Nuha pandang wajah Rizal yang berada di hadapannya. Nuha terus melangkah keluar dari bilik kerjanya. Sudah la dia mengantuk Rizal pula buat hal nak tidur dengan Dia malam ini. Nuha jeling Rizal yang mengikutinya dari belakang.
" Ri awak pergi la tidur saya dah mengantuk ni." Nuha pandang wajah Rizal.
" Aku nak tidur dengan kau macam dulu dulu tu." Rizal pandang Nuha. Nuha memang mengantuk gila dia malas bertekak dengan Rizal akhirnya dia setuju untuk tidur bersama Rizal. Nuha baring di sebelah Rizal baru sahaja matanya mahu tertutup tiba tiba pintu bilik di ketuk dari kuat. Nuha ingin bangun membuka tetapi Rizal melarang. Rizal buka pintu terlihat wajah cemas Jack. Jack terus menolak tubuh Rizal dia masuk ke dalam bilik Nuha. Nuha bangun duduk memandang Jack.
" Boss Alex dan isteri dia kemalangan dekat jalan nak pergi hospital. Saya dapat call dari keluarga Emma." Jack duduk di hadapan Nuha. Nuha yang mendengar terua bangu berdiri.
" Kita gerak sekarang." Nuha terus mencapai telefon dan juga beg tangannya. Rizal mengikuti dari belakang. Jack memandu keretanya menghala ke arah hospital dapat di lihat dengan jelas kemalangan itu kerana kereta yang di pandu oleh Rizal bergerak perlahan ingin memasuki kawasan hospital. Nuha terus keluar dan juga menuju ke arah wad.
" Mak cik macam mana keadaan Adam dan Emma." Nuha pandang wajah ibu Emma.
" Emma dah tak ada dia dah pergi tinggalkan kita semua. Adam masih lagi dalam wad kecemasan." ibu Emma menangis di dalam pelukan Nuha. Nuha terharu dengan kata kata ibu Emma.
" Kandungan macam macam." Tiba tiba Jack bersuara.
" Baby lahir selamat. Emma pergi tinggalkan seorang baby dekat kita semua." Ibu Emma menyapu air mata nya.
" Alhamdulillah sekurang kurang tak sunyi la Adam nanti." Nuha menngucap syukur. Pintu wad kecemasan di buka dari dalam. Nuha dan Jack terus mendapatkan Doktor.
" Doktor macam mana keadaan kawan saya." Nuha pandang wajah Doktor Fikri.
" Alhamdulillah encik Adam dalam keadaan stabil cuma encik Adam lumpuh separuh badan dari pinggang sampai ke kaki sekejap lagi pihak kami akan tukarkan encik Adam ke wad biasa." Doktor itu tersenyum memandang Nuha yang nampak cantik walaupun memakai baju tidur. Rizal perasaan akan pandangan Doktor itu terus mendekati Nuha.
" Doktor kawan saya tu boleh sembuh kan." Jack bersuara lagi.
" Insyaallah boleh cuma saya harap awak semua boleh beri kata kata semangat dekat dia supaya dia cepat sembuh kalau tak ada apa saya minta diri dulu." Doktor Fikir memandang Jack dan juga Nuha.
" Terima kasih Doktor." Nuha pandang wajah Doktor Fikri. Doktor Fikri mengejitkan matanya kepada Nuha sebelum dia berlalu pergi. Nuha terpanah melihat wajah Doktor Fikri. Rizal pandang wajah Nuha lama nampak sangat Nuha suka bila Doktor tu buat macam tu.
" Suka la kau." Rizal jeling Nuha.
" Sibuk la awak ni." Nuha menolak dada Rizal. Dia mengikuti Jack dari belakang mencari wad Alex. Sampai sahaja Nuha dan Jack mendekati Alex yang tidak sedarkan diri.
" Alex aku datang melawat kau ni." Jack berbisik di telinga Alex.
" Jack sabat la jangan bagi tekanan dekat dia. Kita biar dia rehat dulu." Nuha memujuk Jack. Jack pusing dia peluk Nuha erat. Nuha ingin menolak tetapi kesian bila melihat mata Jack yang mula merah. Nuha membalas pelukan Jack.
" Boss dia akan bangun kan." Jack menangis di atas bahu Nuha. Tidak kisah kalau ada orang nak cakap dia hati jambu ke apa ke yang penting Alex cepat sedar.
************
Seperti hari hari sebelum ni Nuha dan Jack akan menguruskan Alex. Sebulan Alex koma tidak sedar kan diri sebulan juga dia dan Jack menjaga Alex. Nuha kagum dengan Jack yang tidak pernah merungut menjaga Alex ketika sakit. Nuha mendekati Jack membaca yasin di tepi katil Alex. Nuha mendekati Jack yang selesai membaca yasin.
" Kau balik la malam ni giliran kau jaga dia. Balik la rehat dia biar aku yang jaga." Nuha mengusap belakang Jack.
" Aku nak tunggu dia sedar tapi dia macam tak nak sedar je." Jack sentuh tangan Alex.
" Kau balik la biar aku jaga dia kau dari semalam tak tidur kan." Nuha memandang Jack.
" Ye la aku balik dulu petang nanti aku datang balik." Jack memeluk tubuh Alex erat. Dia melamgkah keluar dari wad Alex. Nuha duduk merenung wajah Alex lama. Dia tahu Jack dan Alex seperti adik beradik sakit Alex sakit la Jack. Nuha baring di atas sofa sebelum di tertidur belum sempat dia tidur matanya terpandang tangan Alex yang bergerak gerak. Nuha terus bangun dia mendekati Alex. Jack yang masuk ke dalam wad itu terkejut melihat Alex yang sudah sedar. Jack terpaksa patah balik sebab telefonnya tertinggal di atas muja di sisi katil Alex. Jack memeluk erat tubuh Alex. Dia menangis di bahu Alex.
" Kau dah sedar terima kasih ya Allah." Jack tidak dapat membendung rasa bersyukurnya. Nuha memandang dengan senyuman. Rizal yang baru sampai terkejut.
" Alex aku rindu kau." Nuha peluk Alex.
" Boss isteri aku mana dia tak datang ke." Alex pandang sekeliling bilik. Nuha dan Jack diam tidak bersuara. Nuha pandang Jack lama sebelum dia mengusap usap kepala Alex.
" Allah lebih sayang kan Alex. Kau doakan dia tenang dekat sana ehh. Emma dah tak ada dia meninggal saat Emy dilahirkan." Nuha peluk tubuh Alex. Alex yang kaku tidak bersuara hanya mampu mpu menangis mendengar kata kata Nuha terlalu cepat Emma pergi.
" Jack kau jangan sedih kau kena kuat untuk anak aku dia perlukan kau." Nuha melepaskan pelukan.
" Boss anak aku mana aku nak tengok." Alex pandang Nuha.
" Jack tolong ambil Emy." Nuha pandang Jack yang sudah berlalu pergi.
" Boss sekarang baru aku tahu rasa macam mana kehilangan seseorang yang kita sayang." Alex menangis lagi.
" Kau jangan la menangis nanti anak kau tengok dia ketawa pulak." Nuha pandang wajah Rizal yang berdiri di sebelahnya.
" Apa kau merepek ni anak dia masih baby la mana boleh ketawa." Rizal pandang Nuha.
" Suka hati saya la mulut saya yang awak sibuk dah kenapa." Nuha jeling Rizal.
" Masalahnya sekarang ni kau cakap benda merepek yang tak masuk akal." Rizal tahan sabar.
" Biar la hak saya nak cakap apa pun." Nuha tumbuk lengan Rizal.
" Apa kau ni dah la merepek bukan bukan lepas tu ada hati nak tumbuk orang." Rizal tolak bahu Nuha.
" Awak dah kenapa hah pergi balik kalau datang sini nak cari pasal dengan saya baik payah datang." Nuha mendekati Alex.
" Hey aku datang sini nak melawat Alex bukan jumpa kau. Aku tak hingin la dekat kau lagipun aku da jumpa perempuan yang lebih baik dari kau." Rizal sahaja mahu sakit kan hati Nuha.
" Ohhh ya kalau macam tu bagus la sekurang kurangnya saya boleh setia dengan Naim." Nuha jeling Rizal.
" Kau ingat orang yang dah mati boleh hidup balik ke kalau kau tunggu setia dekat dia ke kau sebenarnya dah tak laku sebab tu kau cakap kau tunggu Naim kan kesian kau kan baru nak bahagia Naim mati pula." Rizal tersenyum sinis. Nuha terkedu dengan kata kata Rizal. Nuha bangun mendekati Rizal satu tamparan hinggap di wajah Rizal.
" Jaga mulut awak tu walaupun dia dah tak ada cinta saya pada dia tak akan pudar walau sedikit. Saya tak kahwin bukan sebab tak laku tapi sebab saya belum jumpa dengan lelaki yang boleh terima saya dan bukan terima saya kerana kecantikan yang saya miliki. Alex aku balik dulu jaga diri tau esok aku datang balik." Nuha mendekati Alex di peluk erat tubuh Alex sebelum dia melangkah pergi. Jack yang kebetulan baru masuk pandang Nuha.
" Boss nak pergi mana." Jack pandang Nuha.
" Nak pergi jumpa doktor Fikri mana tahu kot kot sangkut lepas tu aku nak balik terus." Nuha memandang Jack.
" Boss nak jumpa Fikri yang handsome tu ke." Jack pandang Nuha.
" Ye la sapa lagi. Bagi aku kunci kereta aku balik sendiri." Nuha mencium pipi Emy.
" Emy babam auntie NN balik dulu." Nuha mencium sekali lagi pipi tembab Emy.
" Hati hati boss kalau menjadi dengan doktor tu jangan lupa aku." Jack mengejit matanya. Nuha hanya ketawa. Nuha melangkah menuju ke arah pejabat Fikri. Nuba masuk setelah mendengar suara Fikri mengizinkannya masuk.
" La awak ke saya ingat sapa tadi...Ni mesti rindu saya kan." Fikri pandang Nuha.
" Tak ada masa saya nak rindu awak." Nuha jeling Fikri.
" Habis tu ada apa jumpa saya ni." Fikri bangun lalu duduk di hadapan Nuha.
" Alex dah sedar tadi saya harap awak dapat bantu dia." Nuha memandang Fikri.
" Saya akan tolong kawan awak tu tapi dengan satu syarat awak teman saya lunch kejap lagi." Fikri pandang Nuha.
" Boleh juga kita kita nak lunch dekat mana kejap lagi." Nuha senyum pandang Fikri.
" Nanti saya fikir sekarang ni jom kita pergi wad Alex." Fikir menarik tangan Nuha. Nuha membiarkan sahaja.
" Jack nah kunci kejap lagi aku nak keluar lunch dengan Fikri so nanti dia hantar aku balik terus." Nuha memberi kunci kereta kepada Jack. Jack menyambut dengan senyuman. Rizal sudah panas hati melihat Nuha dan Fikri mesra di depan nya. Nuha ketawa bila melihat Jack gelabah dengan pandangan Alex. Mereka ketawa. memenuhi ruang wad Alex.
Share this novel