BAB 38

Romance Completed 35330

Nuha termenung di hadapan laptop dia harus cari tahu siapa yang buat semua ini. Nuha tenung lama gambar perkahwinan dia dan Naim mereka nampak bahagia dan siapa sangka bahagia yang mereka rasa hilang sekelip mata sahaja. Nuha mengusap gambar Naim yang sedang tersenyum.
" Boss aku ada jumpa benda ni masa aku dengan Aiman cuci rumah tu." Alex meletakkan satu loket emas berbentuk hati. Nuha mengambil lalu membuka loket itu. Terkejut dia melihat gambar di dalam loket itu. Nuha menutup kembali loket emas itu lalu di simpan di dalam peti besi.
" Aku nak aku cari orang tua gila tu dan aku nak kau culik bini king." Nuha pandang wajah Alex.
" Boss nak kami pergi dubai ke." Alex pandang Nuha.
" Tak perlu korang cuma cari dia dalam Malaysia je aku yakin dia masih lagi ada di sini." Nuha terus melangkah pergi dari situ.
" Jack jangan lupa bagi surat tu dekat King tu amanah terakhir arwah buat kita jadi jangan hampakan arwah." Nuha pandang Jack.
" Baik boss." Jack mendekati Nuha.
" Aku masih lagi belum lupakan apa yang berlaku." Nuha tahu Jack mesti mahu memujuk dia menerima apa yang terjadi.
" Boss perempuan tu ada dekat dekat sini je." Alex mengejutkan Nuha dan Jack yang sedang berbual.
" Dia ada dekat hotel depan tu je." Alex menghalakan laptop ke arah Nuha.
" Dapat kan dia... aku nak malam ni dia ada depan mata aku. Aku dah penat main tarik tali dengan dia." Nuha pandang Alex.
" Habis aku nak buat apa." Aiman pandang Nuha.
" Kau akan bersama aku dekat gudang malam ni." Nuha ketawa kecil. Jack melangkah pergi dari situ dia perlu menyampaikan amanah terakhir Naim sampai sahaja di hadapan mansion dia terus memberi sampul itu kepada Nik.
" Kau berikan pada King ingat aku nak aku sendiri sampaikan pada king." Jack terus pergi dari situ.

*************
Nuha bermain dengan pistol kesayangannya malam ini dia tak akan bertolak ansur lagi dia kan bunuh orang yang menyebabkan suaminya mati tak kira lah siapa pun mereka. Nuha turun ke bawah dia melangkah ke arah gudang tidak sabar rasanya ingin bertemu dengan orang yang melahirkan nya. Sampai sahaja di hadapan gudang Nuha masuk dengan penuh perasaan benci.
" Hello Datin Naura lama aku tak nampak kau." Nuha mendekati Datin Naura yang sudah di ikat di kerusi.
" Kenapa kau culik aku hah." Datin Naura memandang Nuha.
" Sebenarnya kau ni buat tak tahu atau memang tak tahu langsung apa yang kau buat." Nuha merentap tudung Datin Naura. Bukan niat dia untuk mengasari ibunya sendiri tetapi ini semua ibunya sendiri yang minta.
" NN mama minta maaf mama cuba ikut je rangcang dia mama tak salah." Datin Naura mula ketakutan Nuha yang dia kenal tidak seperti ini. Nuha sekarang jauh beza dengan Nuha yang dulu.
" Kau lupa ke apa yang pesan dekat kau dulu kalau kau lupa sini aku ingatkan. Aku tak suka orang kacau aku dan kau jangan berani kacau aku kalau tak nak mati." Nuha mencengkam rambut Datin Naura dengan kuat.
" Nuha maaf kan mama...mama tahu mama salah. Nuha mama balik sini sebab nak jumpa Nuha. Mama mengaku mama dan Dato Hussen yang rangcang kemalangan dulu. Mama bodoh menilai cinta papa terhadap mama. Nuha percaya la nak mama tak bunuh suami kamu mama cuma tengok dari jauh sahaja masa korang bawak Naim pergi hospital mama masuk ke dalam rumah tu dan mama sendiri yang letak loket emas berbentuk hati hati dekat tempat. Mama tahu Nuha akan cari siapa pembunuh suami Nuha. Nuha mama buat macam tu sebab nak jumpa Nuha. Mama sayang Nuha mama kejam selama dengan Nuha selama ini. Nuha kalau Nuha nak balas balik apa yang Nuha rasa Nuha buat lah mama tak kisah cuma mama nak bagitahu satu perkara lagi dekat Nuha. Beberapa hari lepas Nurin datang jumpa mama dia mengadu dekat mama yang dia tak suka Nuha bahagia dia minta mama cari orang untuk bunuh suami Nuha. Mama tolak sebab mama tak sanggup lagi nak seksa hidup Nuha. Bila Nurin dapat tahu yang mama balik sini nak minta maaf dekat Nuha dia marah dia cakap Nuha bukan anak mama dengan papa tapi anak mama dengam lelaki lain. Sayang percaya Nuha anak mama anak papa. Mama yang mengandung kan Nuha mama tahu Nuha anak siapa. Nuha mama minta maaf sebab dah beritahu Nuha awal awal pasal benda ni. Nuha tolong bawa mama jumpa Datin Karmila." Datin Naura menangis sambil menceritakan semua yang terjadi. Dia hanya mampu berdoa dan berserah sahaja. Dia banyak salah dengan Nuha dari dulu sampai sekarang. Nuha pandang sayu ke arah Datin Naura entah mengapa berat hatinya untuk mengasari Datin Naura kalau betul bukan Datin Naura yang bunuh suaminya ini bermakna Nurin yang bunuh.
" Mama Nuha nak mama bersumpah dengan nama Allah dan bersaksikan Al Quran boleh tak." Nuha pandang wajah Datin Naura. Datin Naura meletakkan tangan di atas Al Quran sebelum dia bersuara.
" Mama berani bersumpah atas nama Allah dan bersaksikan Al Quran yang mama tidak membunuh Naim." Datin Naura menangis sambil memeluk Al Quran dan mencium dengan penuh sayu. Nuha merepati ibunya lalu di peluk erat tubuh tua itu. Al Quran sudah di berikan kepada Alex untuk simpan.
" Nuha mama dah bersedia kalau Nuha balas apa yang terjadi dulu." Datin Naura pandang wajah Nuha lama sebelum dia mencium pipi Nuha.
" Nuha minta maaf sebab dah berkasar dengan mama." Nuha mencium tangan tua Datin Naura.
" Jack bawak dia ke bilik untuk rehat." Nuha pandang Jack.
" Sayang mama nak kamu berikan sampul ni dekat Rizal." Datin Naura menyerah sampul surat itu kepada Nuha. Nuha menyambut dengan penuh tanda tanya.
" Nanti NN bagi." Nuha terus melangkah keluar dari gudang itu. Nuha termenung jauh betul kah mama dia sudah berubah atau masih lagi pura pura tapi cara mama dia membuat kan dia percaya yang mama dia betul betul berubah. Nuha pusing belakang terkejut dia lihat Rizal sedang merenungnya dengan pandangan sayu. Nuha mendekati Rizal tiba tiba tubuhnya di tarik dalam pelukan. Nuha terkedu. Nuha menolak tubub Rizal.
" Shutt jangan tolak aku nak pinjam bahu kau lima minit." Rizal menangis di bahu Nuha. Nuha hanya membiarkan sahaja.
" Kau okay tak ni." setelah lima minit berdia Nuha menyuara perlahan.
" Tak ada apa lah." Rizal melepaskan pelukan.
" Dah alang alang kau ada dekat sini aku nak bagi benda ni mama aku minta aku bagi dekat kau." Nuha meletakkan sampul itu di atas tangan Rizal.
" Sayang i love you." Rizal pandang wajah Nuha lama sebelum bibir Nuha dipagut lembut.
" Boss...." Jack terus pusing ke arah lain. Nuha mendekati Jack.
" Ada apa Jack." Nuha pandang Jack.
" Boss dah habis ke." Jack masih lagi membelakangkan Nuha.
" Kami tak buat apa pun dah apa benda kau nak jumpa aku ni." Nuha pandang wajah Jack.
" Ni pasal Nurin betul perempuan tu yang bunuh Naim." Jack seperti lupa akan kehadiran Rizal di situ. Jack terus tutup mulutnya.
" Sorry boss saya lupa." Jack terus melangkah keluar dari bilik itu.
" Kau okay NN." Rizal pandang Nuha.
" Saya tak akan duduk diam dengan apa yang Nurin buat dekat suami saya. Saya sayang Naim saya cinta Naim kami bahagia sangat tapi semua hilang sekelip mata. Naim dia bunuh di depan mata saya dan dia orang bukan sahaja bunuh Naim tapi dia orang bunuh cinta saya hati saya jiwa saya perasaan saya kebahagiaan saya semua dia orang bunuh. Saya akan balas balik semua yang dia orang buat. Nyawa harus di bayar dengan nyawa." Sehabis kata Nuha terus melangkah ke arah bilik tidurnya. Rizal di tinggal begitu sahaja.

kita dah tahu siapa pembunuh Naim so tunggu masa sahaja kita nak uruskan. Rizal asal muncul balik ehh →_→

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience