BAB 22

Romance Completed 35330

Nuha melangkah keluar dari lift dia memandang ke arah beberapa anak buah Rizal yang tinggal di mansion itu. Nuha mekangkah ke arah dapur perutnya yang lapar minta di isi segera. Nuha membuka peti sejut dia melihat ayam mentah masih ada. Nuha membawa keluar ayam dari peti sejuk lalu di letak kan di atas meja.
" Hai miss...miss buat apa ni." Muncul tiga orang anak buah Rizal di dapur.
" Aku nak masak la lagipun korang punya pembantu rumah dah balik kan." Nuha memotong ayam.
"NN nak kami tolong tak apa tak." Ady memandang Nuha dari awal dia sudah di beri tahu oleh Nik yang Nuha tidak suka orang memanggilnya dengan perkataan Cik.
" Ni mesti Nik yang bagi tahu kan yang aku tak suka orang panggil aku miss." Nuha menghulurkan ayam yang siap di potong kepada Ady. Ady menyambut ayam itu lalu dia basuh cuci.
" Haah dia bagi kami siap buat video call lagi dia tunjuk bahu dia yang kena tikam." Loe menjawab sambil tanganya ligat memotong bawang.
" Apa lagi yang dia bagi tahu." Nuha memanaskan minyak di atas api yang sederhana.
" Bawang yang aku suruh kisar tadi mana." Nuha memandang Noah.
" Ada dalam mangkuk kecil tepi ayam tu." Noah memcuci tangannya.
" Nik cerita pasal mansion tu dekat kami." Ady menjawab jujur sambil jarinya menunjuk ke arah hutan tebal. Nuha pusing menghadap anak anak buah Rizal.
" Tapi kau jangan risau kami dengan Nik sama je kitorang sama sama membesar jadi kalau Nik dalam masalah kami akan tolong macam sekarang ni dia pesan jangan bagi tahu King pasal ni so kami simpan la." Loe memandang Nuha. Nuha menarik nafas lega.
" Jadi korang tahu siapa aku." Nuha mengacau ayam masak merah di dalam kuali.
" Mesti la tahu sebab kami selalu nampak NN lari ikut jalan larangan yang kami sendiri tak pernah lalu." Ady duduk di sisi Noah. Nasi yang berada di hadapanya di senduk ke dalam pinggannya dan Noah sebelum dia menghulurkan kepada Ady yang berada di sisi Nuha.
" Sedap la pandai aku masak." Tiba tiba kembar Ady bersuara teruja.
" Makan diam diam la kau." Ady menyiku adiknya.
" Ala kau selalu marah aku kenapa aku puji kot itu pun marah ke." Afi menyambung makan.
" Thank you NN sebab kau dah masak untuk kita malam ni aku ingat tadi nak keluar beli luar je." Loe mencapai air oren di atas meja.
" Esok aku nak korang beli barang dapur senang sikit aku nak masak untuk kita semua tak ada la jadi macam sekarang ni kita makan satu jenis lauk je." Nuha bangun dari duduknya pinggan di bawak ke sinki.
" Tinggal situ nanti aku basuh." Afi merapati Nuha.
" Tak payah aku basuh sendiri je." Nuha menyimpan pinggan di raknya. Nuha melangkah ke arah bilik mika baru sahaja dia mahu membuka pintu Mika sudah terbang ke arahnya. Nuha ketawa melihat gelagat Mika yang suka mengeser kan kepalanya di wajah Nuha.

************
Nuha duduk di ruang tamu bersama mika pagi itu dia tidak buat apa jadi dia hanya menonton televisyen. Ady yang baru bangun terkejut melibat Mika berada di bahu Nuha. Ady merapati Nuha sebelum dia duduk di hadapan Nuha.
" Kau takut ke kalau mika cekam bahu kau tu." Ady memandang Nuha.
" Burung helang adalah haiwan yang paling aku suka jadi aku tak kisah sebab aku sayang mika." Nuha mengusap belakang mika. Mika turun duduk di atas paha Nuha.
" Kalau kau naktahu King dulu pernah kena serang dengan Mika masa tu King nak main dengan mika tapi mika tak suka dia habis penuh badannya dengan cakaran mika semiggu dia kena tahan hospital dan sampai sekarang dia trauma dengan mika." Ady bangun dari duduknya dia ingin keluar pagi ini.
" NN kejap lagi Rizal datang dia minta kau bersiap dia nak ajak kau keluar." Noah berdiri di jauh dari Nuha.
" Yang kayu duduk jauh sebatu pahal." Nuha bangun lalu membawa mika ke bilik Mika.
" Jangan dekat dekat." Noah sudah melarikan diri.
" Kau takut dekat mika ke." Nuha cuba mendekati Noah.
" Aku cakap jangan dekat nanti mika cakar aku." Noah sudah hilang dia dalam lift kebetulan Rizal baru sampai turun terhenti langkahnya di hadapan pintu mansion.
" Awak dah sampai kejap ehh saya nak simpan mika." Nuha berlalu pergi ke bilik mika.
" Mika jangan nakal nakal tau mummy nak keluar kejap." Nuha mencium kepala Mika.
" kau dengan dia pun nak bermummy bagai macam la dia faham bahasa kau." Rizal berdiri di hadapan pintu bilik mika.
" Biar la saya punya pasal la nak cakap apa pun dengan mika dari saya cakap dengan awak buat sakit hati saya je." Nuha menutup pintu sangkar mila sebalum pintu bila di tutup. Nuha melangkah ke arah lift Rizal mengikut dari belakang. Nuha masuk ke dalam biliknya sebelum dia keluar memakai baju bwrwarna hitam. Nuha dan Rizal menuju ke arah kereta.
" Awak Nik ikut tak." Nuha memandang Rizal sebelum lengan Rizal dipeluk erat.
" Aku dah agak dah kau mesti akan tanya dia kan." Rizal menolak kepala Nuha.
" Saya tanya je awak jangan la marah." Nuha menjeling Rizal. Nuha berjalan laju ke arah kereta pintu di buka sebelum dia duduk di sebelah pemandu.
" Duduk belakang dengan aku." Rizal menarik tangan Nuha ke arah belakang pintu di buka sebelum dia menolak tubuh Nuha.
" kalau kita duduk belakang sapa nak drive." Nuha masuk sambil memandang Rizal.
" Aku kan ada." Nik muncul di sebalik pintu depan. Nuha yang teruja ingin keluar tetapi di tahan oleh Rizal.
" Jangan nak gatal sangat duduk diam diam." Rizal memeluk pinggang Nuha.
" Yeahh nanti boleh peluk lengan kau bestnye." Nuha buat muka manja.
" Kenapa aku pula kau sepatutnya peluk Bos bukan aku." Nik memandu keluar dari mansion.
" Tak nak la aku dengan dia tak best dengan kau mesti best la sebab kau kan macam Jack baik romantik dan tak sombong aku suka." Nuha menjeling Rizal sebelum dia menghadiahkan senyum paling manis kepala Nik. Rizal menahan geram bila Nuha memperlinya sebegitu.
" Jack tu jejaka idaman itali." Nik ketawa pelahan.
" Habis kau idaman mana pulak." Nuha memandang Nik.
" aku idaman melaya." Nik menjawab dengan penuh yakin.
" Habis aku idaman siapa." Rizal mencelah sekian lama diam.
" Awak mesti la idaman saya sorang." Nuha memeluk lengan Rizal. Rizal pula sudah menahan malu bila Nik ketawakannya. Nuha mencium pipi Rizal tanpa segan silu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience