ARGH!!
Aku tarik nafas macam tak cukup oksigen. Mimpi ngeri tadi.. Aku seka peluh di dahi.
Wait aku kat mana ni? Berpusing tubuh aku tengok sekeliling.
Cahaya malap dari sebuah mentol yang penuh dengan kotoran berwarna coklat menerangi bilik yang aku tengah duduk sekarang ni. Aku kat mana?
Sebuah bilik kecil dengan bau yang kurang menyenangkan. Ada sebuah tangga kecil yang diperbuat dari tanah depan jeriji bilik ni. Selebihnya hanya dinding berwarna coklat.
Jap. Jeriji? Ni bukan bilik.. ni penjara! Aku mula gelabah. Kawasan lantai yang basah dengan tak ada lubang udara buat keseluruhan tempat tu bau busuk.
Uwerk! Aku rasa nak muntah. Aku gosok tekak aku untuk hilangkan rasa mual.
Penjara? Aku.. Aku tak mimpi ke tadi? Laju tangan aku raba belakang badan. Siot! Baju aku terkoyak. Apa dorang buat kat aku tadi?!
Belakang bahu kanan aku rasa sakit dan pedih. Aku sentuh belakang bahu aku perlahan-lahan, macam ada sesuatu yang timbul. Aku toleh kan sedikit kepala untuk tengok kawasan yang sakit.
Besar mata aku tengok tulisan hitam kecil melekat pada badan aku. Ni... Ni.. Ni tatu kan?! Apa yang dia tulis ni! Macam tulisan berangkai.. Aku kecilkan mata.
I? Am.. Liar? 'I AM LIAR'
What?! Perempuan tu.. Tak guna! Suka hati je dia suruh orang buat tatu pada badan aku tanpa kerelaan aku sendiri. Kurang ajar!
Dari jauh aku dengar bunyi derapan kaki seseorang menuruni tangga. Laju tangan aku genggam besi jeriji penghadang depan aku.
Helena turun dengan senyuman lebar sehingga ke telinga tengok aku. Dasar perempuan gila!
Sakitnya hati aku. "hei! kenapa kau kurung aku?" rasa marah aku mula sampai ke kemuncak.
"Kenapa kau letak tatu pada badan aku?!" besi jeriji aku hentak sekuat hati. Tangan aku yang sakit tapi aku tak peduli! Argh! Hati aku lagi sakit.
"ouh. You marah ke? I ingat you suka.." bibir perempuan tu muncung. Sengaja tunjuk muka sedih depan aku.
Bodoh! Cakap dengan perempuan ni memang tak guna.
"Mana Andi?"
Reaksi muka Helena berubah. "kau sedar tak yang kau tak layak sebut nama dia!!" hujung ayatnya sengaja dijerit kuat.
Laju aku tutup telinga. Sakit telinga aku.. Dah kenapa dengan perempuan ni?
"Andi tak minat dengan perempuan yang tak tahu malu macam you, marisa" perempuan tu ketawa.
Okay.. Perempuan ni insane. Aku geleng perlahan.
"aku nak cakap dengan Andi"
"Jangan. Sebut. Nama. Dia!" Helena membentak marah.
"aku cuma nak mintak andi lepaskan aku! Tolonglah" dah tahap merayu dah ni.
Mata Helena mencerlung tajam ke arah aku. Kepalanya di geleng beberapa kali.
"DIAM!!"
"kau takkan lepas. Sampai mati kau duduk sini!" Bingkas wanita itu bangun dan berlalu naik ke atas semula.
"helena! Wei helena! Lepaskan aku dulu!" jeritan aku tak diendahkan. Bengong..
Haih.. Aku tersandar kepenatan pada dinding. Bau busuk aku dah tak peduli. Baju aku basah pun basahlah..
__________________
Tiga hari.. Selama tiga hari aku terperangkap dalam tempat yang menjijikkan ni tanpa makanan. No foods at all. Aku berdoa supaya aku dapat bertahan lebih lama je.
