sain kontrak tadi.
Aku tak dibenarkan jumpa bapak sepanjang aku bekerja. Aku tak tahulah dari mana datang peraturan ni tapi cik salmah kata sebab keluarga aku berhutang dan aku tengah langsaikan hutang dorang so no meets. Apela..
Tak apa.. Aku rela demi ayah. Lagipun jadi babysitter tak susah sangat kan? Kan?
"andi! Come here" cik salmah laung agak kuat.
Aku agak kagum. Haha, pandai makcik ni berbahasa Inggeris. Aku tengok muka dia macam 40 an.
Dari ruang tamu aku dapat tengok derapan kaki turun tangga.
"andi sini" cik salmah tunjuk isyarat tangan suruh budak lelaki tu datang dekat dengan dia.
Aku perhatikan je budak lelaki tu. Macam darjah tiga do. Aku tayangkan senyuman manis, mungkin ni kot budak yang aku kena jaga tu.
"andi, ini akak marisa. Babysitter kau" cik salmah hulur tangan andi kat aku. Aku sambut dan genggam lembut.
Muka andi nampak takut. Aku lambai kan tangan, hye.
"baik lah marisa. Ni la tuan andi. Kamu kena jaga dia mula hari ni. Ingat jaga dia baik baik kalau tidak kau kena berhadapan dengan tuan besar" ugut cik salmah sambil dia besarkan mata kat aku.
Tuan besar? Pening dah aku ni. Aku cuma angguk kan je.
"hai andi.." aku gigit bibir. Comel siak Budak ni tapi besar gila cermin mata yang dia pakai macam budak nerd pun ade.
Andi tundukkan muka. Aku dah garu kepala. Macam mana nak kenal ni?
"em, andi darjah berapa?" aku cuba la beramah mesra.
"tingkatan dua" perlahan je andi jawab. Aku terus terdiam. Are u sure?
"oh.. Ok.." aku bangun. Nampaknya budak ni em.. Takpelah.
"jom andi tunjukkan bilik andi" budak tu tarik tangan aku. Em.. Terpaksa lah aku tinggal kan beg besar gedabak aku kat ruang tamu dulu.
Laju andi tarik tangan aku naik atas. Aku pandang sekeliling. Ade lima buah bilik je kat atas yang berhadapan antara satu sama lain. Kalau aku jalan terus sampai ke beranda, akan sampai ke bilik pejabat yang aku cakap tadi.
"akak ni bilik saya" andi tolak pintu dan tarik tangan aku masuk.
Wow! Aku terlopong. Bapak moden siak bilik budak ni. Ade tv besar gedabak berapa inci tah. Lepastu katil pun saiz Queen. Kaya gila. Semuanya serba serbi moden dan baru. Aircond pun ade do.
Aku pandang budak pendek depan aku ni. "andi, sekarang dah nak masuk maghrib. Andi selalunya mandi sendiri atau orang lain mandikan?"
"selalunya cik salmah mandikan"
Aku tersentak. Nampaknya aku la kena mandikan budak ni. Aduh.. Takpela. Anggap je budak ni darjah tiga marisa..
"oh ok. Bukak baju, akak mandikan sekarang ok"
Tanpa berlengah terus budak kecik tu bukak cermin mata dan baju dia.
Mata aku tertumpu pada beberapa kesan lebam dan bengkak yang dah biru kat beberapa bahagian badan andi.
"andi.. Ni kenapa" aku sentuh sedikit.
"aduh.. Sakit kak." Berkerut dahi andi tahan sakit. Aku dah melalut pikir. Ni siapa yang pukul ni?
"andi kena pukul ke?" aku tanya lembut.
Andi diam. Dia macam takut. Aku sentuh perlahan bahu dia. "jangan takut. Ni kita berdua je tahu ok"
"sebenarnya.. Cik salmah, kak liza dengan acik nuri selalu cubit andi. Dorang kata kalau andi menangis, nanti dorang halau andi" budak lelaki tu mula teresak perlahan.
Aku rasa serba salah la pulak. Aku kesat lembut air mata kat pipi andi.Â
"ayah dengan ibu mana? Dorang tak tengok andi ke" lembut je suara aku bertanya.
"ibu dah mati. Ayah andi tak tahu kat mana. Tak ade sesiapa yang nak bagitahu andi"
Aku dah mati akal. Ape benda ni.. Pening do.
"ok.. Dah. Jom akak teman andi mandi"
Baru andi nak bukak seluar pendek dia laju tangan aku tahan. "hari ni andi pakai seluar dalam tau masa mandi. Akak marisa nak ajar andi mandi sorang sorang sebab andi dah besar"
Budak tu cuma angguk setuju.
____________
Selesai mandi, aku suruh andi pakai baju sendiri. Aku cuma tengok kan je. Aku ade tanya, tak de orang ajar ke suruh buat semua ni sendiri. Andi kata tak ade sesiapa yang suruh dia buat semua ni sendiri dari dia kecik sampai sekarang.
Tapi.. Aku paling seram tengok lebam bengkak kat badan budak tu. Ape salah andi? Kesian betul. Banyak do bengkak dia. Biru2 semua.
"akak, saya dah siap"
Aku senyum dan angguk. That's better.
Tiba tiba badan aku dipeluk erat. Aku yang tengah duduk atas katil terus kaku sekejap.
"terima kasih kak marisa. Andi ingat akak macam cik salmah. Suka pukul andi tapi akak lain. Andi sayang akak" erat badan aku dipeluk.
Em.. Okay.. Aku telan air liur. Seumur hidup aku, pertama kali aku kena peluk. Aku dahla anak tunggal. Takpela, andi aku anggap macam adik aku jela. Sekurang kurangnya aku merasa ade adik. Haha.
"andi.. Kenapa panggil tak panggil cik salmah tu makcik?"
"sebab cik salmah belum kawin." selamba andi jawab.
Aku terperanjat la jugak. Ok.. Aku.. Em.. Speechless jap.
"er.. Akak keluar dulu tau. Nak masuk bilik Lepastu nak mandi" aku rasa badan aku dah melekit ni.
"jom. Andi tunjuk bilik akak" andi tarik tangan aku keluar dari bilik. Serentak tu aku dengar bunyi kaca pecah kat bilik sebelah. Kuat gila do.
Aku nak berhenti tapi budak kecil ni terus tarik tangan aku turun bawah. Hm. Tak sempat nak siasat.
Andi berhenti depan sebuah bilik kat bahagian dapur. Kesemuanya sekali ade empat buah bilik.
Andi bukak pintu bilik bahagian hujung sekali. "ni bilik akak marisa"
Aku jengah kan kepala. Bersih we, aku ingat kotor. "terima kasih andi. Andi pegila naik atas dulu. Nanti akak panggil, kita makan sama sama okay."
Andi angguk dan terus blah naik atas. Aku terpaksa patah balik pegi ruang tamu nak ambik beg.
Cik salmah tengah memasak kat dapur. Liza dengan nuri entah ke mana. Tak penah aku jumpa lagi.
___________
Lepas mandi aku rebah kan badan. Rambut panjang aku baru je syampu. Tak dela letih mana cuma.. Berapa lama aku mampu bertahan duduk dalam rumah ni?
Tuk tuk..
Laju aku bukak pintu. Terpacul muka garang cik salmah depan pintu.
"kau pegi panggil tuan andi turun makan sekarang" keras je suara cik salmah suruh aku.
Laju je aku naik atas.
"andi" tuk tuk..
"masuk"
Aku pulas tombol pintu dan masuk. Budak nerd tu tengah khusyuk buat kerja sekolah.
"jom makan?"
Andi toleh pandang aku. Buku sekolah ditutup. Terus budak tu keluar bilik. Aku pandang pelik.
Aku ikut je langkah andi turun pergi meja makan. Semuanya dah tersedia.
"andi nak makan ape? Biar akak ambilkan" aku pegang sudu sup.
Andi geleng. "biar saya buat sendiri. Akak duduk sebelah andi, makan sekali"
Aku dah pelik gila. Budak ni macam matang pun ade. Ke aku je yang rasa macam tu. Entahlah. Aku tarik kerusi dan duduk sebelah andi. Makan lu geng.
__________
"dah kenyang ke" cik salmah tegur dari pintu dapur.
Tersedak aku. Siot do aku, tak guna betul. Laju andi hulur air kosong kat aku.
Pantas aku teguk. Barulah tenang sikit dada aku.
Andi bangun dan pergi ke sinki. Budak tu basuh pinggan sendiri? Bukan ade orang gaji ke?
"bagus. Lepas makan kau kena basuh pinggan sendiri. Jangan ingat kami ni orang gaji nak jadi kuli kau je" cik salmah tunjal dahi andi.
Budak tu cuma diam. Aku terus tarik tangan andi jauh dari cik salmah. Cepat2 aku cuci pinggan dan tarik tangan andi naik atas.
Muka andi dah mendung. Alamak..
"andi okay ke tak ni?"
"takpela kak. Andi dah biasa" andi tarik kerusi kat meja belajar dan duduk. Terus dia sambung buat kerja sekolah yang tergendala tadi.
Aku diam. Aku labuhkan punggung atas katil. Empuk siot.
Senyap sunyi.
Aku dengar bunyi esakan kecil. Mata aku terus fokus kat andi. Bersungguh sungguh budak tu buat kerja sekolah sambil lap air mata kat pipi.
"andi?" aku bangun. Nak pujuk ke ni?
"ye..ye kak. Andi okay. Akak duduk jela atas katil. Nak tido pun tak ape" serak suara andi jawab.
Aduh.. Aku jalan Perlahan-lahan dekat dengan andi. Bahu dia aku sentuh lembut.
"andi kenapa ni? Susah sangat ke kerja rumah ni?"
Andi geleng. Aku nampak dia cuba tahan air mata dia tapi tak boleh. Aku geleng perlahan. Sebab cik salmah tadi ke?
"andi dah biasa kena pukul. Tak ape kak. Andi dah biasa macam ni"
Aku bertinggung depan kerusi andi. Aku tarik muka dia pandang aku. Alahai.. Cermin mata dia dah kelabu, laju je aku tarik cermin mata dia letak atas meja.
Mata andi warna coklat cair. Cantik tambah lagi dengan bulu mata lentik. Aku pun kalah do.
"andi jangan nangis dah. Akak janji akak jaga andi lebih baik dari cik salmah ok? Jangan sedih dah tak hensem la" sempat aku bergurau. Air mata budak kecik tu aku kesat.
"andi sayang akak tau"
Aku senyum awkward. Budak ni dah mula sayang aku? Cepatnya..
"ok.. Akak pun.. Sama" aku peluk badan andi. Kenapa la Dorang ni suka dera budak ni.. Apa salah andi?
Share this novel