Nuha bangun dari tidur dia pandang Rizal yang sedang memandang dirinya. Nuha menarik kain selimut lalu menutup wajahnya yang sudah merah. Rizal menarik kembali di pandang lama wajah Nuha sebelum dia mencium bibir Nuha.
" Tak sangka sayang suci." Rizal peluk Nuha. Nuha masih lagi diam tidak bersuara.
" Kenapa sayang bagitahu abang yang sayang dah tak suci." Rizal pandang Nuha.
" Saya nak awak terima saya seadanya." Nuha peluk tubuh Rizal.
" Sayang goda abang jadi tanggung la sekarang." Rizal naik menindih tubuh Nuha. Nuha tolak tubuh Rizal turun dari atasnya.
" Nanti terlepas subuh macam mana." Nuha mencium bibir Rizal. Dia bangun tanpa mengena seutas benang pun di badanya. Rizal hanya mampu memandang sahaja memandangkan sekarang sudah masuk waktu subuh. Nuha ketawa kecil melihat wajah sugut Rizal.
" Malam ni saya bagi sekarang ni jom kita mandi lepas tu solat." Nuha mencium Rizal. Rizal bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi bersama Nuha.
" Sayang janji malam ni sayang bagi ehh." Rizal pandang Nuha.
" Ye saya janji awak." Nuha senyum melihat wajah ceria suaminya. Mereka mandi bersama selesai sahaja mereka mula solat sehingga selesai. Nuba bangun dan baring di atas tilam. Baru sahaja dia mahu terlelap tiba tiba Johan muncul bersama Nik di hadapan pintu bilik.
" NN i miss you lama aku tak jumpa kau sejak kau dah cantik ni jarang kita boleh jumpa." Nik peluk Nuha erat.
" Sayang jom turun." Rizal menarik Nuha menjauhi Nik.
" Ala boss ni kedekut la nak peluk sikit pun tak boleh." Nik tarik muncung. Rizal merapati Nik laku memeluk erat bahu Nik.
" Puas lagi tak ke nak kena peluk sampai malam." Rizal pandang Nik.
" Benci la dengan boss ni." Nik keluar dari bilik pintu bilik di hempas kuat. Nuha sudah ketawa melihat Nik yang protes tak dapat peluk dia. Johan garu belakang kepala. Mereka turun ke bawah bersama sama. Nuha pandang Jack yang baru keluar dari bilik Alex.
" Macam mana dah sihat ke." Nuha pandang Jack.
" Kaki dia dah boleh gerak sikit tak lama lagi boleh jalan la tu." Jack pandang Nik yang duduk tidak jauh dari Aiman.
" Boss tu dah kenapa tu." Jack tunjuk Nik.
" Merajuk sebab Rizal tak bagi dia peluk aku." Nuha dan Johan ketawa. Jack mendekati Nik bahu Nik di sentuh lembut.
" Kau kena faham boss sekarang dah jadi bini orang kau tak boleh sesuka hati peluk dia kalau kau nak peluk juga sini peluk aku tak pun kau peluk Emy." Jack pandang Nik.
" Siapa pula Emy tu." Nik pandang Jack.
" Jom ikut aku...aku nak tunjuk siapa Emy tu kau mesti suka la." Jack memulas tembok pintu bilik Alex. Jack dan Nik melangkah masuk ke dalam bilik itu.
" Emy anak daddy Jack sini sayang." Jack melabuhkan punggungnya di atas katil sambil mendukung seorang baby. Nik yang melihat terus mendekati Jack pipi gebu Emy di cubit geram sehingga si kecil itu merengek kecil.
" Jangan kasar sangat nanti abi dia marah." Jack pandang Alex yang baru keluar dari bilik mandi.
" Anak Alex ke ni." Nik seakan tidak percaya.
" Ye la anak aku kenapa kau ingat aku tak layak ada anak." Alex ketawa halus.
" Anak kau comel gila weii putih gebu geram aku tengok tapi kenapa kau tak handsome tak putih gebu macam anak kau pun ni mesti dia ikut is.... tiba tiba kakinya di sepak oleh Jack. Nik pandang Jack sambil mengurut kakinya.
" Isteri aku dah meninggal dua bulan selepas lahirkan Emy." Alex bersuara perlahan.
" Sorry Alex aku tahu semua ni." Nik mula rasa serba salah.
" Tak apa lah aku cuma sedih je dia tinggalkan aku dan anak kami." Alex duduk di atas katil semula.
" Emy nak tak jadi anak walid...walid tak ada anak anak kesian walid." Nik mencium pipi Emy.
" Terima kasih sebab kau sudi jadi ayah pada anak aku." Alex peluk Nik.
" Gila kau budak ni comel kot." Nik mengigit pipi Emy.
" Alex aku pinjam ehh anak kau ni." Nik mengambil Emy dari dapan pelukkan Jack.
" Kau nak bawak dia pergi mana tu." Jack pandang Nik.
" Aku nak bawak dia pergi jalan jalan." Nik terus keluar dari bilik itu. Nik berjalan di hadapan Nuha dan juga Rizal.
" Aku dah ada Emy lepas ni kalau aku nak peluk aku peluk Emy je." Nik terus keluar dari rumah.
" Anak siapa pula tu." Johan pandang Nuha.
" Anak Alex nama dia Emy." Nuha pandang Nik yang sudah hilang di sebelik pintu.
" Nak untuk korang." Johan meletakkan kad undangan di atas meja.
" Kau nak kahwin bila weii." Nuha pandang Johan.
Hujung bulan ni kami buat kecil kecil je." Johan ketawa teruja.
" Tahniah bro dah nak jadi suami orang dah kau ni." Rizal peluk Johan.
" NN aku nak keluar dengan Nik kejap." Aiman pandang Nuha. Nuha hanya mengangguk sahaja
*********
Aiman dan Nik sampai di hadapan sebuah mall. Aiman hanya mengikuti dari belakang. Nik pula sibuk bercakap dengan Emy seolah olah Emy faham apa yang dia cakap sedangkan dia di tinggal kan seperti orang bodoh. Aiman mengeluh kesal kerana mengikuti Nik. Tiba tiba Aiman terdengar suara Nik bergaduh dengan seorang perempuan. Aiman mendekati Nik.
" Kau memang nak culik anak aku akan lepas tu kau tak nak mengaku." Nik pandang perempuan itu.
" Awak jaga mulut awak tu...tak hingin saya culik anak awak saya cuma geram dengan pipi dia yang tembam ni je." Perempuan itu mencuit pipi Emy. Nik menepis tangan perempuan itu.
" Jangan sentuh anak aku nanti di berkenan dengan kau pula." Nik pandang perempuan itu.
" Nik sudah la kau jangan buat macam tu dia perempuan kau lelaki jadi mengalah je la." Aiman sentuh bahu Nik.
" kisah apa aku dia perempuan ke lelaki ke pondan ke bagi aku dia tetap jahat dah tak ada anak sibuk nak culik anak orang." Nik jeling perempuan itu.
" Kau nak tak aku bagitahu NN yang kau pukul perempuan... kau tahu kan apa yang akan terjadi bila NN tahu kau pukul perempuan. Kau dah bersedia nak hilang nyawa." Aiman pandang Nik yang sudah pucat.
" saya minta maaf bagi pihak kawan saya ni..dia memang macam ni kalau jumpa perempuan mesti nak gaduh...kawan saya ni tak suka perempuan dari dulu lagi." Aiman pandang perempuan itu.
" Tak apa saya cuma geram je dengan dia ni suka hati tuduh saya nak culik anak dia...Kawan awak ni gay ke." Perempuan itu pandang Aiman.
" Apa kau cakap tadi gay...sini aku tunjuk lelaki gay layan perempuan macam mana." Nik terus menghulurkan Emy kepada Aiman sebelum dia memaut pinggang perempuan lain bibirnya memagut bibir merah delima perempuan itu. Nik tersenyum puas bila cium pertama perempuan itu dia ambil.
" Awak dah gila ke...awak tahu. tak awak dah ambil first kiss saya." Perempuan itu memukul lengan Nik.
" Memang patut pun aku ambil sebab mulut kau tu celupar sangat." Nik ketawa sinis.
" Awak saya minta maaf." Aiman pandang perempuan itu.
" Kawan awak dah ambil first kiss saya." perempuan itu ingin menangis.
" Aku ambil first kiss kau je bukan dara kau yang nak menangis bagai pahal." Nik pandang perempuan itu.
" Saya benci awak." perempuan itu sudah mahu menangis.
" Awak jangan la menangis nanti saya minta kawan saya bertanggungjawab. Nama saya Aiman. Awak pula nama apa." Aiman pandang Nik yang tidak ada riak bersalah langsung.
" Nik Mawar...awak boleh panggil Mawar." Mawar tunduk kan wajahnya.
" Asal nama kau Nik ehhh tak boleh ke pilih nama lain." Nik pandang Mawar.
" Lelaki gila...lelaki gay patut la isteri awak lari sebab tak tahan dengan gay awak tu." Perempuan itu menjerit lantang beberapa orang mula pusing memandang ke arah mereka. Nik sudah menahan malu bila Mawar menjerit kuat mengatakn yang dirinya gay.
" Aiman jom balik perempuan gila ni memang cari pasal dengan aku kalau aku jumpa kau kali kedua siap kau awak tunjuk kau cara lelaki gay beraksi macam mana." Nik melangkah pergi dari situ. Aiman mengikuti dari belakang sampai sahaja di kereta mereka memandu pulang ke mansion Nuha.
Nik curi first kiss Mawar agak agak lepas ni apa yang jadi dekat Nik dan Mawar ‹•.•›
Share this novel