Cuma Air mineral 500 ml yang di hantar pada aku setiap hari melalui satu lubang kecil yang ada di dalam penjara tu. Itu pun hanya sebanyak 3 kali sehari. Aku tak tahu siapa yang bagi tapi aku bersyukur sebab sekurang kurangnya aku dapat air..
Badan aku rasa lemah sangat. Rasa sejuk yang mencengkam dan bau busuk yang aku rasa dah mula datang dari badan aku sendiri. Perut aku sakit dan aku lapar.
Terbaring aku kelesuan atas lantai yang berlecak. Aku dah tak kisah..
Tap tap tap..
Bunyi tapak kaki? Aku toleh pandang tangga. Ada seorang lelaki datang dan bukak pintu jeriji besi. Aku dah bebas ke? Laju aku bangun dengan rambut kusut masai.
Lengan aku ditarik suruh berdiri. Aku cuma ikut, tak ada tenaga nak melawan. Aku di bawa keluar dari tempat tu..
Ya allah.. Alhamdulillah..
Aku di bawa masuk pula ke dalam sebuah bilik gelap tak jauh dari kawasan aku dikurung. Gelap gelita.. Ah sudah..
Yang ada di dalam bilik tu cuma sebuah kerusi untuk pesakit gigi dan sebuah lampu besar di sebelah katil yang sudah menyala terang.
"kita buat apa kat sini?"
Diam. Tak ada balasan. Lelaki tu tak nak jawab pertanyaan aku.
"duduk sini" lelaki tu tolak badan aku atas kerusi. Lampu di suluh tepat ke muka aku. Berkelip kelip mata aku dek kerana silau.
Badan aku diikat dengan segulung tali berwarna coklat yang besar dan tebal. Ni kan tali untuk ikat binatang? Apa dia ingat aku ni lembu ke?
"woi! kau nak buat apa ni? Sakitlah!" dahi aku berkerut tahan pedih apabila tali tu bergesel dengan kulit aku. Rasa mencucuk daging.
Pap! Lampu bilik dibuka sepenuhnya. Terang benderang seluruh kawasan bilik.
"marisa.." satu suara lembut menyapa.
Laju mata aku menoleh ke arah empunya badan. Aduh.. Perempuan tu lagi..
"senyumlah sikit. You know what? Today you gonna have fun! Yea!" Helena ketawa sambil bertepuk tangan.
Aku jeling tajam. Cuba kau yang duduk sini, aku nak tengok kau mampu senyum ke tak. Huh!
BUM! Pintu bilik ditendang dari luar. Terdiam terus semua orang. Serentak semua kepala toleh ke arah pintu. Mata aku tertancap pada satu susuk tubuh di depan pintu.
Aku kecilkan mata. Tak nampak jelas sangat sebab lampu kat tepi aku ni buat pandangan aku jadi silau.
"What the f*ck is this?!" Lantang suara garau itu bertanya.
Suara tu! Suara tu aku kenal! Andi! Spontan senyuman terukir di bibir aku.
Lelaki tu berjalan masuk ke dalam bilik.
"marisa?" Berkerut dahinya tengok aku.
"yes! Yes, Your wife. She's gonna have fun at here" Helena senyum. Lengan Andi dipeluk erat.
Oh siot. Aku gulingkan mata ke atas.
"fun?" andi pandang muka aku yang comot. Perlahan-lahan mata Hazel itu turun ke bahagian tubuh aku yang lain. Lantas bibirnya mengukir senyuman tipis.
"interesting.." gumamnya perlahan.
Interesting? Sempat lagi lelaki ni! "tolong lepaskan aku!"
"Oh okay" Andi angkat bahu.
"Let her go" Mulut lelaki itu mengeluarkan arahan sementara matanya masih melirik ke arah tubuh aku. Gatal!
"Huh? Hey, Apa maksud you?" Helena tarik dagu andi supaya lelaki tu pandang muka dia.
"I said let her go."
"No!"
Andi tunjuk isyarat pada lelaki di sebelah aku supaya buka ikatan tali pada badan aku.
Finally, i can breathe. Aku tarik nafas. Laju andi tarik tangan aku supaya berdiri.
Ouch.. Sakit la. Tak reti pelan-pelan betul.
