Rizal pandang Nuha yang duduk di ruang tamu. Dia perasan sejak Nuha balik dari lunch dengan Fikri Nuha banyak tersenyum seorang diri. Rizal duduk di sisi Nuha.
" Kau tenang fikir apa tu sampai senyum macam tu sekali." Rizal pandang wajah Nuha.
" Awak tahu tak Fikri lamar saya tadi dia bagi ni dekat saya mula mula saya rasa berat hati sangat nak terima tapi bila tengok dia bersungguh sungguh nak kan saya terus saya terima hujung bulan ni kami tunang tahun depan kami Nikah." Nuha perasaan riak wajah terkejut Rizal.
" Aku nak kau pulang kan balik cincin t Jb dekat beruk tu." Rizal jeling Nuha.
" Mana boleh ni cincin dia yang pilih dah la cantik." Nuha hulurkan tangannya ke arah Rizal.
" Aku nak kau kahwin dengan aku." Rizal menanggalkan cincin dari jari manis Nuha.
" Apa awak ni bagi balik saya." Nuha pandang wajah Rizal.
" Kahwin dengan aku." Rizal senyum memandang Nuha.
" Saya nak kahwin dengan Fikri macam mana nak kahwin dengan awak." Nuha pandang Rizal lama.
" Kau putus dengan dia kahwin dengan aku." Rizal senyum nakal.
" Tak nak saya nak kahwin dengan Fikri dia baik handsome pendek kata prefect la untuk jadi suami." Nuha jeling Rizal.
" Aku tak akan biar kan kau kahwin dengan dia tu." Rizal terus berlalu pergi dari situ. Nuha ketawa kecil. Menjadi juga rancangan nya untuk sakit kan hati Rizal. Cincin itu dia yang beli bukan Fikri. Dia cuma gunakan nama Fikri untuk sakit kan hati Rizal. Nuha bangun dari duduknya dia melangkah ke arah biliknya.
" NN tolong mama hantarkan bekal ni dekat Jack." Datin Naura menghulurkan mangkuk tingkat kepada Nuha. Nuha menyambut dengan senyuman dia melangkah keluar. Nuha memandu ke arah Hospital tidak sampai sepuluh minit Nuha sudah sampai dia hadapan hospital.
" Nuha buat apa dekat sini." Satu suara menyapa dari belakang.
" Saya nak hantar ni dekat Jack tadi dia minta tolong mama saya masakkan untuk dia." Nuha mengangkat mangkuk tingkat di hadapan Fikri.
" Awak baru nak balik ke." Nuha pandang Fikri.
" Ye saya baru nak balik kalau macam tu saya balik dulu la jumpa esok." Fikri mengusap kepala Nuha.
" Ye la hati hati drive." Nuha melangkah masuk ke dalam hospital. Nuha menuju ke arah wad Alex bersama bekal. Nuha masuk ke dalam dia lihat Alex sedang mencium Emy yang belum tidur.
" Nah bekal kau." Nuha letak makanan di atas meja.
" Alex sini aku dukung dia." Nuha mengambil Emy di dalam dakapan Alex.
" Boss terima kasih sebab bagi nama dia sedap sangat tak sangka boss pandai pilih." Alex pandang Nuha.
" Aku minta maaf sebab letakan nama anak kau tak minat izin kau. Doktor minta kami letak kan nama dia orang nak buat surat beranak jadi aku letak la nama Emy Amani." Nuha memandang Alex.
" Tak apa lah boss saya bersyukur sangat." Alex pandang makan yang di makan oleh Jack.
" Jack aku nak sikit sedap la kau makan." Alex pandang Jack. Jack meletakkan makanan di hadapan Alex. Alex makan sehingga habis Jack pandang dengan riak wajah tidak puas hati. Alex hanya tersenyum.
************
Rizal menumbuk batal tidurnya sakit hatinya bila melihat Fikri mengusap kepala Nuha. Rizal meraut wajahnya yang sedikit tertekan. Nuha yang kebetulan lalu di hadapan bilik Rizal turut terdengar kata kata Rizal. Nuha menolak pintu bilik Rizal.
" Apa yang awak bebel sorang sorang tu." Nuha pandang Rizal.
" kau la gatal dengan lelaki lain bukan main lagi biar dia orang sentuh kau kalau aku kau marah." Rizal menyembamkan wajahnya di atas bantal.
" Rizal yusof nangis ke tu." Nuha merapati Rizal.
" Kau jahat sampai hati kau buat aku macam ni." Rizal masih lagi tidak mengangkat muka. Nuha duduk di sisi katil tangan nya di letakkan di belakang Rizal.
" Kesiannya dia sini sayang pujuk." Nuha merebahkan di atas belakang Rizal. Rizal terus pusing sambil tangannya melilit pinggang Nuha.
" Nuha kahwin dengan aku." Rizal pandang wajah Nuha.
" Kita percepat kan perkahwinan kita kalau boleh saya tak nak kita tunang." Nuha masih lagi menindih tubuh Rizal.
" Sayang betuk ni kau nak kahwin dengan aku." Rizal pusingkan badannya dan sekelip mata dia sudah berada di atas badan Nuha.
" Betul la lagi pun saya nak awak jadi suami saya cukup la saya kehilangan Naim dan saya tak sanggup nak kehilangan awak pula." Nuha mengucup bibir Rizal. Nuha menolak tubuh Rizal menjauhinya dia bangun dan keluar dari bilik Rizal. Rizal pantas memeluk erat belakang Nuha.
" Tidur dengan aku malam ni." Rizal pandang Nuha. Nuha hanya menurut sahaja.
" sayang terima kasih sebab terima aku jadi suami kau." Rizal tidur tangannya memeluk pinggang Nuha. Nuha sudah hanyut di buai mimpi indah sedang kan Rizal masih lagi belum tidur.
NN dah terima lamaran Rizal :O
Share this novel