Nik masuk ke dalam mansion bersama Aiman dan juga Emy. Bilik Alex di tuju tanpa mengetuk dia terus masuk. Marahnya pada perempuan tadi tidak berkurang lagi. Nik meletakkan Emy di atas katil. Emy yang sudah tidur dari tadi di tenung lama sebelum dia mencium pipi gebu Emy. Aiman pula duduk di ruang tamu bersama Rizal dan Nuha.
" Man tu apa kes masuk tak bagi salam lepastu terus masuk bilik aku." Alex pandang Aiman.
" Tengah marah la apa lagi." Aiman mengurut dahinya.
" Apa kau buat sampai dia marah macam tu jarang aku tengok Nik tu nak marah." Rizal pandang Aiman.
" bukan aku la tapi dia sendiri yang buat dia marah." Aiman duduk tegak.
" Maksud kau apa kita orang tak faham la." Nuha pandang Aiman.
" Tadi dekat mall ada la sorang perempuan ni dia nampak Nik gendong Emy jadi perempuan tu pun cuba nak sentuh Emy tapi dia tuduh perempuan tu nak culik Emy siapa tak marah kena tuduh macam tu. Dia marah perempuan tu cakap macam macam last last aku yang kena tenangkan tu pun aku guna nama NN kalau tidak mesti makan penampar la perempuan tu. Aku pun minta maaf la bagi pihak dia lepas tu aku cakap la yang Nik tu tak suka jumpa perempuan dia tak suka kawan dengan perempuan aku tak sangka perempuan tu boleh fikir yang Nik tu gay. Nik pun satu bukan nak mengalah tapi pergi curi first kiss perempuan tu. Perempuan tu mengamuk la first kiss dia kena curi dengan Nik lepas tu dia nak menangis aku pujuk dia okay la juga lepas tu Nik tu bodoh tak bodoh dia pergi cakap yang cuma ambil first kiss je bukan dara perempuan tu terus melenting la perempuan tu siap dia cakap kuat kuat lagi yang Nik tu gay tak layak ada isteri memang patut pun isteri Nik tu tinggi kan Nik sebab gay." Aiman menceritakan segala yang terjadi. Rizal Jack Alex dan Johan sudah bantai ketawa kan Nik. Nuha terus melangkah ke arah bilik Alex pintu bilik di tendang kuat sebelum dia masuk ke dalam. Meraka yang tadi ketawa terus diam terkejut melihat Nuha menendang pintu bilik Alex.
" Hey kau buat apa dekat perempuan tadi." Nuha menarik rambut Nik. Nik yang terkejut terus mengadu sakit.
" Aku minta maaf aku tak sengaja siapa suruh dia kata aku gay." Nik masih lagi menyalahkan Mawar.
" Kau tahu tak betapa berharganya first kiss bagi seorang perempuan kau senang senang je curi." Nuha melempang wajah Nik.
" Aku dah tak kenal Nik. Nik yang ada depan aku sekarang ni ada seorang yang beku dingin." Nuha pandang tajam wajah Nik. Nik tunduk kan wajahnya.
" NN aku tetap Nik yang sama aku tak pernah berubah." Nik membela dirinya.
" Kau dengar sini selagi kau tak kembali macam tu jangan sesekali kau cakap dengan aku. Aku nak Nik yang murah dengan senyuman Nik yang pandai menjaga dan lindungi seorang perempuan yang lemah bukan Nik yang suka ambil kesempatan." Nuha terus berlalu keluar di biarkan Nik memanggil namanya.
" Sayang jangan la berkasar sangat dengan Nik tu." Rizal memujuk Nuha.
" Awak jangan nak bela anak buah awak tu." Nuha pusing pandang Rizal.
" Mana ada abang bela abang cuma cakap je." Rizal peluk Nuha.
" Saya geram tahu tak dia buat perempuan tu macam tak ada maruah." Nuha peluk Rizal.
" Sayang jangan la risau abang tau Nik tu cuma nak jaga Emy bukan apa pun." Rizal mencium leher Nuha.
" Abang jangan la." Nuha menolak lembut tubuh Rizal.
" Sayang abang nak anak sepuluh orang boleh." Rizal pandang Nuha.
" untuk abang semua boleh asalkan abang tak tinggal kan sayang." Nuha ketawa melihat wajah terkejut Rizal. Mereka ketawa bersama sehingga Nuha hampir jatuh nasib baik Rizal sempat menyambut.