Mata lelaki tu singgah di bahagian bahu aku yang terdedah. Lantas badan aku di pusing.
"What the hell?!" suara andi mula meninggi.
Aku telan air liur. Alamak..
"Mana kau dapat tatu ni?!" Bahu aku ditolak sehingga badan aku terdorong ke depan. Nasib baik tak tersungkur.
Aduh.. Apa masalah lelaki ni? Sakit badan aku. Aku usap perlahan bahu kanan aku yang ditolak tadi.
"Kau tanyalah perempuan sebelah kau tu" jelingan tajam aku bagi. Ambik kau!
"Helena, what is this?"
Bibir merah menyala itu tergelak kecil. "what? She deserved it. Salah ke i buat macam tu? Bukan ke you selalu support i Andi?"
Aku tayang muka bengang. Salah ke tidak kau tanya? Soalan tak berasas betul. Nak minta belas kasihan la tu.
"Ya ya whatever. Ikut aku" lengan aku ditarik sekali lagi.
Seriuslah lelaki ni tak kisah langsung pasal tatu kat badan aku ni? Aku mula kebingungan. Kali ni aku biarkan Andi tarik aku keluar dari tempat puaka ni.
Setelah agak jauh berjalan dari bilik tadi..
"oh ya.." Langkah Andi terhenti. Lelaki tu pusing pandang aku yang tengah berdiri di belakang dia.
Dah kenapa pula ni.. Aku angkat kening. Andi jeling bahu aku. Ei, Sempat lagi.
"kenapa?" aku pandang pelik. Aku tarik baju ke belakang untuk halang bahu aku dari terus ditatap.
Tangan Andi naik sentuh bahu aku. Hei! Lantas tubuh aku ditarik rapat dengan tubuhnya. Oh.. Tergamam sekejap aku.
Andi tundukkan sedikit kepala sehingga pipi kami berlaga. Aku dengar Andi mengeluh.
"you know what Marisa.. Your body is too sexy especially your 'new tattoo', but are you sure you want to show it to everybody at here?" sinis suara lelaki itu bertanya.
Gulp. Aku tak terfikir pulak pasal baju ni tadi. Aduh.. Takkan aku nak jalan keluar dengan tayang badan macam ni?
"nak buat macam mana ni?" aku beralih sedikit ke belakang. Tak selesa. Aku tenung mata Hazel yang selalu mencuri tumpuan tu.
"macam ni" Bibir nipis itu tersenyum kecil. Lelaki tu beralih ke arah belakang tubuh aku. Dia rapatkan bahagian depan badannya dengan bahagian belakang badan aku.
Kaku. Aku tak boleh bergerak. Seriously i can't brain.. Aku..
"Ahh.. It's more comfortable here" Andi hembus nafas.
Aku telan air liur. Deruan nafas Andi terasa hangat menyapa belakang leher aku. Argh! Boleh gila aku macam ni!
"let's get out of here" Tubuh Andi bergerak ke depan menolak badan aku supaya berjalan.
Aduh! Ei! Tak reti sabar ke? Aku terus buka langkah.
Aku tak sangka rupanya aku masih ada dalam bangunan terbengkalai tu lagi. Beberapa pasang mata mula curi curi tengok aku dengan Andi.
Pelik lah tu sebab kami berdua jalan macam ni..
Sampai ke kereta hitam Andi yang diletak betul betul depan pintu kedai, terus aku terjah masuk. Malu woo.. Tak sanggup aku.
Andi masuk ke tempat pemandu dan kereta bergerak meninggalkan kawasan itu.
***********
"Andi.."
"Em.." suara Andi menyahut tapi matanya masih fokus pada jalan raya.
Aku tarik nafas. Okay.. "Pasal deal kita tempoh hari... Kau.. Kau ke yang rancang semua ni pada aku?"
"Psst Kah Kah Kah" Andi ketawa kuat. Sesekali lelaki tu jeling aku di sebelah dengan tawa yang masih bersisa.
Apa yang kelakar? Aku hadiahkan jelingan tajam. Aku kena seksa dan dia boleh gelakkan aku? Haha funny. Huh!
"I don't know about this. So don't blame me. After all, this is all your fault"
Sesedap rasa lelaki ni salahkan aku. Dahi aku berkerut. Laju badan aku pusing menghadap Andi di sebelah.
"Kenapa salah aku pulak? Takkan sebab aku mengaku yang aku cintakan kau, kau kenakan aku macam macam?" naik geram pula aku rasa.
Macam mana aku nak buat dengan tatu ni. Mesti orang mula kutuk aku nanti..
"woo wait" brek kereta ditekan secara mengejut. Terhumban badan aku ke depan. Nasib baik dahi aku tak cium cermin depan.
Aduh.. Aku gosok lengan kiri. Sengal. Sempat aku toleh belakang, fuhh kereta lain tak ada. Kalau tak dah arwah dah tadi.
"Marisa, are you kidding me?" Mata lelaki tu pandang tubuh aku atas bawah.
"Our deal hasn't started yet dear. Are you being sarcastic?" ketawa kecil meletus dari mulut Andi.
"he? Apa maksud kau?" Aku mula terpinga pinga.
"Bodoh. Aku tak ade kaitan dengan semua ni. Lagipun ni semua rancangan Helena dan kau dah masuk perangkap dia lembab!" dahi aku di tunjal kasar.
Hei! Aku gosok dahi aku. Sakitlah. Bengong.
"jap, maksudnya ni semua bukan rancangan kau ke?"
"bukan. Aku tak bodoh nak buat kotorkan badan kau" Andi senyum mengejek. Brek kaki dilepaskan dan perlahan lahan kereta bergerak masuk semula ke jalan raya.
Tersandar aku pada kerusi. Argh!! Stres!
_____________
"Masuk la cepat" badan aku ditolak kuat masuk ke dalam rumah.. Rumah Andi!
"Kau pergi mandi sekarang. Aku bagi baju sekejap lagi" Andi tunjuk bilik yang sebelum ni aku gunakan.
Pintu bilik aku buka perlahan. Spontan bibir aku tersenyum. Bilik ni tak berubah langsung sejak aku tiada. Huh, mungkin lelaki tu tak ambil peduli pun pasal bilik ni kan?
Aku masuk ke dalam bilik air untuk bersihkan diri dan syampu rambut. Busuk dah we badan aku ni.. Entah macam mana Andi boleh tahan tadi pun aku tak tahu..
Selepas 15 minit, aku keluar dengan bathrobe. Rambut yang basah aku lap guna tuala kecil.
Segarnya badan! Aku rebahkan badan atas katil. Rindunya katil aku! Huhu.. Bantal aku tarik dan aku peluk erat.
"Hei?"
Laju aku angkat kepala tengok pintu. Huh.. A..Andi! Cepat cepat aku bangun dan betulkan bathrobe aku. Nasib baik tak terselak.. Ei malu.
"Kau rindu bilik ni ke?" baju dan seluar dicampak atas katil.
Aku senyum dan angguk perlahan. Tangan aku ramas hujung baju bathrobe.
"Kau boleh tinggal sini"
Hah?! Aku pandang muka Andi tak berkelip. Aku salah dengar ke?
"Kau.. Kau cakap apa?"
Andi angkat bahu. Terus lelaki tu melangkah keluar dari bilik aku.
Aku boleh tinggal sini? Woohuu! Aku lompat atas katil. Aku dapat tinggal sini balik! Yes!
Pantas aku bangun dan tutup pintu. Baju yang Andi bagi tadi aku sarung. Now.. Aku nak tidur, bye bye.
___________________
Malam.
"Andi.. Aku dah masakkan nasi goreng. Makan la"
Andi yang baru keluar dari bilik dengan hanya berseluar pendek pandang aku yang tengah duduk atas sofa sambil layan TV sebelum pergi ke meja makan.
Bunyi sudi besi berlaga dengan pinggan kaca buat aku tersenyum. Mesti lapar sangat tu haha.
"Aku masuk bilik dulu"
"Oh okay" Aku angguk sambil tersenyum. Lebih senang aku nak buat Andi jatuh cinta dengan aku. Tapi.. Macam mana?
__________
Share this novel