Nuha pandang Naim yang sedang tidur di uli mimpi sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Nuha mengeluh perlahan dia tidak faham dengan Naim kenapa Naim kata ini adalah kali terakhir mereka tidur barsama. Nuha mendekati Naim wajah tanganya naik membelai wajah Naim. Nuha pandang lama wajah Naim sebelum dia mencium wajah Naim. Dia dan Naim belum lagi melakukan hubungan suami isteri ini atas pemintaan Naim sendiri. Nuha keluar dari bilik dia lihat Alex belum tidur.
" Kau buat apa tu Alex." Nuha pandang Alex.
" Aku tak sedap hati la boss aku rasa macam ada sesuatu yang akan berlaku." Alex pandang wajah Nuha.
" Perasaan kau je tu dah pergi tidur." Nuha terus melangkah ke arah dapur.
" Aku tak boleh nak tidur." Alex mengikuti dari belakang.
" Kalau macam tu jom layan movei dulu." Nuha duduk di hadapan tv bersama Alex. Mereka melayan movei sehingga ke pagi baru mereka tidur. Nuha masuk ke dalam bilik dia lihat Naim sedang termenung keluar jendela.
" Bila masa awak bangun bukan ke tadi awak tidur." Nuha peluk belakang Naim.
" Hubby tak boleh terjaga tadi...sayang dah habis tengok movei ke." Naim mencium ubun ubun Nuha.
" Dah habis dah awak jom la tidur sayang mengantuk ni." Nuha merengek manja. Naim ketawa dengan sikap manja Nuha yang tidak menentu. Mereka masuk ke menuju ke arah katil sebelum mereka tidur bersama.
**************
Nuha bangun pagi itu di lihat Naim masih lagi tidur. Hari ini mereka akan keluar bersama sama. Nuha ketawa halus bila melihat wajah Naim comel itu.
" Sayang ni suka tenung hubby macam tu." Naim terus bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Nuha ketawa kuat bila Naim sudah malu malu.
" Sayang pergi mandi kita nak keluar ni." Naim menghulurkan tuala kepada Nuha. Nuha menyambut sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi Nuha bersiap ala kadar.
" Dah siap jom kita keluar." Nuha melangkah keluar bersama Naim dan Jack.
" Kita nak pergi nama hari ni." Nuha pandang Naim.
" Kita pergi jalan jalan kawan taman lepas tu kita pergi rumah sewa saya dulu." Naim pandang Nuha.
" kalau macam tu jom kita gerak." Nuha peluk pinggang Naim. seperti yang dirancang mereka tiba di taman. Nuha tidak melepas pelukan nya. Dia memeluk erat lengan sasa Naim selepas berjalan di kawasan taman Nuha dan Naim tiba di rumah sewa Naim. Mereka masuk ke dalam bersama tiba tiba mereka di serang oleh beberapa orang bertopeng. Nuha pandang wajah Naim yang sedang menahan sakit akibat di tikam di bahagian dada. Nuha kaku melihat Naim di pukul. Nuha terus menyerang lelaki yang bertopeng habis lelaki itu di bunuh oleh nya. Jack masuk ke dalam rumah itu. Jack mendekati Nuha yang sedang menangis di sisi Naim.
" Hubby jangan tinggalkan saya." Nuha memeluk tubuh Naim.
" Sayang janji dengan saya awak akan jaga diri awak. Saya sayang awak selamanya. Janji dengan saya cari lelaki yang boleh jaga awak. Saya minta maaf tak boleh nak jaga sayang lagi. Terima kasih sebab dah izinkan saya rasa kasih sayang awak." Naim bersuara dalam kepayahan. Nuha sudah menangis tanpa henti.
" Jangan tinggalkan saya...saya sayang awak saya cinta awak dan saya tak akan cari perganti awak selamanya awak dalam hati saya." Nuha memeluk tubuh Naim. Naim mencium dahi Nuha buat kali terakhir sebelum dia menutup mata rapat. Nuha sudah meraung menyebut nama Naim. Jack mendekati Nuha tubuh Nuha di peluk erat. Jack mencapai telefon lalu mendail nombor Alex dan juga Aiman.
" Boss kita bawak dia pergi hospital tempat ni biar Alex dengan Aiman yang kemas." Jack membawa Naim ke kereta sebelum dia memandu ke arah hospital. Nuha masih lagi menangis di sisi Naim sampai sahaja di hospital Naim di tolak masuk ke dalam wad kecemasan. Nuha ingin rebah tetapi di sambut oleh Jack.
" Dia tak akan tinggal aku kan." Nuha pandang wajah Jack.
" Boss kena banyak sabar dia akan sembuh." Jack peluk Nuha. Nuha menangis tanpa henti. Tiba tiba pintu wad di buka Nuba terus berlari ke arah doktor itu.
" Doktor macam mana dengan suami saya." Nuha pandang wajah doktor itu.
" Kami minta maaf puan pihak kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan suami puan tetapi Allah lebih sayang dia. Maaf kan kami tak dapat nak selamatkan kan suami puan." Doktor itu terus berlalu pergi dari situ. Nuha yang mendengar terus jatuh terduduk dia kaku dengan air mata yang mengalir laju. Jack mendekati Nuha di membawa Nuha masuk ke dalam wad untuk melihat Naim. Nuha berjalan perlahan mendekati Naim yang kaku tidak bergerak.
" Awak dah tinggal kan saya Naim. Awak mungkir janji awak untuk jaga saya dan lindungi saya." Nuha peluk tubuh Naim.
" Mungkin sampai sini sahaja jodoh kita saya minta maaf kalau selama saya jadi isteri awak saya banyak menyakiti awak." Nuha sedar dia harus redha dengan semua ini.
" Naim awak pergi la saya akan tuntut keadilan buat awak. Awak tidur la mesti awak penat kan. Saya akan jaga diri saya. Awak tunggu saya dekat sana tahu jangan cari yang lain." Nuha mencium dahi Naim lama sebelum dia menarik kain menutup wajah Naim. Jack yang berada di belakang Nuha turut mengalir air mata. Aku janji dengan kau Naim aku akan jaga dia untuk kau. Jack mengomel seorang diri. Aiman dan Alex yang baru sampai terus merapati Nuha.
" Im terlalu awal kau pergi tinggalkan kau. Aku doa kau tenang dekat sana. Terima kasih dah jadi kawan aku selama ini." Aiman mencium dahi Naim. Nuha dan Aiman mengeuruskan jenazah Naim buat kali terakhir. Nuha menahan tangis saat melihat jasad Naim di masukan ke dalam liang lahad. Orang mula berangsur pulang tinggal Aiman Jack Alex dan Nuha sahaja. Nuha pandang lama kubuh Naim sebelum dia mencium tanah itu.
" Jaga diri awak sayang saya akan balas balik pada siapa yanv sanggup buat awak macam ni. Saya balik dulu nanti kalau saya ada masa saya datang tengok awak okay." Nuha menyapu air matanya kali ini dia akan bunuh siapa yang sahaja yang terlibat dalam kematian suaminya. Nuha melangkah pergi dari tanah perkuburan itu. Dia masuk dan memandang ke arah tanah perkuburan. Air matanya mengalir laju sakit itu yang dia rasa. Dia perlu balas dendam bagi pihak Naim. Jack memandang Nuha dia tahu Nuha masih lagi belum dapat terima pemergian Naim.
sapa dalang di sebalik kematian Naim.... kesian NN baru nak bahagia Naim pula pergi sis yg tulis ni pun menangis sambil tulis :-( rasa tak sampai hati nk pisahkan NN dengan Naim (╥_╥)
Share this novel