**************
Nik pandang Nuha sebelum dia melangkah mendekati Nuha. Nik duduk depan Nuha. Nuha buat tidak nampak sahaja.
" NN aku nak minta maaf." Nik pandang Nuha.
" NN say something please jangan la dia je." Nik sentuh tangan Nuha. Nik yang berasa sedih bila Nuha tidak memberikan sebarang respon terus menyembamkan wajah nya di atas paha Nuha. Dia menangis sepuas puasnya. Nuha hanya memandang Nik yang tidak berhenti menangis dari tadi habis basah seluar yang dipakainya basah akibat air mata Nik agak lama Nuha berdiam sebelum tangan naik mengusap rambut Nik. Nik masih lagi menangis tidak berhenti.
"Aku jadi macam ni sebab dia hanya dia kerana dia. Dia yang minta aku setia tapi dia yang curang sakit NN sangat sakit. Aku baru nak rasa bahagia tiba tiba dia kahwin dengan lelaki lain yang jauh lebih baik dari aku. Aku sedih seminggu aku cuba lupakan dia tapi tak boleh setiap malam aku akan mimpi dia datang dekat aku dengan senyuman bahagia. Aku tekat untuk bangun dari semua tu aku janji dengan diri aku yang aku akan benci pada semua perempuan yang cuba dekat dengan aku kecuali aku NN. Kau satu satu perempuan yang ada ketika aku susah dan senang kau banyak mengajar aku erti pengorbanan erti kekuatan erti kehidupan erti persahabatan erti percintaan erti kesetiaan dan erti perjuangan. Aku berhenti berjuang untuk mengejar pada yang tak sudi." Nik menangis lagi perempuan yang pernah mengisi kekosongan hatinya telah pergi bersama lelaki lain. Nuha turut menangis mendengar kata kata Nik jadi ini la sebab kenapa Nik berubah sikap kepada perempuan. Nuha angkat wajah Nik di pandang lama sebelum dia memeluk erat tubuh Nik.
" Kenapa kau tak cerita semua dekat aku kenapa kau pendam semua ni." Nuha menangis di bahu Nik.
" Aku takut aku tak kuat untuk semua ni." Nik menangis lagi.
" Aku akan selalu ada untuk kau aku nak kau buka hati kau untuk perempuan lain bari peluang untuk hati kau rasa cinta rasa bahagia." Nuha melepaskan pelukan seperti tadi Nik meletakkan kepala di atas paha Nuha. Dari arah dapur beberapa pasang mata memandang Nuha dan Nik.
" Kesian Nik dia baru nak kenal cinta tiba tiba perempuan tu tinggal dia." Aiman menyapu air matanya.
" Tu la aku pun tak tahu jadi selama ni Nik lebih percaya kan NN dari kita semua." Muncul Zack dari belakang.
" Bila kau sampai." Rizal pandang Zack.
" Baru masuk masuk aku tengok Nik dengan NN tengah menangis." Zack pandang Jack. Dia menjeling Jack.
" Kau pa hal jeling jeling macam perempuan." Jack pandang Zack.
" Mak kau nama zey yong dan bapa kau Leng Jong kan." Zack pandang Jack.
" Kau siapa haha sibuk nak tahu pasal mak bapa aku." Jack seakan tidak senang dengan Zack.
" Kalau kau nak tahu mak aku tu adik bapa aku. Bapa aku peluk islam sebab nak kahwin dengan mama aku dan mak kau pula sibuk nak ikut bapa aku peluk islam tapi sayang atuk kita tak bagi dia suruh mak kau kahwin dengan bapak ayam. Kau tahu tak bapa kau tu jahat dia cuba nak bunuh papa aku sebab nak mama aku tapi sayang dia yang mati dulu sebab aku yang bunuh sama la macam mak kau aku bunuh dua dua sebab tak nak orang kacau keluarga aku termasuk kau. mama dan papa aku kena buang keluarga jadi aku tekat untuk bunuh semua keluarga yong." Zack pandang Jack dengan sinis. Jack sudah kaku jadi selama ini orang yang bunuh mak dan ayah dia adalah Zack kawan baik Rizal. Jack pandang lama wajah Zack sebelum dia menumbuk wajah Zack.
" Kau tahu tak selama 33 tahun aku hidup tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Aku terpaksa tengok orang lain hidup dengan mak ayah dia orang sedangkan aku hidup sebatang kara. Aku kuat untuk balas kesakitan yang mak aku rasa. Mak aku tak salah kau bunub dia dengan kejam. Aku hidup macam anak sampah semua orang hina keji aku yang aku anak pelacur tak ada mak ayah. Kau nak tahu siapa yang kutip anak sampah ni. Arwah atuk NN yang kutip aku dia latih aku jadi manusia bukan binatang macam kau. Dia didik aku dia turun kan semuanya ilmu ke pada aku sampai ke akhir hayat dia aku setia dengan dia. Aku bangkit untuk cari pembunuh mak aku dan rupanya pembunuh tu ada depan aku selama ni. Kau tak rasa apa aku rasa Zack kau cuma tahu balas dendam pada yang tak salah kalau kau nak tahu mak aku selalu berharap dapat peluk islam sebelum dia pergi. Dia nak kalau dia pergi nanti dalam keadaan dirinya seorang Muslim kau dah hancurkan semua yang impian mak aku." Jack terus menembak bahu Zack. Aiman terus peluk Jack dari belakang. Rizal pula sudah menarik Zack menjauhi Jack. Nuha dan Nik terkejut mendengar tembakan terus berlari ke arah dapur dapat Nuha lihat Jack sedang menangis sambil memeluk lututnya. Nuha pandang Zack yang menekan bahunya yang sudah berdarah. Nuha mendekati Jack dia menyentuh bahu tiba tiba Jack melepaskan satu tembakan ke arah Nuba nasib baik Nuha sempat mengelak. Nuha terus menepis pistol dari tangan Jack. Jack yang terkejut melihat Nuha duduk di hadapannya.
" Kau nak bunuh kau ke." Nuba pandang Jack. Jack hanya menggeleng.
" Habis tu kau nak bunuh siapa." Nuha pandang Jack sebelum dia pandang Zack.
" Jack jangan menangis nanti kau demam." Nuha pujuk Jack lembut.
" Boss dia bunuh mak aku...dia la penyebab mak aku mati dan tak sempat nak peluk islam." Jack meluahkan isi hatinya.
" Shutt jangan menangis nanti kau deman aku tak suka kau sakit tambah tambah kau jarang dapat sakit." Nuha pandang Zack.
" Aku minta maaf aku tahu aku salah aku tak sepatutnya bunuh mak kau." Zack bersuara perlahan.
" Kau ingat dengan maaf kau dapat hidup kan kembali mak aku yang dah mati tu ke." Jack bangun ingin menuju ke arah Zack tetapi di halang oleh Nuha dan Aiman. Johan masih lagi sibuk mencuci bahu Zack tiga peluru yang ada dalam badan Zack sudah di keluar kan. Tiba tiba Jack jatuh di atas lantai tidak sedarkan diri. Nuha mula kalut dia menyentuh dahi Jack panas.
" Nik dengan Aiman tolong papah Jack masuk bilik kejap lagi aku masuk." Nuha pandang tajam wajah Zack. Dia mendekati Zack sebelum pipi Zack di tepuk perlahan.
" Kita belum habis lagi." Nuha terus pergi dari situ. Nuha masuk ke dalam bilik bersama Johan. Johan mula merawat Jack yang pengsan. Nuha keluar dari bilik dia pandang suaminya yang. sedang memandangnya. Dia mendekati Rizal dan tak sempat dia bersuara Rizal sudah tarik dia ke dalam pelukan.
" Zack salah jadi sayang boleh hukum dia tapi jangan bunuh dia sebab Zulaika dan Mira masih perlu kan dia." Rizal cium ubun ubun Nuha.
" Abang jangan risau la sayang tahu apa sayang buat." Nuha membalas ciuman Rizal di bibir Rizal. Rizal pandang lama wajah Nuha sebelum dia mengangkat tubuh Nuha dan di bawak ke bilik beradu mereka. Nuha sudah ketawa kecil melihat wajah teruja Rizal. Rizal tahu malam nanti pun boleh tetapi dapat dia rasa Nuha seakan menggoda dirinya. Petang itu Nuba dan Rizal berlayar ke lauatan asmara dengan penuh kasih sayang.
Share this novel